Thursday, February 23, 2012

Mak sporting : tetek

Dua bulan lepas,guwa seorang pengidap obesiti tahap 1.
Tinggi 180, berat 90kilo,seluar saiz 36 stengah.

Tu dua bulan lepas punye cerite
skang, tinggi 180, berat 80kilo, seluar still 36, tapi tali pinggang lubang kelima.
Body pon dan cun,berbentuk.lebih kurang macam ni :

<span"" />

Semalam,
Guwa tengah excersize.main dumbell.
Memandangkan rumah guwa kecik,guwa excesize la kt ruang tamu,
Depan mak dan adik guwa.
Tetibe ;

"fuh,mantap la badan lu skang. da berbentuk.tetek pon da timbul.ade shape" - adik guwa menegur sambil mencucuk2 tetek guwa

"biasela brader.bukan cm tetek lu.kecik.xde shape.klu ade six pac tapi tetek tak timbul xgune.awek xmo" - guwa membalas sambil terus bermain dgn dumbell 10kg guwa

"tetek sape besar?sape kecik?"- mak guwa tetibe bersuare

"abg besar, nasran kecik" - jawab guwa sambil menayang body guwa kt mak guwa

"elok la tu.mak ade spare C cup ngan B cup kt atas.boleh la bg kt korg.mak salah beli haritu' - jawab mak guwa serius sambil tgn sibuk menjahit

"gulp!! Apekah ni?" - guwa dalam hati


p/s : percaye 70% aje kot

Friday, February 10, 2012

Episod Akhir Doraemon, (Last Episode)

Satu fakta klasik.
Guwa sangat suke bace doraemon.
Lagi best layan doraemon dari baca novel melayu/tengok drama melayu yang really predictable.


Ayah guwa selalu marah, kate beliau doraemon ni langsung takde pekdah bacenye.
buang mase.
tapi ade guwa kesah? guwa punye hobi. dan guwa percaya. ade alat2/ciptaan doraemon yang satu hari nanti boleh direalitikan. macam tak logik kan. tapi mane logiknye handfon dan kapal terbang 1000 tahun dulu?sebab ade orang yang berpikiran macam guwa ni la wujudnye teknologi. nak harapkan minded orang2 tue yang semua tak logik?sampai bile2 la everyone can't fly.HAHA


nah. sebagai tribute ketagihan guwa pada doraemon, guwa persembahkan, episod akhir doraemon bagi yang tak pernah tau camne endingnye



p/s : paham? mesti ramai tak paham.hehe sebenarnye byk sgt pusing2 cerite doraemon ni.

Act die mengisahkan nobita si budak yg lembab mase kecik yg selalu mintak tolong doraemon
pastu 1 hari doraemon rosak.
Sejak tu nobita berubah.jadik rajin dan pandai.lagi pandai dari deisuke(budak pandai skolah die)
Semata2 untuk hidupkan semula doraemon dan hantar doraemon kembali kezaman beliau kecik.
Faham x?ade unsur2 cite terminator.hehe

Tuesday, February 7, 2012

Only Bitches Marry Smokers

Ade 83 sebab kenape perempuan harus tidak mengahwini jantan smoker dalam buku "only bitches marry smokers" *kuranghajargilertajuk*

Sebab ke 33

Harge sekotak rokok.dunhill kaler merah ialah RM 9.70
bundar kepada ringgit terdekat = RM10

Fact : seorang perokok menghisap at least sekotak dalam mase dua hari
sebulan = 15 kotak

Seorang yg tidak merokok boleh save ; 15 kotak x RM10 = RM 150
Bersamaan ; RM150 x 12 = RM1800

Sekiranya dilaburkan dalam ASB;
Dengan mengambil kire dividen dan bonus tahunan sbyk 8%
Jumlah saving setahun : RM1800 x 8% = RM1944

saving sepuluh tahun = 19444 *anggaran kasar*


So, berkahwin dgn bukan perokok anda akan jadi RM20k lebih kaya dalam mase 10 tahun.
Ape yang bagusnye?

1. TV lcd 50 inch = RM 3000
2. Microwave = RM 200
3. Set sofa kulit lorenzo = RM2500
4. Peti Ais siap skrin TV = RM 5000
5. Mesin basuh 10kg = RM900
6. Baju Esprit, Dress Cotton On, handbag bonia, Kasut Sketchers = RM1000

banyak lagi barang yg boleh beli dengan RM 20k

jadi?hanya gadis yang tak fikir panjang dan kurang menggunakan otak akan mengahwini si perokok

ni baru 1. ade lagi 82 sebab mengikut kate buku only bitches marry smokers.

adios

p/s : jgn cari buku ni kat kedai.

Kutipan Adnan Sempit 2 | terkini

Siapa dah tengok Filem Andan Sempit 2?? Guwa dengar Kutipan Filem
Adnan Sempit 2 sekarang telah mencecah RM 6.5juta. serius 6.5 juta?dem!
Berikut adelah pantun dari David Teo

Sudah pecah punggung hali ini,
Adnan Sempit 2 nama diberi,
12 hari kutipan 6.5 juta,
terima kasih daun keladi,
harap sokong lagi
ulasan guwa :
Pertamanya, david teo kene banyak blaja lagi. blaja pantun.wakaka
Macam mane ntah cerite camni boleh dapat sampai 6 juta. serius kurang best. maybe sebab impak dari filem yang first kot. tapi serius, 140 minit tayangan, 5 minit je guwa gelak. shit. rugi 14 ringgit.
Kamon la, kepada semua penerbit filem, if nak buat sambungan, sampai 10 part sekalipon, jangan buat ala-ala sampah. serius buat la. kasi lawak baru.jangan pakai lame punye lawak. sedih!
akhir sekali, shahiezy sam je yang guwa rase berjaya menghidupkan filem ni, kalau tak, minit ke 15 guwa da keluar panggung. Wawa, along ngan intan ladyana? out. something wrong somewhere
Sinopsis Adnan Sempit 2

Kisah mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.

Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dantidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris?
p/s : baik punye copy dari blog giler. Maap pakai entry SEO.duit gaji bulan ni da abes beli kasut baru.
 

Designed by #