Friday, September 28, 2012

Oh malaysia yang tipikal : buruk sangka

1. Dua minggu lepas, guwa pegi kolumpor.shopping dengan mama dan adik guwa.naik public transport paling guwa benci. komuter. kereta? simpan rumah la der. save duit minyak, kumpul duit buat kawin.

2. Seperti kebiasaan, dalam komuter amatlah sesak. kalaulah sardin naik komuter, nescaya beliau pon akan mengeluh kesimpitan. ditambah pulak dengan bau aBANG-aBANGLA. memang awesome.

3. Sepeti udah jatuh ditimpa tangga dihimpap , udahla sempit dan berbau, seat pulak tak dapat. 

4. Masa tengah berdiri, guwa dengan mama guwa sempat la melihat sekeliling.dalam kesempitan, masih lagi sempat mama guwa termengumpat bebudak "tak berjenis" *kata orang2 tua* bebudak yang dressup ala-ala kpop, gothic, skinhead dan sebagainya. guwa dengar je. 

5. Habis je mama guwa mengumpat, tetiba sorang budak ala-ala gothic datang. ah.serabut! takkan beliau dengan plak mama guwa umpat beliau.

6. "Makcik, nak seat tak?duk la sana tu ha.tempat kitorang tu" - offer budak gothik yang pakai baju liverpool rambut ala kpop, mata make up ala-ala lady gaga



Hi adik2 gothic. abg copy dari google gambar ni. kalau u all tak suke bgtaula.nanti abg delete


7. Mama guwa apa lagi, sentap sesentap sentapnya. mau taknya, golongan2 yang di umpat yang care tentang beliau. guwa? senyum sinis. hehe

8. Ni bukan 1st time, guwa selalu tengok bebudak yang orang ramai rate "tak berjenis/takda masa depan" la yang selalu offer seat kat makcik2 dalam public transport. yang ber"tai", ber"coat"? buat-buat tido konon penat kerje. takpon time dalam komuter tu la sibuk nak baca buku.

9. Tipikal malaysia - selalu beli buku sebab kulit buku cantik

p/s : dikeluarkan dengan izin mama guwa. atas alasan untuk mendidik.jgn nak kata guwa mengumpat mak pulak.


Friday, September 21, 2012

bahaya make up..make up boleh buat bercerai laki bini

Hai.

Ekceli guwa serabut tengok awek-awek yang make up dengan over.
Plastik sangat.
Untuk info, make up adalah salah satu faktor kenapa pasangan muda bercerai awal. 

Serius.
Tak percaya?
Meh guwa explain.


Amat bohong kalau lelaki tak pilih awek berdasarkan paras rupe. paling tidak mesti beliau pilih yang sedap mata memandang. rupa salah satu aspek penting dalam pemilihan awek dan bini selain dari kebaikkan, tingkah laku yang sopan, agama dan lain lain lagi. 
Begitu jugaklah dengan wanita. tak hensem takpe.yang penting sedap mata memandang, 


Bayangkan kapel yang berkapel selama 5 tahun.
Selama 5 tahun tu si pakwe menyayangi dan mencintai awek seperti dalam gambar sebelah kanan
Tiba2, pagi selepas malam pertama dan hari-hari berikutnya si pakwe disajikan dengan muka bini dengan wajah disebelah kiri. mau tak sakit hati?
Sakit woi, 5 tahun di tipu.mau tak sakit. tu kapel yang 5 tahun.kalau 10 tahun kapel?
Sayang pon akan berkurangan.satu hari turun 0.38%
Pastu bini buat hal.
Ape lagi. cerai!





perempuan akan kata.
sapa suruh mencintai sebab paras rupa.

guwa kata.
tak salah pun.tapi biarlah dia mencintai rupa kita yang asli.bukan yang plastik. takkan ada hal.

Friday, September 14, 2012

Tips dapat 4flat kat matriks

Ada budak matriks mengadu kat guwa.
Tension. Susah plus laju blaja kat matriks ni. Payah nak dapat.
Guwa pon blaja kt matriks. takda la raya susah sangat pon.
Meh guwa bagi tips bagaimana nak berjaya kat matriks.

1. Mohon study kat libray.
Tak payah nak mengada study kat bilik. kat bilik, belajar 10%. tido 40%. selebihnya layan movie.
Advantage : if tak dapat faham something. boleh terus je tanya mamat or minah kat library tu. jangan segan silu. sama2 nak belajar kan. untung2 boleh dapat makwe/pakwe. kah3.

2. Lab report jangan buat sendiri. Tiru je.
Ni penting, jangan buang masa selama sejam untuk fikir ayat buat lab report. tiru je. benda tak berpekdah sangat pon. tapi jangan tiru macam orang bodoh.sambil meniru belajar.

