Monday, May 30, 2011
open minded/kotor : perempuan kencing
KAU, AKU DAN MEREKA MEMANG "BEBAL"
bukan kite tak tau dosa pahalabukan kite tak tau syurga nerakatp yang di pilih, tetap dosa dan neraka.
bukan kite tak tau Allah tu adenye dimana-mana
Sunday, May 22, 2011
Bongok : Hentikanlah perangai macam setan.!!
nak dijadikan cerita, semalam, waktu guwa sedang beriktikaf di masjid, guwa terpandang telatah anak2 kocik yang sedang menganggu rakan beliau yang sedang solat, guwa ape lagi, guwa halau la dengan garangnye
muke guwa yang memang tak dapat dinafikan bengis ibarat vin diesal dalam fast furious 5 mampu menghalau budak pengacau dengan sekali jeling sahaja.
gambar : imej terbaru guwa. botak dan garang
namun, lantas guwa terkenang zaman ke”setan”nan guwa sewaktu guwa sama2 dizaman hantu bersama bob lokman dulu, naseb bek kitorang da sama insaf dan berjuangcdidalam parti PAS. erk! *off record*
guwa pon pernah kaco dan berkomplot mengaco orang solat gak, hehe jom kite imbas kembali dua situasi gangguan guwa :
**************************
lokasi : kolej kediaman kelima, UM
waktu : zuhur kot
mangsa : rakan sebilik dan se"course" : john dan sup
sinopsis :
john merupakan pemilik kete kancil merah diconvert kpd "dihatsu mira" ngan sup si penunggang honda ex5 solat sesama, tp bukan berjemaah, sebelah2. *bongok betol,xmo solat jemaah*
nak jadikan cite, john solat dulu, sup follow satu rakaat di belakang, tetiba ade komentator berbunyik kek blakang :
guwa : owh, sup mengejar dari belakang.dengan kelajuan luar biasa *sup mmg dikenali dengan gelaran si penyolat kilat*
odeng*rakan sesetan* : argh!nampaknya mira merah telah dipotong oleh ex5 di selekoh!!
ape lagi, menyembur la due member guwa yang tongah solat, dengan guwa2 tersembur, men kaco dengan nama da biasa, tp siap keluar jenis kete ngan moto mmg luar biasa, dem!!
******************************
situasi 2
lokasi : kolej kediaman kelima, UM
waktu : zuhur jugak rasenye
mangsa : rakan sebilik encik sup
sinopsis
nak jadikan cite, guwa mmg bengang ngan cara sup solat yang agak laju dan pantas, tp setiap kali guwa cakap, die kate biasela, dem yu! jadi, hari tu den nekad, camane pon, den kene buktikan yang die solat memang laju.
sedang sup tongah konon2nya kusyuk solat,
guwa dengan perlahan bergerak ke PC beliau,
guwa cari software bacaan ayat2 Quran, guwa open itu software, setting sub woofer kasi baik punye volume
timing baik, bile die naik je dari sujud,time die nak bace je fatihah
*KLIK* guwa bukak bacaan Al-fatihah dari software tu
fergh, kebetolan yang bace tu pulak yang jenis baca mmg slow gile * bukan saad saiyed al ghamidi*
*****************************
situasi 3
lokasi : matrix melaka
waktu : isyak, pas balik cuti raya
mangsa : guwa yang dikaco
sinopsis :
tengah sedang kusuyuk guwa mmperhambakan diri solat, tetiba, POM! POM! * bunyi mercun *
guwa dalam hati da tak kusyuk da
"dem, men mercun plak time guwa tengah solat ni"
tetiba, pintu bilik dibuka, ade sorang mamat cine ni nak jumpe salah sorang pemain mercun
POM POM!! bunyi lagi mercun dibakar,
Saat itu, sayup kedengaran..
"syyhhh!!senyap la, kawan u tengah solat la, tak baik bising2" &~~SPECIAL_REMOVE!#~~lt;-- kata2 si cina yang membuatkan member guwa terkedu.
hahahah, memang makan dalam punye la,guwa ape lagi, terus solat laju punye*tak saba nak mnganjing* abes jer solat, terus guwa menganjing member2 guwa!
Kesimpulan :
Kepada yang ade hobi camgini, guwa tau, ramai yang suke mengaco ni, hentikanla, ayuh la kite sesama kembali kejalan yang benar, orang cine pon tau tak elok ngaco orang yang tengah solat, kite pulak boleh buat bebal. Haih
p/s : cerita adalah cerita benar yang diolah kembali untuk menambah perisa dan kemudahan pemahamanJ
Saturday, May 21, 2011
TIZ ZAQYAH VS BLOGGER : KOMPEM LA TIZ KALAH ¦ TIZ ZAQYAH KENE HENTAM DI TWITTER
manisnya…..sejuk suami mu
Assalamuailkum semua…
al-kisah blogger dan artis….apa kesudahannya….
pagi tadi aku ada terbaca entry dari solihin zubir mengenai tiz zaqyah kena sound oleh beliau dalam twitter…dalam entry tu bro solihin tegur mengenai tiz tak pakai tudung kat luar…sedangkan dalam watak nur kasih tiz zaqyah seorang wanita yg lemah lembut, sopan santun dan bertudung…sungguh molek dipandang sehinggakan watak itu menjadi kegilaan ramai jejaka di luar sana yang mengimpikan seorang isteri seperti watak nur kasih…
so al-kisahnya adalah kuasa seorang blogger….blogger ni adalah wartawan internet…apa yg ditulis dalam blog beliau akan memberi kesan yg cukup hebat…kalau bagus isu yg ditulis oleh seseorang blogger mengenai seseorang artis insyaallah ianya sedikit sebanyak akan memberi tanggapan yg baik terhadap artis tersebut..jika buruk isu yg ditulis maka gelaplah jalan hidup artis tersebut…
tengok lah isu mengenai fasha sandha berbikini di bali dulu…heboh satu malaya…gambar-gambar dia dah penuh dalam blog…macam-macam komen yg diterima…dan tengok lah kesan nya pada fasha….tak habis-habis kena kutuk tapi last dapat anugerah….tapi anugerah tu berdasarkan pencapaian dia dalam lakonan bukan disebabkan dia berbikini….
