Monday, January 31, 2011

Kurang ajar, siapa yang syok sendiri ni??



gambar 1 : bersama team bowling yang hot. ujang yang paling huduh dalam gambar.

muke den tak macam mawi kot.hentikan spekulasi anda.macam aaron aziz tu mungkin la




di satu pagi yang dingin

lokasi : ibu pejabat suratan kebetolan Corp, Uganda.

Asyik..! Asyik..! Asyik..! Asyik Asyiknya Bercinta..(empon Uphone 6 ku berbunyi)

Hanis Zalikha (Setiausaha Sulit) : Dato Naz, ada wartawan nak berjumpa Dato. Emsem jugak wartawan ni dato.
nazirulhazwan : emsem?u ingat I gay macam Ujang ker hanis?da, bagi die masuk yer babe.


Ben Ashaari : Assalam Dato Nazirulhazwan, Saya wartawan dari majalah pichisan, boleh saya temuramah Dato untuk segmen blogger pilihan Terkacak Malaysia..?
nazirulhazwan: Waalaikumussalam.. Sila-sila.. Pantas yer tuan, sebab saya ade lunch dengan Heliza right after this ( tak pandang langsung muke wartawan.konon2 busy)


Ben Ashaari :Bek Dato. Soalan Petama berbunyi begini : berikan nama glamour anda dalam dunia maya ini ?
nazirulhazwan:Name Glamour? Udah pastinye Brad Nazirul Pitt Kamil. Boleh tak camtu?Nazirul Marcello pon iyer jugak. Tp yang paling byk den gune udah pastinya nazirulhazwan


Ben Ashaari :Kenapakah anda memilih nama tersebut ?
nazirulhazwan:aih, udah memang mak ayah bagi name gitu, den pastinyer berbangga dengan namo den sendiri. eh?ben ashaari upenyer.laaaaa, da jadi wartawan la pulak. bisness blog bankrup ker?hahaha

Ben Ashaari :Argghh!nati aku citer.sambung ni dulu. formal2 bro! soalan seterusnya.kenapa anda berblogging ?
nazirulhazwan:okey, nati cuciter cuciter yer ben.haha untuk jawapan soalan tu.sial tulis den berblog untuk dapatkan RM 1 juta!! Red Mummy, watchout babe!hehe


Ben Ashaari :Siapakah pemberi semangat anda ?
nazirulhazwan:Pemberi semangat..?? Part ni ramai bebenor. Pertamanya isteri den, datin seri Firzah yang merajuk dengan skandal den dengan Heliza, hai yang, u majok lagi ker?hehe keduanya udah tentu semua pembaca yang mendokong blog suratan kebetolan dari kecik hingga besar!


Ben Ashaari :Sudah berapa lamakah anda berblog ?
nazirulhazwan:Sejak wujudnya blogspot.noktah!


Ben Ashaari :Siapakah idola anda dalam dunia blogging ini ?
nazirulhazwan:Idola?Rahim Maarof penyanyi lagu chenta Kristal.haha part idola ni taknak sebotla, nati orang menyampah, balik2 sebot name die.hehe


Ben Ashaari :Kenangan manis anda dalam dunia blogging ?
nazirulhazwan:bila name dan juga blog den direview dan dihargai. Disebot sebagai blog yang diminati dan juge ade yang jadikan den ni idola.thanks very much!! Terlatest den bace kat blog Izamir Ridzuan <--- sila klik untuk baca


Ben Ashaari :Kenangan pahit anda dalam dunia bloggng ?
nazirulhazwan:Wujudnya musuh yang den raso nak bunuh2 jer. Da la nyah, gay pulak tu.u all tau siapa.haha


Ben Ashaari :Pencapaian terbaik anda dalam dunia blogging ini ?
nazirulhazwan:Terbaik?UV 5000 sehari.nice! nak tips?saye tidak gune autoblogwalking software okey. Pendekar berkuda, ko jgn nak tuduh2 aku..!haha


Ben Ashaari :Selain berblog , apakah minat anda ?
nazirulhazwan:Minat utama den adelah bersukan terutamanya bola keranjang.nak 1 on 1?takpela, den da tak larat.da tue!


Ben Ashaari :Bagaimana anda membahagikan masa anda diantara berblog dengan aktiviti yang lain ?
nazirulhazwan:takde bahagi2 nye.dari dulu den tak minat ade jadual2 ni. Gasak jer sume haha


Ben Ashaari :Sila nyatakan cita cita anda terhadap blog anda itu
nazirulhazwan: Blog ni bercita2 menjadi seorang doctor. haha satu hari nanti, den nak blog den berada selevel blogger2 agung di Malaysia.


Ben Ashaari :Pendapat anda mengenai dunia blog di malaysia ini ..
nazirulhazwan:dunia yang best!! U all takkan faham selagi tidak berblog..!


Ben Ashaari :Nasihat anda untuk mereka jika ingin memiliki blog sendiri ..
nazirulhazwan:hentikan mengejar populariti dan trafik secara extreame..!takkan baru seminggu nak buat blog udah nak setaraf blogger2 lame. Pelan2 kayuh.jangan putus asa. Berikan yang terbaik. Trafik dan popularity yang akan cari dan kejar u all.


Ben Ashaari :Nyatakan dalam majalah mana anda ingin dimasukkan.
nazirulhazwan:suratkhabar utusan.page paling depan.

Ben Ashaari : Saya rasa cukuplah setakat ni.. Terima kasih atas kerjasama dato Nazirulhazwannazirulhazwan: Sama-sama. Alamak, da lambat ni. Abesla heliza marah.derm!

Gambar 2 : tinggal kenangan. gambar bersama ben sewaktu zaman ben ashaari aktif berblog sebelom menukar profesyen sbg wartawan.

p/s : ini adelah segmen tajaan BenAshaari. nak join?klik name beliau itu


p/s : modus operandi entry ini di ciplak dari IR.isi sahaja yang ditukar.hahaha

GATHERING sahabat blogger : aku dan heliza bersatu

Update terkini : Biodata Heliza di Bawah
mo0d : letih tapi kegembiraan :)

pengkisahan :
9.00 : memulakan perjalanan dari sepang dalam kedinginan pagi nan bercahaya
10.30 : tiba di times square.parking kete BMW den kat level B1.
10.32 : kol member2 lain. haram!sume tak sampai lagi, derm. terus ke 7e, beli makanan. lapor bebenor.
11.00 : tiba di pusat bowling, fuh, terus kedengaran suara manusia paling pendiam. CIK BULAT.
(dalam ati : pergh, mmg kepoh cm kat FB.haha)
12.00 : stat bowling. cam biase den mng
2.00 : abes bowling, g makan. Ujang?die makan ngan team nyah2. aku makan ngan lelaki normal
3.00 : Stat ice breaking.
3.30 : jumpe kawan lame. borak2 sat. tak sangke da jadi artis da die. u all kenal tak? cik heliza helmi


pic 1 : heliza : ujang, i nak naz, tak nak u, wuekk!!

