Monday, April 30, 2012

Fesbuk : Gaduh

1. Fakta menunjukkan filem dan rancangan bertemakan perperangan, pergaduhan sangatlah laku di malaysia jika dibandingkan dengan filem bertemakan cinta.Ia menjadi faktor penyumbang kutipan filem Ongbak lakonan Tony Jaa mengatasi kutipan filem Ombak Rindu lakonan Aaron Aziz. konklusinya, rakyat malaysia memang suka gaduh. serius.


2. Tapi amat menyedihkan , kini trend pergaduhan rakyat malaysia setakat di fesbuk, twitter dan youtube. which is langsung tak awesome. serius. paling mengecewakan apabila gengster-gengster sekolah jugak mengambil langkah untuk bergaduh di fesbuk dan youtube terutama di video lagu najwa latif dan yuna instead of bergasak di dalam kelas waktu cikgu tengah mesyuarat.

kakak Yuna sayang adik Najwa tapi peminat bergaduh. tak ke kurang cerdik?


3. Trend bergaduh, memaki, mencarut, memperbodohkan sesiapa sahaja di fesbuk, twitter dan youtube bagi saya satu trend jahiliyah (biarpon takde fesbuk zaman tu) yang memperjelaskan kebodohan, ketidakcerdikkan mereka yang belagak kononnya mereka la manusia paling betul dan cerdik.


4. Serius, belum pernah saya temui pergaduhan di fesbuk mahupun di youtube di hujungnya ada yang dengan rela hati berkata " betolla apa awak cakap. saya dah silap selamani" atau " aah, saya salah la awak, betolla apa yang awak cakap tu" . sila pergi cari. takkan ada. Semua orang, bila berhujah mesti nak menang. semua.walaupun apa yang diperkatakan itu memang jelas terang salah.

Contoh mudah , isu melibatkan perhimpunan bersih:

Yang kepala otak memang dah cintakan Ambiga, bergaduhlah macam mana pon, Ambiga jugak dia akan pilih. begitu jugak sebaliknya. bergaduhlah sampai ke komen yang ke 3657 sekalipon, saya pasti, pendirian dia tidak akan tergugat.

5. Tambahan pula, apa yang mereka dapat bila berperang di fesbuk dan youtube? sakit hati dan perasaan benci ditambah pula dengan setan yang bertepuk gembira sambil menyanyikan lagu selena gomez.


6.Walaubagaimanapun, saya menyeru semua, pembaca blog ni, yang mungkin dah sampai beribu, serulah rakan-rakan anda untuk berhenti jadi bodoh dengan memperbodohkan diri sendiri dengan bergaduh dan berperang di alam maya. sekiranya, betol-betol nak gaduh, call, jumpe, bawak parang. gaduh. itu betol, akan ada pemenangnya.


7. Sebelum terlupa, ini pasal bergaduh, bukan berdebat. berdebat tidak menggunakan perkataan bodo, anjing, binatang, celake, bangang dan yang sewaktu dengannya.


Sekian

p/s : pandai guwa pilih penanda wacana. bangga cikgu BM guwa. tetiba nak tengok balik cerita gaduh yang zahiril adzim belakon tu, dialog paling awesome filem tu " cina makan babi" ~

Saturday, April 28, 2012

Bersih 3.0 Live Streaming | Terkini Bersih 3.0 | Gambar Bersih 3.0

Live Steaming Bersih 3.0
Situasi di kawasan sekitar Dataran Merdeka
Orang ramai mula berkumpul sejak dari jam 12.00 malam untuk menjayakan Bersih 3.0


*****


Live streaming by Ustream

*Klik video untuk paparan video yang lain*
Lagi Video Di : http://www.mobtv.my/klcc.php
Update :

9.09am KLCC 500 berkumpul di taman dekat pintu masuk Suria & mula melaungkan slogan anti-Lynas. #BERSIH

9:14am JAN TUN PERAK menghala Jln Datuk Onn ditutup. 50 polis kelihatan berkawal. #BERSIH

9:21 JLN TUN PERAK Lebih 1,000 duduk di jalan & kali lima.

9.35am JLN SULTAN/JLN HANG JEBAT Polis buat perisai manusia halang orang ramai ke Yan Keng Benevolent Dramatic Association, muzik selamatkan Jln Sultan akan dimainkan pada jam 10am

9.44am MASJID JAMEK Sudah 3,000 orang banjiri LRT & kawasan sekitar.

