Saturday, July 28, 2012

Shit : Sperma dan ovum

Seriusly selama ni aku rasa dikhianati. mati-mati aku ingat komputer adalah ciptaan manusia. rupa-rupanya tak. shit.

p/s : wondering macam mane die beranak?

Thursday, July 26, 2012

Ramadhan bulan yang pelik.

Hai.
Selamat berpuasa
Bulan ramadhan ni bulan yang special dan pelik sebenarnya.
Banyak sangat. bukan sikit special dan peliknya.

Berikut guwa senaraikan 5,6,7 kespesialan dan kepelikan bulan ramadhan

1.Pahala fardhu ganda jadi 70x, sunat digandakan macam pahala fardhu, malam lailatul qadar .<-- biasa dengar time tazkirah

2. Syaitan di ikat. Tapi pelik, ada jugak yang tak bangun solat subuh time ramadhan ni, pastu salahkan syaitan. engko tu yang setan setan.

3. Time ramadhan la mengada2 mengidam kuih yang pelik-pelik. apesal time bulan lain taknak pulak mengidam?

4. Masa ni la nak tengok pengacara tv pakai tudung. tu pon jenis tudung malu-malu, jenis tayang jambul. tapi takde hal. "hidayah tak sampai lagi" - ah.kalau tunggu je hidayah memang la tak sampai. hidayah kene cari. macam mencari rezeki. takkan masuk nasi dalam mulut kalau engko tak suap



5. Time ni la nak dengar orang dengan mendabik dadanya berkata " biapon guwa tak semayang. puasa guwa tak pernah tinggal tau" -ptuih!

6. Time ni la start nak main meriam buluh, mercun pop-pop ape semua bagai. kenapa?bulan lain tak boleh main? ape mercun tu berbuah time ramadhan je ker?

7. Masa ni la orang yang tak pernah/ jarang sangat2 menjejakkan kaki kesurau time bulan-bulan lain solat betul2 belakang imam. awesome. semangat. time selawat, suara beliau la yang paling kuat.

8. Time bulan ni la dengan comfidentnya kalau dengar orang mencarut or mengumpat kita akan kate " weh, tak baik la mencarut, bulan puasa ni. respect la sikit" . ok.maknanya bulat lain mencarut tu baik

9. Ade lagi? kalau ada kongsi-kongsi la kat ruang komen. hehe

Friday, July 20, 2012

Kisah sedih seorang sahabat : Opek

Aku ada kawan.
Nama dia Taufik.
Seperti Taufik-Taufik yang lain, orang panggil dia Topek.
Tapi aku panggil beliau Opek.
Hemsem?mestilah tak.
Tapi beliau sangat baik hati
Sangat. tu pasti.


Bagi aku beliau kawan spesial.
Beliau jenis kawan yang takkan tinggal kawan beliau ketika susah.
Serius
Segala "adjektif" yang baik-baik sume boleh bagi kat beliau + gila-gila

****

Beliau satu-satunya kawan yang panggil aku "ziwol". :)
Aha. ada satu lagi yang buat beliau spesial
bila beliau call, beliau selalu borak dengan aku guna pelat gedik. hee
contohnye :

"ziwol, ziwol ade ane ni?"
"ziwol, ziwol dah mamam ke?jom la mamam ngan opek.opek lapa la"

Kadang-kadang rasa jijik. tapi tu la. haih
Opek,opek. ko memang sengal.
Kawin pon tak bagitau aku. sengal

*****

Hurm,
Hari ni aku mohon pada korang,mohon sangat.
Tolong doakan kawan aku opek.
Semalam, aku dapat tahu beliau kat hospital.
Beliau mengidap cancer darah :(
Kata doktor, kes beliau kes yang sikit aneh. satu dalam sejuta.
Sekarang ni beliau sedang menjalani rawatan kimoteraphy


Sampai saat ni aku masih lagi tak dapat kontek beliau.
Mungkin lepas ni.
tapi ni sms terlatest yang beliau hantar kat kawan aku:


"InsyaAllah aflah...arini pny efek kemo kuat sgt...muntah bagai....tp smgt and doa hampa semua buat aku nk lwn semua ni...thanx weh...aku xkan putus asa...dengan nama Allah yang Maha Penyayang,aku doakan urusan dunia akhirat semua hampa dipermudahkan...setiap solat aku doakan semua dosa kita diampun oleh Allah....semoga ikatan ukhwah kita semua di bawah lindungan rahmatNya.teruskan doa utk aku sm na lah..."