naz : hahaha


pic 2 : heliza kate aku emsem

pic 3 : gambar dari nick faiz


4.00 : balik bersama nyah ujang


ucapan : trimas kepada semua sahabat yang turut serta, best kenal u all.mmg nice!! sory kepada mane2 yang den tak tegur, tak sempat wooo, ramai sangat. sape2 yang pegi dan kite tak sempat bertegur sape.


add my FB k : nazirulhazwanws


maseh. salam sayang!


p/s : maafla, gmber ni je den ade. tunggu member2 upload, den curik jer;p

p/s : KOMPEM datin seri firzah merajok selama 3 saat bile tgk gmbr ni;p
**************************
Biodata Heliza Helmi
NAMA: Nur Heliza Helmi
PANGGILAN: Heliza
NAMA MANJA : IJA
TARIKH LAHIR: 3 Februari 1986USIA: 24 tahun
ASAL: Kuala Terengganu
KERJAYA: Penyanyi, pengacara, pelakon dan Pengarah Urusan Heliza Helmi Productions Sdn Bhd (HHP)
HOBI: Menyanyi dan membeli-belah
PENDIDIKAN: Ijazah Sains Pendidikan (Biologi & Kimia) dari Universiti Malaysia Sabah (UMS)
PENCAPAIAN: Tempat keempat AF5, duta Astro Oasis (saluran l06), Finalis Pelakon Wanita
FILEM: Syurga Cinta
INSAN DI ADMIRE : Nazirulhazwanws
INSAN PALING DIBENCI : Ujang 9897
biodata ni aku buat snediri, ujang copy.noktah.haha

Sunday, January 30, 2011

RON97 naik 10 sen lagi ( 1 FEB 2011)

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri. ( 1FEB2011)

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini. - sumber MALAYSIAKINI

ulasan CEO :

1.yeaaaaaaaaaaaa!!melonjak2 kegembiraan diriku membaca berita, hadiah dan ucapan terima kasih kerajaan kepada pengundi2 di dun tenang!!

2.penyokong2 tegar BN akan kate, ko bukan gune pon ron97. ape nak kecoh2.mmg pon kite tak gune ron 97, tp kenaikan ini ade lah byg2 awal kepada kenaikan petrol ron 95, siape brani bet ngn aku. meh la bet..!

3. Den taknak ulas lebeh2 hal politik, kerna blog ini adelah bukan blog politikus!sekian


p/s : bukak mate, tgk sekeliling. fikir2kan.

Saturday, January 29, 2011

Tips Blogging : Cara mempopularkan diri ??

motif : mengkisahkan peribadi blogger yang gua suspek tinggi dan secara tidak langsung memberi tips untuk mempopularkan diri anda

nilai murni : peramah dalam erti kata lain idak sombong

perenggan permulaan bicara

dalam kita berbelog, kita ketemu dan berhadapan dengan beratus2 blogger setiap hari *utk yang rajin blogwalk* tapi apekah yang anda lakukan terhadapberatus2 blogger itu? setakat membalas jejak, p kat blog n then say "singgah sini" "terjah semula" dan lain2 ayat yang sama makna dengannya.


tidak naz nafikan*ngada2 nak bahasakan diri dengan name* tujuan utama blogwalking adalah untuk meraih trafik yang agak2 cool. namun yang demikian sampai bila u all nakmengharapkan trafik dari blogwalking semata2. bagaimana pule kiranya satu hari nanti u all mengahadapi hidup yang pernah ke busy an ?adekah trafik u all akan terus jadi kosong?ini la silapnya kebanyakan dari kita, mata dikaburi dengan trafik yang ntah tak tau ape yang best ntah. blogwalk bagai nak muntah, tafik tak cecah jugak 1000 uv. betol tak?


perenggah klimaks

1.seharusnya, kesempatan berblogwalking digunakan sebaik mungkin utk berkenalan serta beramas mesra dengan rakan2 blogger yang lain.

2.sikap peramah dan mesra akan memberi impak yang baik kepada anda, tidak langsung membawa sebarang kerugian, yang nyata mahupon tidak.

3.dengan sikap ramah dan penyayang, anda akan membuatkan diri anda lebih diingati dan kehilangan anda satu hari nanti bila tiba musim kebusyan akan membuatkan blogger2 lain kerinduan dan tertanya2 akan kehilangan anda,sekaligus mereka akan cuba menjejaki anda di blog. yeahh!!*satu sumbangan trafik disitu*

4.janganla pule kite sebok2 berblogwalking, setakat tinggal jejak, blog mane yang kite singgah pon kite tak tau. tajuk entry pon kite tak jeling.semuanya pakai main redah jer.sebok nak trafik beribu2, tp orang tak sedar pon yang u all tu sebenarnya wujud. u all nak ke camtu? syok sendiri, bajet diri da popular sebab trafik beratos2. eleh, stakat trafik beribu sebab blogwalking sape2 pon boleh dapat.pasang unifi pekej rm250, bukak dalam 100 tab sekaligus.settle!


perenggan dekat2 penutup

nampak idak, sebab itulah, naz idak menggalakkan prinsip berblog semata2 untuk mengejar populariti dan trafik semata2.berbaiklah2, berkenal2la, bermesra2la.steady2 jer. nati pelan2 u all akan naik. keluar dari perut ibu nak terus berlari mmg ngak dapat la. betol tak. berblog dengan steady, populariti dan trafik akan folow u all punyer.

Thursday, January 27, 2011

Akhbar Kebetolan : Perihal Toyota tarik balik 1.7 juta kenderaan

TOKYO - Pembuat kereta terkemuka, Toyota menarik balik hampir 1.7 unit kenderaannya di seluruh dunia, sekali gus memburukkan lagi reputasinya di pasaran Amerika Syarikat (AS) yang sebelum ini berdepan dengan masalah sama. Menurut Toyota, tiada kemalangan disyaki berlaku berkaitan penarikan terbaru itu. Namun, ia menerima 77 aduan di luar negara dengan 75 dari Amerika Utara dan lebih 140 aduan lagi di Jepun - Sumber rakan berita : ultraman KOSMOs


gambar 1 : ultraman kosmos dinamakan sebagai maskot baru akhbar kosmo


ulasan Dato CEO :


1) penarikan kereta2 buatan pembuat kereta2 agung di dunia akibat dari human dan kilang error bukanlah satu isu baru.so den langsung tak terkezut.


2) walaupon begitu, kepercayaan rakyat malaysia terhadap model2 kereta ini tidak berubah.


3) ape agaknya reaksi klu proton yang bermasalah? fuh, bukan main kondem! looser la, power window asik rosak la, enjin berbunyila, panel jatuh la, bukan main lagi.


4) nak buat guane kan. mentaliti rakyat malaysia kebanyakannya masih dikelas ketiga, masalah yang berlaku kat proton iswara ngn saga zaman dulu2 terbawa2 sampai sekarang. bencinya mendalam.


