Monday, October 31, 2011

kisah sony dan KOTEX


Hai

Korang tau tak?
Hari sabtu lepas guwa tengok bola kt stadium mamak.
Lepak satu meje dengan joseph,tan,guna
satu malaysia maa,bukan like tipikal rakyat malaysia,satu bangsa satu meje.

Time rehat keluarla iklan yg paling guwa suke.
Iklan rexona for women.whitening edition
superb la guwa tgk ketiak model tu.
Saling tak ubah macam ketiak aku


tibe2,si guna bersuara ;
wei kawan,
aku ada sikit pelik la, mau tanya lu orang
iklan rexona ada nampak ketiak
iklan syampoo ade nampak itu rambut
Iklan sabun badan ada nampak itu badan
Tapi kenapa itu KOTEX punye iklan tada nampak itu p****?
Rumah saya punya tv ada rosak ka? - tanya guna dengan muke paling sirius yang penah dibuat

"lu kene pakai itu tv HD,brand sony punye baru boleh nampak itu barang" - joseph dgn selamba

p/s : guwa nak beli tv HD brand sony la.

Thursday, October 27, 2011

10 Supermodel Teragung Dunia (Gambar)


Kadang-kadang, ade satu ketika.bahagian-bahagian penting otak gagal berfungsi dengan sempurna.nak susun ayat pon tak mampu.ape tah lagi nak keluarkan buah pikiran yang marvelous untuk buat entry. jadi untuk time2 sebegitu dan sebegini.entry tempek-tempek gambar muncul mengambil tempat.

Berikut disenaraikan 10 supermodel dunia yang menerima bayaran paling tinggi mengikut bancian jabatan modeling dunia. hanya seorang sahaja model lelaki yang berjaya menempek kan nama beliau di dalam senarai ni.yang lain, habis gadis-gadis kebas.

cekidiout.


*****

10.Miranda Kerr

BornMiranda May Kerr
20 April 1983 (age 28)[1]
Sydney, Australia
Height1.75 m (5 ft 9 in)
Hair colorBrown
Eye colorBlue
Measurements32–24–34 (US)
81–61–86 (EU)[2]
Dress size6 US/36 EU[2]
SpouseOrlando Bloom (2010–present)

*****

9.Daria Werbowy

BornDaria Werbowy
November 19, 1983(age 27)
Kraków, Poland
Height5 ft 11 in (1.80 m)
Hair colorBrown
Eye colorBlue
Measurements34-24-34 (86-61-86)[1]
Dress size4
AgencyIMG Models


****

8.Natalia Vadionova

BornНаталья Водянова
28 February 1982 (age 29)
Gorky (now Nizhny Novgorod), Soviet Union
Height1.76 m (5 ft 9 in)[1]
Hair colourLight brown[1]
Eye colourBlue[1]
Measurements86.5-61-86.5 cm (34-24-34 in)[1]
Dress size34 EU / 4 US / 6 UK[1]
SpouseJustin Portman (2001–2011) (filed for divorce)


*****

7. Doutzen Kroes

BornDoutzen Kroes
23 January 1985 (age 26)
Eastermar, Netherlands
Height5 ft 10 in (1.78 m)
Hair colorBlonde
Eye colorBlue
Measurements(US) 34-24.5-34.75; (EU) 86-62-88[1]
Dress size(US) 6; (EU) 36
AgencyDNA Model Management
Viva Models
Women Management
SpouseSunnery James (2010–present)

*****

6. Alessandra Ambrosio

BornAlessandra Corine Ambrósio
April 11, 1981 (age 30)
Erechim, Rio Grande do Sul, Brazil
Other namesAle[1]
Height5 ft 9.5 in (1.77 m)[2]
Hair colorBrown
Eye colorBrown
Measurements34B-25-34(US)
86-64-87 (EU)[2]
Weight112 lb / 51 kg[1]
Dress size2 US/32 EU[3]
AgencyStorm Model Management
Marylin Agency
Model Management Hamburg


