Thursday, October 24, 2013

Melayu , sedekah, ikhlas

Melayu islam ni prejudis dia lain macam.
Bila budak mintak sedekah , budak tu dituduh sindiket
Bila orang buta mintak, orang buta dituduh tipu tipu buta
Bila orang kaki kudung mintak, awak kata ada orang kaki kudung masuk olimpik pun
Bla bla bla bla
Jangan kata 10ringgit, seringgit pun tak hulur.alasan? Takut kene tipu

Macam ni,kalau takut kene tipu, dekat cimbclicks, maybank2u pun mungkin, awak boleh sedekah. Pergi ke transfer fund - pilih charity - pilihlah rumah anak yatim, badan badan charity yang lain yang awak suka masukkan amount. Puff. Dah sedekah. Takda tipu punya.

Kalau tu pun awak tak percaya, bukan masalah sindiket. Hati awak tu sebenarnya yang kotor. Serius
Pergi check kt klinik.

Bye

Thursday, October 17, 2013

Shitted life

Ramai.
Tak semua tapi ramai
Yang gaji 8-9 ribu sebulan, tapi pukul 12tengah malam baru balik kerja.baru sampai rumah.
Pity, you work hard to earn that much tapi end up takda masa nak enjoy dengan duit banyak tu.

Better gaji 3-4 ribu kurang tapi ada masa berkualiti dengan keluarga

Jangan sampai bila awak dah tua. Anak awak abaikan awak dengan alasan " masa saya kecik mak sibuk kerja, bulan2 bagi saya duit je,salah ke saya buat benda yang sama sekarang?"

Shitted kan?

Tuesday, October 15, 2013

Hadiah Birthday Tunang



Hai,
Harini birthday tunang guwa.
Jersey Manchester United tu hadiah birthday beliau tahun ni.

"Awak tau  kenapa saya belikan nombor 3" - guwa soal

"Entah, kenape?"  - jawab beliau disertakan sekali dengan soalan balas

" Sebab saya pakai nombor 14" - jawab guwa

Serius muke beliau blur cuba untuk menghadam kata-kata guwa.

"Cube awak berdiri sebelah saya, kan jadi 143"

"Eeh, 143, I Love U la" jawab beliau keriangan

Sebenarnya kan, tak payah beli handbeg LV untuk buat orang yang kita sayang happy.
Bye.


p/s : untuk yang belum tahu, 143 = I Love You

Wednesday, October 9, 2013

Istinjak (Basuh Berak)


Hai,
Sebenarnya dah lama guwa perati. guwa pendam.
Serius lama. Serius.
Tapi tadi kemuncak segalanya.
Guwa ada conference. Di sebuah hotel 5 bintang.
Sebab kebosanan dengan ceramah speaker orang putih guwa terasa nak berak.
Sebab malas nak berjalan, guwa cuba tahan, tapi tak berdaya.
Dengan pantas guwa menuju ke restroom terdekat.
Selak pintu toilet pertama. Eh Jilake
Pintu kedua. Eh Jilaka
Pintu ketiga.pun Eh jilaka
Hos air tak ada.
Secara automatik rasa nak berak terbantut.
Nasib baik terbantut. Tak payah guwa struggle nak istinjak dengan tisu.
Cuba bayangkan kalau cirit? Tak gile?
Kepada hotel dan shopping mall yang kononnya bertaraf antarabangsa.
Please take note. Mohon prihatin.
Kita bukan dekat amerika. Ini Malaysia
Kaya macam mana pun, biarpun berbeza ideologi politik, Biarpun berbeza citarasa,
Kalau bab basuh berak. Semua sama. Kami nak air paip!
Bukan payah nak pasang paip air.
Bullshitted.
 

Thursday, September 26, 2013

Orang kaya berlagak

Banyak sangat sangat orang kaya yang jenis sombong.
Tak semua, tapi banyak.
Yang paling jilaka, anak orang kaya.
Lagi sombong dari mak dengan bapak.


