Wednesday, April 24, 2013

Manusia judgemental

Aku jenis yang agak selekeh kalau dress up.
Pakai seluar 3 suku, tshirt putih, selipar jepon, sling bag satu.
Total atas sampai bawah tak sampai 45 ringgit 
Jam je mahal. nautica. 400 ringgit

Nenek pernah tegur, 
Camtu je ke pakai? tak macam engineer.
Takpelah nek. yang penting aurat terjaga.
kesian. sentap jugak dia masa tu.

Aku suka macam ni.
Boleh tengok perangai orang sekeliling.
Tengok sape yang baik, sapa yang jenis judgemental.

Aku pernah pergi butik nautica,
Nak tuka tali jam.
Orang kedai tu siap pandang atas bawah atas bawah.
Siap tanya, original ke jam tu?

Kat bank pon sama.
Bila aku bawak duit banyak sikit,
Akak bank pandang pelik,
Siap ada sorang tu pernah tanya dengan nada berbaur curiga
Banyak duit ye? kerje apa?
"Saya jumpa kat tong sampah depan sana tu" - cerita benar 

Takpa, aku selesa.
Baik duit banyak dari pakai barang2 mahal
Kalau mak sakit, nak bawak pergi hospital, hospital terima duit. 
bukan barang2 mahal yang aku ada masa tu.

bye.





Thursday, April 18, 2013

kisah malam jumaat

Hari ni khamis.
Malam jumaat
Malam yang lain dari malam-malam yang lain

Kat opis.
Hari khamis hari paling payah nak suruh kawan2 obertime.
Pukul 5 tepat. Kosong.
Malam jumaat
Esok pagi datang kerja senyum sampai telinga.

Kat fesbuk, twitta,
Menjelang pukul 9 timeline mula bergerak perlahan
Yang ada jenis manusia2 yang bujang sahaja

Jiran sebelah rumah.
Baru kawin
Malam jumaat punya pasal
Pukul 8.00 dah gelap gelita.
Semangat lebih.

Malam jumaat jugaklah
Kat fesbuk bebudak jenis dakwah sehari akan post
Tengah baca yasin! Baca al khahfi! Jom baca yasin! Baca itu dan ini.

Bebudak konon dakwah setiap hari pulak akan balas dengan nada perlian
"Baca yasin hari jumaat je. Hari lain tengok pon tidak"
"Baca yasin hari jumaat ni adat melayu"
Bla bla bla

Aku
Malam jumaat
Pegi pasar malam
Beli bontot ayam cucuk2 masak madu
Duk depan tv.
Tengok cerita "bunga merah punya".


Mungkin 7-8 bulan lagi
Baru buat benda2 kat perenggan 1 sampai 3 kot.





Thursday, April 4, 2013

melayu lawan inggeris

Hai.
Semalam guwa pegi kerja naik kereta.
Seronok rupanya naik kereta pergi kerja.
Boleh dengar radio.

Tapi ada benda yang buat guwa serabut.
Ada satu time tu.
Bila bukak hot.fm keluar lagu inggeris
Tuka sinar.fm pon lagu inggeris
Tuka era.fm lagu shine bright like a diamond.
Jilaka betol.bersepah pulak lagu inggeris kat radio melayu.

Guwa try bukak hitz.fm.
Sejam. Sepatah lagu melayu pon tak keluar.
Nampak?

Bukan la guwa anti inggeris.
Muet pon band 5.
Tapi tak kene la lagu inggeris bersepah sangat kt radio melayu.
Kalau dah guwa bukak radio melayu maknanya guwa nak dengar lagu melayu.
Kalau boleh lagu cakra khan.harus terpisah tu.
Retila guwa bukak hitz.fm kalau dah kemaruk sangat guwa nak dengar lagu inggeris tu.


Selamat hari sabtu
Bai
 

Designed by #