Sunday, August 28, 2011

FAKTA : kad raye dan aku. korang ade?

fakta mengenai kad raya dan aku


1. tahun aku di matrik (2005) merupakan tahun gemilang kad raya aku. dekat beratus kad raya aku dapat. 4/5 daripadanya dari gadis2 <--poyo tp benar kut


2. aku hanya bagi kad raye kat orang yang bagi aku, yang tak bagi? bye2.


3. kad raye paling mahal aku pernah beli RM19.90 kut. besar gabak. siap ade lagu. kasi kat sape ntah.awek no 2 ke 3 ntah.lupe da.


4. aku tak pernah gantung kad raye. buat semak rumah, bukan orang nak bace pon. kalau stakat nak tayang byk kad raye.bek beli dalam 100 kad raye, pastu gantung la. tulih sendiri. buat konon2 cam korang dapat kad raye tu.


5. aku tak pernah terima kat raye dari mak ayah aku.dan aku jugak tak pernah bagi kat dorang. korang pon same kan??kecuali la blaja obersea tak balik raye


6. Aku tak pernah dapat kad raye yang ade lagu2 =(


7. Kad raye paling best aku pernah dapat, kad raye buatan sendiri fuh, memang abes superb la.
tu secret admire kasi. sampai skang tak sure sape si dia tu. kad tu?ade aku simpan bawah katil


8. Ziana Zain adelah artis paling beruntung sebab satu2nya artis yang dapat kad raye dari aku. tapi, dem!haram die tak balas, pastu aku mula sedar, sengal sape anta kat raye kat artis ni, hentikan lah. haha


9. Tahun ni (2011) baru dua kad raye aku dapat. dua2 dari member cina aku. yang melayu mane ilang ntah.hehe


10. Aku suke dapat kad raye. tak suke orang tag kad raye kt fb.noktah



Thursday, August 25, 2011

ape yang gadis perlu tau pasal lelaki

INILAH LELAKI!

Jika kamu melayaninya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta padanya. Jika tidak, kamu akan katanya sombong.

Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang mencuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia akan kata kamu out-of-date!

Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu tetap diam, dia akan kata kamu tak punya otak.

Jika kamu lebih bijak daripada dia, dia akan kehilangan muka. Jika dia yang lebih bijak, dia akan kata dia paling hebat.

Jika kamu tidak cinta kepadanya, dia akan mencuba mendapatkan kamu. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

Jika kamu beritahu dia masalah kamu, katanya kamu menyusahkan. Jika tidak, dia akan kata kamu tidak mempercayai mereka.

Jika kamu cerewet pada dia, katanya kamu seperti seorang pengasuh baginya. Tapi jika dia yang cerewet pada kamu, katanya itu kerana dia prihatin.

Jika kamu melanggar janji kamu, katanya kamu tidak boleh dipercaya. Jika dia yang ingkari janjinya, dia kata dia melakukannya kerana terpaksa.

Jika kamu merokok, katanya kamu adalah gadis liar! Tapi kalau dia yang merokok, katanya dia adalah seorang gentleman.

Jika kamu menyakitinya, katanya kamu perempuan kejam. Tapi jika dia yang menyakiti kamu, katanya itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sulit untuk dibahagiakan.

Wednesday, August 24, 2011

fuhh! aku jumpa lailatulqadar!

Satu hari, guwa terdengar perbualan dua orang rakan, pejal dan kerul. ceritanya pasal lailatul qadar. guwa ape lagi, pasang telinge la.

" brader, macam mane nak tau malam tu malam lailatur qadar yer?" - pejal rakanku bertanye

" ko tak blajar ke?bukan ke malam tu pokok sujud " - balas kerul sambil mulut mengunyah cuwimgum

" pergh, yeke bro. hebat la yer pokok sujud, tak hentam rumah pulak yer pokok tu?"

"pandai2 la die adjust brader. die sujud la belah lain,mengadap kiblat " -


*****

" pastu der, aku dengar, air pon jadi keras ye malam tu, betol ker?" soal pejal lagi

time ni la guwa menyampuk..