3. Tumpu dalam kelas. malam terus revise.
Memandangkan speed belajar kat matriks agak tinggi. tumpu perhatian dalam kelas. kalau member ajar borak. tampar je muke beliau. balik, terus revise mana yang tak paham. sambil baca TULIS> baca tak tulis tak dapat la der. macam bace novel je la jawabnye. time ni la nak gune tips no.1. habis 1 chapter, terus buat mind mapping.

4. Strategi yang tepat buat latihan.
Dalam tutorial or buku latihan, soalan 1-3 mesti jenis yang same. soalan 4-6 pon sama. 7-10 sama. so?jangan buang masa buat 10 soalan. instead of 10 soalan, buat 4-5 dah la. contoh soalan 1-3 :
1. 2+2 =
2. 3+2 =
3  5+2 =

so, takkan tiga2 nak buat?buang masa kan? yang penting konsep difahami.

5. Jaga hubungan dengan lecturer.
Ni penting. buruk mana pon lecturer tu mengajar, jangan ponteng. datang kelas. sampai kehujungnya.
guwa dulu ade lecturer kimia.tak dinafikan, huduh benar cara beliau mengajar. akhir2 sem, just 3-4 orang termasuk guwa yang datang kelas beliau. last2, kitorang 4 orang yang 4flat. yang lain? hanyut.
juga, banyakkan jumpa lecturer kalau tak paham, tak payah nak bodoh sombong.

6. Main
Petang2 turun main. jangan study macam nak mati.play more.learn more!

Tips diatas bukan main-main punye tips. guwa praktikkan selama setahun. hasilnya macam dalam gambar. bukan poyo.tp bukti.kang orang taknak percaya ngan guwa punye tips.kah3




p/s : Yang belajar kat U boleh try gak. tp hasilnye tak macam dekat matriks la kut.


Sunday, September 9, 2012

Rogol itu free lagi syok


Ini kes minggu lepas.. maaf, guwa agak tertinggal...


"....Seorang lagi telah dibebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik atas atas kesalahan merogol. Kali ini ialah seorang juruelektrik yang didapati bersalah merogol teman wanitanya berusia 12 tahun sebanyak dua kali pada tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz mengarahkan Chuah Guan Jiu, 22, dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dengan bon jaminan berkelakuan baik.
Beliau berkata mahkamah mengambil kira faktor Chuah yang masih muda dan kesalahan pertama...."

Ini pula kes bulan lepas...

".... kes bekas pemain tenpin boling kebangsaan Noor Afizal Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 selepas dia mengaku bersalah merogol seorang gadis berusia 13 tahun...."


Kalau macam ini punya kes masih boleh dipertimbangkan malah dilepaskan dengan alasan yang tidak masuk akal agak-agaknya adik-adik kita yang bersekolah itu selamatkah sangat masa hadapan mereka nanti?

Ini seperti memberikan ruang dan petunjuk yang lebih besar lagi kepada penjenayah yang bernama perogol untuk lebih berhati-hati bila memilih mangsa.Mereka sekarang sudah tahu mangsa yang bagaimana harus mereka pilih dan tahu juga bagaimana untuk melepaskan diri dari hukuman!

"....ini kesalahan pertama mereka ...dan mereka masih muda dan punya masa hadapan yang cerah...."


Bagaimana pula masa hadapan si mangsa rogol?
Hakim tidak ambil kira ke apa pula nasib mangsa yang kena rogol itu?

Eh! aku sudah mulai curiga dengan undang-undang yang diguna pakai di negara aku sendiri.Sejak bila kesalahan yang begini punya besar boleh jadi mudah kepada si tertuduh?

Agak-agaknya la kan selamat lagikah semua gadis-gadis yang berusia dibawah 16 tahun berada sendirian dijalanan?

Ini siapa boleh jawap sekarang?

Seronok la merogol lepas ni,nyum3

chow!

kredit to lelaki semalam <-- mohon klik

Jane Jamilah : lelaki curang ke perempuan tak reti jaga laki?

Jane Jamilah adelah tajuk cerekarama.
Ekceli  ni first time guwa tengok cerekarama.
Tu pon sebab ade Sofia Jane.
Kalau tak jangan harap. klise sangat.

