Sunday, June 24, 2012

susah sangat ke?

Hari ni bukak fesbuk.
Kalau bukak fesbuk mestilah stalk gambar.
Tiba nampak gambar ni :



Kesian. moga2 Allah sembuhkan dia
andai kata beliau meninggal.syurga pasti tempat baby tu :)

Seriusly,
selalu iklan mohon bantuan gini keluar.
Sadis.
If guwa jadi PM malaysia
Guwa akan wujudkan satu tabung khas.
Setiap warganegara yang gaji lebih rm1500 kene spend SERINGGIT setiap dua bulan sekali
so. Mengunakan matematik sekolah rendah. if ade sejuta orang yang gaji lebih RM1500 guwa dapat RM 1juta setiap dua bulan.
Atau 6 juta setahun
Duit tu guna untuk benda2 macam ni.
Alah.bukan nak pakai banyak.
Paling2 banyak guwa pernah tengok RM 100k.
Tak payah la lagi mak ayah kene buat iklan.
Senang kan?
Ke rakyat malaysia kedekut sangat nak bagi seringgit?

Ke salah apa yang guwa pk?

So apa lagi.undi guwa kat dun sepang next PRU


P/s : takkan la sejuta je rakyat malaysia yang gaji lebih RM1500?

Friday, June 22, 2012

pesan mak : bini orang sabah serawak.

Masa aku kecik, mak aku selalu pesan.
macam-macam la pesanan beliau.
kadang2 serabut dengar.
98.3% pesanan tu memang awesome la. selebihnye guwa rasa mengarut

contoh yang mengarut.

dulu guwa kapel dengan awek sabah.
safarina.
free hair. rambut blonde paras bahu.
body memang superb.

mak guwa tahu je, terus malam tu die bagi pesanan yang begini bunyinye :

"kalau nak cari bini orang sabah serawak, ade 3 bende yang kene pastikan.
1. awek tu kene cantik sangat2.paling kurang macam jessica alba.
2. die kene kaya sangat2.kalau bulih tahap taib mahmud.
3. baik sangat2. kalau ustazah lagi bagus"

=.= cakap je lah taknak aku kawin dengan awek sabah serawak.kan senang.

sebab pesanan beliau, guwa dah reject dalam 17 permohonan kapel awek sabah serawak termasuklah fauziah gambus. maap.




gambar fauziah gambus diupload tanpa izin beliau

Tuesday, June 19, 2012

Seronoklah perempuan dosa orang tanggung.


Dosa seorang anak perempuan ditanggung oleh ayahnya. manakalah dosa si isteri ditanggung oleh si suami.

1. Statement kat atas tu boleh menyebabkan 97% manusia salah faham. seriusly.

2. Biasalah,kalau dah jenis melayu yang tipikal, surely apa yang dibaca tu la yang betol, takda dah usaha nak cari penjelasan. jenis terima apa yang disuap je.

3. Seriusly,bagi lelaki yang berfikiran singkat, beliau pasti berfikir rugi la jadi lelaki.baik jadi perempuan.dosa orang tanggung.

4. Bagi lelaki lain, mungkin ada yang terpaksa cancel plan nak kawin tahun depan. ape pekdah nak tanggung dosa orang lain, baik jaga dosa sendiri yang sendiri tak mampu nak jaga.

 
Gambar : Suri nanti besar jadi budak baik tau.kesian ayah kene tanggung dosa suri nanti

5. Yang suka sangat post kat fesbuk pasal dosa main tanggung-tanggung tu, Cuba baca maksud petikan ayat Quran ni pulak :

“Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)

6. Totally kontradik kan? so mana main tanggung-tanggung dosa?

7. takpayah la nak garu kepala. make it easy.pemahaman mudah adalah seperti berikut :

8. Siti seorang yang free hair dan suka tayang line seluar dalam. dosa untuk kedua dosa tersebut dah tentu lah siti yang tanggung. banyak cantik bapak die nak tanggung.kalau bapak dia tanggung dia senang2 la masuk syurga?

9. Apa yang bapak dia tanggung? bapak dia bukan tanggung dosa freehair dengan tayang seluar dalam, tapi beliau menanggung dosa tidak mendidik anak dia dengan baik. or dalam bahasa yang simple, saham dosa tersebut.

10. faham? so what if bapak dia memang dah nasihat, ajar anak dia baik, tapi anak tetap berperangai cilake?bapak kene tanggung jugak ke? yang ni susah nak jawab. tapi guwa tak rasa bapak dia still menangung dosa. berdosakan nabi nuh dan nabi luth sebab anak mereka tak beriman?

