Thursday, August 29, 2013

Eh serius kau nak kahwin part 1

Kahwin benda yang menyeronokkan.
tapi datang juga dengan pekej kesukaran.
k. cukup intro.

Kenalan dan bercintaan.
Kenal dengan tunang masa kt UM. satu kolej
standard macam cerita korea, senior playboy yang hensem mesti bercinta dengan junior.
bukan senang nak tackle.
agak sukar. penuh ranjau, dugaan, pergaduhan, bla bla bla
habis satu semester
lagi banyak masa habis mengorat dari buat assignment masa tu
Tapi takpa sebab daripada kesukaran kita akan lebih menghargai.


First time kenalkan dengan parent.
Masa konvo.
Ni masa paling sesuai awak-awak semua yang tengah bercintaan nak kenalkan pasangan memasing kat parent. pls take note.
takkan mak ayah awak semua nak maki awak dihari bahagia awak kan.


First time bawak ke rumah.
tak pernah langsung bawak kat rumah sebelum tunang.
power kan?
jangan over expose pasangan awak.
lagi-lagi pasangan awak perempuan.
biar dia nampak seorang yang pemalu, lemah lembut
tapi depends pada mak ayah masing-masing.


Part paling payah.
Nak bagitau mak nak kawin.
Baru sekali bawak jumpa, nak suruh pergi pinang.
Dialog guwa dengan mak lebih kurang begini ;

"Mak, bila nak pegi pinang firzah"
"eh, bila kau nak?"
"bulan depan la"
"serius?"
"aah"
"duit cukup?"
"duit dah lebih banyak"
"ok. bagitau la dia, bulan depan tunang"

payah kan?


ok. habis. babai.
sambung nanti kalau rajin







Wednesday, August 28, 2013

aku kau dengki, eh ape yang kau dengki sangat ni

Manusia, eh melayu kot , selalu sangat, bila dikata, di kritik, dikondem,
eh semua la.
tegur suruh tutup aurat pon termasuk
akan pakai alasan ;
eh, jangan jaga tepi kain orang,
melayu memang suka dengki dengan bangsa sendiri.

Tak ape. harapnya satu hari nanti awak akan terus "sesat" selamanya tanpa ada orang dengki, jaga kain, kritik, kondem. 
semoga awak-awak semua akan terus hanyut dengan perasaan perasan betul selamaya awak.

selalu jugak, alasan yang awak bagi
tegur biar berhikmah, baik-baik , lembut-lembut.

betul, tapi dah 18 kali tegur dengan hikmah awak buat bodoh, memang dah sampai masanya, malah layak awak kene tampar dengan selipar pon

bukan semua yang tegur tu dengki, jangan perasan yang awak tu bagus sangat sampai ingat semua orang pon nak dengki dengan awak.
mungkin yang menegur, jauh lebih baik dari awak.

sekian

nota stokin kaki : awak tu untuk semua, bukan awak yang baca. awak la. aah awak.
 

Designed by #