Masa minyak naik, barang naik dengan jilakanya mereka mengkondem orang biasa-biasa
"alah naik 20sen je"
"siapa suruh kerja malas, tak kaya "
"Hidup mengharapkan orang subsidi je"


Awak semua,
Kami tau mak bapak awak kaya, CEO, MD, orang besar-besar syarikat.
Tapi awak tak tau mak bapak awak kaya sebab orang-orang yang mengharapkan subsidi ni lah.
Cube awak suruh mak bapak awak buat semua kerja yang ada. kerja finance,admin, HR, kerja repair-repair.cuba la,
kompom mak ayah awak mati darah tinggi.


Jangan sombong,
Yang kaya mak bapak awak.
Awak, kalau dicampak sorang diri. survive tanpa bantuan mak bapak awak. confirm, awak pun akan jadi salah seorang pengharap subsidi.pengemis subsidi mungkin




Thursday, August 29, 2013

Eh serius kau nak kahwin part 1

Kahwin benda yang menyeronokkan.
tapi datang juga dengan pekej kesukaran.
k. cukup intro.

Kenalan dan bercintaan.
Kenal dengan tunang masa kt UM. satu kolej
standard macam cerita korea, senior playboy yang hensem mesti bercinta dengan junior.
bukan senang nak tackle.
agak sukar. penuh ranjau, dugaan, pergaduhan, bla bla bla
habis satu semester
lagi banyak masa habis mengorat dari buat assignment masa tu
Tapi takpa sebab daripada kesukaran kita akan lebih menghargai.


First time kenalkan dengan parent.
Masa konvo.
Ni masa paling sesuai awak-awak semua yang tengah bercintaan nak kenalkan pasangan memasing kat parent. pls take note.
takkan mak ayah awak semua nak maki awak dihari bahagia awak kan.


First time bawak ke rumah.
tak pernah langsung bawak kat rumah sebelum tunang.
power kan?
jangan over expose pasangan awak.
lagi-lagi pasangan awak perempuan.
biar dia nampak seorang yang pemalu, lemah lembut
tapi depends pada mak ayah masing-masing.


Part paling payah.
Nak bagitau mak nak kawin.
Baru sekali bawak jumpa, nak suruh pergi pinang.
Dialog guwa dengan mak lebih kurang begini ;

"Mak, bila nak pegi pinang firzah"
"eh, bila kau nak?"
"bulan depan la"
"serius?"
"aah"
"duit cukup?"
"duit dah lebih banyak"
"ok. bagitau la dia, bulan depan tunang"

payah kan?


ok. habis. babai.
sambung nanti kalau rajin







Wednesday, August 28, 2013

aku kau dengki, eh ape yang kau dengki sangat ni

Manusia, eh melayu kot , selalu sangat, bila dikata, di kritik, dikondem,
eh semua la.
tegur suruh tutup aurat pon termasuk
akan pakai alasan ;
eh, jangan jaga tepi kain orang,
melayu memang suka dengki dengan bangsa sendiri.

Tak ape. harapnya satu hari nanti awak akan terus "sesat" selamanya tanpa ada orang dengki, jaga kain, kritik, kondem. 
semoga awak-awak semua akan terus hanyut dengan perasaan perasan betul selamaya awak.

selalu jugak, alasan yang awak bagi
tegur biar berhikmah, baik-baik , lembut-lembut.

betul, tapi dah 18 kali tegur dengan hikmah awak buat bodoh, memang dah sampai masanya, malah layak awak kene tampar dengan selipar pon

bukan semua yang tegur tu dengki, jangan perasan yang awak tu bagus sangat sampai ingat semua orang pon nak dengki dengan awak.
mungkin yang menegur, jauh lebih baik dari awak.

sekian

nota stokin kaki : awak tu untuk semua, bukan awak yang baca. awak la. aah awak.