" haaaa, yang tu betul, banyak kali gak la aku nampak air jadi keras tu"

dengan muke kagum dan terkejut " biar betol naz! giler hebat ko jumpe lailatulqadar "

" betol la, buat ape aku nak bohong. tiap2 hari aku bukak peti ais pon aku nampak air keras " jawab guwa dengan selamba~


*****

motif : betolkan la ape yang tak betol, tak ada hadis pon pasal pokok sujud dan air jadi keras ni, aku da belajar ngan 15 ustaz, takde sorang pon yang kate bende tu betol dan sahih. so jangan la nak bawak2 lagi cerita camni:)

Tuesday, August 23, 2011

Wajib baca : berubah kerana terpaksa

Aku pernah la melalui phase 'tak ikhlas' ni. Aku kalau jahat, memang jahat betul dulu. Banyak kali gak konflik timbul pasal parents nak aku jadi budak baik tapi aku nak jadi budak jahat. Parents aku paksa buat benda2 but x pernah terangkan elok2 pasal ikhlas x ikhlas ni.


Tapi satu hari entah camner tergerak aku nak bawak bertenang dari kehidupan yang sungguh duniawi tu, so aku pun merangkak2 start sembahyang balik, belajar baca quran, belajar benda2 yang aku rasa x penting satu masa dulu (dulu aku mmg jahil nak mampus).


Mula2 buat memang rasa tenang, tapi lepas tu start rasa malas balik and rasa terpaksa.


Aku dah nak tinggalkan benda baik tu dan kembali kepada hidup penuh duniawi balik, lepas tu aku 'terdengar' cam orang bagitahu aku dalam hati 'segala apa yg kita lakukan kepada Allah itu tidak akan pernah sia2'. So aku pun terfikir lama jugak pasal benda tu , sebab aku jadi jahat adalah everytime aku buat baik kat orang, orang mesti takkan hargai. Aku terfikir, kalau aku buat baik kat Allah, apa reward aku dapat?


Kerana curiosity itu lepas tu aku PAKSA diri aku untuk teruskan dengan rutin2 islamik ni, sebab aku ni jenis orang, kalau aku jahat, memang jahat betul. Kalau aku nak jadi baik, baik aku jadi baik betul; jenis orang yg go all out. Lepas tu aku paksa diri aku tutup aurat dengan lengkap walaupun aku tahu ia akan membuatkan aku nampak cam makcik.


Banyak btol orang2 cakap 'eh u lagi hot kalau x pakai tudung, dah pakai tudung camni nampak cam makcik pulak' or 'sayang la u pakai baju longgar2 besar2 cam ni... i thought u said u're proud of ur curves and assets? u pakai baju besar2 cam ni buat u nampak gemok' or 'apesal u x pakai tudung lilit2 selendang selak2 tepi sumer tu? lagi style kan, cam orang muda'.


Tapi secara otometik aku defend undang2 Allah and terangkan kat diorang. Secara perlahan2 aku jatuh cinta dengan Islam. Dan bila aku jatuh cinta aku memang go all out. Lepas beberapa lama aku teruskan lifestyle Islamik tu, baru aku sedar hanya kerana aku paksa diri aku untuk extend lifestyle islamik tu untuk beberapa minggu je, Allah berjaya bagi hidayah kat hati aku yang memang gelap dan degil ni slow2. And here i am today,


thanks to station monkey for sharing this:)

sebarkan:)

p/s : err, naz, sejak bile ko jadi bebudak baik ni naz??

aku memang budak baik.lalala~

Sengal: Kenape suke buat statement bodoh?

"Kalau tak ikhlas nak berubah, tak gune gak der"


betol ker statement tu?sape yang ajar tak gune kalau tak ikhlas?


aku nak tanya, kalau kite solat, tp tak ikhlas, ade gune tak?
kalau kite pakai tudung, sebab terpaksa semata-mata, ade gune tak?
kalau kite puasa, tp sebab da memang islam semata2, ade gune tak?


jawapan aku, ADE


sekurang2nya, korang yang pakai tudung dan solat kononnye sebab terpaksa buat semua tu da tunaikan kewajipan walaupon terpaksa.berapa banyak pahala yang korang dapat sebab buat tak ikhlas tu belakang kire. yang penting tanggungjawab sudah ditunaikan. betol ke tak aku cakap ni?