5) kenape ye kite tak pk, kenapa bukan semua kereta proton bermasalah, kenapa yang kite beli jer bermasalah? - tny balik, u ll beli pakai pinjaman cara islam ker tak?bawak kete p disco ke tak dll


6) dalam situasi di malaysia, dimane kerajaan meletakkan tax yang amat tinggi utk kereta luar, den raso kereta proton/perodua adelah pilihan terbaik. harga on murah, spek boleh tahan.selese la jugak. bukan beze mane pon dengan kereta import.

cth : persona m-line dekat2 same jer dengan vios j, so kenape nak bayar lebeh.hehe


7)buat per nak beli kete mahal2, kete ni liabiliti/bebanan, mahal mane u all beli, hargenyer tetap susut ugak nati. betol tak?


8) anologi mudah : selai baju kaler putih kosong, ade logo nike seciput kt pasar malam hargenye rm9,90, kat butik nike 89,90, u all nak beli yang mane? kalau den 9,90 pon da cukup, bukan beza mane pon.lainla kulit u all tu alergic barang2 murah.ngee:P


9) ke u all ade pandangan lain?

Wednesday, January 26, 2011

Akhbar Suratan Harian : Ahmad Dhani pengetua AF9

KUALA LUMPUR : Berita pagi sinar.fm melaporkan bahawasanya enchek Ahmad Dhani, pengasas dan juga ketua kumpulan dewa 19 telah secara rasminya dilantik sebangai pengetua AF9 yang baru.

Akhbar suratan harian menebual beberapa tokoh industri muzik negara untuk mendapatkan pandangan mereka berhubung isu perlantikan ini :

"bagusla, dapat juga beliau menambah perisa baru dalam industri muzik kite yang agak2 kelam ni" ulas zul kidal, gitaris kumpulan righthanded

"apekah?kan ramai lagi orang2 kita yang berkelayakan" Sapi Sali, pertahanan tengah harimau malaya melaporkan.

"Dewa berapa?oh?baru makcik tau dewa ade 19" jelas cik Bibah, Bekas ratu cantek kampung pisang apabila diminta mengulas pelantikan tersebot

"Ahmad Dhani? name pelakon seks indon ke tu?" Ujang, pengetua blogger2 gila semalaysia

" Ini akan menjadi bahan untuk mereka2 mengejek malaysia satu hari nanti " kata Bahim Abu, jurucakap kumpulan ganyang indonesia

sekian berita suratan harian.
ulasan Dato CEO :

1. Sekiranya berita ini benar, sekalung tahniah kepada rakan sekelas den, Ahmad Dhani atas perlantikan tersebot

2.Tahniah juga kepada jawatankuasa pusat kerana berani membuat perubahan dengan menjemput beliau yang merupakan seorang genius muzik.

3. Tindakan ini pastinya dapat memberi nafas baru bagi industri muzik tempatan

4. Yang tak puas hati?biarkan aje, takde sape yang dapat memuaskan hati semua pihak, kalau ade orang yang mampu buat keputusan yang mampu memuaskan hati semua pihak, bgtau den.

5. Den juga berdoa agar AF akan terkubur selepas ni, kerana AF byk merosakkan pemuda pemudi negara. membuatkan rakyat membodohkan diri sendiri lagi2 part nanges time tersingkir. sengal~
6. Den juga berdoa agar rakyat malaysia terutama yang beragama islam sedar dan tidak terus memperbodohkan diri sendiri untuk AF ni, toksah la nak membazir2 mengundi. nanges2. buangla duit anda kepada mereka2 yang lebih memerlukan.
7. layanla AF ni sekadar2 sahaja.usahla menjadi pemegang saham kepada kehancuran moral dan masa depan remaja2 negara

6. sekian. terima kasih





Tuesday, January 25, 2011

Panas : Aksi bogel Mimi (one nation emcees) tersebar

gambar 1 : gambar sebelom bogel

APA sudah jadi? Shamimi Amalina Norhisham atau lebih dikenali sebagai Mimi, vokalis kumpulan One Nation Emcees khabarnya sudah berubah sikap menjadi perempuan yang amat ganas atau lebih tepat, psiko. Malah, disebabkan kegilaannya itu, dia sanggup membunuh!


"...Ia sebenarnya merupakan suatu bentuk kesedaran bagi masyarakat di luar sana mengenai perkara yang benar-benar telah berlaku. Mimi ambil itu sebagai suatu pegangan bagi melakonkan watak ini," jelasnya mengenai babak ranjangnya itu yang turut memperlihatkan dia kelihatan seolah-olah berbogel menerusi salah satu adegan dalam Klip 3GP (filem baru)." sumber KOSMO


ulasan :

derm, den tertipah tertipu dengan penggunaan tajuk yang gempak oleh kosmos. tp u all nampak tak ape yang den cube sampaikan?


yezz, betol, pengunaan tajuk entry yang hangat sebenarnya dapat menarik pembaca. lagi2 kalau bab2 bogel, seks, ciom molot. mmg keyword2 sebegitu paling diminati rakyat malaysia.tak caye tanye ujang. die suke cari bende2 cmtu kat google.tp jangan sampai menipu!


p/s : pasni den nak boikot kosmo sebab menipu den. semangat wes bukak, akhirnyer keciwa.haha;p


p/s : kepada yang dtg ke blog semalam, maafin gue kerana belom sempat balas jejak. semalam gue ke rumah sakit, melawat ibu gue yang mendapatkan rawatan disitu. sape2 nak g melawat. sila la. selangor medical center.

Monday, January 24, 2011

Hukum ASB dan ASN

KUALA TERENGGANU 3 Feb - Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus.

"Dengan sebab itu kita merasakan bahawa masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi terhadap status melabur di dalam skim ASN dan ASB," katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-80 di sini hari ini.

Turut hadir adalah Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz
ni sumber tahun 2008
********************
Ulasan Ustaz Zaharuddin (UZAR)
Ramai yang bertanya respond saya, ada yang suka dan ada yang keliru. Apa pandangan saya?, Pandangan saya adalah anda tidak perlu keliru lagi dan orang awam boleh menyertainya dan Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor yang dipimpin oleh bekas Muftinya iaitu Al-Marhum Dato' Hj Ishak Baharom telah terbatal akibat keputusan ini.

Orang ramai adalah harus menyertai ASB dan ASN disebabkan majlis fatwa kebangsaan telah mengesahkan kehalalannya dan menanggung apa jua urusan berkaitannya di dunia dan akhirat. Ini adalah satu perkara biasa yang ditanggung oleh para ulama, sama juga seperti Majlis Penasihat Shariah yang ada di Institusi Kewangan Islam.

Kesannya, apabila telah wujud fatwa umum sebegitu, kini ia terpulang kepada masing-masing untukmembuat keputusan sendiri, ia sama seperti logo JAKIM. Siapa yang ingin bergantung kepadanya, adalah harus dan siapa yang ingin membuat kajian lanjut dan bersikap lebih berhati-hati, pandai-pandailah memilih yang lebih selamat. Itu saja.
Saya juga telah hubungi seorang S.S Mufti, beliau kata hujjah utama Majlis Fatwa adalah "MASLAHAT". Ini beerti majlis fatwa bukannya mengesahkan sistem dan cara pelaburan ASB dan ASN yang sedia ada tetapi ia diluluskan atas dasar 'Maslahat' atau kepentingan ramai (mungkin kerana terlalu ramai orang Islam yang telah terlibat dan fatwa mengharamkan akan mengakibatkan kekalutan yang tidak tergambar), hasilnya ia difatwakan harus. Apa lagi ingin dikatakan jika itu hujjahnya.