Monday, July 15, 2013

lelaki VS perempuan : berkira

Lelaki adalah makhluk jenis tak kisah.
Kurang berkira.
Jenis pedulik lah.

Perempuan pulak jenis berkisah
Berkira
Jenis ambik pedulik semua benda.

Ada certain kes. Sifat berkisah, ambik pedulik semua benda tu bagus.
Contohnya part kerja.
Sebab tu kerja perempuan kemas.
Cikgu puji
Tak macam lelaki.selekeh.
Jenis tangkap muat.

Tapi part friendship. Sifat lelaki way off better.

Contoh;
Makan kat kedai mamak.
5 orang
Total harga 33.20
Kes lelaki ;
Ada yang dengan tenangnya keluarkan duit rm10
Ada yang keluarkan semua yang ada dalam poket. Kalau 7.10 dalam poket tula yang keluar.
Maybe ada yang takpayah keluar duit sesen pon
Lelaki tak kisah keluar duit lebih.
Kawan2.Ape ade hal.


Tapi.
Kalau perempuan.sorry la
Dorg akan bahagi 33.20 tu dgn 5 orang
Siap pakai kalkulator.
Bayar kene tepat.
Siap dengan sen.
Berkira kan.


Bye


Tuesday, June 4, 2013

fake friendship perempuan

Hai.
Friendship perempuan ni banyak yang fake.
Dia ada sifat balas2 dendam
Banyak.
Tapi tak semua. Tak semua.

Contoh.
Bulan lepas Minah tak pergi wedding Munah sebab busy.
Semalam Minah kawin,
Munah taknak datang. Malas katanya
Bila ditanya
Jawapan Munah simple.
"Alaaaah.dia bukan datang pon wedding aku bulan lepas "

Nampak-nampak?
Jauh beza dengan lelaki.


p/s : bukan tuduh.tapi perempuan yang sampaikan. Guwa tulis je.lalala





Wednesday, April 24, 2013

Manusia judgemental

Aku jenis yang agak selekeh kalau dress up.
Pakai seluar 3 suku, tshirt putih, selipar jepon, sling bag satu.
Total atas sampai bawah tak sampai 45 ringgit 
Jam je mahal. nautica. 400 ringgit

Nenek pernah tegur, 
Camtu je ke pakai? tak macam engineer.
Takpelah nek. yang penting aurat terjaga.
kesian. sentap jugak dia masa tu.

Aku suka macam ni.
Boleh tengok perangai orang sekeliling.
Tengok sape yang baik, sapa yang jenis judgemental.

Aku pernah pergi butik nautica,
Nak tuka tali jam.
Orang kedai tu siap pandang atas bawah atas bawah.
Siap tanya, original ke jam tu?

Kat bank pon sama.
Bila aku bawak duit banyak sikit,
Akak bank pandang pelik,
Siap ada sorang tu pernah tanya dengan nada berbaur curiga
Banyak duit ye? kerje apa?
"Saya jumpa kat tong sampah depan sana tu" - cerita benar 

Takpa, aku selesa.
Baik duit banyak dari pakai barang2 mahal
Kalau mak sakit, nak bawak pergi hospital, hospital terima duit. 
bukan barang2 mahal yang aku ada masa tu.

bye.





Thursday, April 18, 2013

kisah malam jumaat

Hari ni khamis.
Malam jumaat
Malam yang lain dari malam-malam yang lain

Kat opis.
Hari khamis hari paling payah nak suruh kawan2 obertime.
Pukul 5 tepat. Kosong.
Malam jumaat
Esok pagi datang kerja senyum sampai telinga.

Kat fesbuk, twitta,
Menjelang pukul 9 timeline mula bergerak perlahan
Yang ada jenis manusia2 yang bujang sahaja

Jiran sebelah rumah.
Baru kawin
Malam jumaat punya pasal
Pukul 8.00 dah gelap gelita.
Semangat lebih.

