Sunday, November 25, 2012

Belagak masuk surat kabar

Hai.
Mohon tengok gambar.

Ekceli guwa tak minat sangat paper utusan ni.sebab bahagian sukan die 2page je.
Tapi tu la. Terima kasih utusan.biarpon guwa selalu troll utusan.masih ada secebis rasa sayang utusan kat guwa.



"Kenape muka engko macam tengah tahan berak?nampak tak hemsem" - mak yang jujur.
Mak. Ekceli tu muka tahan nafas. pepatah baru kan ada cakap "hodoh takpa.asalkan tak boroi"


Sempat lagi nak pegi beli paper untuk sapa2 yang belum beli.Kalau tak.esok pegi,pergi kedai.cakap nak paper utusan semalam. Kalau tak dapat jugak baca kat sini :Mengenali lelaki kacak


Target lepas ni. belakon dalam samarinda pulak.takpon cerekarama.


p/s : dah laminate.taruk frame.gantung kat wall ruang tamu.

Thursday, November 22, 2012

mak ayah, anak dan upsr

Bukan main hepi bebudak dapat 5A upsr.
Abang dulu upsr 1A je.
Takde kerja la bang oi nak serius sangat belajar
Kamonla. Baru 12 tahun kan kan
Baligh pon belum


Ni takda niat nak kondem budak 5A.
Just cerita2.


Budak2 5A ni biasanya la Mak ayah yang struggle lebih.
Kekadang budak2 ni tak kesah sangat pon tak dapat 5A ke tak
Dorang bukan ade rasa malu sangat pon kalau dapat takda A
Kazen guwa sbg contoh.dapat 1B lain C. Tenang je.
Yang dapat 5A pon bukan hepi sebab 5A pon.sebab ipad.ps3.psp yang ayah dah janji.


Mak ayah pulak lain.
Dorg punye malu lain macam kalau anak tak dapat result bagus.
Macam dorang pulak yang belajar.
Tu yang bukan main paksa anak belajar
Hantar sampai 2-3 kelas tusyen untuk satu subjek.
Anak nak main petang-petang pon tak bagi sebab takut anak penat malam takleh study.
Guwa paham. Bukan senang nak menjawab 80 call yg bertalu2 masuk hari dapat result tu.  Guwa paham.
Tapi tula. Korang pon bukan dapat straight A jugak dulu.


Tapi tak semua la mak ayah macam tu.
Ramai yang ok.sikit2 je yang macam tu.
Untuk mak ayah calon upsr tahun depan dan seterusnya.
Upsr ni.tak payah la paksa sangat.
Paksa sikit2 dahla.
Kasi la budak2 tu menikmati zaman kanak2.
Takkan dah tua nanti dorang nak cerita kat cucu "mase atok kecik dulu atok blaja je"
Gila bosan.


p/s : tahniah pada yang dapat 5A. Yang tak dapat takpe. Cakap kat mak ayah.abg belog suratan kebetolan dapat 1A pon boleh jadi ingineer.






Monday, November 12, 2012

Alkisah seluar merah 5 ringgit

Hi.
Minggu lepas guwa beli seluar baru.
kaler merah. agak nice.  takda la typikal hitam dengan blueblack
dia punya nice sampai beckhem pon tiru. fuck.(apa itu fuck?KLIK SINI)




harga 5 ringgit. beli kat pasar malam.
awesome kan.
seriusly, guwa tak pernah beli barang mahal
benda paling mahal yang guwa pernah beli adelah spek mata. itu pon sebab tak ada spek yang ada power harga 10 ringgit.kalau ada sure guwa beli.


kedekut?

taklah.ni namanya pakai otak.
kenapa nak buang duit rm100 kalau boleh beli dengan harga 5-10 ringgit?
jeans levis 501 beli kat butik levis mid valley harga 200 dengan harga 5 ringgit pasar malam tak dapat nak beza dengan mata kasar pon kalau dah pakai. 
lain la kalau pakai tak buang tag harga.

****

guwa pernah hilang 3 helai baju, 2 helai seluar masa kat belajar dulu.
tapi guwa hadapi dengan jiwa yang tenang.
sebab? sekali hilang guwa baru loss 5 ringgit. ape ade hal. duit yang korang sedekah pon lagi banyak dari tu.
roomate guwa, hilang sehelai seluar levis butik.
5 hari 5malam gila.
nampak permainan die?


lagi satu. dengan membeli barang2 murahan ni takda la guwa rasa keji dan bersalah
bayangkan. beli baju, seluar,kasut, bag harga 200 ringgit. tenang je keluar duit.
tapi bila sedekah kat tabung masjid keluar seringgit je.
adil ke?

akhir kata,selamat membeli barangan pasar malam
dan selamat jadi lebih bijak.hehe




Sunday, November 11, 2012

InshaAllah ke in shaa Allah ke sama je

Hi.
Tengok gambar ni.

No wonder, satu dua hari ni kat fesbuk ramai yang start eja in shaa Allah.
Tak heran.malaysia brader,malaysia.buat la benda camni.laju je orang sebar. awesome kan.
Tapi serius. betol ke zakir naik cakap macam tu?
Ada ke video tazkirah or ceramah beliau yang cakap pasal benda ni?
setakat ayat tepek gambar.adik guwa boleh buat.
Kalau ada orang tepek gambar ustaz don. pastu ayat sebelah kata kapel itu tak haram ape bagai. kita nak terus sebar percaya ke?

Takda la niat nak lawan zakir naik pon.guwa respek ilmu beliau. sebab tu guwa tak rasa benda ni dari beliau.

Serius.guwa tak nampak salah pon dengan ejaan inshaAllah tu.
Mari sama-sama cuba.
cube sebut in shaa Allah. pastu sebut inshaAllah.
ade beze nahu ke?
takda kan?


Guwa percaya.kat malaysia ade lebih dari 20 orang ustaz yang hebat dalam bahasa arab.
takkan dah 56 tahun merdeka,seorang pon ustaz, mufti,dan ulama2, hadi awang ke, fathul bari ke, harussani ke pon tak bersuara pasal benda ni if benda ni sangat lah salahnya.
kan?


lagi satu. nama kawan aku mohd jibril
korang sebut ape? moh-Di jibril ke muhammad jibril?
muhammad kan? so apa ada dengan ejaan. yang penting sebutan tu tepat.


Jom ramai-ramai kita diagnos benda ni guna otak
Tak kesah la nak pakai yang mana satu,takut akan ada kes salah menyalah bila ada orang yang yang tak buat apa yang korang buat.
tolong jugak try contact zakir naik.tanya dia. betul ke dia cakap.
takut kita sebarkan fitnah.
macam kes dato harun din. punya la ramai yang bercerita dia halau jin pakai bas.
last-last semuanya fitnah. sebab dia sendiri mengaku yang dia tak pernah pon halau pakai bas dan tak tahu pon macam mana boleh tersebar cerita tu.

Sekian

Wallahua'lam

p/s :jom sama terus doakan palestin.selalu,jangan sekadar tulih kat fesbuk.

tambahan : Dari laman fesbuk ustaz azhar telah menjawab. tak ada masalah dengan ejaan inshaAllah. kita jangan samakan tulisan jawi/arab yang menjarakkan perkataan. kalau nak ikut sangat Assalamualaikum pon kene jarak(assalamu alaikum) sebab huruf mim dengan ain jarak dalam arab/jawi





 

Designed by #