********


contoh situasi bagi korang pikir :

i.senah tak pakai tudung dengan ikhlas,sexy pulak tu,
ii.minah pulak menutup aurat, lengkap, tp sebab ayah die pakse la.

so camne?agak2nye hukuman Allah kat minah same ke dengan senah?


so, pada yang suke cakap tak pakai otak tu boleh tolong jawab?:P

len kali pakai otak k. peace^^


Thursday, August 18, 2011

Baca lah dengan senyuman

Senyuman



Ketika kita sedang sesal, marah, tersinggung, tertekan dan perasaan-perasaan lain yang buruk, lantas ketika itu ada seseorang yang menghadiahkan senyuman kepada kita. Bukan senyum sinis juga bukan yang dipaksa-paksa, namun senyuman tulus yang datang dari hati. Tentu akan berbeza dengan senyum-senyum yang lain. pasti kita dapat merasakannya. Kerana, sesuatu yang datang dari hati akan sampai ke hati juga.




rasa kesal, marah, saat itu juga akan cair kerana senyuman itu, bukan? Itulah senyum. Ia punya banyak erti. Menguatkan, memotivasi, menerima, kegembiraan, kehangatan dan sokongan.



Selayaknya jika Rasulullah SAW bersabda, ''Senyummu kepada saudaramu adalah sedekah, pemberian tak ternilai daripada seseorang kepada saudaranya.''



Juga Allah SWT mengisyaratkan dalam QS Abasa, bahawa calon penghuni syurga itu mukanya berseri-seri penuh senyuman, berbanding dengan calon penghuni neraka.



Hiasilah wajahmu dengan senyuman. Untuk ketentraman hatimu dan saudaramu!


kredit : kepada seorang sahabat~

Friday, August 12, 2011

Kenape puase kalau tudung tak pakai?

" abg, azan nak tanye sikit la, tu pon kalau abg pandai la " - ayat provokasi dari mulut adik guwa, nazhan

" mende? " jawab guwa ringkas

"kenape yer, orang tak puase polis tangkap, tapi orang yang tak pakai tudung tak kene tangkap?" - soal beliau

"da polis nak tangkap orang yang tak puase je nak buat macam mane" - balas guwa malas2

"azan pelik la, puase ade dalam quran, pakai tudung pon ade jugak, tp yang tak puase kene tangkap, pakai tudung tak kene tangkap, bodoh jugak polis ni" - sambung beliau lagi yang membahasakan diri sebagai azan

" ntah "

*******

"pastukan, kenape orang yang tak pakai tudung tu puase? "

" laaa, da sebab di nak puase la, kan ke wajib tu " - jawab guwa endah tak endah

"pakai tudung tu hape pulak?sunat muakkad ke?" - lagi soalan dari beliau

"abg cube tanye kat blog abg, kat blog abg kan ade banyak akak2 seksi tak pakai tudung bace, tanye tau, azan nak tau macam mane dorang jawab"

"yelaa, esok abg taip, da la, pegi tutup lampu, tido.esok skola"


******



Saturday, August 6, 2011

sedih : dari sahabat untuk sahabat

Hari jumaat yang lepas, sedang aku leka dan kusyuk menghadap konsol permainan PS3 aku, tetiba, kekusyukan bermain terencat seketika bila henset iphone 4 aku berbunyi menandakan kemasukkan satu sms baru.


"huh,da abis opis hour pon ade sms lagi?" - suara2 kecil ketidak puasan hati bermain2 kerana mengandaikan sms tu atas urusan kerja, mmg sejak kebelakangan ni, lebih byk sms urusan kerja yang aku terima berbanding urusan personal dan cinta~


dengan dedikasi aku menekan butang "pause", mataku ku alihkan ke screen henfon ku ;

" 1 new message from samad "


"samad?betaun baru nak sms, ni lain tidak nak ajak g clubbing la ni" - hati kecilku mula membuat tuduhan liar
"naz, mlm ni spital selayang jom, saiful(bukan name sebenar) warded. kanser hati dow" - samad

"hah, kanser hati??!!" - fuh, penyakit paling membunuh la, nak begurau pun tak payah nak sampai main kanser hati.

"agak2 la der, nak bergurau tak payah lebey2 der" - sms balas ku hantar kepada samad.

