Thursday, April 18, 2013

kisah malam jumaat

Hari ni khamis.
Malam jumaat
Malam yang lain dari malam-malam yang lain

Kat opis.
Hari khamis hari paling payah nak suruh kawan2 obertime.
Pukul 5 tepat. Kosong.
Malam jumaat
Esok pagi datang kerja senyum sampai telinga.

Kat fesbuk, twitta,
Menjelang pukul 9 timeline mula bergerak perlahan
Yang ada jenis manusia2 yang bujang sahaja

Jiran sebelah rumah.
Baru kawin
Malam jumaat punya pasal
Pukul 8.00 dah gelap gelita.
Semangat lebih.

Malam jumaat jugaklah
Kat fesbuk bebudak jenis dakwah sehari akan post
Tengah baca yasin! Baca al khahfi! Jom baca yasin! Baca itu dan ini.

Bebudak konon dakwah setiap hari pulak akan balas dengan nada perlian
"Baca yasin hari jumaat je. Hari lain tengok pon tidak"
"Baca yasin hari jumaat ni adat melayu"
Bla bla bla

Aku
Malam jumaat
Pegi pasar malam
Beli bontot ayam cucuk2 masak madu
Duk depan tv.
Tengok cerita "bunga merah punya".


Mungkin 7-8 bulan lagi
Baru buat benda2 kat perenggan 1 sampai 3 kot.





10 comments:

Umie Naziera on April 18, 2013 at 8:40 PM said...

gua tgh buat ot ni,aduhhh tmbah plak pak guard cite mcm2..haishhh

MIMIE AIZA on April 18, 2013 at 10:05 PM said...

hahaha.. suka sgt cite bunga merah punya

dee on April 18, 2013 at 10:08 PM said...

7-8 bulan lagi takpe. aku pulak, mungkin 1-2 tahun lagi. :D eh nak pulak.zzzzzz

afiqazizan on April 18, 2013 at 10:58 PM said...

Amboi lambat betul nak buat benda kat perenggan 1 sampai 3 tu :)

AKU CHUN on April 18, 2013 at 11:16 PM said...

ok lah ada perancangan 7-8 bulan lagi.

Aku?

Bunga Merah Punya! Yay! Yay! Sama.

Cerita-diam-nyanyi-puisi-nyanyi-tengok-pandang-habis

Suspek Utama on April 19, 2013 at 8:48 AM said...

macam entry untuk jemput org g kenduri kawen ko nt (7-8bulan akan datang) pn ada jgk..haha..

[k]o{q}i[n] on April 19, 2013 at 4:39 PM said...

aku lagi 3-4 tahun bru leh dapat perenggan 1-3 tu.. :(

Dkna Abza on April 23, 2013 at 11:08 AM said...

kiranya tahun depan nak kawen la yea :)

Emildza Jayy ♥ on April 23, 2013 at 8:52 PM said...

Hahah malam jumaat tu paling unik nak dibuat. kan.. Haha

~batrish♥~ on July 24, 2013 at 9:53 AM said...

=)

 

Designed by #