Wednesday, December 26, 2012

khalwat, zina, romen dan jabatan agama

Hai.
Semalam ada berita orang kene tangkap khalwat.
khalwat dengan berzina adelah dua entiti yang berbeza. biarpon khalwat boleh menjadi pencetus zina
contoh : aku lepak berdua-dua dengan anzalna nasir dalam kereta kat tepi pagar rumah dia, tengah bercerita pasal masalah pakwe dia, tetiba kene tangkap dengan jabatan agama, kira kene tangkap khalwat walaupon langsung aku tak sentuh anzalna. sentuh pon tidak.takkan berzina pulak. zina tanpa sentuhan adalah perkara mustahil


Serius. kadang-kadang kesian dengan orang yang kene tangkap khalwat.
tak kesah la yang tak buat apa-apa atau pon yang tengah cium mulut.
sekurang-kurangnya yang berkhalwat ni ada usaha untuk menyembunyikan maksiat mereka.
kadang-kadang tu tak beromen pon.
baru main belai-belai rambut.


ada pulak jenis manusia yang lain.
biapon  secara open pelok-pelok.cium-cium tayang dalam cerekarama, samarinda, akasia dan slot raudhah tv3 , jabatan agama tak berani nak sentuh
pelik.
artis2 tu dah dapat permission dari tuhan ke untuk pelok-pelok sampai jabatan agama senyap je?
ke syarat nak buat maksiat kene buat secara open?ke sebab guna alasan karier?
seronok la camtu. lepas ni boleh la budak-budak pegi kat shopping mall, gesek-gesek ape bagai. bila kene tangkap cakap je " maaf bang, saya buat secara open ni.lagipon memang karier saya main gesel-gesel ni"


mohon jangan double standard. bukan guwa sokong orang main gesel-gesel. tapi biar adil. serbu yang buat maksiat secara open dulu baru sibuk nak mengendap orang beromen.
takda beza pon gesel-gesel artis dengan gesel-gesel orang biase.dua-dua pon dosa. dua-dua pon tuhan marah

p/s : kalau dah tangkap orang yang bermaksiat tu, tak payah la nak masuk tv dengan youtube. islam tak ajar mengaibkan orang.



Wednesday, December 5, 2012

Digimon

Dulu masa guwa kecik-kecik damily guwa jenis tak kaya sangat.
masa tu pakai kereta toyota corrola je.
balik kampung, dari KL ke kelantan, 7 orang naik kerete tu.
Gile.
sampai ada terpaksa duduk kat lantai kereta.dengan air cond rosaknye. mmg azab
tapi tu dulu.

Dulu jugak.masa kurang duit tu jugaklah.
game digimon keluar.
masa tu guwa darjah 6.


Memang tak dapat la nak beli.
70 ringgit. mane mampu.
Menangis woi, tengok semua orang ada.
Siap buat mogok lapar.
tapi mak ayah guwa orang yang hebat. tak makan dengan mogok-mogok ni. diorang buat kering je.
"taknak makan setahun lagi bagus.save duit beras mak" - mak guwa cakap.

Tapi tula.
tuhan itu maha mendengar.
berkat doa tiap-tiap hari nak beli digimon 12 tahun dulu.
Allah kabulkan sekarang. nampak nampak?
Allah tak kata "tidak" sekiranya Dia menangguhkan doa kita. tapi Dia kata "tunggu dulu"
Skang dengan keagungan teknologi.
Guwa dapat menikmati saat budak kecik guwa.
Dapat main digimon kat phone.
dan guwa dapat meracun seorang dua budak opis untuk main benda ni.
wakakakaka.



p/s : sape nak main, boleh la download app vpet dekat playstore.boleh battle. ade bran?

Sunday, December 2, 2012

nak kurus punya hal

Hai.
Pagi tadi guwa jogging.
Penat. Tapi tula.pagi sabtu ahad ni mmg best jogging.
Time ni la buleh carik calon bini.
Pompuan yang jog pepagi sabtu ahad ni menandakan die jenis bangun pagi.
Takda la korang kebulur hari sabtu ahad sampai tengah hari.
Tapi jgn carik gadis yang jog pakai legging je
Azab.


Ekceli.Guwa jog sebab nak kurus.
Takda kerje la nak jadikan jog tu hobi kan.
Mana mampu nak beli alpha lipid sd2
Tak perlu beli pon sebenarnya.
Cube try tanya pengedar alpha lipid.
Ape maksud diet tak belapar die.
Betol tak belapar.tapi takleh ambik karbohidrat. Nasik.pizza.mee.kuew tiaw dll.


Ceh.kalau gitu guwa dah lama buat.makan ape saje tp tak ambik karbohidrat.
Cume tukar alpha lipid jadik jogging.
Kurang la 7kg 2 bulan
Lambat la sikit dari alpha lipid.
Tapi dapat la save 100++ sebulan


Entry ni saje2.
Bukan nak troll or bash alpha lipid.
Bagi option dekat orang takda duit.
Kesian. Dahla gemok.takda duit pulak. Macam guwa.heh
Plilihan di duit anda.
Yang ade duit tu.beli la.bukan guwa nak marah pon.


Peace.





 

Designed by #