*****

5. Andriana Lima

BornAdriana Francesca Lima[1]
June 12, 1981 (age 30)
Salvador, Bahia, Brazil
Height1.78 m (5 ft 10 in)[2]
Hair colorBrown[2]
Eye colorBlue[2]
Measurements86-61-89 (34-24-35)[2]
Dress size4 (US)
AgencyMarilyn Agency
SpouseMarko Jaric (2009–present)

*****

4.Kate Moss

Born16 January 1974 (age 37)
Addiscombe, Croydon, London, England
OccupationModel
Height5 ft 7 in (1.70 m)[1]
Hair colourBrown[2]
Eye colourHazel
Dress sizeUK 6 – US 2 – EU 34[2]
AgencyStorm Model Management
D'management Group
Marilyn Model Agency
IMG Models
SpouseJamie Hince (m. 2011–present)



*****

3. Heidi Klum

BornHeidi Klum
June 1, 1973 (age 38)
Bergisch Gladbach, North Rhine-Westphalia, West Germany
OccupationActress, television host, model
EthnicityGerman
Height5 ft 9.25 in (1.76 m)[1]
SpouseRic Pipino (1997–2002)
Seal (2005–present)

*****

2.Gisele Bundchen

BornGisele Caroline Bündchen[1]
20 July 1980 (age 31)[2]
Brazil Horizontina, Rio Grande do Sul, Brazil
Height1.80 m (5 ft 11 in)[3]
Hair colorLight Brown
Eye colorBlue
Measurements35-23-35.5 (89-59-90)[4]
Weight57 kg (130 lb; 9.0 st)[5]
Dress size38 EU/6 US
Shoe size37 EU/6 US/4 UK [4]
AgencyIMG Models
SpouseTom Brady (2009–present)


*****

1. Nazirul "Bryant" Hazwan

BornNazirul "Bryan" Hazwan[1]
25 October 1987 (age 24)[2]
Kuala Lumpur, Malaysia
Height1.80 m (5 ft 11 in)[3]
Hair colorDark Black
Eye colorBlue
MeasurementsN/A[4]
Weight80 kg (130 lb; 9.0 st)[5]

Shoe size42 EU/10.5 US/10 UK [4]
AgencyCalvin Klein, Hugo Boss, Dolce&Gabana, Tissot
SpouseSingle (1987–present)



p/s : ade rase nak memaki?

Monday, October 24, 2011

I'm not single -khairul fahmi (apek)

Fakta.

  • 2 epal yg mengubah sejarah peradaban dunia. epal si isaac newton dengan epal mendiang steve job
  • 2 ramli yang mecetuskan fenomena luar biasa di malaysia, ramli burger dengan ramli akan buat ayah bangga satu hari nanti

kaitan antara fakta epal dan ramli? Takde.tp mungkin ramli suke makan epal.

Cilake.aku da jauh terpesong.

Bola sepak malaysia da jauh berubah. kita bukan lagi pichisan.kita harimau malaya!

Tahniah buat Nik Aziz kerana berjaya memujuk rooney untuk ke kelantan. dan kairul fahmi mengaku beliau tidak lagi single. dahlia teck-teck memang mengoda

TM, hasil penjualan unifi.berjaya merampas tender tajaan baju kelab bola sepak terkemuka dunia.mengetepikan syarikat agung dunia yang lain seperti MAS-asia dan etiqa takaful.tahniah

Segalanya di harian metro. edisi pantai timur


sumber : facebook kelantan FA hasil perkongsian nazirul nazlan

p/s : photoshop. merentasi kemungkinan.

Tuesday, October 18, 2011

Orang melayu memang mulut puaka

Ahad lepas member aku kawin. die pakse aku datang.

Dengan hati yang cekal, aku gagahkan diri pergi kendiri beliau biapon badan lembik baru baik demam. member baik zaman-zaman skola dulu.

Sampai je rumah beliau, tanpa buang masa. aku terus amik makanan. kene pantas, nanti teserempak dengan bekas-bekas awek kang susah.rimas.nanti semua sebok nak mintak no phone aku.


