Tuesday, June 19, 2012

Seronoklah perempuan dosa orang tanggung.


Dosa seorang anak perempuan ditanggung oleh ayahnya. manakalah dosa si isteri ditanggung oleh si suami.

1. Statement kat atas tu boleh menyebabkan 97% manusia salah faham. seriusly.

2. Biasalah,kalau dah jenis melayu yang tipikal, surely apa yang dibaca tu la yang betol, takda dah usaha nak cari penjelasan. jenis terima apa yang disuap je.

3. Seriusly,bagi lelaki yang berfikiran singkat, beliau pasti berfikir rugi la jadi lelaki.baik jadi perempuan.dosa orang tanggung.

4. Bagi lelaki lain, mungkin ada yang terpaksa cancel plan nak kawin tahun depan. ape pekdah nak tanggung dosa orang lain, baik jaga dosa sendiri yang sendiri tak mampu nak jaga.

 
Gambar : Suri nanti besar jadi budak baik tau.kesian ayah kene tanggung dosa suri nanti

5. Yang suka sangat post kat fesbuk pasal dosa main tanggung-tanggung tu, Cuba baca maksud petikan ayat Quran ni pulak :

“Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)

6. Totally kontradik kan? so mana main tanggung-tanggung dosa?

7. takpayah la nak garu kepala. make it easy.pemahaman mudah adalah seperti berikut :

8. Siti seorang yang free hair dan suka tayang line seluar dalam. dosa untuk kedua dosa tersebut dah tentu lah siti yang tanggung. banyak cantik bapak die nak tanggung.kalau bapak dia tanggung dia senang2 la masuk syurga?

9. Apa yang bapak dia tanggung? bapak dia bukan tanggung dosa freehair dengan tayang seluar dalam, tapi beliau menanggung dosa tidak mendidik anak dia dengan baik. or dalam bahasa yang simple, saham dosa tersebut.

10. faham? so what if bapak dia memang dah nasihat, ajar anak dia baik, tapi anak tetap berperangai cilake?bapak kene tanggung jugak ke? yang ni susah nak jawab. tapi guwa tak rasa bapak dia still menangung dosa. berdosakan nabi nuh dan nabi luth sebab anak mereka tak beriman?

11. Sekian. Wallahualam


18 comments:

yaya_flanella on June 18, 2012 at 9:05 PM said...

>_<

eyjalukman on June 18, 2012 at 9:22 PM said...

org yg cetek akal je pikir cmtu . aihh ,klu dosa org pmpuan dtggung ayh atau suaminye , nnt kt akhirt org pmpuan jela snang masuk syurga .btollah dulu ckgu prnh ckp klu ank wt dosa dy tggung sndiri ,tp si ayh dpt saham dosa sbb tak didik ank sebaiknya .


tapi , dosa pahala ni wallahualam.sgalanya hal perkara ghaib ,hanya Allah yg Maha Mengetahui :)

Nabyla Ahmad on June 18, 2012 at 9:31 PM said...

btol tu..pa pekdah orang lain kena tanggung..kalau da lagi si dungu yang amek bulat2 kenyataan tu,alamatnya nanti semua laky tak nak kawen..jenuh nak nanggung dosa anak bini..baik dia kerja sampai tua simpan duit banyak2 buat bekal nak mati..hihihi
[yang ramai kat luar buat pembedahan tukar jantina tu mesti pikir dosa perempuan si laky yang tanggung..tu yang habis nak jadi perempuan]
;]

Eera Shera on June 18, 2012 at 9:32 PM said...

betul2. terbaik entri ni!

♥ Nana BamBam ♥ on June 18, 2012 at 10:02 PM said...

betul tu. . .selagi hayat dikandung badans selagi tulah sibapa itu menanggung dosa kerana tidak mendidik anak pompuans die ke arah diredhai Allah.

mamawana on June 18, 2012 at 10:51 PM said...

Oraitlah tu. Kan salah silap anak pempuan/isteri, bapa atau suami sbg pemimpin wajib menunjukkan jalan yg benar....kalu dibiarkan dayuslah mereka. Lelaki kan dilantik sbg Khalifah. Komen ringan2 jer kat sini. Permisi.

fya zainal on June 18, 2012 at 11:04 PM said...

Wallahualam

Anne Nurain on June 18, 2012 at 11:10 PM said...

ok,baru paham.. naiss entry.. thanks soooo much.. hihi..

♥Miss Yaanaako♥ on June 18, 2012 at 11:13 PM said...

hah. isu ni lah yang menimbulkan pergaduhan dalam kelas,agama tahun lepas. penat saya berhujah. tapi diorang still tak nak mengaku kalah. nasib baik adaa ustazz :D thank for sharing. TAPI, kita orang pompuan nih kena ingat. kadang2 kita tak sedar apa yg kita buat tu langgar hukum,dapat dosa. nak2 cara berpakaian. sama skrg,tau2 lah macam2 pesen kot.

Little Sunshine ( Ka'Yan) on June 18, 2012 at 11:36 PM said...

ayah saya selalu pesan.. jaga aurat even di depan mereka selalu..
bkn sekadar aurat sahaja, tp perbuatan yang lain2 yg blh mendatangkan dosa agar mereka tidak terbeban dengan dosa kerena tidak dapat mendidik anak mereka dgn baik..

Anonymous said...

baca alquran balik..

Cik Cammy Lia on June 19, 2012 at 9:01 AM said...

ok dh phm.tq :-)

Umie Naziera on June 19, 2012 at 9:30 AM said...

sndiri buat sndiri tanggung arr kan

Haris Khairuddin on June 19, 2012 at 9:46 AM said...

bila ayah, suami, adik beradik lelaki n anak2 lelaki dah nasihat n tegah perlakuan mungkar tapi still dibuat oleh kaum hawa, waktu tu terlepas tanggungjawab tersebut. cuba baca kisah Nabi Allah Nuh & Nabi Allah Luth AS.

yang cakap kaum adam kena tanggung tu sebab perintah memelihara ahli keluarga dari api neraka terletak kat bahu kita. (66:6)

lelaki @ perempuan still tanggung dosa masing2. cumanya bila dah jadi ketua tu, kena la tanggung risiko n beban lebih kan?
kalau nak kata dosa perempuan lelaki yang tanggung, abis tu kenapa Rasulullah SAW bersabda ramai isi neraka dari kaum hawa? sebab tak reti jaga lidah (suka sakitkan hati suami, mengeluh, mengungkit) n aurat.

Allahu a'lam. moga ada betulnya dalam perkongsian ni. minta dirujuk pada yang lagi pakar. sekian.. ;D

Aku Ibu Muda on June 19, 2012 at 10:04 AM said...

yup...akak dh lama tau ni...but as u said la...tipikal malay suka terima je tanpa mengkaji.

bukankosong on June 19, 2012 at 10:22 AM said...

sbb tu besar tanggungjwb nak jd lelaki, suami & bapa

selamat ari abah

:P

Nurul Akmal on June 21, 2012 at 10:44 AM said...

setuju... ;)

THE LEKAT LEKIT STORY on June 21, 2012 at 5:25 PM said...

yg asyik nganga je tggu makanan masuk mulut memang jenis suka telan je tak kisah apa rasa dah.. macam tu juga fenomena share.. like.. kat FB. Main share.. main Like je tak mengkaji. Apapun info yg bagus

 

Designed by #