11. Sekian. Wallahualam


Friday, June 15, 2012

10 artis/pelakon korea paling cantik

1. Guwa sebenarnya tak faham apa yang budak-budak sekarang suka sangat dekat korea .Kadang-kadang ada yang saling tak ubah macam kene sawan babi bila artis korea yang dorang minat keluar tv.

2.Satu-satunya drama korea yang guwa tengok adalah fullhouse.

3.Satu-satunya lagu korea yang guwa hafal adalah lagu family beruang dalam fullhouse. lirik dia seperti dibawah :

kom sema-ri-ga
han chi-be-yi-so
appa gom
omma gom
ae-gi gom
appa gommun tung-tung-hae
omma gommun nal-shin-hae
ae-gi gommun na bul-gwi-yo-wo
hishuk hishuk cha-rhan-da

4. Satu2nya artis KPOP yang guwa kenal adalah girlgeneration. tu pon sebab yuri satu kelas dengan guwa dulu.

5. nah. 10 artis korea paling cantik mengikut undian yang dijalankan oleh sebuah portal hiburan.

6. Jangan marah kalau artis yang korang pilih takda.sapa suruh tak undi. undi malas.kalah banyak komplen pulak <-- sikap tipikal orang melayu.

*****

10. Song Ji Hyo

9.Son Ye Jin

8. IU

7.Han Ji Min

6.Soo Ae

5. Song Hye Koo

4. Yoona SNSD
3. Shin Se Kyun

2. Han Ga In
1. Yuri SNSD

p/s : ahh yuri.main kenyit mata pulak. jangan la. malu i

Tuesday, June 12, 2012

Tips untuk gadis : gadis murahan ke mahalan?

Guwa ada tips untuk gadis
pakcik guwa bagi.

Macam mana nak tau u all adalah gadis yang direspek dan tinggi levelnya dimata lelaki?

Try nih :

Try keluar makan dengan kawan-kawan. pastikan ada 3-4 lelaki. yang smoker.
kalau sepanjang masa melepak tu si smoker dengan selamba smoke depan u all, maknanya u all bukan jenis yang they all respect. murah bagi they all

kalau kawan u all yang smoker tu tak merokok depan u all (beliau pergi tempat lain untuk smoke) tu tanda dia respek u all.

kalau semua lelaki steady je smoke depan u all tu maknanya semua lelaki tak respect u all


*****

Serius.

Guwa ada pengalaman yang membenarkan statement pakcik guwa tuh

Masa dekat U. guwa join satu program.yang perempuan ramai jenis yang baik-baik. jenis tudung labuh. yang lelaki pulak, jenis setan.


gambar curi kat google.
Habis program tu we all buat makan-makan. yang datang masa tu, 3 orang gadis. jenis yang baik. lelaki dalam 6 orang. semua smoker kecuali guwa.

sepanjang majlis membuang masa tu, tak ada sorang pon yang smoke depan gadis-gadis tu. padahal kebiasaanya setiap 13 minit sure dorang akan hisap sebatang rokok.

pelikkan?tak pelik pon.

p/s : kalau pakwe u all smoke dengan selamba depan u all, tuh maknenya die tak respek u all pon. hehe


belajarlah menjadi gadis yang dihormati ^^

Tuesday, June 5, 2012

cita-cita adik saya

Dulu masa sekolah rendah
soklan yang paling cikgu suka tanya --> " nanti besar nak jadi apa?"
Pelik. Tiap2 tahun tanya soalan sama.
No wonder bebudak lambat berkembang

Guwa tanya soalan yang sama kat adik guwa
saja. testing
jawapan dia agak awesome
Nak jadi ustaz

Terkesima sat.
Hipotesis : betol lah orang kata. ustaz don dengan azhar idrus punya pengaruh amat besar
sampai boleh tarik minat budak-budak nak jadi ustaz.


    gambar : style gile ustak dong.

"apasal ustaz?" - soal guwa
"sebab lelaki. kalau perempuan jadi ustazah" - jawab beliau dengan teramat selamba. macam pundek.

"betol-betol la budak.apasal nak jadi ustaz"
"sebab boleh lawan hantu macam dalam movie tuh.power kot"

=.= Okeh.
Rupanya movie melayu still ada pengaruh yang baik kat bebudak.


P/s : mase skolah rendah aku cakap nak jadi programmer. menangis cikgu
 

Designed by #