1) Ada pihak menghukumkan Hari Ibu Haram. Asas pengharamannya kerana menyerupai amalan Kristian langsung disandarkan kepada hadis s.a.w yang menegah umat Islam menyerupai sesuatu kaum kerana mereka akan menjadi sebahagian dari mereka. Kemudiannya, analisis deskriptif historis diunjurkan bagi menunjukkan korelasi rapat sambutan Hari Ibu dan nilai spiritual ajaran Kristian. Tidak dinafikan faktanya cuma meragui hukumnya kerana asasnya itu bukanlah rock-solid reasons untuk mengharamkan Hari Ibu.
2) Propaganda Orientalis? Perlu difahami, tak semua amalan Orientalis itu salah. Malah, banyak yang perlu dipelajari dari mereka. Pendirian kita tidak boleh bersifat defensif atau obsesif tetapi selektif.
3) Defensif dalam ertikata terlalu mempertahankan diri kita saja yang benar tanpa melihat keselarasan antara dua perkara yang diperselisihkan. Obsesif pula dalam ertikata kita tidak boleh terlalu menurut dan taksub dengan semua doktrin orientalis. Tetapi kita perlu bersifat selektif dengan menentukan mana yang baik, mana yang buruk, mana yang boleh diamalkan, mana yang perlu ditinggalkan segera dan mana yang boleh dimurnikan dengan cara Islam.
4) Hari Ibu ternyata berbeza dengan Hari Kekasih (Valentine Day). Dalil pengharamannya jelas. Hari Kekasih bagai menggalakkan anak2 muda bercinta sakan sedangkan Islam mengajar supaya menjauhkan diri terjerumus ke kancah maksiat dan mengutamakan cinta selepas perkahwinan yang sah. Hari Kekasih juga disambut dengan perbuatan yang jelas haramnya seperti zina. Sedangkan Hari Ibu disambut dengan pemberian hadiah kepada ibu, jamuan makan keluarga, anak-anak pulang ke kampung dan sebagainya.
5)Objektif pejuang-pejuang seperti Julia Ward Howe & Anna M Jarvis memperjuangkan sambutan Hari Ibu juga adalah kerana untuk menarik perhatian anak-anak muda supaya mengingati jasa ibu bapa, membalas jasa mereka, membahagiakan dan menghormati mereka kerana anak-anak muda Barat tipis atau kontang nilai etika dan etiket sosialnya (Al-Qaradhawi). Sama la juga kondisinya dengan masyarakat kita dasawarsa ini.
6) Islam sememangnya mewajibkan anak-anak mentaati, menghormati, mengingati jasa, membalas jasa, melawat dan membahagiakannya kerana di situ letaknya keredhaan Allah s.w.t. Terdapat pelbagai dalil naqli yang menyuruh anak-anak mentaati ibu bapa dan terdapat hadis yang menekankan prioriti ketaatan perlu diberikan kepada ibu.
7) Cuma, mungkin kerana Hari Ibu ini skopnya dilihat sempit kerana limitasi 'hari' sahaja sedangkan menghormati ibu perlu 'hari-hari'. Anggaplah saja ianya sebagai penggalak dan satu peringatan yang mana ianya tidakpun menafikan ibu perlu dihormati setiap hari. Kalau macam tu, Hari Guru? Hari itu sajakah perlu hormat guru? Hari Merdeka? Hari itu sajakah merdeka?
8)Maka, pengharaman itu tidak jelas, makanya Hari Ibu ini 'halal' dan terdapat fatwa yang menyatakan ianya tidak bercangggah dengan Islam. Dalam sejarah Islam, banyak amalan jahiliyyah yang tidak diharamkan terus. Poligami misalnya berasal daripada amalan jahiliyyah. Islam tidak mengharamkan terus tetapi memurnikan amalan poligami tersebut hanya kepada 4 orang isteri sahaja. Istifadahnya, jika umat Islam ingin menyambut Hari Ibu, sambutlah dengan pemurnian amalannya. Jika hadiah-hadiah yang diberi atau makanan-makanan yang dihidangkan itu haram dan membazir, kita sambutlah dengan yg halal dan sederhana mengikut kemampuan. Buat ala2 kenduri doa selamat lebih bagus.
9) Pastinya, dengan kenduri doa selamat sebegitu takkan ada terniat dan terlintas pun untuk kita menyambut hari ibu sebagai perhormatan kepada 'mother of church' atau 'mother of god'.
10) Konlusinya, kita lihat dua senario ini:
Senario 1: Anak-anak pulang ke kampung, jarang2 dapat berhimpun anak beranak. Duduk semeja makan bersama-sama, mendoakan kesejahteraannya dan memberi hadiah serta mengucup dan memeluk ibu dan mengucapkan Selamat Hari Ibu, Sayang Mak!. Pasti sejuk perut ibu mengandung.
Senario 2: "Anak emak ni balik kampung tak bawak ape2 ke untuk emak sempena Hari Ibu? (secara berseloroh). "Mana boleh sambut hari ibu, Haram la Mak!". Terkebil2 la mata, terkecil pula hati si ibu.huhu
wallahualam
p/s : pandangan peribadi saudara istajib bin mukhtar. penerima anugerah pelajaran diraja Universiti Malaya 2009
http://istajib.blogspot.com/
Maternity Shoot..