Namun begitu, perlu diingat sepatutnya Maslahat ini sepatutnya adalah suatu tekanan yang amat sukar untuk kita hindarinya disebabkan ia bukan di dalam bidang kuasa kita, seperti penggunaan 'fiat money' yang tidak disandarkan kepada emas dewasa ini. Ini benar-benar dianggap maslahat kerana Malaysia sahaja tiada kuasa untuk influence dunia dalam hal ini, malah sistem ekonomi dunia sekarang ini amat sukar dibentuk menuruti corak yang dikehendaki oleh Islam.

Adapun, dalam perkara yang kita sendiri ada kuasa untuk mengubah dan menukar sendiri kerana ia dalam milik dan kekuasaan kita, dan kita yang awal-awal dahulu menyertai atau menganjurkan sebelum menyemak status Shariahnya, kemudian apabila sudah terhantuk baru ingin berselindung di balik hujjah maslahat. Tatakala itu, menggunakan maslahat sebagai hujjah amat boleh diperdebat dan dipertikai kerana kita sendiri berkuasa mengubah sistemnya (jika kita inginkan), walaupun jika ubah secara beransur-ansur.

Jika dinyatakan "mana nak letak dana berbillion jika dikeluarkan?". Jawabnya tak perlu keluarkan tapi adjust aqadnya biar tepat dengan third party guarantee. Betulkan cara pembahagian untungnya, nisbah pelaburan di tempat yang haram digunakan buat manfaat umum seperti highway tanpa toll, manakala pelaburan halal di serahkan kepada individu pelabur dan macam-macam lagi cara. Jangan malas berfikir jika ingin selamat di akhirat kerana Islam agama membaca dan berfikir. Al-Quran dimulakan dengan "Iqra'
Saya akui di sana ada maslahat kerana begitu ramai yang terlibat dan jumlah wang yang terlibat begitu besar, tapi tiada maslahat untuk terus menggunakan sistem sedia ada kerana ia boleh diubah seperti apa yang sebut di atas., biar untungnya berkurangan sedikit asalkan halal dan berkat.

Mufti yang saya hubungi juga berkata ahli majlis fatwa berjaya dipengaruhi dengan alasan, sebab yang disampaikan oleh wakil PNB yang membentang. Namun begitu, mufti ini memaklumkan kepada saya pihak PNB disyaratkan menubuhkan majlis Shariah khusus untuk mereka sebagaimana bank-bank Islam dan takaful. Ini satu perkembangan yang bagus!!..
Saya dan kita mengharapkan majlis Shariah akan datang ini akan dapat membuat sesuatu perubahan dan pembaikan terhadap sistem yang sedia dengan 'modification' yang wajar bagi memastikan sistem yang menepati Shariah. Tatkala itu ia tidak perlu lagi menjadi 'harus' atau 'halal' hanya bergantung kepada hujjah 'MASLAHAT' yang agak longgar.
Akhirnya, tiada halangan sesiapa yang ingin terima atau tolak ulasan saya. Tidak perlu diluahkan kata benci dan marah, saya cuma nak tolong beri nasihat.Bila 37 % di letakkan di tempat yang amat jelas haramnya.ia pasti ada hasil dalam dividen anda.

Nabi s.a.w kata :
-إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه
Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) (Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312) Jika dikatakan kita perlu jaga maslahat kebaikan yang terhasil ini, maka kita juga perlu sedar 37 % itu menyokong industri riba dan mengukuhkannya.
Kaedah Fiqh menyebut :-أن درء المفاسد مقدم على جلب المصالح
Ertinya : "Sesungguhnya menolak keburukan itu lebih patut didahulukan dari tujuan untuk mendatangkan kebaikan" ( Al-Muwafaqat, As-Syatibi, 3/190 ; Hasyiah S-Syarwani, 3/188)
Sekian3 Feb 2008 - SUMBER
*********************
dari DATO CEO :
udah wujudkah panel penasihat syariah ASB? ade sape2 yang boleh jawab? den takmo la melabur/menyokong sesuatu yang den rase belom kemas hukum die, sat g, duit berjuta, hidup tak tenang.ape gune. kete rosak la, rumah belobang2 sana sini. kan?kan?hehe;p
sape2 yang bekerja dengan ASB, sila bantu den yer;p

GEGAR BLOG : Soalan BONUS ( 1 ) TOPUP RM30

Soalan pertama
Apakah warna asal blog penaja soalan bonus ( 1 ) ini ? Letakkan gambar print screen gambar template asal sekali

jawapan : kaler ijau


Apakah pendapat anda mengenai warna baru blog penaja ? - warna ijau mmg yang diguna memang nice, chantek, tak menyakitkan mata
Berikan kelemahan yang ada dalam blog beliau - logo twitter ngan facebbook kat ujung kiri cm tak kene la dengan template, klu nak pakai gune design lain
Cadangan untuk mencantikkan lagi blog beliau - semua superb, takde upgrade yang diperlukan

Berapa ekor kumbangkah yang terdapat didalam blog beliau ? - 13 ekor (termasuk kat next ngn older)

Sunday, January 23, 2011

JOM SANTAI BERSAMA BEN ASHAARI


pengenalan : cm biase, ben buat segmen suh cite pasal heade blog masing2.header ben kat atas ni sebagai syarat penyertaan okey.hehe;p
tarikh tutup segmen : kol 5 ptg ni, cepat2!

****************

Sedikit info tentang header blog suratan kebetolan:
1.Sapa yang buat header tersebut :
Enchek Alief, pakar coding html merangkap pengarah template suratan kebetolan corp

2.Perisian yang digunakan :
mengikut kate alief die gune paint jer.haha;p

3.Maksud header tersebut :
tak ade maksud yang pelik2, just nak mengambarkan ciri dan minat tuan blog.
eksklusif, elegan dan humor dan kasih sayang (smiley tu)

4.Jangkamasa yang diambil buat header itu -
tak sampai sehari kot, kan alief?haha

5.Header blog lain yang anda suka tengok :
irine nadia <-- tgk header je, bukan tengok tuan okey, haha;p

p/s : da lame tak memeriahkan segmen ben, kesian plak kat die, jadi den join la yang ni.haha;p

Saturday, January 22, 2011

MESTI BACA : sahabat blogger sakit mental

pengenalan :

akhbar2 harian utama negara seperti BH,utusan,k0smo, nanyang siangpau, tamel nesan, the star beberapa hari lepas melaporkan bahawa jumlah pesakit mental di negara kian bertambah. dengan kadar pertambahan yang kian membuat "jiwa kacau"<-- eh?cm name blogger.ngee.