Doakan beliau ye kawan-kawan. doa itu senjata orang muslim. aku sangat percaya dengan kekuatan doa. apa yang kita anggap mustahil mampu berlaku dengan kehebatan doa dan izin Allah.


kepada opek. cepatlah sembuh. kalau opek sakit sapa nak kol ziwol panggil ziwol ziwol lagi. sembuh cepat2 tau.

p/s : ni facebok beliau. mana tahu ada antara korang yang kenal beliau

Facebook Opek

Opex si baju merah


lagi satu,untuk pengetahuan, kos rawatan kimoteraphy agak tinggi. if ada, sesiapa yang rasa ingin memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit, boleh hubungi aku di nazirulhazwanws@gmail.com
hanya Allah yang boleh membalas jasa baik korang:)


Sekian~



Tuesday, July 10, 2012

Semua orang pon suka seks

seriusly,
jilat ice cream cornetto rm2.20 depan perempuan is gangguan sexsual
Makan hotdog takpon pisang tanduk depan lelaki pon gangguan seksual


tu semua tahu.
tapi,
yang ni seksual tak?
pegi KFC, kat kaunter, depan cashier pompuan yang cun,
"dik, abang nak dada ye dik" sambil memandang ke arah dada dengan muka stim


tu satu hal.
dekat blog, paper, magazine , tayang iklan besarkan te**k, panjangkan itu, rapatkan yang ini, tahan lama sampai patah pinggang
tu kire seksual ke tak?


iklan sabun lux tayang pangkal te**k, iklan nivea tayang ketiak putih melepak, betis putih licin takde bulu.iklan kotex tanyang shot baahagian punggung
ini?bukan seksual?


filem.ongbak rindueww.main gesel-gesel, tu bukan seksual?padahal kajian menunjukkan 95.78% penonton stim mase tengok babak tu." tapi Alhamdulillah,saya berjaya melakonkan adegan tu" - kate inner shine je


motif?aku rase semua tu seksual.tapi yelah, malaysia kan dah maju.hanya yang perfikiran kolot je yang nak marah2 or sibuk2. proud to be malaysian!yeay. rakyat malaysia mula kearah sukekan seks

takda sapa bantah pon kan? semua redha je kan. jangan tanya la kenapa kalau tsunami sampai kat malaysia


p/s : entry ni?seksual ke tak?

Sunday, July 1, 2012

fakta awesome : Putus cinta

1.Menurut kajian dan stalking wall fesbuk, 93% kawan-kawan dalam list fesbuk guwa pernah melalui pengalaman putus cinta.

2.Alasan standard yang sering di guna pakai untuk memutuskan hubungan (mengikut urutan menurun):

i. 56% : Maaf, i rasa kita tak serasi
ii. 22% : Makin lama makin serabut i tengok muka u
iii.17% : i dah tak tahan dengan bau ketiak u
Iv. 9.7% : Terus terang i cakap, mak i tak suka u
v. 0.2& : I nak bertaubat.kapel ni haram

3. Lagu mahligaimu dari airmataku nyanyian lestari menjadi lagu putus cinta pilihan bagi lelaki manakala lagu putus cinta pilihan perempuan adalah pelamin anganku musnah nyanyian azie





4. Jumlah kali putus cinta bagi seorang perempuan boleh dikira dengan cara membilang berapa banyak kali mereka tuka phone number. 5 kali tuka no phone = 8 kali putus cinta (plus minus)

5. 3 daripada 4 wanita pernah kapel balik dengan ex-bf meraka.dengan alasan "everybody deserved 2nd chances" biarpon terang-terang ex-bf mereka main kayu tiga dan kemudian putus balik dengan sebab yang sama. bodoh kan?

6.Bila putus cinta, atau diputuskan cinta, ayat standard yang selalu digunapakai oleh 87% pempuan selalu pakai di minggu-minggu awal keputusan adalah

"Saya tak boleh hidup tanpa dia"

Tahap bangang : 4.9 bintang dari 5
Ko hidup dari baby sampai ke tadika, terus ke sekolah rendah. lulus UPSR dengan cemerlang.menyambung pula pengajian ke sekolah menengah sebelum mengenali si dia boleh pulak ko hidup??






p/s : guwa dah 83 kali putus cinta.
 

Designed by #