10:03am JLN TUN PERAK Suasana makin meriah dengan sorakan, persembahan silap mata.

1015am BANGSAR Sasterawan Negara A Samad Said memasuki Stesen LRT Bangsar disambut tepukan gemuruh. #BERSIH

10.40am MASJID NEGARA Pengerusi BERSIH S Ambiga baru sampai, kelihatan bergerak ke stesen keretapi lama. #BERSIH

10.45am Dianggarkan 10,000 sudah banjiri KL dengan kumpulan besar di Masjid Jemek, Jln Tun Perak, KLCC & Jln Sultan. #BERSIH

8 objek disyaki bahan letupan dikesan di luar Menara Dayabumi, menurut tweet polis.

10.51am: Three hours before the Bersih 2.0 rally at 2pm, there are already an estimated 15,000 protestors in different parts of the city center in Kuala Lumpur.

KLCC - 5,000
Jalan Sultan - 4,000
Masjid Jamek - 2,000
Masjid Negara - 1,000
Near Dataran Merdeka - 3,000

11.00am MASJID NEGARA Mat Sabu: Saya dan Isham Rais ke sana untuk mententeramkan peserta BERSIH agar tidak masuk ke kawasan Dataran Merdeka. Kami larang peserta pijak rumput hijau.

11.15am Angka peserta BERSIH membanjiri pelbagai tempat di Kuala Lumpur mencecah 20,000 orang. #BERSIH

11.37 am Sebahagian peserta kini mula bergerak dari dataran ke masjid negara. Difahamkan pimpinan Bersih dan Pakatan Rakyat akan berada di sana.
Hampir 4,000 peserta sudah berada di sini memenuhi jalan bersebelahan dataran merdeka yang dipagar. Dianggarkan lebih separuh dari peserta di sini sedang bergerak ke masjid negara

12.02 pm: Zunar yang baru tiba di perkarangan CM meminta semua peserta Bersih tunggu di situ sementara menunggu arahan daripada pimpinan Bersih. Menurut zunar para peserta akan bergerak ke Dataran Merdeka jam 1.30 petang.

12.15pm Jumlah peserta BERSIH: Pudu (dari KLCC) 20K, Pasar Seni (bergabung dengan kumpulan Brickfields) 10K, Jalan Petaling 3K, Masjid Negara 2K. #BERSIH

12.30pm Masjid Negara – Nama-nama besar kelihatan tiba, termasuk Mat Sabu, Lim Kit Siang & Kadir Sheikh Fadzir. #BERSIH

12.40pm: Pasar Seni - Pengerusi DAP Karpal Singh tiba di hadapan Majlis Peguam sambil disambut laungan "Bersih". #BERSIH

12.45 pm: Trak water canon fru kini mula memasuki kawasan dataran merdeka. Dianggarkan lebih 20 buah.
Jumlah peserta di dataran merdeka kini dianggarkan mencecah 10,000 orang. Turut kedengaran laungan 'Duduk bantah, berdiri Umno'

12.50pm: Masjid Negara - Anwar Ibrahim, Wan Azizah tiba dengan pemerhati antarabangsa. #BERSIH

1.40pm Polis keluarkan kenyataan keadaan sekitar Dataran terkawal. Menurutnya, hingga jam 1pm, peserta 25,000.

1.38pm: Masjid Negara - Presiden PAS Abdul Hadi Awang tiba. #BERSIH

2pm Puluhan ribu kepung Dataran dari Utara & Selatan. Kumpulan besar di Jln Tun Perak, Lebuh Pasar Besar, Masjid Negara. Lebih ramai akan sertai lepas solat Zohor

this!! welcome to Bersih 3.0

2.24 pm: Peserta yang berkumpul di jalan berdekatan Dataran Merdeka melaungkan "We Want Dataran", diselangi laungan "Buka, buka, buka Dataran".


3pm Polis menyembur meriam air dan gas pemedih mata dilepaskan di persimpangan Tun Perak. Orang ramai bertempiaran lari. #BERSIH

3.15pm Loceng amaran FRU dibunyikan. Sebahagian orang ramai merempuh masuk ke Dataran. Water cannon sudah mula ditembak dan gas pemedih mata dilepaskan. Orang ramai berlari ke bangunan DBKL.



