Wednesday, October 31, 2012

kesian perempuan

Perempuan ni makhluk yang kesian dan dikasihani.
Selalu sangat perempuan ni kene kutuk, kene keji, kene umpat, kene fitnah.
Maklumlah. insan yang lemah.




Cerita 1.

Masa kat matrik.
Guwa ade 2 helai je baju kemeja.
Kaler ijau dengan oren.
Isnin sampai rabu pakai ijau. Hari lain pakai oren.
Takda sapa pon kisah.

Member guwa. Seorang perempuan
Pada hari rabu. Terpakai baju yang sama yang dipakai beliau hari isnin.
Semua orang kesah.
"Malas gosok baju lain la tu"
"Eh?ni baju ko pakai dua hari lepas kan?"
"Kau xda baju lain ke weh"
Dan lain lain lagi.

Kesian kan?

Cerita 2.

Masa kat matrik.
Dalam 1 dewan kuliah. ada 76 orang lelaki.
23 daripadanya pakai baju warna merah. corak plain.
takda sapa pon bising.

Member guwa. perempuan.
Pada hari rabu 23 february 2005 kalau tak silap
Pakai baju kaler putih, bunga merah.
tengah syok lepak kat library, tetiba lalu sorang minah, pakai baju sebijik sama.
terus member2 guwa yang lain kutuk dan mentertawakan beliau sebab pakai baju sama dengan budak tu
pelik. ape yang lawak ntah.
guwa je tak kutuk.

kesian kan?

To be continued..

Sunday, October 21, 2012

Biodata Zulfahmi Khairuddin | siapa zulfahmi khairuddin

Hai.

1. Tahniah zulfahmi khairuddin. No.2 motor gp adelah pencapaian yang awesome

2. Respect jugak pada beliau kerana tidak bersama2 main simbah arak sewaktu penyampaian hadiah. Mohon penganjur tukar arak kepada sirap bandung lepas ni.klik sini video zulfahmi elak arak

3.tahniah dan terima kasih kat mak ayah zulfahmi. En khairuddin dan isteri.

4. If,mak ayah zulfahmi jenis majoriti mak ayah kat malaysia yang jenis nak anak masuk unibersiti.dapat degree.pastu jadi doktor. Nescaya kita akan kempunan sampai kiamat utk melihat anak malaysia lat podium motor gp

5. Pesanan untuk mak ayah.belajar hargai minat anak anda. bukak minda. Masuk unibersiti harini belum pasti menjamin masa depan yang cemerlang.

6. Sikit info pasal zulfahmi : asal banting. Mungkin sekampung dengan anak2 sidek. dilahirkan pada 20/10/1991. Mula merempit dimotor gp pada tahun 2009 dalam kategori 125cc. Masih bujang dan sedang mencari pemilik tulang rusuk yang satu lagi.suka sirap bandung. Boleh follow beliaw di twitter @zulFahmi_63




Wednesday, October 17, 2012

Perempuan dan friendSHIT.

Hari ahad normally hari yang bosan.
Kalau tak keluar datim. Guwa suka lepak dekat playground
suka tengok budak2 main jongkang jongkit
Tapi lagi suka tengok kakak-kakak budak yang datang teman adik main.
Lagi-lagi yang pakai singlet+lengging aje. hoi!


Sebenarnya
Perempuan ni makhluk yang unik
susah nak predik. Even perempuan sendiri tak faham perempuan
lelaki easy to go.sempoi.
Perempuan bila berkawan nampak suwit.
Main pegang2 tangan. Makan main suap2.Alolololo
Guwa pernah try pegi kantin pegang tangan member guwa.lelaki
Sampai sekarang we all kene cop gay.
ketidak adilan. Yang perempuan takde sapa pon cop lesbian.


 
gambar hiasan: hai suri cruise, muke u macam muka budak yg main jongkang jongkit tu.


Tapi member guwa penah cakap.
Perempuan punye frenship banyak yang fake.
Nampak suwit. tapi dalam penuh dendam.
Pantang nampak kawan lebih sikit. sure dengki
lagi2 kalau pakwe punya hal
tambah pulak kalau lelaki yang di admired sangat jatuh hati kat best friend sendirik
Mula la adengan busuk membusuk,tikam menikam macam dalam senetron anugerah bermula
ape adehal dengan 20 tahun punya friendship.

jijik kan kan?
Bukan semua.tapi adelah dalam 20 orang bagi setiap 35 orang.
Lelaki?ada. tapi sikit. mungkin 1 dari 1000

p/s : sure.ramai perempuan yang geram dengan entry ni.tapi dalam hati mengiakan.kepala mengangguk.

