Thursday, May 31, 2012

Kad Kahwin Lagi

lately ramai member guwa yang kawin.
tapi guwa tetap tenang. walaupon di tekan dari segenap sudut.


guwa ade prinsip.
kawin mesti pakai duit sendiri.100%
tak buat loan, tak pakai duit mak bapak.
kamonlah.
dulu, pampers mak beli, susu mak beli,puting pon mak beli.
takkan kawin pon nak pakai duit mak bapak lagi.

*****

satu lagi kad kawin yang pelik.

pengantin : hasnul dan farah
tema : buku sekolah
reason : bercinta since darjah satu. lepas tu terpisah. namun takdir penentu segala.kita hanya mampu merancang. tuhan menentukan. akhirnya mereka bertemu kembali dekat bas stop depan sekolah.
meter awesome : 8.3 bintang

nah.



p/s : guwa mungkin buat design ijazah UM

Monday, May 28, 2012

Kad Kahwin Paling Awesome

1.Word paling banyak yang guwa jumpa kalau guwa bukak fesbuk ialah kahwin. dimention sebanyak 3567 kali . jauh mengatasi word "k-pop". kudos!

2 Perempuan sangat eksited kalau diajak borak pasal kawin. serius. they all boleh bercakap pasal kawin selama 18 jam tanpa henti. try la.

3. 93% lelaki akan boroi lepas kahwin. yang perempuan pon lebih kurang je.

4. 95%perempuan percaya pda mitos yang 98% lelaki berubah lepas kahwin.padahal they all tak sedar yang perempuan pon lebih kurang jugak.

5. Nowadays, bebudak suke jemput pegi kenduri pakai event fesbuk. agak shit lah. kalau trend ni berterusan, guwa berani potong kuku, kad kahwin akan pupus seperti mana kad raya. tapi guwa pelik, masa zaman myspace takde pulak orang jemput pakai myspace.

6.Sebenarnya guwa buat entry ni nak tunjuk kad kahwin paling awesome yang guwa pernah dapat.
serius. jauh lagi awesome dari kad kahwin scha dengan awal ashaari.

pengantin : hakimi dan akmar
tema : pasport
motto : buku merah jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh ~
meter awesome : 9.9 bintang

nah :





p/s : guwa punya nanti, buat saiz A4, itam putih je. senang. fotostat pon boleh.takyah nak print2. cost saving~

Tuesday, May 22, 2012

hadis palsu bulan rejab | hadis palsu popular

Mohon kepada semua. sebelum menyebarkan mana mana hadis,pastikan dulu kesahihanya.semak dengan mana mana ustaz dan ustazah.jangan berdusta dengan nama nabi.
tiada alasan tidak tahu.kita yang malas belajar dan malas nak ambil tahu.


Hadis-hadis Palsu Yang Popular di Bulan Rejab

"Sesungguhnya di Syurga ada sungai yang dinamakan ‘Rejab’ airnya lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu, barangsiapa yang puasa satu hari pada bulan Rejab maka Allah akan memberikan minum kepadanya dari air sungai itu.”(Periwayat majhul(periwayat tidak dikenali).Imam adz-Dzahaby berkata: “Mansyur bin Yazid al-Asadiy meriwayatkan darinya, Muhammad al-Mughirah tentang keutamaan bulan Rejab. Mansyur bin Yazid adalah rawi yang tidak dikenal dan khabar (hadits) ini adalah bathil.” (Lihat Mizaanul I’tidal (IV/ 189)

"Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan."Periwayat matruk(periwayat suka berdusta).(Kata Imam an-Nasa’i: “Furaat bin as-Saa’ib Matrukul hadits.”)

"Rajab bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku."Kata Syaikh ash-Shaghani (wafat th. 650 H): Hadits ini maudhu(palsu)

"Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpu! ! ! asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah."Periwayat matruk.Imam an-Nasa-i berkata: “Dia Matrukul Hadits.” Sedangkan kata Imam al-Bukhari: “Dia dituduh sebagai pendusta.”

"Keutamaan bulan Rajab atas bulan-bulan lainnya seperti keutamaan al-Qur’an atas semua perkataan, keutamaan bulan Sya’ban seperti keutamaanku atas para Nabi, dan keutamaan bulan Ramadhan seperti keutamaan Allah atas semua hamba.”(Kata al Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalany: “Hadits ini palsu.”)

"Barangsiapa solat Maghrib di malam pertama bulan Rajab, kemudian solat sesudahnya dua puluh raka’at, setiap raka’at membaca al-Fatihah dan al-Ikhlash serta salam sepuluh kali. Kalian tahu ganjarannya? Sesungguhnya Jibril mengajarkan kepadaku demikian.” Kami berkata: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui, dan berkata: ‘Allah akan pelihara dirinya, hartanya, keluarga dan anaknya serta diselamatkan dari azab kubur dan ia akan melewati as-Shirath seperti kilat tanpa dihisab, dan tidak diseksa."(Kata Ibnul Jauzi: “Hadits ini palsu dan kebanyakan rawi-rawinya adalah majhul (tidak dikenal)

"Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir."(Periwayat matruk.Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.)

"Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga."(Periwayat matruk.Dalam Kitab Al-Laaly.Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu.)

Barangsiapa puasa satu hari di bulan Rajab dan solat empat raka’at, di raka’at pertama baca ‘ayat Kursiy’ seratus kali dan di raka’at kedua baca ‘surat al-Ikhlas’ seratus kali, maka dia tidak mati hingga melihat tempatnya di Syurga atau diperlihatkan kepadanya (sebelum dia mati)”(Kata Ibnul Jauzy: “Hadits ini palsu, dan rawi-rawinya majhul serta seorang perawi yang bernama ‘Utsman bin ‘Atha’ adalah perawi matruk menurut para Ahli Hadits.”)

Apakah yg sepatutnya di lakukan?

"Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain"(Riwayat Ahmad)

:: Bulan-bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. :: Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi) ::Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi). ::Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi) ::Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi) ::Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq) ::Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (Mazhab Hanbali- Al-Jaziry)

Wallahualam..

P/s : juga boleh rujuk blog ustaz asri di http://drmaza.com/home/?p=646

Monday, May 21, 2012

argh! puas

Selain dari jawab soalan exam SPM paper bahasa melayu
benda yang guwa rasa paling sukar dan paling leceh adalah memuaskan hati semua orang.
Serius.
Dalam 83 kali cubaan,mungkin baru 4 kali kot guwa berjaya.
Tulah. orang tua2 pernah kata
"luka ditangan nampak berdarah.luka dihati siapa yang tahu" #ehtetiba


Ada tak sesapa yang awesome yang sentiasa mampu memuaskan ati semua orang?
Kalau ade sila kol saya
thanks


p/s
Walaubagaimanapon,
Guwa masih bersifat rasional.
Tak macam sesetengah manusia. terutama wanita
jenis yang sanggup mengorbankan kepuasan diri demi untuk memuaskan hati mereka disekeliling
kesian T_T kan?
Hebatnya mereka kan?ke sengal?

Tuesday, May 8, 2012

halal haram hari ibu

1) Ada pihak menghukumkan Hari Ibu Haram. Asas pengharamannya kerana menyerupai amalan Kristian langsung disandarkan kepada hadis s.a.w yang menegah umat Islam menyerupai sesuatu kaum kerana mereka akan menjadi sebahagian dari mereka. Kemudiannya, analisis deskriptif historis diunjurkan bagi menunjukkan korelasi rapat sambutan Hari Ibu dan nilai spiritual ajaran Kristian. Tidak dinafikan faktanya cuma meragui hukumnya kerana asasnya itu bukanlah rock-solid reasons untuk mengharamkan Hari Ibu.

2) Propaganda Orientalis? Perlu difahami, tak semua amalan Orientalis itu salah. Malah, banyak yang perlu dipelajari dari mereka. Pendirian kita tidak boleh bersifat defensif atau obsesif tetapi selektif.

3) Defensif dalam ertikata terlalu mempertahankan diri kita saja yang benar tanpa melihat keselarasan antara dua perkara yang diperselisihkan. Obsesif pula dalam ertikata kita tidak boleh terlalu menurut dan taksub dengan semua doktrin orientalis. Tetapi kita perlu bersifat selektif dengan menentukan mana yang baik, mana yang buruk, mana yang boleh diamalkan, mana yang perlu ditinggalkan segera dan mana yang boleh dimurnikan dengan cara Islam.

4) Hari Ibu ternyata berbeza dengan Hari Kekasih (Valentine Day). Dalil pengharamannya jelas. Hari Kekasih bagai menggalakkan anak2 muda bercinta sakan sedangkan Islam mengajar supaya menjauhkan diri terjerumus ke kancah maksiat dan mengutamakan cinta selepas perkahwinan yang sah. Hari Kekasih juga disambut dengan perbuatan yang jelas haramnya seperti zina. Sedangkan Hari Ibu disambut dengan pemberian hadiah kepada ibu, jamuan makan keluarga, anak-anak pulang ke kampung dan sebagainya.

5)Objektif pejuang-pejuang seperti Julia Ward Howe & Anna M Jarvis memperjuangkan sambutan Hari Ibu juga adalah kerana untuk menarik perhatian anak-anak muda supaya mengingati jasa ibu bapa, membalas jasa mereka, membahagiakan dan menghormati mereka kerana anak-anak muda Barat tipis atau kontang nilai etika dan etiket sosialnya (Al-Qaradhawi). Sama la juga kondisinya dengan masyarakat kita dasawarsa ini.

