Wednesday, March 28, 2012

Gedik-Gedik Gathering

Last saturday, guwa pegi gath.
Gath dengan kengkawan karib guwa time matrix dulu. 5-6 orang aje.
Actually,
Guwa jenis yang tak suke pegi gath.
Malas.Sebab?
Malas kalau-kalau bekas-bekas awek guwa jatuh cinta balik dengan guwa.
Malas kalau-kalau awek-awek yang pernah reject guwa datang menggedik dengan guwa.

*****

Destinasi : Hadramawt Restaurant
Tagline : The Best Yameni & Arabian Food in Town
Lokasi : Belakang Pavilon. Jalan Raja Chulan.
Kemewahan : 4.5Bintang
Kemahalan : 5Bintang (sebab orang belanja)
Kepuasan hati : 4 Bintang
Variasi Makanan : 5 Bintang
Parking : 4Bintang

Overal : 4.32 Bintang

Gambar :









dari kiri : Aizuddin, Hadi, Adam , Abu, Nazirul Superman, Tiqott (gugurl), Kucai

Gambar makanan? takde. habis dalam mase 3 minit selepas makanan sampai.

p/s : saje2 try buat entry ala-ala gadis

Monday, March 26, 2012

Kawin Mude Mati Mude

kelmarin guwa keluar dengan member-member guwa.
Best!Yang paling best bile makan ade orang sponsor.
tu antara nikmat paling best #fakta


topik perbincangan paling hangat hari tu adelah "kahwin mude"
member2 pompuan guwa surely menyokong kahwin mude
seronok benar guwa tengok.
excited beecerite sampai tak sedar menyembur air liur masuk dalam sup. #tipu
yang lelaki pon same.
"gatal k*** la tu" ~
sorang due je yang tak agree sangat kawin mude
guwa?dengar dan senyap je.


*****



gambar ihsan >> BELOG ini <<


seriusly
memang ramai sangat yang suke fikir dan bercerite pasal kawin mude
lagi-lagi gadis la
kat wall fesbuk pon besepah cerite pasal kawin mude
siap keluar hadis lagi. setan menangis la ape la.
pandai pulak rujuk hadis bab ni.ngee~
tapi satu je guwa nak tanye

yang ramai sibuk fikir pasal kawin mude.cerite pasal kawin mude,prepare kawin mude, cerite dan preparation MATI mude ade tak?


p/s : mane lagi syok?syok akhirat ke dunia?ke forum syok.org?


thanks AMNIfatnin sebab kasik idea.HAHA~

Saturday, March 24, 2012

nak FUCK

Guwa seorang abang yang baik.
Satu hari guwa bersama adik guwa yang paling bongsu main ps3
Game bola la for sure.

Gambar : Guwa menjaringkan gol ke 8

seperti kebiasaan, guwa amat sukar dikalahkan kalau main game bola.
adik guwa guwa kitai (belasah). Setakat 7-0, 8-2, 5-1 tu dah biasa.
masuk game keempat,beliau kalah lagi
kali ni 9-0

"FUCK la. asyik kalah je! FUCK!" - adik guwa mencarut meluahkan rase tak puas hati

Gedebush!! (tumbukan guwa hinggap kat muke adik guwa)

"jilake.sape ajar ko mencarut ni sengal!" - sound guwa menunjukkan kewibawaan sebagai seorang abg

"Mana ade azan carut"

"Mana ade mana ade hape?FUCK FUCK tu bukan carut" - soal guwa

"FUCK itu adelah FOKUS UNTUK CAPAI KEJAYAAN. bukan carut.huh" - jawab adik guwa bersungguh

=.=


p/s : jom.semua.mari kite same FUCK

Wednesday, March 21, 2012

Entry Jilake : keputusan SPM Guwa

gambar ni satu suratan ke kebetolan?



Actually guwa nak cakap SPM bukanlah segale-segalanya.Mase guwa dapat slip tu guwa happy selama 3 minit je.sebab guwa tau,banyak lagi cabaran,ranjau,onak berduri yang guwa harus tempuh untuk menjadi insan yang benar-benar berjaya.
#AyatCerekarama

Guwa ingat lagi mase guwa blaja kat UM.ade senior guwa, CGPA die 3.99. SPM die 5A je. guwa yang 9A SPM tak cecah pon 3.00. #serius

Guwa ingat lagi ayat die mase we all berborak kat kantin fakulti engineering.hari selase kalau tak silap :

"buat ape aku struggle mcm nak mati skor A paper BM dengan sejarah.bukan pakai pon bile aku kerje nanti"

