Monday, February 18, 2013

Kenapa guwa tak melancong.

Lepak adalah budaya tak sihat.
Semalam tengok bola kat kedai leha janda.
Tengok bola sambil lepak.sebab rumah takda astro. Dalam kes ni lepak dibenarkan.
Sambil melepak member bukak cerita pasal melancong

Best!
Ada yang dah pergi london.hongkong.LA.california.amsterdam.paris.tokyo.tomyam.barcalona.rome.milan.paling cikai singapore.
Sampai part guwa.

Sorry la brader.guwa tak pernah pergi melancong luar malaysia pon

Lol!selekeh gile.gaji banyak.bujang. tapi tak melancong.rugi dow - ahmad ariffin.30. Kerja bank

Gile kesian dow - alif redza. 27.kerje swasta.

Yang lain tumpang gelak.


Guwa tarik napas.pandang muka sorang sorang lantas berkata :

Ustad aku cakap.kalau duit banyak pegi haji dulu.tak pon umrah.kalau dah sempurna kedua duanya barula pergi melancong.kalau Allah tanya kenapa tak pergi haji.takkan nak jawab duit habis shopping kat paris. - jawapan padu guwa yang mensunyisepikan kedai leha janda buat seketika.

Korang dah daftar haji ke? - saja tambah kasi lagi panas


Sekian.


Wednesday, February 6, 2013

Tips pilih calon suami

Guwa jogging setiap hari ahad.
Tak pernah miss. Power kan? Ekceli.Setiap ahad tu la ada sorg awek sabah rambut blonde jogging sekali. Tu yang semangat lebih.


Guwa nak kongsi satu tips carik laki/suami untuk gadis-gadis2.
Tips turun temurun.tapi satu ni je
Mohon guna untuk dapat laki yang baik.
Bagi yang dah bekapel tu,nilai semula pakwe korang.klu korang nak reject beliau lepas ni pon guwa tak kesah.

****

1.Ajak lelaki yang korang berkenan makan kat kedai makan
McD dan KFc tak diterima pakai. Hanya kedai makan yang menggunakan waiter shj yang applicable.

2.seterusnya, tengok cara lelaki yang korang berkenan tu panggil waiter di kedai tersebut.

3.Kalau die panggil macam cencurut sangap nak mengawan "crut2" takpon "oi oi" ataupon "siul" . Reject!

4.Lelaki awesome akan panggil waiter tu dengan panggilan yang baik seperti "abang" "adik""akak" dan sebagainya


Ini dinamakan respect.if mereka boleh respect orang yang mereka tak kenal.then mereka akan respect korang more than that.

Sekian buat waktu ini.


p/s : perenggan 1 tu rekaan semata2. Harap maklum

Friday, February 1, 2013

Sambung Master

Semalam serius bosan.
Dalam kebosanan sempat la duduk tengok cerita 6progressif dengan mak.
Cerita faveret dia. Hero dalam cerita tu hemsem katenye.
Takda la hemsem mana pon.
Bila tengok bebudak pakai baju sekolah. Tiba2 rasa nak sambung study.


Guwa suarakan hasrat hati kat mak.

"Rasa nak sambung master la mak"

"Haaaa.nak ambik apebenda?" - mak

"Tengoklah.business boleh.engineering pon bileh.medic pon takda hal"

"Dah2 la tu. Sambung la pengajian islam ke.usuluddin ke pulak.dah2 la kejar dunia tu" - mak

T_T


p/s : Mak aku suruh pesan benda yang sama kat korang jugak.





 

Designed by #