6) Islam sememangnya mewajibkan anak-anak mentaati, menghormati, mengingati jasa, membalas jasa, melawat dan membahagiakannya kerana di situ letaknya keredhaan Allah s.w.t. Terdapat pelbagai dalil naqli yang menyuruh anak-anak mentaati ibu bapa dan terdapat hadis yang menekankan prioriti ketaatan perlu diberikan kepada ibu.

7) Cuma, mungkin kerana Hari Ibu ini skopnya dilihat sempit kerana limitasi 'hari' sahaja sedangkan menghormati ibu perlu 'hari-hari'. Anggaplah saja ianya sebagai penggalak dan satu peringatan yang mana ianya tidakpun menafikan ibu perlu dihormati setiap hari. Kalau macam tu, Hari Guru? Hari itu sajakah perlu hormat guru? Hari Merdeka? Hari itu sajakah merdeka?

8)Maka, pengharaman itu tidak jelas, makanya Hari Ibu ini 'halal' dan terdapat fatwa yang menyatakan ianya tidak bercangggah dengan Islam. Dalam sejarah Islam, banyak amalan jahiliyyah yang tidak diharamkan terus. Poligami misalnya berasal daripada amalan jahiliyyah. Islam tidak mengharamkan terus tetapi memurnikan amalan poligami tersebut hanya kepada 4 orang isteri sahaja. Istifadahnya, jika umat Islam ingin menyambut Hari Ibu, sambutlah dengan pemurnian amalannya. Jika hadiah-hadiah yang diberi atau makanan-makanan yang dihidangkan itu haram dan membazir, kita sambutlah dengan yg halal dan sederhana mengikut kemampuan. Buat ala2 kenduri doa selamat lebih bagus.

9) Pastinya, dengan kenduri doa selamat sebegitu takkan ada terniat dan terlintas pun untuk kita menyambut hari ibu sebagai perhormatan kepada 'mother of church' atau 'mother of god'.

10) Konlusinya, kita lihat dua senario ini:

Senario 1: Anak-anak pulang ke kampung, jarang2 dapat berhimpun anak beranak. Duduk semeja makan bersama-sama, mendoakan kesejahteraannya dan memberi hadiah serta mengucup dan memeluk ibu dan mengucapkan Selamat Hari Ibu, Sayang Mak!. Pasti sejuk perut ibu mengandung.

Senario 2: "Anak emak ni balik kampung tak bawak ape2 ke untuk emak sempena Hari Ibu? (secara berseloroh). "Mana boleh sambut hari ibu, Haram la Mak!". Terkebil2 la mata, terkecil pula hati si ibu.huhu

wallahualam


p/s : pandangan peribadi saudara istajib bin mukhtar. penerima anugerah pelajaran diraja Universiti Malaya 2009
http://istajib.blogspot.com/

Wednesday, May 2, 2012

Kentut : Fakta yang disembunyikan

1. Kentut adalah satu perkara yang murni. kentut menghasilkan gas yang dinamakan lafelsinatoklarisfera yang mampu melegakan tekanan.

2. Mencium bau kentut juga mampu merendahkan tahap kolestrol dalam badan. kajian menunjukkan mencium bau kentut selama 10 saat bersamaan dengan makan 10 mangkuk quaker oats.

3. Di yugoslavia sekitar tahun 1830an, mertua memilih menantu berdasarkan nilai desibel bunyi kentut calon-calon menantunya.

4. Kata-kata Arnold Hitler (sarjana agung jerman) berkenaan kentut " tak guna berwajah cantik sekiranya kentut berbau busuk"

5. Sekiranya gas yang dihasilkan oleh kentut dikumpul selama 10 tahun, ia mampu menjana sebuah reaktor nuklear bersaiz 8 Stadium Bukit Jalil

6. Ambil mancis, kentut dan nyalakan mancis tersebut di sekitar gas kentut, nescaya akan terbakar seluar anda.

7.Di uganda, terdapat satu universiti yang menawarkan sarjana muda pengajian dan penyelidikan jenis kentut.

8.Berikut adalah kajian dari thesis pelajar tahun akhir Universiti berkenaan :


Jenis-jenis perwatakan manusia berdasarkan kentut.

1. Tidak jujur : Orang yang kentut dan menyalahkan orang lain
2. Bangang : Orang yang tahan kentut berjam-jam
3. Yakin dengan diri : Kentut dengan lantang dan disusuli dengan " hensem gila aku kentut"
4. Strategik : Kentut dan ketawa sekuat mungkin untuk menyembunyikan bau kentut
5. Yahudi/Zalim : Kentut senyap
6. Periang : Kentut dan kemudian senyum sorang-sorang
7. Pemalu : Kentut terkapit-kapit
8. Jijik/sampah/bisex : Kentut kat shoutbox blog orang lain
9. Blogger awesome : Dapat idea bila kentut

Kongsikan fakta ini kepada rakan-rakan anda. Jangan biarkan rakan anda terus dalam kegelapan
 

Designed by #