motif : menyampaikan maklumat dan bercerita mengenai pesakit mental memandangkan den ade seorang kawan yang disahkan mengalami sakit mental.sob sob T_T

definisi mudah :

pesakit mental adalah mereka2 yang megalami kecelaruan jiwa dan disfungsi fikiran(tidak mampu berfikir dan bertidak dengan baik) - sumber : kamus elektronik besta susunan tan sri nazirulhazwan al attas

punca yang dapat dikenal pasti dari sudut pandangan dato CEO :

1) lemahnya pegangan pada agama
2) tekanan kehidupan
3) putus chenta
4) memang da nak sakit mental <>

kisah seorang sahabat

yang no 4 tu ape yang berlaku kat kawan baik den. den kenal die sejak dari kecik, membesar bersama, petang mase kecik kami slalu men layang2, konda kondi dan macam2 lagi la. mmg kami sentiasa bersama la. sampai orang boleh ingat kitorang kembar. derm, tu yang tak puas ati, den emsem, die huduh, macam mane orang boleh kate kembar, WTfish

tahun demi tahun berlalu, kami membawa diri masing2, den berjaya menamatkan pengajian dan kini mempunyai empayar blog sendiri.suratan kebetolan corp. nak dipendekkan cerita, kawan den tu kandas dalam pengajian beliau, beliau mula disisih keluarga, chentanya pada heliza helmi jugak ditolak mentah2 ditambah pula melihat kejayaan kawan sepermainan beliau, beliau jadi tidak tentu arah. wayar di otaknya mula putus dan tindak tanduk beliau mula menjadi ganas.

sbg seorang sahabat, den mendapatkan seorang doktor untuk menjalankan pemeriksaan keatas sahabat den ni, alngkah terkezutnya den bile mendapati doktor mengesahkan yang beliau menpunyai masalah mental dalam erti kata lain GILA.sob sob T_T

untuk memastikan beliau tidak selalu tertekan dan sebagai langkah mengawal perasaan GILA beliau , doktor menasihati beliau agar menulis blog, supaya semua tekanan dapat diluahkan di blog, beliau mengikuti kata doktor dan mula menulis blog. u all nak tau sapa die dan ape url blog beliau? sila kelik pautan dibawah :


sebagai seorang sahabat, den sentisa berdoa agar beliau cepat semboh seperti sediakala.korang klik2 la nuffnang die yer, kesian die nak beli mesin basuh katenye.haih.

penutup : kesah diatas adalah kesah benar, terpulang kepada pembaca sama ada utk mempercayainya ataupon tidak.peace!

p/s : den nak ulas yang part no 2 tu, tp nantila, kang jadi panjang berjela2 pulak.hee

Friday, January 21, 2011

Entry Penghargaan : Buffered Earning

motif entry : penghargaan kepada nuffnang dan juga pengunjung blog suratan kebetolan

sebab dan akibat : nuffnang mengurniakan 2 lagi buffered earning(BE) kepada blog suratan kebetolan yang bernama SUNSILK dan DiGi.

ucapan :
1.Terima kaseh SUNSILK,DiGi dan nuffnang kerana memilih blog den sebagai medium pengiklanan.semoga kutipan BE kali ni mencecah RM200 macam b4 ni.
2.Thanks juga kepada pengunjung2 yang menyumbang trafik ke blog den yang membolehkan pendapatan nuffnang den berada di tahap yang okey2 la.
3.Thanks juga kepada sesiapa yg sudi mengklik iklan DiGi iphone n yellow man den b4 ni. BE tu belom metered lagi, da 2 bulan kot die stay. stay lame2 lagi pon tak pe:)
Ape tu BE :
menggunakan pemahaman mudah den, BE ni, iklan yang melekat lame kat blog kite, bukan kejap2 hilang macam iklan2 biasa(campaign)
BE ni pagi pendapatan yang best sekiranya trafik besh. tu la pentingnya trafik. tp harus ingat, trafik tade men peranan utk dapat BE, trafik sikit tak smpi 500 pon boleh dapat BE! tp, duit u all nati tak byk la macam orang trafik tinggi.tu haje;p
nak tips pasal BE :
search la kat google, da byk blogger cite pasal tips nuffnang ni, den tak minat menambahkan bende2 yang da besepah2 ni.hehe

Thursday, January 20, 2011

Politikus : Debat Anwar Ibrahim dan Najib Razak

motif : menyatakan pandangan peribadi selaku salah seorang rakyat malaysia yang tidak menyokong mana2 parti politik secara extreme.

masalah : Penolakan pelawaan debat yang dikemukakan DS Anwar Ibrahim oleh DS Najib Razak berhubung " Pelan 100 hari" pembangkang.


Pandangan Peribadi DS NazirulHazwan :

1) Alasan DS Najib utk tidak menerima pelawaan debat atas alasan tiada kepentingan pada negara dan tidak membawa sebarang makna menunjukkan yang DS Najib tidak berfikir sedalam2nya ataupon hanya berfikir menggunakan kepala paip sebelom berkata2 dan mngungdang perasaan pelik pada den.

2) Debat tersebot memberi peluang yang luas untuk DS Najib boleh membuktikan pelan tersebot sekadar tindakan populis untuk meraih undian, sekiranya beliau berjaya, ianya ibarat memberikan tumbukan KO yang padu pada muka DS Anwar Ibrahim dan pembangkang.

3) Sekaligus, pembuktian tersebot mampu membuka mata rakyat yang pihak pembangkang mmg hanya tahu menabur janji DAN situasi sebaliknya berlaku sekiranya DS Anwar mampu membuktikan tawaran pembangkang itu mampu direalisasikan.

4) DS Najib juga mampu menarik sokongan rakyat yang berada diatas pagar kepada BN sekiranya beliau berjaya membuktikan PR berbohong dan begitulah sebaliknya.

5) Tindakan DS Najib utk tidak menerima pelawaan pasti membuat kebanyakan rakyat melihat negara mempunyai seorang PM yang penakut dan kredibiliti DS Najib sikit terjejas.

6)Apekah DS Najib takut beliau juga akan diperbudak2kan oleh DS Anwar sebagaimana DS shebery diperbudak2kan sehingga bebuih2 mulut utk mempetahankan diri dalam debat isu harga minyak yang lepas.

7)Penerimaan debat dapat membuka mata rakyat yang kerajaan mampu bersifat terbuka dan berani berhadapan pembangkang face 2 face, tidak sekadar bergantung penuh pada media massa yang dikuasai mereka terutama rtm dan utusan

kesimpulan : DS najib seharusnya menerima pelawaan debat dan tidak terus memberikan alasan2 murahan kerana pada den debat antara DS Anwar Ibrahim dan DS Najib Razak seharusnya mampu menjadi pentas yang kukuh untuk menunjukkan kepada rakyat siapakah PEMBOHONG rakyat yang sebenar, pembangkang ataupon kerajaan?

p/s : entry ini merupakan entry autopost, DS CEO kini berada di kota london memenuhi jemputan ....... sahabat beliau.sekian

HANGAT: halal ke haram?


SEREMBAN - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.