"kalau aku tipu, ko bunuh aku" - sms balas samad


******


dalam perjalanan, aku dan samad sekadar mendiamkan diri. sisi releven otak kami berdua masih lagi gagal untuk menerima berita yang ku terima seketika tadi.satu persatu kenangan kami bertiga bermain di minda.


aku, samad dan saiful merupakan kawan yang akrab, sangat akrab. kadang kala aku rasa, hubungan aku dan mereka berdua lebih akrab dari hubungan aku dan 5 orang adik aku.kami bertiga memulakan sesi persekolahan di sekolah rendah yang sama. ditakdirkan berada dikelas yang sama dari darjah satu hingga ke tingkatan 3, bermain bola mewakili sekolah bersama, olahraga, badminton, juga bersama.boleh kate semua bende bersama la, kecuali tidur je lain2, sebab rumah lain2. err, kami juga meminati gadis yang sama di sekolah dulu~ ilya syazwani


saiful,orangnya aku boleh katekan memang sebijik perangai macam din beramboi, melawak memang tak pernah nak berenti, otak memang giler.dunia dia ibarat dipenuhi kegembiraan, nak tengok die sedih?memang susah yang amat.hati memang kental habis, aku yang sekarang ibarat bayangan dia, betol la orang kate, remaja mmg mudah dipengaruhi rakan sebaya.


*****

sampai di hospital, saiful sedang makan. bila nampak jer aku dan samad di muka pintu, senyuman di bibir beliau terus terukir.

"walaweh, kembar aku da sampai. hahahaha" perkataan pertama yang keluar dari mulut beliau

"gini la member, makan tak ajak"- balas ku

"hahaha, jemput2" - pelawa beliau, " betahun da tak makan sesama ngan korang"

"giler, bukan ker baru bulan lepas kite makan kat kenny rogers, ko memang sengal la pul" - balas samad.

" hahaha, rilex la mad, pernah ke aku cakap bende yang betol.hahahahaha"


******


selesai makan,kami menghabiskan masa berborak. segala jenis cerita, berita, gosip, kenangan kami borakkan. dari situ jugaklahyang kami dapat tahu yang saiful kini berada di tahap kritikal kanser beliau. sudah 3-4 bulan lepas lagi beliau sudah tahun akan penyakit beliau, namun sengaja beliau sembunyikan dari pengetahuna kami berdua.


"ko ni pul, betul ke ko sakit ni,nampak cam orang sihat, ketawa memanjang" - soal samad

"abes?ko nak tengok aku sedih je la?" - soal saiful kembali

"takdela, aku kagum giler la ngan ko, serius dow, ko memang lagend la pul, kalau aku la, sure aku da terkulai kat katil, berair air mata da"- ujar samad lantas di sambut dengan anggukan kepala dari aku

"hahaha, der, korang da berkawan dengan aku dari sekolah rendah, 18 tahun da kite kenal, pernah korang tgk aku sedih?pernah korang tengok aku tak dapat ape yang aku nak?"



betol, memang die selalu dapat ape yang die inginkan sejak dari dulu. hidup dalam keluarga yang kaya memudahkan beliau memperolehi segala apa yang beliau ingini. hidup beliau mmg dari dulu, di penuhi dengan gelak tawa. sedih? memang takde la.


"ilya dulu pon aku yang dapat walaupon aku paling tak emsem. hahahaha" sambung saiful lagi


*******


"der,meh aku nak cakap,sejak dari aku kecil der, Allah tak pernah kecewakan aku. segala macam bende Allah beri pada aku. Allah beri aku keluarga,bagi aku kembar 2 orang ni, macam2 lagi. 24 tahun der Allah tak pernah hampakan aku, takkan la dengan ujian yang macam ni aku nak sedih2, nangis2 macam la selamani aku tak pernah hidup bahagia kan?ujian yang macam ni belum dapat memadamkan nikmat yang Allah bagi kat aku walaupon sikit tau. so knp aku nak kene sedih?"


mata aku da mula digenangi air mata. "member aku yang seorang ni memang kental" ujar aku di dalam hati saat mataku memandang mata beliau yang agak kekuningan akibat kenser


" korang pernag tengok kal ho naa ho kan?" soal saiful lagi

" pernah la derr" - jawab samad

" kan shahrukkan kate, ketawala, gembira la, kerana mungkin, esok tiada lagi.hahaha" - ujar saiful


airmata aku memang tak dapat di tahan lagi, pelahan air mata mengalir di pipi aku.