3.20PM - Sebahagian peserta berundur ke jalan Pudu ekoran tembakan gas pemedih mata tadi. Gas terus dilepaskan di Jalan TAR Gas pemedih mata terus di belakang bangunan Colosseum dan JLN Lebuh Pasar Besar. #BERSIH

MAKLUMAN: Seorang kanak2 berumur 3thn nama timangan "bad" hilang ketika polis melepaskan gas pemedih mata. Bantu kesan kanak2 ini.. Sebarkan. Sumber #Harakahdaily

Sumber : Malaysiakini dan Harakahdaily

Rakaman video keadaan di kawasan sekitar







kredit : youtube

*****

Gambar pra Bersih 3.0 #Update 1 Pagi


This one is epic!!







*****
Gambar bermula jam 8.30pagi tadi :
















KLIK SINI UNTUK LEBIH GAMBAR

*****

Tuntutan yang dikemukan oleh bersih adalah :

1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

p/s : gambar adalah ihsan dari group kami boikot buletin utama TV3 dan Malaysiakini dan http://123malaysia.com/pictures/listing/bersih-3-0-live-pictures/

Saturday, April 21, 2012

Perangai huduh melayu kite : peminta sedekah


hai

Ahad lepas, aku makan kat gerai ape ntah. kat KL
Macam biasa,aku order nasi goreng kampung dengan air suam.
Tengah syok borak pasal justin bieber tetiba :

"Abg, sedekah bang" - budak kecik, muke comot, selekeh pakai baju menchester,pakai kopiah.

Aku, dengan selamba keluarkan duit rm5, terus pass kat budak tu.

"Terima kasih bang" ~


****

"Budak sindiket tu brader. apesal ko bagi duit?lain kali tak payah bagi duit.buat rugi jer, bukan budak tu dapat, baik lu bagi die makan dari bagi duit"- member aku.

"lah, aku nak bagi, pedulik la, bukan duit ko, lu aku tak nampak pon bagi die makan" - jawab aku dengan hensem dan selamba


****

Ramai orang yang macam tu,aku tau.bukan aku tak tau
Yang bile nak sedekah,mule fikir panjang. padahal bukan sedekah sampai seribu pon
Yang die punye fikir macam la nak settle kan soalan show , sin2x+2cosin^2x = tan3x - 8
Segala macam spekulasi, tuduhan dihumban pada peminta sedekah
Tapi time nak beli hempon baru, kasut, handbag, beratus ringgit, tak de pulak nak pakai otak.
Alasan.


Mungkin,betolla ramai yang menipu.
banyak bebudak meminta sedekah untuk sindiket
ramai yang pengemis konon kudung, lari bukan main laju ibarat ussain bolt di kejar hanjing bile penguasa "spot check"
ramai yang pemintak sedekah bute, tapi cerah mate bile nampak tect teck gadis
bukan aku bodoh tak tau sume tu


tapi,
pernah kite yang konon pandai ni fikir?
  • ape jadi kat budak yang minta sedekah tu kalau die balik tak bawak duit? - paling cikai aku rase pelempang lima das kat muke . teruk lagi mungkin penendang kat perut yang die dapat.
  • ape agaknye jadi dekat makcik yang betul2 kudung, pakcik2, atok2 yang betol2 buta, betol2 susah kalau semua pengemis/peminta sedekah we all cop pembohong?


bende mudah,
tak payah nak jadi bijak sangat, sampai nak menilai penipuan dan pembohongan
bile ade yang orang meminta, bagi seikhlas hati
pedulik la budak sindiket ke, makcik tipu2 kudung ke, pakcik bute ke,
sebab InsyaAllah, keikhlasan tu akan Allah bayar dengan ganjaran yang korang tak mampu nak pk pon walaupon korang budak pandai kat skolah dulu pon.


p/s : harta bukan bawak mati pon.
tapi spare la duit rm 100. buat beli kapan dengan upah gali kubur.

& barangsiapa memudahkan orang yg kesulitan maka Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat. & barangsiapa yg menutupi (aib) seorang muslim maka Allah akan tutup (aibnya) di dunia & akhirat. Allah akan membantu seorang hamba selama hamba mau membantu saudaranya.” (HR. Muslim)









Tuesday, April 17, 2012

aku benci kucing aku. serius!