kesan dari penulis blog juga lah nama fasha sandha meletup hingga mendapat keyword paling banyak dicari dalam google di awal tahun 2011…see…..begitu hebat kuasa seorang blogger kan..
ala manja nya…..so suwit….
ok berbalik kepada isu tiz zaqyah yg kena sound tu aku amat-amatlah setuju dengan brader solihin zubir dengan teguran dia yg berhemah itu….walaupun tiz melenting dek teguran tu namun brader solihin tetap cool jer memberi ingatan..aku rasa kalau org lain mau dah kena si tiz ni…
aku rasa tiz tak tau si solihin ni seorang blogger..kalau dia tau aku rasa di tak layan dah kot..hahah…silap besar la tiz dia cari gaduh dengan blogger kan..kompen heboh satu blogsphere…tu baru solihin kalau kena dengan abg nara tak tahu la aku apa nasib tiz….
tegur pun dah tegur sekarang terpulang lah kat dia….kita hanya boleh tegur jer….x gitu semua???
Berdebat dengan Tiz Zaqyah di Twitter
P/S : Jangan carik pasal dengan blogger, tu je wa kasi tau:)
p/s : toksah nak melenting2 kalau da terang ape yang ditegur tu betol, dan sape2 yang nak support tiz zaqyah sbb kesalahan beliau, meh la bertarung.
P/S :entry taip sendiri pukul 8 malam ni, kisah pasal setan!
Tuesday, May 17, 2011
MERAYU : TOLONG LA KAWAN2 KU =(
pakcik wacana da tolong promot:) macih pakcik wacana dari nia.hihi
Saturday, May 14, 2011
SAKIT HATI : HENTIKANLAH PREJUDIS BODO PADA LELAKI~
Thursday, May 12, 2011
MESTI BACA : kalaulah RASULULLAH tiba-tiba muncul dihadapan rumah kita.
NI hanyalah satu muhasabah bukan realiti dan harap ia tidak menjadi kontroversi. Bayangkan apabila Rasulullah dengan izin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita.
Ketika itu Baginda datang dengan tersenyum dan muka yang berseri-seri di hadapan pintu rumah we all. Apa yang akan we all buat la agak2nye? Mesti kita menjadi sangat terkejut, memeluknya erat-erat lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu. Kemudian kita tentunya akan meminta agar Rasulullah sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Tapi barangkali kita meminta Rasulullah menunggu sebentar di depan pintu kerana teringat VCD 18+ atau lukisan wanita separuh bogel yang melekat di ruang tamu kita sehingga kita terpaksa memindahkan semuanya ke belakang dengan tergesa-gesa kemudian menggantikan khat nama Allah dan Muhammad yang tersimpan dalam almari dan kita meletakkannya di ruang tamu.
Apa agaknya Rasulullah katakan jika baginda tahu semua itu? Bagaimana pula jika Rasulullah bersedia menginap di rumah kita? Barangkali kita menjadi malu kerana tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah s.a.w, keluarga dan sahabatnya. Kita terpaksa menukar ruang tamu menjadi ruangan solat, malah segera mencari pakaian solat, kopiah, serban dan al-Quran. Manakala bagi anak isteri, kita terus belikan pakaian menutup aurat demi menutup malu selama ini kita berpakaian tidak menutup aurat .
Apa agaknya rasa Nabi dengan perlakuan dan lakonan kita itu? Belum lagi koleksi buku-buku, kaset dan karaoke kita. Ke mana kita harus menyingkirkan semua koleksi itu demi menghormati junjungan kita? Sudah tentu kita menjadi malu kerana kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berkumandang. Kita juga pasti malu kerana pada waktu Maghrib keluarga kita masih sibuk di depan televisyen. Kita hanya menghabiskan hampir seluruh waktu untuk mencari kesenangan duniawi. Sudah tentu juga kita berasa malu kerana keluarga kita tidak pernah menunaikan solat sunat, sangat jarang membaca al-Quran dan tidak mengenal jiran tetangga kita.Sudah tentu kita malu jika Rasulullah menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita.
Justeru, bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan Nabi kita itu dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati, kita menolak kunjungan baginda kerana hal itu akan sangat membuat kita segan dan malu. Maafkan kami ya Rasulullah.
Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah. Itu belum lagi kalau hendak kira cara kita mencari duit, membina keluarga, cara kita berpolitik, berniaga dan segala perlakuan kita yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Layakkah kita bergelar umat Muhammad, dan layakkah kita mendapat syafaat Nabi di hari akhirat nanti?
sebarkan artikel dengan menekan butang like~ :)
sekian
Monday, May 9, 2011
Contoh Entry Sampah : Anti Ujang~
Yana: Apakah kau rela kalau aku pergi?
Ujang : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Yana: Apakah kau mencintaiku?
Ujang : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Yana : Apakah kau pernah berlaku curang?
Ujang : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Yana : MAhukah kau menciumku?
Ujang: Ya!
Yana: Sayangku....!
namun naz, setelah setahun, *sila bace dialog tadi dari bawah ke atas*
Sunday, May 8, 2011
iphone vs android vs blackberry