Malam jumaat jugaklah
Kat fesbuk bebudak jenis dakwah sehari akan post
Tengah baca yasin! Baca al khahfi! Jom baca yasin! Baca itu dan ini.

Bebudak konon dakwah setiap hari pulak akan balas dengan nada perlian
"Baca yasin hari jumaat je. Hari lain tengok pon tidak"
"Baca yasin hari jumaat ni adat melayu"
Bla bla bla

Aku
Malam jumaat
Pegi pasar malam
Beli bontot ayam cucuk2 masak madu
Duk depan tv.
Tengok cerita "bunga merah punya".


Mungkin 7-8 bulan lagi
Baru buat benda2 kat perenggan 1 sampai 3 kot.





Thursday, April 4, 2013

melayu lawan inggeris

Hai.
Semalam guwa pegi kerja naik kereta.
Seronok rupanya naik kereta pergi kerja.
Boleh dengar radio.

Tapi ada benda yang buat guwa serabut.
Ada satu time tu.
Bila bukak hot.fm keluar lagu inggeris
Tuka sinar.fm pon lagu inggeris
Tuka era.fm lagu shine bright like a diamond.
Jilaka betol.bersepah pulak lagu inggeris kat radio melayu.

Guwa try bukak hitz.fm.
Sejam. Sepatah lagu melayu pon tak keluar.
Nampak?

Bukan la guwa anti inggeris.
Muet pon band 5.
Tapi tak kene la lagu inggeris bersepah sangat kt radio melayu.
Kalau dah guwa bukak radio melayu maknanya guwa nak dengar lagu melayu.
Kalau boleh lagu cakra khan.harus terpisah tu.
Retila guwa bukak hitz.fm kalau dah kemaruk sangat guwa nak dengar lagu inggeris tu.


Selamat hari sabtu
Bai

Wednesday, March 13, 2013

alkisah koteh

Ramai yang tak percaya guwa ni budak innocent.
jujur dan lurus. lebih kurang macam wawa zainal dalam filem pada satu cinta dahulu.
jenis tak smoking, tak main perempuan, mengamalkan gaya hidup sihat dan tak suka melepak.


satu malam, 
demi memenuhi kehendak kawan-kawan.
terpaksa jugak guwa melepak.
macam biasa, kedai leha janda jadi pilihan mereka
guwa suspek, leha janda dah jutawan. berbekalkan asset muka lebih kurang ayu raudhah, beliau mampu menarik pak-pak lebai agar turut sama melepak dikedai beliau tak kira pagi petang. 


time nak order.
"air neslo satu ye kak" - musli.
"air ape neslo tu li?" - guwa tanya musli
"nescaffe campur milo la kawan. kuno gile lu ni" - musli jawab sambil sedut rokok gudang garam


"saya punye bagi holo ye kak" - agus
"dah ape pulak holo nye gus?" guwa tanya agus pula
"horlick campur milo brader. try la sedap jugak" - agus bagi cadangan


"pelik-pelik air zaman skang ye. kalau camtu bagi saya air koteh la kak" - guwa order
lebih kurang 3 saat lepas work kote di sebut, bunyi pang bergema lantas muka guwa terasa bisa *penampar hinggap kat muke*
"kurang ajar bla bla bla bla bla bla koteh bla bla bla " - kak leha membebel sambil membawa diri kedapur


"cilake ape air ko order tu naz. tak pasal kene pelempang. gile seks ke hape?" -agus bersuara
"aku ikut korang la. dah ko order neslo dengan holo, aku mintak la kote, kopi campur teh. salah ke?" - guwa sambil usap pipi T_T


p/s : jangan nak inncocent sangat.




Monday, February 18, 2013

Kenapa guwa tak melancong.