'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan - SUMBER kosmos

Ulasan Dato CEO suratan kebetolan corp :

1.Kepelikan sungguh, ape kejadahnye bawak duit syiling sampai RM75 K

2.Tapi yang buat den raso panas hati tu, tindakan mereka2 yang menjadi tukang kutip duit tersebot

3.Apekah dalam diri mereka udah tidak kenal HALAL dan HARAM?

4.hape?Rezeki jangan ditolak? wut the fish!

5.Xde istilah rezeki dalam kes sedemikian, udah terang2 kita tahu owner duit beribu tu sape.

6.kegagalan memahami maksud sumber yang haram menjadi punce utama kenapa umat islam lani, kelam kelibut, Rase segalanya tak cukup, masalah2 besepah, adalah tanda ade something tak kene dengan sumber pendapatan kita.

7.Ingat, sumber/duit haram menyebabkan kehidupan tidak diredhai dan dibebani masalah. mungkin dalam perkara2 yang kita tak fikirkan, den bagi contoh :

contoh situasi:

u all beli kereta baru, tp tidak mengunakan sistem pinjaman islam. atas ape2 saje alasan la, if u all buat bende ni, cube perati, sure tak lame lepas

tu mesti kete u all tu ade masalah punye, power window la, hape la, itu la, ini la. u all mesti tak pernah terpikir kan pasal bende ni, sure orang akan salahkan

company kereta tu la, kilang punyer defect la, hape la, padahal, u all tak pernah cari mane silapnya dari u all punye part, sebok nak salahkan orang lain, haih

kesimpulan :

part2 dalam agama ni, jangan dipandang remeh,semuanya kene teliti, lagi2 part halal haram ni. mungkin duit yang mereka2 kutip tak smpi beribu, tp jgn tekezut la, tibe2 yang mengutip duit tu dirompak/disamun, or ape2 lagi la kan. den

bukan nak mendoakan, tp sebagai peringatan bersama:) sekian

semakan keputusan permohonan MRSM (tingkatan 4) 2011

motif entry : SEO punye entry

kepada pemohon2, semakan boleh dilakukan dengan melayari pautan dibawah :


p/s : tahniah kepada yang berjaya, kepada yang tidak berjaya,usah berduka, benih yang baik, kalau dicampak ke laut pon jadi pulau <---thanks pada gadis mesir yang betolkan, hua3

Wednesday, January 19, 2011

HANGAT : susulan entry penipuan blogwalking (UPDATED)

motif : pandangan CEO suratan kebetolan corp terhadap isu penipuan blogwalking
pengumuman : dari blog musuh utama den si pondan ujang beberapa blogger tak tahu mehanu dan telah memohon maaf, sewajarnyer mereka diberi peluang kedua dan dimaafkan, ape gune gado lame2, dunia blogging ni kecik jer, berikot antara nama yang mungkin patut dibersihkan

1. enchek Joe :http://www.joharihamzah.com/
2. newbie : http://www.wowberita.com/
3.kasim ahmad : http://bulanpurnama89.blogspot.com/
**************************************

pertamanya, tahniah den ucapkan kepada pendekar berkuda kerana berjaya membongkar isu penipuan yang dilakukan, dengan bukti yang agak kukuh.nice!secara jujur, ada nama2 yang disenaraikan oleh pendekar yang sememangnya telah lama mengundang syak pada diri den dengan cara mereka blogwalking. cumenye, denketiadaan kerajinan utk membongkar perilaku mereka.

1) setiap blogger yang disebotkan, seharusnya diberi peluang utk membela diri sebelom dihukum/diboikot
soal : aih, ko da pon hukum dengan menayangkan nama2 dorg kat blog, tu bukan nama hukum?jawab : pendedahan, keputusan dan hukuman adalah perkara yang berbeza, apa yang pendekar dan den lakukan hanyalah pendedahan, bukannya hukuman.di malaysia, orang yang DITUDUH,tidak dianggap BERSALAH sehingga mahkamah/hakim menentukan samaada beliau SALAH/TIDAK <--FAKTA

trafik akan masuh mencurah2 ke blog mereka,dan seharusnya, mereka mengambil inisiatif membela diri dengan mewujudkan entry berbentuk penjelasan. terpulangkemudian pada pelawat utk menerima ataupon tidak hujah balas, pelawat adalah hakim sebenar! if dorg boleh terima dorg terima.

2) perlu ke bende ni nak diperbesarkan. heboh2 sekampung, bukan isu nasional pon
soal : yang korang nak kecoh2 ni pehal, lantak dorang la nak buat cmner pon.
jawab : mmg lantak la bagi sesetengah pihak, tp berapa ramai manusia kat dunia yang rela ditipu? sapa yang rela hati kene tipu, tu den taknak masuk cmpur, ni den nak bgtau kak orang yang tak rela ditipu aje.

soal : ko sebok kenape?ade aku bagi ko susah?
jawab : aih?yang ko sebok ni kenape?ko susah ker dengan entry aku ni?;p

3) penipuan ni da besepah2 sangat kat dunia ni, politik menipu, jual beli menipu, kenapa perlu bawak penipuan dalam dunia blog kite ni. takkan la semata2nak upkan trafik, kite sanggup jadi penipu. ape juga niat, matlamat tak pernah menghalalkan cara.
4) pendekar men tuduh2 orang suka2 hati jer
soal : pendekar men suke tuduh orang tak salah pulak?
jawab : mungkin ade antara mereka yang disenaraikan kate diri mereka tak salah, klu betol tak salah, bela diri, jangan diam! pendekar da siapkan bukti dan kajian sebelom senarai tersebot disenaraikan. so den tak rase tu tindakan menuduh membabi buta

5) den tak tau la camner cara yang terlibat berfikir, utk pengetahuan semua, penipuan melibatkan halal dan haram, lebih2 lagi akan melibatkan kutipan duiy iklan di blog, nak ke darah daging u all, anak bini di bina dari sumber haram. mmg takde undang2 kat malaysia yang boleh dikenakan kan u all, tp unang malaysia apelah sangat brbanding undang2 Allah kan?:)takkan bende ni tak bermain kat minda u all mase nak buat penipuan blogwalk.takde sapa nak dengki klu u all kaye, tp biarla dengan cara yang betol.

6) saya percaya, blogger2 lain di luar boleh menerima permohonan maaf u all, dan juga xplaination, just bgtau perkara yang betol, tak perlu la nak ego ko, saya puji saudari
yang terus membuat entry xplaination berhubung isu ni, BAGUS. yang lain?nak terus dengan ego u all ker?

kesimpulan : u all simpulkan sendiri, den nak keje penting kat opis ni. sebarang komen dan cadangan sila tinggalkan di ruangan komen. nice!

p/s : den mohon maaf, andai entry copy paste tu nampak kasar sangat, tp, cube pk balik, cmner orang dulu2 didik orang yang die sayang? KENE SEBAT BABE.penampor sume ade. den buat semua ni sebab sayangkan dunia blog dan u all sume, bukan suke2 nak hemtam, bukan den dapat duit pon men hemtam2 orang ni:)

PANAS GILER : Penipuan blogwalking (entry ni den copy paste dari pendekar berkuda)

Kegilaan penipuan penggunaan taktik kotor berblogwalking rupa-rupanya menjadi permainan harian sang blogger-blogger ini. Sungguh tak ku sangka. Mereka fikir perbuatan mereka tidak mungkin akan dapat dihidu tetapi mereka tak sedar bahawa sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga~!

