mulai 5 April aku digantung tugas selama 2 minggu
bersama beberapa lagi mereka yang lain
atas tuduhan yang aku rase aku tak buat.
takpela.nak siasat siasat la.
kali ni bagi aku ujian ni agak taf
tapi aku redha
selamani Allah dah bagi semua bende yang aku nak
tak salah kalau kali ni Allah turunkan ujian Die
aku mohon pada semua.tolong doakan aku dan kawan2 aku yang lain
doakan kami dikeluarkan dari masalah ini.
thanks
*****
'Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".' (2:286)
'Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh - (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, - merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.' (7:42)
'Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya.' (23:62)
dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),' (65:akhir ayat ke-2)
'Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.' (65:3)

p/s : sekiranya aku didapati bersalah,aku anggap ni adalah hukuman dari Allah atas dosa2 yang aku lakukan secara sebelum ni.

29 comments:
walauape pon yg terjadi aku harap ko tabah menghadapinye ok :)
hidup ni kan ibarat roda,ade turun naiknye :)
kuatkan semangat my bro :D
Harap semuanyer akan selamat....
sabarlah ye.. Ujian dari Allah.. semoga semuanya baik2 belaka..
amin! amin amin~
ok, tapi ape masalahnye?? tak dapat nak tangkap ape2 pun.. ape pun, aku harap kebenaran akan terbukti and ko tak bersalah.. so ape2 hal pun.. pikir positif. GOD just want you to have a short break after full time works i think
iALLAH, ALLAH bersama orang2 yang benar :) be stronG!
erm..
semoga terus tabah...
insyaAllah kebenaran akan terungkai x lama lagi..
=D
Ape kes???
harap semuanya dipermudahkan Allah..
kami doakan yg terbaikk
Allah dtgkan ujian kepada hambanya kerana Dia sygkan hambanye.. tabah keh..insyaALLAH.. yg pnting Allah tahu sapa yg slah dan mana yg btulkan..
be strOng brO. all the best 4 u. Allah sentiasa ada untuk anda.
sabar.
be strong! ^^
masalah ape bro?? macam berat sangat je bunyik dia. insya Allah kalau ko di pihak yang benar, xde apa ko nak takutkan. :)
be strong abg naz! :)
insyaAllah Allah tolong org2 yang benar :)
moga semuanya baik saje.. insyallah..
ALLAH sentiasa ada dengan mereka yang benar .. =)
knp uncle ? ap yg tuduhan telah dilemparkan pd uncle?
takpe2 , ade hikmahnya stiap ap yg berlaku. ingat Allah bnyk2 oke , mhasabah diri bnyk2 :)
eyja doakan segalanya dalam keadaan baik :)
sabar naz.. harap2 semuanya akan berakhir dengan baik.. insyaAllah, kebenaran akan diketahui juga.. take care..
ape hal nye ni??
cube la defend kalau tak bsalah k,,
ape pun byk2 sabar n bdoa..
sabor lah awok , semua ada hikmah ..
kenapakah? moga kamu baik2 saja.
eh ni btol2 ke main2 ni...-.-'
mengadu pada Allah..jangan risau...ini semua ade hikmah
insya Allah ... ;)
be strong.
sabar eh ??allah mmg nak uji tu..apa pun aku doakan ang dapat sambung keje balik..=D
semua yang berlaku dengan berhikmah untuk hamba-hambaNya berfikir...
sbr ea awk..Allah slalu ada dgn awk..minta pd DIA k..sy slalu doakan awk..insyaAllah..^_^
pinkyfieza ~
Post a Comment