"result aku sekarang (kt UM) lagi bagus dari budak2 yg dapat 10A SPM pon"

*****

pada yang skor straight A tahniah buat mase ni untuk u all.keep it up.

bagi yang tak straight A, tahniah jugak sebab Allah telah merancang sesuatu yang lain untuk u all yang lain dari ape yang u all rancang sebelum ni :)


motif :Sempena result SPM dan wordless wednesday.HAHA~

Tuesday, March 20, 2012

Jenis Gadis Yang Cilake

gambar : KLIK untuk tumbesaran

Ni salah satu manusia yang cilake. annoying .
Jenis kalau ade depan mate guwa memang guwa sebat habis-habis
tapi guwa taknak cakap lebih-lebih. kang dibuatnye die bertaubat dan jadi lebih baik dari we all sume,sape nak taukan.
bak kate orang bijak pandai.jangan benci si pelaku dosa. benci dosa yang dilakukan. hee


p/s : bukan gadis je,jantan pon ade.tapi yang buat jenis macam ni ramai gadis la. peace

Friday, March 16, 2012

Tazkirah : Tanda-Tanda Kiamat

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

� Asap
� Dajjal
� Binatang melata di bumi
� Terbitnya matahari sebelah barat
� Turunnya Nabi Isa A.S
� Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
� Gerhana di timur
� Gerhana di barat
� Gerhana di jazirah Arab
� Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.


Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.


Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.


Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.


Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"



p/s : jangan difikirkan sangat bila kiamat tu tiba. Mati yang mungkin esok lusa tu fikirkan dulu. peace

Wednesday, March 14, 2012

wW : Wanita Malaysia Tak Puas Seks



"lemah giler lelaki malaysia"

"eh?ke pompuan malaysia yang ekstrim sangat" - Adik guwa yang baru dajah 6 mengemukakan pandangan

banyak2kan la bace harian metro.bahagian pakar sakit tuan dan puan.

err,patutlah entry melucah kt terbangtinggitinggi banyak pompuan yang komen. har har

p/s : jatuh imej dan kegagahan lelaki malaysia.

Monday, March 12, 2012

Komen jenis bodoh kt utube

Guwa tengok video klangit tadi kat utube
lagu sesal mendua.takdela best mane. biase je pon
tetibe mate guwa dapat menangkap satu due komen yang agak cilake bunyinye

"sape yang dislike tu cacat pendengaran"

"yang dislike tu tak tau menilai music"

banyak lagi la komen jenis bodoh macam tu kat utube.bukan kt video klangit tu aje.

wah, macam gud pulak.
ko hingat semua orang suke lagu justin bieber.
ko hingat semua suke lagu superjunior.
ko hingat semua suke lagu taylor swift.

Taste orang lain2 brader.bukan semua nak same macam lu.
Untuk penaip komen tu,
Jom la kite kongsi awek reramai.kang klu awek guwa tak same cam lu lu kate guwa bute pulak kan?kan?

p/s :tapi yang pasti,yang taip komen gitu mesti jenis budak tak pegi skolah. ape adehal.

Sunday, March 11, 2012

Friday, March 9, 2012

Gambar Pre Wedding dan After Wedding


SOALAN

Minta jasa baik Dr, untuk menerangkan trend orang berkahwin masa kini yang biasanya membuat sesi pre-wedding atau selepas kahwin. Bagaimana pula pendapatan atau upah bagi jurugambar yang terbabit. Terima Kasih Dr.

JAWAPAN

Menurut hukum Islam, perkahwinan sememangnya wajar dihebohkan dan digalakkan untuk menganjurkan majlis kenduri kendara. Selain menyambut hari bahagia, ia juga sebagai iklan kepada masayarakat berkenaan perkahwinan yang dibuat bagi mengelak salah tanggapan terhadap pasangan di kemudian hari. Hukum kenduri kahwin dan menghebahkannya ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda:

أولم ولو بشاة

"Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Pun begitu, diakui bahawa hari ini susah semakin merebak trend menggunakan khidmat jurugambar professional atau separa professional untuk aktiviti bergambar sebagai kenangan perlu diteliti hukumnya.

Ringkasnya begini:-

1. Hukum bergambar secara umum : ia adalah harus dan tertakluk kepada jenis gamabr yang diambil. Demikian fatwa majoriti ulama kontemporari termasuk Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.

