Monday, January 6, 2014

Sebelum kawin Vs Selepas kawin

Hai

Seriusly, kalau seseorang itu tau nikmatnya berkahwin, nescaya masa umur 13 tahun lagi mereka dah kahwin. lol


Setelah sebulan berkahwin, ada beberapa perkara yang totally berubah.


1. Pakaian Kerja
Sebelum kawin : pakai tshirt roundneck, tak bersterika, tak tug in, stokin asal boleh (sebelah lain), rambut malas sikat (free style)
Selepas kawin : pakai kemeja, siap je mandi sut lengkap baju dari atas kebawah dah ready, rambut belah tepi.


2. Pakaian Harian
Sebelum kawin : 1 baju tahan seminggu. seluar jeans pakai 2 bulan baru basuh.
Selepas kawin : 1 baju 1 hari, kadang2 setengah hari je pakai. seluar jeans pun kalau boleh tiap2 hari nak dibasuh


3. Balik kerja
Sebelum kawin : kalau balik pukul 7 petang pun takda hal, sampai rumah takada orang pun.
Selepas kawin : baru pukul 4.30 petang dah siap-siap nak balik, sampai rumah bini dah siap tunggu.


4. Handfon , fesbuk
Sebelum kawin : Handfon siap bawak dalam toilet, viber tiap-tiap malam, bukak fesbuk setiap 15 minit untuk tau update-update terkini.
selepas kawin : handfon main tinggal je kat rumah kalau keluar, bateri tinggal 5% pun takda nak rush charge, viber dah uninstalled, fesbuk bukak dalam 3-4 hari sekali.


lain lain : sambung nanti. kalau semua bagitau sekarang, takda benda dah nak ditaip nanti.
sekian


p/s : klise gile buat entry pasal kawin lepas kawin.
 

Designed by #