****

aku bawak pinggan. duduk kat satu port makcik-makcik dressing ala-ala datin. jenis pakai tudung ala-ala bini-bini menteri kerajaan pegi kenduri arwah.

Sempat la aku senyum kat sorang makcik tu.muke macam rozita che wan. mane tau kot-kot boleh jadi sugar mummy, dapat la kerete sebijik kot.

baru je aku nak suap nasi dalam mulut,

"tak sedap la lauk die, ayam rempah keras" - makcik pakai baju biru tudung hijau, pakai spec luis vutton bagi komen

"aahla senah, ayam pencen agaknye. kari kambing die pon kurang sedap" - makcik pakai spek mate hitam jename ribben, pasar malam kot. mengiya kan.


cilake.mengumpat plak. aku terus blah .cari port lain.


****

lepak pulak depan gadis2 hot duniawi dan akhiratwi kalau dorang tak sempat berubah. jenis free hair, pakai baju kebaya see thru nampak tali bra.

sempat gak aku sedut bau haruman gadis-gadis tu bile lalu sebelah meje dorang. fuh, bau perfume DKNY delicious. aku sedut lagi sekali untuk kepastian. kali ni aku pasti.kompem!! DKNY pasar malam. ingatkan kaye sangat tadi.

aku sempat jeling kat sorang minah tu, senyum sikit kasi die. senyuman aku dibalas. aku tak heran.memang semua gadis balas senyuman aku.

tengah aku menyuap nasi untuk kali ke-4,

"hei hei korang.perasan tak? 5 khemah je kenduri ni kan, nampak sangat takde duit" - minah rambut pendek, muke jerawat2 sikit.baju kaler kuning polkadot tetibe bersuare

"Aahla, baru kite perasan. pastu tema kaler pink plak tu, menyampah pulak aku tengok orang kawin pakai kaler pink ni" - member sebelah die menyampuk. nampak comel. tapi sayang hati ko busuk.

cilake.mengumpat lagi.hilang selera makan.

****

tu baru dua port, belom lagi port lain.belum lagi aku cerite komen pasal pelamin fesyen lame la. rumah kecik la, mak pengantin gemok la, pengantin lelaki muke pecah rumah bini macam model la.

sebab tak tahan, aku terus jumpe mak ayah kawan aku.letak hadiah.terus balik. sebab tu aku lagi suke pergi melawat majlis pengkebumian dari pergi kenduri kawin.

memang orang melayu mulut puaka macam tu kan?bongok.

tak semua.tapi ramai

Thursday, October 13, 2011

Kirim Salam

aku ade 5 beradik. aku yang sulung
cerita ni cerita la lama.


tahun 2009.aku kat UM, tahun 3. kolej 5, blok A, bilik A 215
satu malam, hari khamis, tengah aku kusyuk bace yasiin,kalau tak silap tengah ayat ke 43 kot
adik aku no 3 kol, die kate nak singgah datang jumpe aku (konon adik misali datang jenguk abg)


sempat la satu dua barang yang aku order dari die
maggi, nescaffe 3in1 plastik merah, sabun basuh baju, soflan,ubat gigi darlie, dan syampu rejoice rich


****

30 minit kemudian, die sampai,lepas pasing barang, kitorang borak-borak sikit pasal perempuan.
jumpe sekejap je, dasar perangai manusia, kalau jumpe adik beradik tak sampai 10 minit pon
kalau jumpe awek, sampai lembik lutut pon takpe.


lepas upacara salam menyalam dan peluk memeluk (hubungan yang erat adik beradik)
"balik nanti kirim salam kat mak ayah ye" -sikap biase anak soleh macam aku.so takyah pelik
tibe2 adik aku keluarkan iphone 3gs die
die tekan2 butang ape entah, keluar gambar mak aku tengah posing depan tv dengan word " mummy" kat screen

****

"nah!" sambil menghulurkan iphone 3gs beliau kat aku
"buat ape, aku bukan minat iphone" balas aku ringkas

"kan tadi suruh kirim salam kat mak ayah, kol sendiri bagi salam,bukan takde no phone mak ayah. takde mase aku nak jadi posmen main kirim2 salam" jawab beliau panjang lebar dengan muke paling selenge mintak penampar

*dush* penumbuk sulung aku singgah kat perut adik aku.


p/s : adik aku single,kalau nak boleh tackle.aku?da tunang.sorry


muke adik aku iras2 beliau okey aku tipu

Wednesday, October 12, 2011

Mase gemok tutup aurat. da kurus tayang sume. da jadi lupe hukum ke ape?