2. Bergambar selepas bernikah

Ia bergantung kepada beberapa keadaan seperti berikut :-

a- Pakaian yang dipakai oleh pihak pengantin : Sekiranya pakaiannya mendedahkan aurat secara jelas atau sipi-sipi terdedah. Penggambaran itu adalah DIHARAMKAN jika diambil oleh jurugambar bukan mahram kedua-dua pengantin. Jika diambil oleh mahram kedua-duanya, maka tidaklah mengapa dengan syarat gambar yang dipetik tidak disiarkan kepada awam sama ada di flicker, facebook, youtube, blog atau lainnya. Ia hanya untuk kenangan peribadi sahaja.

Berhias (tabarruj) dengan menampakkan aurat dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah

وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى

Bermaksud: Dan janganlah kamu bersolek(berhias) seperti mana wanita jahiliyah berhias."Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

b- Pakaian menutup aurat namun dengan aksi peluk memeluk, cium mencium dan lain-lain aksi yang agak boleh mengghairahkan: Ia juga haram sekiranya jurugambar bukan mahram khususnya bagi pengantin wanita.

c- Pakaian menutup aurat dengan sempurna cuma bersolek dan berhias menarik dengan jurugambar asing atau bukan mahram. Dalam konteks ini, saya berpandangan, hukumnya adalah DIBENARKAN dengan syarat tiada aksi intim ditayangkan di hadapan jurugambar. Gambar juga DIBENARKAN untuk disebarkan kepada rakan taulan secara berpatutan sekadar member maklum perkahwinan telah dilangsungkan.

Adapun, jika timbul perasaan riya’, berbangga dengan pakaian yang dipakai dan majlis yang dianjurkan, itu merupakan dosa berasingan yang dilakukan oleh pasangan. Itu tidaklah menjadikan seluruh majlis dan aktiviti bergambar itu sebagai haram. Ia dianggap sebagai haram lighairihi jika berlaku.

Justeru, jika ada pasangan yang merasakan persiapan dan pakaian mereka terlalu mahal dan secara logiknya akan mengundang perasaan cemburu berlebihan di kalangan awam yang melihat, sebaiknya gambar yang terpapar diminimakan dari sebarang hebahan awam bagi menjaga hati sendiri dan orang lain yang akan melihat.

1. Bergambar sebelum bernikah (pre-wedding)

Ia juga bergantung kepada keadaan seperti berikut :-

a. Pakaian menutup aurat dengan sempurna dan pasangan diambil gambar mereka TANPA bersentuh atau TANPA lain-lain aksi yang boleh mengghairahkan seperti berbaring, berpelukan, berpegangan tangan atau lain-lain aksi yang khas untuk suami isteri yang sah sahaja. Dalam keadaan sebegini hukumnya di antara MAKRUH dan HARAM kerana dibimbangi nafsu masing-masing sukar dikawal apabila berada secara berdekatan, lalu ia boleh sahaja termasuk di dalam kategori “mendekati zina”. Justeru, ia sangat elok untuk dijauhi kerana keperluannya amat kurang dan hampir tidak diperlukan malah boleh jatuh di dalam kes pembaziran. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau”.(Surah al-Isra’ 26)

Imam al-Jurjani mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).

b. Pakaian tidak menutup aurat atau dengan aksi bak suami isteri : Ia adalah HARAM tanpa sebarang keraguan lagi. Ini juga fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia yang mana petikan beritanya berbunyi :

Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam.

Kelaziman bakal pengantin beragama Islam merakamkan foto secara intim termasuk berpelukan dan berbaring di atas katil sebelum sah bergelar suami isteri daripada segi hukum adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Sehubungan itu, Institut Kebudayaan Melayu Jambi mengeluarkan kenyataan bahawa budaya berkenaan harus dicegah seiring dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung isu yang sama.

Menurut pengerusi bahagian kajian dan pembangunan institut berkenaan, Djunaidi T. Noer, amalan merakamkan foto pra-perkahwinan bukanlah budaya masyarakat Jambi dan tersasar daripada hukum Syariah.

"Kami menyeru agar semua pasangan yang bertunang dan pengantin beragama Islam supaya tidak merakamkan foto pra-perkahwinan seperti berpeluk, berbaring antara satu sama lain di katil dan sebagainya. Ia merupakan haram," tegas Djunaidi seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post, hari ini.

UPAH JURUGAMBAR

Mankala upah jurugambar semuanya tertakluk kepada hukum yang disebut di atas tadi, Jelasnya ia menjadi HARAM jika gambar intim lagi mesra pasangan dalam keadaan pre-wedding.

Boleh pula menjadi halal lagi DIBENARKAN jika jurugambar adalah mahram pengantin perempuan khususnya.