Lepak adalah budaya tak sihat.
Semalam tengok bola kat kedai leha janda.
Tengok bola sambil lepak.sebab rumah takda astro. Dalam kes ni lepak dibenarkan.
Sambil melepak member bukak cerita pasal melancong

Best!
Ada yang dah pergi london.hongkong.LA.california.amsterdam.paris.tokyo.tomyam.barcalona.rome.milan.paling cikai singapore.
Sampai part guwa.

Sorry la brader.guwa tak pernah pergi melancong luar malaysia pon

Lol!selekeh gile.gaji banyak.bujang. tapi tak melancong.rugi dow - ahmad ariffin.30. Kerja bank

Gile kesian dow - alif redza. 27.kerje swasta.

Yang lain tumpang gelak.


Guwa tarik napas.pandang muka sorang sorang lantas berkata :

Ustad aku cakap.kalau duit banyak pegi haji dulu.tak pon umrah.kalau dah sempurna kedua duanya barula pergi melancong.kalau Allah tanya kenapa tak pergi haji.takkan nak jawab duit habis shopping kat paris. - jawapan padu guwa yang mensunyisepikan kedai leha janda buat seketika.

Korang dah daftar haji ke? - saja tambah kasi lagi panas


Sekian.


Wednesday, February 6, 2013

Tips pilih calon suami

Guwa jogging setiap hari ahad.
Tak pernah miss. Power kan? Ekceli.Setiap ahad tu la ada sorg awek sabah rambut blonde jogging sekali. Tu yang semangat lebih.


Guwa nak kongsi satu tips carik laki/suami untuk gadis-gadis2.
Tips turun temurun.tapi satu ni je
Mohon guna untuk dapat laki yang baik.
Bagi yang dah bekapel tu,nilai semula pakwe korang.klu korang nak reject beliau lepas ni pon guwa tak kesah.

****

1.Ajak lelaki yang korang berkenan makan kat kedai makan
McD dan KFc tak diterima pakai. Hanya kedai makan yang menggunakan waiter shj yang applicable.

2.seterusnya, tengok cara lelaki yang korang berkenan tu panggil waiter di kedai tersebut.

3.Kalau die panggil macam cencurut sangap nak mengawan "crut2" takpon "oi oi" ataupon "siul" . Reject!

4.Lelaki awesome akan panggil waiter tu dengan panggilan yang baik seperti "abang" "adik""akak" dan sebagainya


Ini dinamakan respect.if mereka boleh respect orang yang mereka tak kenal.then mereka akan respect korang more than that.

Sekian buat waktu ini.


p/s : perenggan 1 tu rekaan semata2. Harap maklum

Friday, February 1, 2013

Sambung Master

Semalam serius bosan.
Dalam kebosanan sempat la duduk tengok cerita 6progressif dengan mak.
Cerita faveret dia. Hero dalam cerita tu hemsem katenye.
Takda la hemsem mana pon.
Bila tengok bebudak pakai baju sekolah. Tiba2 rasa nak sambung study.


Guwa suarakan hasrat hati kat mak.

"Rasa nak sambung master la mak"

"Haaaa.nak ambik apebenda?" - mak

"Tengoklah.business boleh.engineering pon bileh.medic pon takda hal"

"Dah2 la tu. Sambung la pengajian islam ke.usuluddin ke pulak.dah2 la kejar dunia tu" - mak

T_T


p/s : Mak aku suruh pesan benda yang sama kat korang jugak.





Wednesday, January 30, 2013

kawin part 2 : kumpul duit

Hai.
Cerita banyak tak guna.
Cinta semata2 tanpa duit tak boleh bawak korang ke jinjang pelamin.
Kalau pon nak tolak tepi adat istiadat semua bagai.korang masih perlukan duit. Kos katering aje paling cikai 8000 (rm8 X 1000 orang). Lainlah kalau korang jenis jemput 100 orang je.

Berikut sedikit sebanyak cara mengumpul duit untuk kawin berdasar pengalaman.