Anda nampak tak screen-shoot di atas? Masih belum mahu bertindak lagi untuk menukar CBOXanda kepada Shoutmix?? Masih belum mahu lagi melakukan "Website Lock" terhadapShoutMix anda? Okay, pendekar akan berikan ini kepada anda~! Supaya anda tahu bahawa mereka-mereka di atas ini adalah penipu di dalam dunia blog~! Mereka meninggalkan jejak di shoutbox anda tapi mereka langsung tak melawat blog anda sebenarnya~!


Trafik~!! Ya~!! Trafik nya di mana bang?? kata dalam kotak CBOX aku ni korang singgah... tapi mana traffic source blog korang?? Korang ingat aku buta ka?? Korang ingat aku ni terlampau bodoh ke nak percaya dengan korang ni??

Satu lagi yang memang tindakan bebal lagi tolol korang ni. CBOX ni aku sorokkan la derrr... Macam mana korang boleh masuk kat dalam pulak?? Pastu pretend yang korang mai blog aku ni?? Memang kurang ajar la korang ni kan?? Memang nak kena hentam la kan kan kan??

Alo bro Sembang Kosong~!! Aku cukup tak sangka kau pun join diorang gak yea~! Dah la koleksi lawak-lawak kat blog kau tu Copy Paste~!! Kau menipu lagi dengan trafik kosong ke blog aku ni ye~! Dah berapa lama kau buat kerja kotor ni bro~???? Aku sangat panas hati ni~!!! SAKIIIIITTTTTT~!!!!! PANAAAAAASSSSSSSS~!!!!!!!!!!!!!!

Patutlah blog kau lebih banyak follower kan?? Trafik pun selalu tinggi kan?? rupa-rupanya diorang tertipu dengan permainan tipu daya kau ni.... memang melampau lah bro~! Kau memperbodohkan orang lain tu memang sangat melampau~! Kau cuma datang kat shoutbox je tapi tak datang kat blog. So, mana trafiknya kat situ??

Kalian nak tahu link2 dia? siapa kah si jahanam semua ni?? Ni ha pendekar senaraikan semua sekali~! Supaya anda tahu siapakah mereka-mereka ini. Supaya mereka tahu apa padahnya menipu kita~! Biar mereka rasa akibatnya menipu kita~!!

  1. Newbie - http://www.wowberita.com/
  2. Kasim Ahmad - http://bulanpurnama89.blogspot.com/(BulanPurnama MariLompat)
  3. Innovator - http://rosyur.blogspot.com/
  4. Joe - http://www.joharihamzah.com/blog
  5. Fashion Girl - http://www.samredgroup.co.cc/
  6. SK - http://www.sembangkosong.com/ <---- kalian kenal dia ini ~!!!
  7. Popolita - http://popolita.blogspot.com/
  8. Cilupbah - http://cilupbah.blogspot.com/ (kalian pasti kenal dia~!)
  9. Anggur - http://akujobless.blogspot.com/
  10. Melati Putih - http://d-ina-pengantin.blogspot.com/
  11. Cahaya Cinta - ask-me-photographer.blogspot.com/
  12. Suhaisweet - http://suhaisweet.blogspot.com/
  13. GetMovie124 - http://getmovie124.blogspot.com/
  14. Umar Yang Cute - http://salam1malay.blogspot.com/ <---- Kalian PASTI KENAL~!
  15. Blur a.k.a Jiwa Kacau - http://www.jiwakacau.com/ <---- kalian kenal dia~!!!
  16. Syamsid - http://flymoo.blogspot.com/
  17. Joe a.k.a Faizol-1 - http://questwinintravel.blogspot.com/

Biar apa pun alasan mereka. Yang salah tetap salah. Sama ada mereka mahu meminta maaf ataupun teruskan dengan ego mereka~! Silakan kalau kamu mahu~! Akan aku hentam kamu sehabis mungkin~!! Dasar blogger PENIPU~!!!

Ini hanya sebahagian sahaja daripada sekian banyak lagi blogger2 yang berkeliaran di kalangan anda.. percayalah.. anda akan temuinya di mana mana.

Tak usah di tanya bagaimana nak detect mereka. Tapi buatlah apa yang telah pendekar suruh anda sekalian buat di sini ---> LINK

dan kalau kamu nak tahu apa yang mereka buat dan bagaiman mereka buat, pergi kat SINI
dan jangan abaikan 2 entry pendekar sebelum ini~!!

SEBARKAN KEBENARAN INI KEPADA ORANG RAMAI~! JANGAN DISIMPAN~! MEREKA INI PATUT DI AJAR~!


ENTRY INI DEN COPY, UTK LEBIH INFO SILA KE : PENDEKAR BERKUDA

ulasan : mmg sebelom ni wa da syak dengan majoriti senarai blogger yang di atas, derm!tak perlu main kotor kot utk dapatkan trafik. fisshy

KATE2 AKHIR : MMG BUSUK LA KALAU KALIAN BENAR2 MELAKUKAN TKNIK BUSUK NI. WA BOLEH CAKAP, SEGALA DUIT NUFFNANG YANG DEPEROLEH DARI TEKNIK PENIPUAN ADALAH HARAM!


Tuesday, January 18, 2011

PANAS : Isu membesarkan Payudara WANITA HARI INI (WHI)

KUALA LUMPUR – Segmen bertajuk Salahkah besarkan payu dara? yang disiarkan dalam program Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 pada pukul 12 tengah hari semalam mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak di negara ini.
Paparan visual yang memfokuskan kepada bentuk payu dara model-model yang lengkap berpakaian dalam laporan segmen tersebut juga dianggap tidak sesuai kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.
Aksi nakal jurukamera TV3 yang didakwa sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan semasa segmen itu juga dikecam -
"sungguh jijik dan tidak bermoral" ulas dato CEO suratan kebetolan bila diminta mengulas isu tersebut - SUMBER kosmo dapatkan ulasan lanjut dato CEO suratan kebetolan di blog beliau





ulasan dato CEO suratan kebetolan :

1) tindakan TV3 mengulas isu ini melalui rancangan WHI sebenarnya satu tindakan yang jijik dan tidak berasas sekiranya motif perbincangan sekadar untuk mendapatkan rating penonton yang tinggi

2) isu berkaitan payudara yang wajr dibincangkan bagi den hanyalah berkaitan dengan KANSER payudara.

3) Seharusnya, soalan sebegini lebih wajar di soal dalam rancangan TANYA USTAZ agar isu boleh dikupas oleh orang yang mahir dalam skop AGAMA dan perbincangan akan lebih matang dan menjurus kepada hukum <-- sape ahli panel semalam ea??

4) Pemwujudan topik sebegini boleh menampakkan hilangnya secara pelahan sifat malu dikalangan wanita di Malaysia

5) kenapa tidak dibincangkan sahaja tajuk : SALAHKAH TIDAK MENUTUP AURAT? yang den fikir lebih baik diutarakan dari membincangkan isu membesarkan payudara.