Seriusly guwa suke bergaduh.
Dah jadi hobi.
Paling guwa suka, bergaduh dengan kucing guwa.
Serius. asal tengok muke beliau je guwa mesti rasa geram.
Muke beliau belagak gila.
Tak sedar yang beliau hitam




Benci kan? geram je guwa tengok.
Belagak nak jadik batman. shial
Bila hati dah bengang, guwa menganjing beliau balik dengan baju superman guwa.
Tengoklah.aku takkan bagi ko frieskies lagi.



Akhir kata,
Perseteruan kami takkan pernah berakhir.
Sekian

Monday, April 16, 2012

Petua carik bini part 1.

Ni entry matang.
Entry untuk orang yang nak kawin.

Ada 10 teknik dan cara nak cari bini yang baik dalam buku 10 ways how to find a gud wife karangan prof madya Nik Asiah aka mak aku.

Harini aku bagitau satu je.kalau bagitau semua terus aku taktau nak tulis apa esok lusa.

1. Mak aku cakap Carik bakal bini kat pasar minggu.hari sabtu/ahad. pagi. sebelum pukul 10.

Sebab :
Bini yang baik adalah bini yang bangun pagi. Kenape sabtu/ahad? Sebab weekdays semua orang bangun pagi.sebab terpaksa. Kerja punya pasal.awal2 kawin boleh la bangun lambat

Bini yang bagus adalah bini yang kenal nama dan bentuk ikan dan sayur. Kalau awek u all setakat tau ikan lumba2 dan ikan paus,sila nilai semula hasrat nak berbinikan mereka.

Bini yang best adelah mereka yang jenis tak kesah nak pegi pasar.saving duit u all.cube bayangkan kalau bini u all anti pergi pasar.takkan nak beli ikan kat times square.gile.


Sekian~

Tuesday, April 10, 2012

cina vs melayu : azan

ini serius.
Semalam aku sembang dengan member aku.
semua cina
seng, chong, dan jay chao
cerita pasal macam-macam
paling banyak pasal pompuan.
pelik.lelaki kalau sembang mesti pasal pompuan
dari rambut sampai kaki.ape yang best ntah.

satu soalan aku
lama da aku nak tanya
sebab aku perasan,bebudak cina selalu bangun awal

"weh,lu orang cina selalu bangun pukul berape dow"

"pagi la nash.masa itu azan subuh, kita sudah bangun maa" - jay, disambut dengan anggukkan dua yang lain

"melayu bagus maa,ade azan.untuk kejut kasi bangun.bangun pagi bagus.boleh exercise." - seng plak tambah


*****


"dem! yang cina bangun time azan,yang melayu?" - dalam hati


p/s : aku azan subuh baru tido.azan zuhur bangun.wakakaka


kan best klu tekan like/share :)

Thursday, April 5, 2012

Doakan aku ='(

ini kisah benar.
mulai 5 April aku digantung tugas selama 2 minggu
bersama beberapa lagi mereka yang lain
atas tuduhan yang aku rase aku tak buat.

takpela.nak siasat siasat la.
kali ni bagi aku ujian ni agak taf
tapi aku redha
selamani Allah dah bagi semua bende yang aku nak
tak salah kalau kali ni Allah turunkan ujian Die

aku mohon pada semua.tolong doakan aku dan kawan2 aku yang lain
doakan kami dikeluarkan dari masalah ini.

thanks

*****

‎'Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".' (2:286)

'Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh - (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, - merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.' (7:42)

'Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya.' (23:62)

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),' (65:akhir ayat ke-2)

'Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.' (65:3)


p/s : sekiranya aku didapati bersalah,aku anggap ni adalah hukuman dari Allah atas dosa2 yang aku lakukan secara sebelum ni.

Tuesday, April 3, 2012

eja betol-betol boleh? takyah nak bandar sangat.

aku ada ramai member pompuan.tapi awek sorang je.
serius.walaupon ramai yang tak percaya.
aku pegang prinsip beckham.setia pada yang satu biarpon hemsem.


semalam salah seorang dari member pompuan aku ajak jumpa. nak pinjam cd. koleksi lagu2 dangdut hitz iwan dan amalina
janji jumpa dekat kedai makan dalam pukul 8.30
tapi biasala.pompuan.memang takkan ontime

"wey minah.pantas sikit boleh.lembab la" - aku sms

"ye ye, kejap la. im cumming!" - beliau balas

"wadefak!ko jangan main gila.ko beromen ke apa?" - balas guwa semula


see. eje la betol2.coming. bukan cumming. bencilah.


p/s : cumming adalah istilah seksual.
 

Designed by #