Thursday, October 24, 2013

Melayu , sedekah, ikhlas

Melayu islam ni prejudis dia lain macam.
Bila budak mintak sedekah , budak tu dituduh sindiket
Bila orang buta mintak, orang buta dituduh tipu tipu buta
Bila orang kaki kudung mintak, awak kata ada orang kaki kudung masuk olimpik pun
Bla bla bla bla
Jangan kata 10ringgit, seringgit pun tak hulur.alasan? Takut kene tipu

Macam ni,kalau takut kene tipu, dekat cimbclicks, maybank2u pun mungkin, awak boleh sedekah. Pergi ke transfer fund - pilih charity - pilihlah rumah anak yatim, badan badan charity yang lain yang awak suka masukkan amount. Puff. Dah sedekah. Takda tipu punya.

Kalau tu pun awak tak percaya, bukan masalah sindiket. Hati awak tu sebenarnya yang kotor. Serius
Pergi check kt klinik.

Bye

Thursday, October 17, 2013

Shitted life

Ramai.
Tak semua tapi ramai
Yang gaji 8-9 ribu sebulan, tapi pukul 12tengah malam baru balik kerja.baru sampai rumah.
Pity, you work hard to earn that much tapi end up takda masa nak enjoy dengan duit banyak tu.

Better gaji 3-4 ribu kurang tapi ada masa berkualiti dengan keluarga

Jangan sampai bila awak dah tua. Anak awak abaikan awak dengan alasan " masa saya kecik mak sibuk kerja, bulan2 bagi saya duit je,salah ke saya buat benda yang sama sekarang?"

Shitted kan?

Tuesday, October 15, 2013

Hadiah Birthday Tunang



Hai,
Harini birthday tunang guwa.
Jersey Manchester United tu hadiah birthday beliau tahun ni.

"Awak tau  kenapa saya belikan nombor 3" - guwa soal

"Entah, kenape?"  - jawab beliau disertakan sekali dengan soalan balas

" Sebab saya pakai nombor 14" - jawab guwa

Serius muke beliau blur cuba untuk menghadam kata-kata guwa.

"Cube awak berdiri sebelah saya, kan jadi 143"

"Eeh, 143, I Love U la" jawab beliau keriangan

Sebenarnya kan, tak payah beli handbeg LV untuk buat orang yang kita sayang happy.
Bye.


p/s : untuk yang belum tahu, 143 = I Love You

Wednesday, October 9, 2013

Istinjak (Basuh Berak)


Hai,
Sebenarnya dah lama guwa perati. guwa pendam.
Serius lama. Serius.
Tapi tadi kemuncak segalanya.
Guwa ada conference. Di sebuah hotel 5 bintang.
Sebab kebosanan dengan ceramah speaker orang putih guwa terasa nak berak.
Sebab malas nak berjalan, guwa cuba tahan, tapi tak berdaya.
Dengan pantas guwa menuju ke restroom terdekat.
Selak pintu toilet pertama. Eh Jilake
Pintu kedua. Eh Jilaka
Pintu ketiga.pun Eh jilaka
Hos air tak ada.
Secara automatik rasa nak berak terbantut.
Nasib baik terbantut. Tak payah guwa struggle nak istinjak dengan tisu.
Cuba bayangkan kalau cirit? Tak gile?
Kepada hotel dan shopping mall yang kononnya bertaraf antarabangsa.
Please take note. Mohon prihatin.
Kita bukan dekat amerika. Ini Malaysia
Kaya macam mana pun, biarpun berbeza ideologi politik, Biarpun berbeza citarasa,
Kalau bab basuh berak. Semua sama. Kami nak air paip!
Bukan payah nak pasang paip air.
Bullshitted.
 
 

Designed by #