6) Stesen2 TV dan juga mana pihak diharap tidak mengetepikan agama, sifat malu dan segala2 yang berkaitan hanya untuk mewujudkan satu isu yang bersifat populis semata2.

7) Dapatkan pandangan dari semua pihak sebelom satu2 isu diutarakan. ingat, bukan hanya wanita yang menonton WHI.

8) sanggupkah TV3 menanggung dosa sekiranya, seorang lelaki keluar merogol akibat terangsang melihat gabar dalam bual bicara di WHI?

9) so, fikir2 kanla, jgn letakkan akal di jari kaki.

review dan kutipan terkini filem khurafat

newly update on 25/1/2011:

" Kutipan hampir RM4 juta itu dibuat melalui 68 panggung dan beberapa panggung bebas di seluruh negara. Memang jangkaan awal kami di Skop Productions, Khurafat boleh dapat sekitar RM4 juta tapi melihat sambutan hangat yang terus diberikan ketika ini, kutipan Khurafat boleh mencecah sehingga RM6 juta, Insya-Allah " - sumber


post asal :

"Setelah empat hari ditayangkan dipawagam, filem KHURAFAT telah mengutip sebanyak 2.5 juta dari hari pertama tayangan sehingga semalam (Ahad). Ini boleh dikatakan satu kutipan yang banyak dalam tempoh yang singkat. Dengar cerita dari hari pertama tayangan pawagam semua "Full House" - Tupai website"

penyampai radio hotfm, AG dan FBI juga menyatakan mengenai perkara yang sama pagi tadi. malah, mereka juga mengatakan, berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, kutipan pada hari pertama filem khurafat mencecah rm 1 juta. fergh!! best giler ke citer ni?



review filem khurafat dari harian metro :

1. saya sukakan 'twisted plot' yang Syamsul rancangkan untuk filem ini.

2. Konsep penamatnya seperti sebuah filem Hollywood yang mungkin pernah anda tengok sebelum ini. Namun ia berjaya diolah bagi disesuaikan dengan jalan cerita Khurafat yang turut dilakonkan Sabrina Ali, Liyana Jasmay, Salina Saibi dan Fauziah Nawi.

3. Saya suka dengan paparan lembaga hantunya yang tidak terlalu jelas dengan solekan mata merah biji saga. Ia lebih menakutkan berbanding kebanyakan filem seram kita kebelakangan ini. Kesan bunyi dan muzik filem ini juga mantap.

4. beberapa kelemahan kecil terlihat seperti dialog Pak Imam dalam keadaan biasa pun masih seperti orang berkhutbah.

5.sejak dulu lagi, susun dialog pelakon dalam filem Skop Productions agak 'rigid' dan selalu terikat dengan bahasa 'buku'. Saya harap pada masa depan, ia akan lebih 'natural' bagi disesuaikan dengan generasi masa kini.

6. Dari sudut lakonan, saya pernah meminta Syamsul fokuskan dulu minatnya kepada bidang pengarahan. Ini kerana bukan senang nak berlakon dan mengarah secara serentak. Bukan apa, bimbang nanti ada benda yang terlepas pandang.

7. Terus terang, dalam Khurafat, lakonan Syamsul masih lagi mendatar, cuma pada penghujung cerita ini baru tampak menonjol dengan babak sedih. Apapun sebagai langkah pertama untuk mempelbagaikan karya,

8.Skop Productions saya anggap sudah berjaya membuka tirai sinema kita dengan karya menarik. Ia tentu akan menjana minat penggemar filem di luar sana untuk terus menonton filem Melayu yang berderet-deret menunggu tayangan.


p/s : anda pule guane??ade review untuk filem ni?den tak sempat nak tgk lagi, sibuk ngn shooting drama baru, ustaz nazirul.haha


SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SBP 2011 ( TINGKATAN 4) DIBUKA

motif : entry SEO

pemohon sudah boleh membuat semakan keputusan permohonan ke tingkatan 4 sekolah berasrama penuh (SBP) menggunakan pautan di bawah :




kepada yang berjaya tahniah diucapkan. bagi pemohon nak kurang bernasib baik, rayuan masih boleh dikemukakan di pautan ini :

Monday, January 17, 2011

Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia

mereka-mereka yang berminat untuk memohon biasiswa yang ditawarkan bolehlah melayari laman web di bawah :


pesanan : sekiranya senarai biasiswa tidak diupdate, mereka yang berminat boleh terus melayari laman web syarikat2 yang disenaraikan di laman web tersebut. sekian

motif entry :
1) Mencuba mempraktikkan teknik permainan SEO (search engine optimization)
2) Mengugat raja SEO blogger malaysia : Pendekar Berkuda


Biasiswa ataupon scholarship sudah tentu menjadi salah satu perkara yang sering kali menjadi tanda tanya dan acapkali memeningkan kepala pelajar lepasan SPM mahupun yang telah pon melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama. Biarpon, pihak kerajaan telah menanggung sebahagian dari jumlah yuran pengajian, namun di kebanyakan Universiti terutamanya di IPTS, yuran pengajian masih terlalu membebankan.

justeru, suratan kebetolan selaku belog rasmi kementerian memberikan pautan mudah kepada salah satu laman web yang menyenaraikan hampir semua biasiswa yang wujud di negara untuk kemudahan semua. terima kasih. semoga anda berpuas hati dengan servis yang diberi

p/s : pendekar, jangan tikam aku;p

HANGAT : ISU AZAN ~DR ASRI

Petikan photocopy bulat2 pandangan Dr Asri: Benarkan hanya azan di pembesar suara

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan -selain azan - yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan Islam sehingga mereka menyangka ia azan.

Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah 'perjuangan mempertahankan Islam'.

Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan Islam dan lain-lain.

Keliru antara azan dan bacaan lain

Ramai orang bukan Islam keliru antara azan dan bacaan-bacaan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

Sebenarnya, Nabi sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Baginda, kata Abu Sa'id al-Khudri:“Ketika Nabi Muhammad SAW beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda.

Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).

Dosa menyakiti sesiapa di sekeliling

“Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid..

dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.

“Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua beragama Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita?

Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.


ulasan dato CEO suratan kebetolan:
islam bukan agama yang mementingkan diri, seharusnya bantahan kaum lain harus diperhalusi, benarkan yang dikatakan mengganggu itu Azan atau sebaliknya. jgn mudah melenting. sabar dan hikmah itu perlu. nak ke orang bukan islam cop agama islam tu agama gangster hanya disebabkan sikap tidak matang org2 islam? bincang dulu. dorang bukan terus bakar masjid pon.

ini bukan soal menyentuh sensitiviti ataupon tidak, islam agama rasmi atau tidak, kite seharusnya bertindak dengan kematangan dan memberikan pendidikan kepada mereka2 yang tidak memahami bukannya dihemtam buta2.

sekian.

p/s : yang betanggunjawab da mohon maaf, mmg die pon tersilap, tak dapat beza azan dan ceramah
 

Designed by #