" ko ni memang ati lembut la naz " -

" korang, if nanti aku da tak ada, korang kene janji dengan aku, jangan tinggal solat.aku tau korang kaki tinggal solat subuh kan?kan?hahah janji tau"


aku dan samad sekadar mengangguk. "ko memang sahabat la pul, ko memang betul2 sahabat"

malam itu terus berlalu. aku dan samad sama2 menemani saiful tidur di hospital malam itu, banyak yang kami bualkan. macam tak jumpe bertahun2 lamanya.


*******

di saat aku menaip entry ni, saiful masih lagi di hospital, tiada apa yang mampu aku lakukan lagi melainkan memanjatkan doa kepada Allah agar memberikan yang terbaik kepada rakan karibku itu. amin~


p/s : aku terpaksa menggunakan kata ganti nama aku dan bukannya guwa seperti mana biasa untuk kesesuaian entry

Monday, August 1, 2011

200 gig video lucah? bagus sangat la tu?

Mejah sedang melilau di kaki lima library kolej beliau, sedang beliau melilau, tenampak beliau akan rakannya ujang yang sedang kusyuk melayan empon galaxy s di ruang terpincil belakang library.

"siot, ni mesti tengok blue ni , tak ajak kawan, dem yu" - hati gersang mejah memulakan kata. diri beliau yang baru je seminggu break dengan makwe beliau menambang kegersangan yang sememangnya sebati dengan beliau

dari belakang perlahan beliau menghampiri ujang yang tak dari tadi kusyuk abes melayan empon

"sial lu! tengok blue"

" wadefak, terperanjat mak mejah oii!" reaksi sepontan ala maknyah ujang bila saje beliau menyedari dirinya udah terkantoi

" agak2 la der, blue ape ko layan ni?syiok tak?" mejah mula mencucuk

"pernah ke blue tak syiok?"- balas ujang endah tak endah, mata beliau tetap fokus pada skrin 4.0" empon beliau

"meh la sket nak tengok ni" rayu mejah sambil menarik2 empon ujang.


*********

" pakoff la! jangan kacau la der, pegi la tempat lain, mane layan tengok sesama" - ujang mula berang bila terasa privacynya mula terancam


" cis, kerek gampang lu, tak heran la der, guwa ade 200g lagi la koleksi blue guwa kat dekstop guwa tu, stakat blue picisan lu tu, tak gentar la" - ujar mejah lantas terus meninggalkan ujang


" 200gig jer ke?guwa yang ade 1 tera blue ni lu taknak cite?"

tamat

*********


guwa bukan team budak2 surau. kirenye, takde la guwa nak kate guwa ni baik. tapi, kepala lutut guwa agak kusut dengan perangai bebudak skang ni. yang pakai legging, kaki mabuk, kaki betina, kaki bangku, kaki k-kpop, kaki bieber, kaki gaga tu sume guwa da tak berape nak heran, guwa benci macam mane pon, guwa layan kan dalam hati sudahla. cukup kot sekadar membenci dalam hati, cakap lebih2 kang orang duk mengata plak


satu lagi jenis manusia yang nak kata baru tak jugak la, da lame kut jenis2 manusia gini bertapak kat industri ke"jahil'an dan ke"maksiat"an, cume guwa je baru nak kasi promosi bebudak ni, bebudak2 ni jenis bebudak yang macam ni, jenis bebudak yang "BERBANGGA DENGAN DOSA" dan berlumba2 nak tunjuk SAPA LAGI GAH dengan dosa memasing


ape makin maju makin bangang ker manusia ni?tu baru satu je, yang siap lawan sapa lagi banyak beromen blom cite lagi, lawan sapa hilang dara dulu, bla bla bla kemonla, haih. nak salahkan sape? kalau da tau diri tu ber dosa, diam2 sudah, toksah kot nak betanding2 dan gah2 dengan dosa. dapat hadiah ker main bangga2 dengan dosa ni?




 

Designed by #