****

Tapi yang ni nice.
Boleh menyedarkan banyak perempuan-perempuan.
Jenis yang selalu sangat membuat tuduhan kononnya lelaki akan berubah lepas kawin.
sampai kan perempuan-perempuan bujang takut nak menikah. akibat dari momokan-momokan perempuan2 lain.
Memang lelaki berubah. tapi perempuan-perempuan tak pernah tanya kenapa.
Benda takkan jadi sesuka hati.
Baby takkan jadi kalau takda aksi tikam menikam antara lelaki dan perempuan
TV takkan ter"on" kalau takda orang tekan butang "on"
If, laki anda berubah lepas kawin. tengok balik diri sendiri.
Simple troubleshooting.
Tak payah nak serabut otak macam settlekan soalan calculus.
Dulu mase kapel berhias bukan main. lepas kawin?
Dulu mase kapel duk sms, koling2 sampai habis kredit. pas kawin?
Masa kapel boleh la asik makan McD, takkan lepas kawin nak makan McD memanjang.
Dan lain lain lagi.
Urm. bukan tuduhan. tapi wanita juga berubah selepas kawin yang menyebabkan lelaki berubah.
dah. cakap lebih-lebih kang kene ugut bunuh.

mohon undur diri
Lelaki pon.takpayah nak menggatal sangat. Kalau ada tak puas hati dengan bini bgtau.jangan buat diam.
macam guwa pernah ungkit dulu : lelaki ke perempuan yang berubah <--mohon klik

Pengajaran.
Andai jadi satu-satu benda.tak kesah la ape-ape pon. rumahtangga ke.kerje ke. mohon tengok diri sendiri dulu sebelum mencari salah orang lain.
bukan perempuan je.lelaki pon sama. masing2 carik salah sendiri dulu.


p/s : kenape entry aku selalu takde gambar.

Wednesday, September 5, 2012

Jilake ape "Oppa Gangnam Style"

Satu dua minggu ni, asal guwa bukak fesbuk je "oppa gangnam style"
18 kali bukak fesbuk, 18 kali lah "oppa gangnam style"
fenomena.
bebudak obses gile. semua nak di gangnam style.



Akibat terpengaruh, guwa macam terexited nak follow. jiwa remaja beb.
guwa try search, bukak video bebudak ni post.
83 kali jugak la guwa tgk.
like shit.
ape bende ntah bebudak ni
seriusly, first time guwa tgk video tu, guwa ckp "sampah"
kali kedua "sampah"
kali ketiga "mohon jumpe ape yang best"
sampai la kali ke 83. guwa gagal jumpe ape yang best sangat sampai bebudak boleh terfollow dan post kat fesbuk setiap 17 minit sekali.

Sebab guwa dah tua sangat ke?
ke bebudak ni yang tak dapat menilai?
sampai bende bodo camni pon dilayan.
dah, mohon jangan jadik sengal layan gangnam style.
Kalau nak terpengaruh pon biala yang awesome punye bende.
dah. mohon cari bende lain.
doggie style takpe.
gangbang lagi bagus <--sape paham ni die bukan budak baik.

patik minta diri dulu
selamat merdeka.
luv u all

p/s : kepada matlutfi90 mohon buat postmorterm.vlog yang baru kurang kaw lawak die. thanks




Tuesday, September 4, 2012

Perangai huduh perempuan.

Tahukan anda,
Perempuan makhluk ciptaan tuhan yang indah.
Lemah lembut pekerti.
Payah nak digambarkan dengan kata-kata hebatnya perempuan ni.
Mohon search google kalau nak tau apa hebatnya perempuan.
Lelaki mengigil la kalau takde perempuan.

Walaubagaimanapon,
Hari ke hari, tahun demi tahun, masa silih berganti,
Perempuan hari ni dah makin kurang hebatnya. tak semua.tapi banyak.
lebih dari satu dan sukar dibilang diklasisfikasikan sebagai banyak.
kurang sopan, agak kasar dll.
Ade pulak jenis perempuan yang jenis selambe rockiah.
Berikut adelah perangai selambe yang gadis2 hari ni tanpa segan silu buat.

1. Try spendar dan bra secara open.





2. Menggaru punggung dikhalayak ramai.
Seriusly, guwa pernah tengok kejadian ini di universiti paling islam di malaysia.
tanpa cover.
tak tipu. tipu dosa


 3. Mengali hidung dengan semangat juang yang tinggi
Yang ni biasenya tak open. cover2.tp kantoi. selalunya dalam kereta.
kalau kereta tu tak tinted full, tak payah la nak menggali.


4. Dapat MC 5 hari sebab sakit mate pon sampai nal kene upload kt utube. Mental ke? Mohon undur diri.
taknak cakap lelebih. kang kene ugut bunuh.

lagi pasal perempuan KLIK SINI

p/s : mohon jadi gadis yang sopan:) . entry ini juga ditujukan kepada lelaki.


kredit : tabekpuang
 

Designed by #