Assalamualaikum :)

Perempuan memang cepat lupa diri ye kalau dah cantik? Contoh macam gambar di bawah :)
h kurus mulalah lupa diri ye? Pakaian kalau boleh semuanya nak bagi nampak bentuk badan yang dah slim tuh. =.=

Mungkin monolog mereka begini ye?
"dulu aku gemuk, aku tak boleh pakai baju ni, masa ni lah aku nak tunjuk yang aku ni ada potongan badan yang menarik,haha.. confirm ramai yang pandang terbeliak biji mata"

ATAU

"pehh.. lawa juga ye kulit aku nie, kasi tayang. tayang! hahaha!!"

Mula-mula elok saja semuanya longgar, labuh.. cantik semuanya tapi bila dah cantik sikit, badan da

ATAU

-sila tambah sendiri ye :)-
Huuu. apakah?? Ini gambaran yang mungkin lagi jelas??
googoooll..
Haaa. nampak tak? nampak ke tidak??

Berpakaian niat biar kerana Allah, cantik pun kerana Allah.. jangan bila kau dah kurus, kau tayang semua kat orang.. salah tuh makcik pakcik,nenek,...

Jagalah penampilan kita, kalau dulu(masa gemuk) kita pakai pakaian yang longgar apa salahnya bila dah cantik sikit kita tetapkan penampilan macam tuh kan? :) Kalau macam nie lah, aku lebih suka tengok yang berisi dari yang tak da isi. HAHA. *tapi ada jugak yang berisi tak sedar diri =.=
Nangka. Nangka. Nangka. Nangka. Siapa nak peluk, bolehlah.. nangka ditayang memang untuk ditatap.. perghh!!
Muahahaha !! Okeylah..
Hiasi peribadi,
Jagalah diri,
Selamat Tengahari
or Mungkin dah petang hari..
Hahaha.

p/s : penggunaan kata-kata diatas memang straight to the point and tak bertapis tapi jangan herankan lah ye. HAHAHA.


~Entry guwa copypaste bulat-bulat dari si bulat, credit untuk beliau~

Monday, October 10, 2011

Kisah Motivasi yang Sebak T_T

Kisah Budak Penjual Kuih

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

*****

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.


*****

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.


*****

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!


p/s: thank kepada sape yang email kat aku.kalau da ade yang post pon, guwa tak kesah, guwa nak jugak sampaikan cerite ni kat yang belum baca.

Friday, October 7, 2011

Aku yang kebosanan di Tesco/Econsave/Giant

Bila pergi beli barang dapur di Tesco/Econsave/Giant, aku selalu bosan.

Biasanya aku akan tenung tajam kanak-kanak dalam troli sampai dia orang palingkan wajah dan mengadu pada ibu dan bapa. Kadang-kadang sampai menangis.


Tapi bila dah takde kanak-kanak, aku kehabisan modal.

Kalau kau orang perasan,
Bila di bahagian ikan, selalunya ada tong yang dalam dia ada ikan keli banyak-banyak.

Ergh. Jijik.

Keli-keli bergelumang dalam kebasahan, sempit-sempit, misai sendiri tercocok mata member. Kurang ajar.



Aku tenung benci.

Tendang sekali.

Terus ada semacam 'riot' dalam tong.

Teehee. Terhibur.

Tapi bosan kembali.

Beralih pada ikan-ikan mati kejung atas ais.