1.Pergi kerja naik moto
Dengan jarak sejauh 40kilo. Guwa mampu save kira2 rm100 sebulan. Tu pakai saga BLM tu.jalau yang pakai inspira.mungkin boleh save rm200 ratus sebulan.

2.Makan sekali sehari.
Ni kira paling hardcore. Dahla sekali sehari.breakfes pulak tu. Kuew tiaw gorang tambah telur air kosong. Kos rm 1.50
Boleh save dalam rm200 sebulan kalau jenis makan biasanya rm10 sehari.

3.Gunting rambut botak
Save 19.50 gel rambut loreal yang biasa guwa beli. Syampu mantain.biarpon botak syampu wajib.jangan syampu pon cutcost. Berkerak kepala koramg nanti

4.Deodoren spray kurang sikit
Dari sebotol sebulan jadi sebotol dua bulan. Save la rm16.50 kalau korang pon pakai deodoren brand playboy

Cukup la 4. Total boleh save dengan 4 benda ni kira2 350 sebulan. Setahun? Dapatlah dalam rm4000. Boleh la buat beli barang dalam dulang hantaran tuh.

Ada orang yang kate, bodoh saving macam orang gila sebab nak kawin. Takda hal.korang buat bodoh je,die mak bapak sponsor.ape die tahu. Semua yang korang buat tu tanda usaha betol2 serius nak jadikan si dia isteri. Bukti jelas yang korang awal2 lagi sanggup berkorban dan jenis betanggungjawab.


Sekian :)

Wednesday, January 16, 2013

kawin part 1

Semalam guwa lepak tengok telebisyen.
Cerita malayu. Tak sedap langsung.makin parah idea orang melayu buat cerite nih.
Tetibe mak guwa bersuara.

"Bang.katering kawin ko mak sponsor la ye"

Guwa jawab

"Tak payah mengade la.abg pakai duit sendirik je"

Mak guwa jawab balik

"Serius?cukup ke duit?duit hantaran lagi,lain lain lagi"

Guwa jawab balik semula

"Cukup.tak payah kawin kalau duit tak cukup"

Selang dua saat lepas tu.

"Cilakak.sengalnye pulak rase tolak offer" - dalam hati


Tapi serius.
Memang guwa dah set. kawin.guwa nak pakai duit sendiri. Secara total.
Kalau mak ayah nak sponsor pon biarla takat2 rm100-200.
Malu la.
Mase baby mak ayah tanggung
Masuk tadika mak ayah tanggung
Masuk u mak ayah tanggung
Takkan dah ade kerja bagai.kawin nak mak ayah tanggung.

Pasni.dah kawin pon mintak la mak ayah tanggung bini pulak.hehe

Sekian


Saturday, January 5, 2013

Bila budak gila dengan seks

Sikit pon guwa tak heran kalau budak2 sekarang gila seks.
Kita kan makin moden.
Seks dengan maksiat depan mata. Benda sedap. Sapa yang taknak try.
Bukak tv seks. cium mulut.
Jalan pegi midvalley jumpa maksiat.
Bukak fesbuk jumpa maksiat
Beli paper jumpa seks
Nak salahkan sapa?


Tunggula lagi 10-20 tahun.
Masa tu tak payah buat2 terkejut la kalau bebudak umur 12 dah pandai main cium2.


Time to change.
Yang ada anak.jaga la baik2.
Minimizekan access pada seks2 maksiat2 ni. Garang sikit. Takpayah nak konon sporting sangat.
Semart phone.tab anak tu jaga. Tu access paling mudah untuk dapatkan bebenda seks. Mak ayah ada hak cek henpon anak.kalau malas nak cek.takyah belikan. Bia anak menangis.jangan korang menangis anak termengandung sebelum nikah.

Sekian.

p/s : Apa guna ada bangunan tinggi2 tapi akhlak sama level dengan lubang taik.



 

Designed by #