Monday, October 8, 2012

kucing

Semalam guwa duduk lepak kat playground.
 Seronok tengok budak2 main.
Tengah syok layan perasaan guwa terdengar dua budak tgh berborak.
Kecik lagi. Dalam 7 tahun setengah. Laki dgn perempuan.
Guwa suspek mesti pakwe makwe.

Perempuan : adi. Kita nak tanya.tengok awak pandai ke tak.

Lelaki :ape dia?

Perempuan : kita ade 7 ekor kucing. Hari ni kite bagi awak 1. Pastu kite bagi lagi 3. Ade berapa kucing dah kt rumah awak?

Lelaki : takde. Sebab mak kite tak bagi bela kucing.

Perempuan : eeeeee.

 Tamat.

Sunday, October 7, 2012

kenapa proton?

kadang series guwa kesian dengan peroton (proton).
selalu sangat kene kutuk.
point paling common surela dengan power window peroton.
enjin senang rosak , handle pintu senang patah , minyak bocor bla bla bla

takpa peroton, meh guwa back up lu

bagi guwa jenis manusia yang suke mengutuk tanpa mencermin diri sendiri ni jenis orang yang bodoh.
peroton pulak yang salah. sendiri punya salah tak tengok

18 orang pakcik guwa pakai peroton sejak dari tahun 1985, tak pernah sekali pon peroton bikin masalah.
kenape?
Nasib baik?guwa tak rasa sebab nasib baik. tapi lebih pada cerminan diri

gossip : ni mungkin model SUV pertama proton

pengutuk peroton tak pernah tanya:

1)loan bank mana yang dipakai masa beli kereta? konvensional or islamik?

ramai orang kata, islamik takda beza pon dengan konvesional, dan islamik lagi mahal pon. memang.di akui. tapi tak payah la nak serabut. orang yang lebih arif dari kita dah pon sah keislamikkan tersebut. kita follow je. takkan mahal 1000-2000 pon nak berkira dengan Allah? nak ke Allah berkira dengan kita?

nk lebih info pasal islamik vs konvensional KLIK SINI <--sebab tuorang kata jangan dengar kata orang, bykkan membaca dan bertanya

2)simpanan bulanan?kat bank convensional ke islamik?


3)bawak kereta, pegi mana?byk bawak ke tempat baik ke minggu pergi clubbing, berdating, main betina?

yang paling orang terlepas pandang yang ni :

4) income bulanan?berkat ke tidak?curi tulang or tak masa kerja?
memetik kata2 ustaz don. kalau kita dibayar gaji rm3000, tapi usaha kerja kita setakat rm1000, Allah akan tarik lebihan gaji dalam cara yang lain. anak yang nakal, hidup tak tenang, masalah tak putus dll"


nampak remeh, tapi sebab sebab remeh tu la Allah tarik nikmat kesenangan dalam diri kita. untuk jenis orang yang malas berfikir, dorang takkan nampak issue ni., yang nampak. peroton yang salah.


tak percaya?try la beli BMW. kalau still caranya tak betol, BMW tu pon akan rosak.


p/s : guwa tak kerja dengan proton dan tak pernah berharap pon nak kerja proton. 


Monday, October 1, 2012

Petua cari bini 2 : fesbuk+twitter

Petua kedua mencarik bini yang awesome mengikut petua mak aku.

"Nilai perempuan yang nak dijadikan bini di fesbuk dan twitter" - kata mak guwa dengan selamba.

Mak guwa kata :

1. Jangan jadikan perempuan yang selalu buat status macam perusuh,emo, marah2 sebagai bini.
Contoh :
wei pompuan bodoh.ko ingat ko bagus.apa yang kau dengki sangat dengan aku? (ini fail)
argh!bodoh la maxis ni.selaluw angat pobelem. (ini fail)


2.Jangan jadikan perempuan yang banyak sangat amik gambar sendiri sebagai bini. serius. jenis pompuan macam ni jenis yang perasan cantik.


3.Jangan jadikan perempuan jenis meroyan update twitter/fesbuk sejam 18 kali sebagai bini. Yang jenis setiap saat bgtau dia buat apa kt fesbuk/twitter. jangan. nescaya bakal terbongkarla segala cerita rumah tangga kalau kawin dengan perempuan jenis ni


4.Cari gadis yang update status yang berjenis nasihat,tazkirah, yang ni awesome.boleh buat bini.


Untuk pakcik makcik, anda juga boleh mempraktikkan petua di atas. mulai hari ni, sila stalk fesbuk atau twitter bakal menantu anda.

Terima kasih fesbuk dan twitter

KLIK SINI untuk petua cari bini part 1


P/s : bende ni applicable untuk cari suami jugak.
 

Designed by #