23 hours ago

25 comments:
x semestinya menyerupai sesuatu kaum tu berdosa. orang barat pakai jeans, kita pakai jeans, x dosa kan? depends on mcmana kita pakai je sebenarnya. sama mcm wish merry chrismas kt orang la. boleh je. asalkan bukan kita yg sambut. (refer website majlis fatwa)
semua ibu suka kalo dia diraikan ;)
emm serius baru taw pasal benda ne suma. wallahualam :)
hari ibu la time2 nak menghargai jasa emak... hari2 lain pun boleh ...tapi hari ibu mesti terasa spesial sikit...ape pun asal kita tau landasan...
sangat setuju!! kalau hari kekasih tu mmg patotlah diharamkan. ini hari ibu pon nak haram peliklah, bukan buat maksiat pon. lagipon spanjang aku smbut hari ibu, tak pernah terfikir nak puja2 sape. it just a celebration
Qaseh menyokong sambutan Hari Ibu ni. Bukan sebab on Hari Ibu saja yang kita nak hargai ibu tapi at least ada penghargaan extra pada hari istimewa macam tu.
betul,hari ibu perlu hari-hari..
i love u mum =B
betul,hari ibu perlu hari-hari..
i love u mum =B
hari ibu selalu sambut serentak dengan hari lahir ibu :p
raikan hari ibu setiap hari
terbaik! thanx for da sharing :)
mntk izin nk share pd kwn..^^
thanks in advance~
tulaa betul jgk bersifat selektif . slama ni klu kata hri ibu tu ingt mak je.tk de plak nk terpikir mother of church ke ape an. ambil nilai positif je laa supaya kita sntiasa ingt jasa ibu.itu sbnrnya sebagai inisiatif supaya kita tak terlupa akan jasa2 ibu. Wallahua'lam. tak cukup ilmu nak beri pndangan lebih khusus.
betul tu.. setuju.. asl tak bercangh dgn islam. tp dgn niat mak kita lah. bukan ingt "mother" tu
terima kaseh untuk informasi :)
nice and cool blog..
feel free toview mine ^_^
i love my ibu you know. nasib baik dihalalkan dalam islam. <3
aku pun kurang setuju dgn pengharaman hari ibu tu. kalau mcm tu, haramkan juga hari guru sbb asal-usul hari guru adalah utk memperingati siapa ntah yg mati tu. sambut hari guru hari2.. lol
aigooo what happen to world now...Eh why dont they 'haram' the porn or censored in every film before screened in cinemas. --> my opinion :)
setuju dengan pandapat kamu.
dekat FB benda mcm ni pun nak jadi isu
oh tidak...banyok sgt terma2 aku x phm dlm entri ni
macam3 skrg..hari ibu xsalah kan..bkn wt maksiat..untuk ingatan pengorbanan diorg je kn..mmg hari3 kita sambut hari ibu..tp betol ker?..at least klo ade hari ibu.kita ingt sikit..kan2..ni bz keje je..erkk..untuk diri sendiri..hihi
Salam wbt. Berikut merupakan pendapat saya.
Islam itu jelas. Perbuatan mensyirikkan Allah tu haram. Sebab tu kita kena tahu apa definasi Mother's Day pada hari ini? Adakah ia mengangkat golongan ibu sebagai Ibu Tuhan?
Terdapat beberapa ulama cuba compare Mother's Day dengan hari perayaan lain, Christmas, Thaipusam etc. Simple je nak tackle issue ni, adakah semua manusia kat bumi ni ada ibu jawapannya, ya, tapi adakah semua manusia kat dunia ni percaya jesus adalah tuhan, jawapannya tak, adakah semua orang islam di dunia ni percaya pada hinduism, tak.
Kalo kita jadikan sandaran sejarah sebagai hukum haram, maka haramlah solat mengadap kaabah sebab dulu disejarahkan bahawa kaabah penuh dengan berhala, rumah kepada al uzza dan al manat. so lihat disini, adakah Islam haramkan beribadat di situ? Ya, cuma sementara. Namun selepas semua unsur kepercayaan lain dibuang, Islam kembali mengadap kaabah.
Dalam Mother's Day pun sama. sejarah mengangkat ibu sebagai ibu tuhan. tapi kini ibu diiktiraf sebagai sorang yang penting dan tinggi dalam hidup kita. dalam hadis jugak ibu diberikan 3 kali keutamaan berbanding ayah. lihat, islam itu luas, mudah dan praktikal.
sebenarnya...hari hari adalah hari ibu..^^
"Binatang pun pandai berkasih sayang. Manusia?".
tak kesahlah halal ke haram. tapi pada saya, setiap hari kena raikan ibu, hormat, sayang,peluk, cium. hahhh tu baru betol :D
pandangan ini lebih releven..terima kasih berbagi infomasi :)
hari hari hari ibu~
Post a Comment