Juga upahnya menjadi HARAM jika pengantin tidak menutup aurat, dan dibantu untuk memetik gambar mereka dan dihias menggunakan teknik fotografi yang canggih bagi mencantikan hasilan foto. Semua itu dikira bersubahat dalam perkara dosa dan maksiat yang ditegah oleh Allah SWT. Pendapatan sedemikian adalah TIDAK BERSIH lagi haram.

Boleh menjadi HARUS walau jurugambar bukan mahram tapi gambar diambil selepas pernikahan dan menutup aurat dengan sempurna serta tiada aksi yang boleh kebiasaan boleh merangsang nafsu biasa lelaki.

Sekian

Dr Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

2 Mac 2012


p/s : sebarkanlah ilmu walau sebaris ayat

Thursday, March 8, 2012

(gambar) Calon Isteri Solehah : Sejuk Sangat Mata Memandang

Untuk rujukan semua gadis2.

pepatah melayu mengatakan :

daripada beristerikan perempuan ade degree tapi hape pon takboleh, baik kawin dengan kucing yang pandai buat kerje rumah

user posted image

p/s : guwa da malas menaip. copy gambar udahla.

Tuesday, March 6, 2012

Serius tahi : Masukkan zakar ke buah zakar?



seriusly,guwa insan yang innocent.
kali terakhir guwa belajar pasal sistem peranakan manusia mase form 4, chapter 2.kalau tak silap.
serius eh?kene masukkan buah zakar ker?
insan yang dah kahwin boleh tolong xplain? guwa da nak kawin ni, kang salah kang susah.hehe

p/s : pedulik ape korang da pernah bace, ramai lagi yang tak pernah bace. peace!

Monday, March 5, 2012

Serius Tahi : Borang bawak keluar anak dara

Seriusly guwa tengok, bebudak zaman sekarang da teruk. umur baru 12 tahun da gatal nak bercium. umur 13 tahun da start main toreh2 name pakwe kat tangan. yang umur 20 takyah cerita la. hancur.

Oleh sebab itu (penanda wacana), guwa dengan kerjasama persatuan ibu bapa dan guru mithali telah mewujudkan satu borang sekiranya anak we all nak di bawak date. berikut adalah draft akhir borang tersebut :

semuga dengan wujudnya inisiatif seperti ini gejala dating, cium mulut depan KLCC dan banyak lagi kegiatan meruntuhkan moral manusia dapat diminimakan.

sekian, dilaporkan

p/s : tajuk cam blog serius.

Facebook : Status macam binatang

actually,guwa agak bosan tulis blog dalam BM.rase tak mencabar.so, untuk entry hari ni,guwa nak gune english.barula Teacher guwa bangge ade anak murid cam guwa.

*****

If animals have Facebook, these are most likely to be their Status Updates :

Cockroach : Managed to skip from some one’s foot step.. Man, I lead a dangerous lifestyle.

Cow : Huh! They are touching my breast again..what they think I am! b****?

Mosquito : I am HIV positive this is all due to wrong sucking !!!

Chicken : If tomorrow I am not updating my status, means I am being served at KFC. Love you all.....

Octopus : I have just refilled my ink..horray!!

Cow : Friends, don’t go out, hari raya korban holiday is coming
Pig writes a comment on Cow’s status : “Luckily I am haram”
4 likes. Cow replies :“Don’t you remember that after hari raya korban is the Chinese new year..?

p/s : ni care copy paste

Saturday, March 3, 2012

Lucah tak ?


guwa skang jual ubat gigitan serangge brand mopiko
sape nak order sila email. sekian

p/s : 99.36% ingat gambar pertama tu gambar *****. ini fakta

Friday, March 2, 2012

kenikmatan agung

mase tu guwa form 3.
cikgu tgh mengajar.subjek BM.
ntah macam mane boleh masuk bab kenikmatan.guwa try recall.tapi gagal
Subjek BM time guwa biasenye mengelamun.pk pasal mase depan.impian nak kawin ngan siti nurhaliza

tidak semena-mena :

"nazirul! cube bagi tau kelas,ape yg awak tau pasal nikmat" - cikgu cube menguji murid paling pandai

"nikmat paling agung adalah, saat dam ketika bile kite melepaskan titisan air kencing yang pertama selepas 3jam menahan sambil mengepit didalam kereta yang dipandu oleh ayah kt highway PLUS akibat dari tiada rumah rehat" - jawab guwa tenang.

"pelepek!!" - duster hinggap kt dada guwa yg bidang.

p/s : *bunyi cengkerik*
 

Designed by #