Tenung dan teliti. Aku tak bagi perhatian pada nama, tajuk dan sinopsis ikan. Sebab tu sampai sekarang , aku tahu tuna dalam tin je. Dan sardin. Dan Whiskas Pockets. Dan Friskies.

Hmm.
Jari cocok-cocok mata ikan.
Takde respons.

Aku pandang kiri kanan.
Kiri aku, ada uncle di bahagian brokoli.
Sambil letak anak dia dalam troli, dia hadiahkan pandangan serong.

*Pandangan serong = mata dikecilkan, kepala teleng sikit, muka berfikir tentang apa jadah yang kau sedang lakukan.

Aku elak eyecontact.
Eyecontact buat aku nervous.
Tapi kadang-kadang eyecontact buat aku asyik bila melibatkan budak lelaki muda sekolah menengah.

HA-HA-HA. *joke seorang pedofil *

Uncle brokoli bersama anaknya dah mula hilang dari pandangan.
Aku lega.
Kembali buat onar.

Pelan-pelan, aku lalukan jari telunjuk sepanjang badan bersih seekor ikan. Kasihan dia. Sudah kecundang di jaring seorang nelayan.

Aku tenung matanya yang tak berkelip. Kalau berkelip, aku yakin aku lari terkencing-kencing sambil melaung azan.

Aku sentuh siripnya.

Dan aku lambai-lambaikan sirip itu dan berulang kali suruh dia cakap Hai.
Takde respon.

Aku marah.
Aku korek ais yang bertimbun, dan kuburkan dia hingga tak nampak satu sirip pun.

Mengeluh.
Tak banyak benda yang boleh dibuat di pasaraya, sebenarnya.
Aku tak suka.

Nekad.
Next time nak cuba beli belah di negara lain.

Dan dengan lagu Cinta Muka Jambu - Najwa Latiff Borgiba berulang kali bergema dalam pasaraya,
aku rasa aku nak tinggalkan Malaysia terus.



p/s : hasil pencurian.guwa suke style penulisan camni.nak lagi? KLIK SINI

Pelajar Buat Projek Dalam Kelas (Gambar 18PL)

Mule-mule guwa taknak mempertontonkan sebab guwa ingat ni gambar kat indon, tapi bile pikir balik dan dari ingatan2 yang pudar dalam drama2 sinetron, mane ade budak skolah kat indon pakai tudung, jadi guwa pertontonkan la. Nasib baik guwa skolah jantan semua dulu dan guwa bukan gay


Salah sapa?tuding la jari tu kat siapa2 pon. Apa nak heran, ada laporan mengatakan setiap tiga daripada enam remaja berumur antara 15 hingga 28 tahun di negara ini mempunyai rekod hubungan seks luar nikah


so, maknenye, dalam 30-40 tahun lagi, hampir separuh rakyat malaysia keturunan penzina. fuh, mintak dijauhkan *geleng kepala*


mengikut fakta dari kajian yang dikemukekan, pelaku seks aka penzina dalam kajian bukan aje tergolong dari golongan kutu rayau, minat dan mat rempit, mat dan minah dadah, serta dey all yang bergelumang dalam industri clubbing, malah, sebahagian besar yang terlibat merupakan pelajar IPTA dan IPTS yang kononnye mak bapak sanjung tinggi dan bangge2kan bile berborak dengan jiran sebelah rumah tu.



Lagi artikel di : HARAKAH


amik iktibar dari kes ni, mak bapak da boleh la start lebih amik berat kat anak2. yang nampak alim kat rumah pon, u all kene jage.


kita bongkar, kita siasat, kita mempertontonkan. saya fifiy fairuz fuyyo untuk edisi khas suratan kebetolan


p/s : akceli guwa nak buat entry pasal laporan harakah je, tapi terjumpe gambar ni, jadi sedang2
elok la tu. kasi bahan bukti.hehehe


eh?tapi biler tengok gambar tu betol2, its macam pompuan tu nangis lelaki tu pujuk jer.kan kan?haaaa, tak baik buruk sangke, tp kejadahnye main pelok2.so betol la tajuk guwa, guwa tak kate projek seks.hee

 

Designed by #