Monday, October 10, 2011

Kisah Motivasi yang Sebak T_T

Kisah Budak Penjual Kuih

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

*****

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.


*****

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.


*****

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!


p/s: thank kepada sape yang email kat aku.kalau da ade yang post pon, guwa tak kesah, guwa nak jugak sampaikan cerite ni kat yang belum baca.

26 comments:

Adylia Qarissa on October 10, 2011 at 5:49 PM said...

dkna pernah baca kat blog rakan blogger kita...kisah yang sama..

sungguh mulia hati budak tu...semoga tuhan permudahkan segala urusanya dan permurahkan rezekinya...amiinn

[k]o{q}i[n] on October 10, 2011 at 6:00 PM said...

hurmm...bestnye kalo dpt semangat mcm budak tu...

FasiHaH SupiaN on October 10, 2011 at 6:14 PM said...

terharu.............subhanallah bagusnya didikan ibu budak tu..

Kathy Tuah on October 10, 2011 at 7:08 PM said...

fine..baca ni terus menangis..kalau sy kat tmpt budak tu, belum tntu sy sbaik dan stabah budak tu..

Maicher on October 10, 2011 at 7:15 PM said...

allahuakbar. meremang bulu roma baca !

hebat budak ni. lagi hebat didikan oleh ibunya.

:)

Hishyamuddin on October 10, 2011 at 7:51 PM said...

sumpah meremang bulu roma aku baca kisah ni..
bagus gile budak tu..huh

mOoN on October 10, 2011 at 7:55 PM said...

moon pun penah share citer ni... 1st baca seyes nanges... huhuhu...

Miscellaneous Smiles on October 10, 2011 at 7:56 PM said...

didikan yang bagus dri maknya =)

NURUL NADIA ROSLAN on October 10, 2011 at 8:12 PM said...

sebak baca entry ni :(

Nikisa Izas on October 10, 2011 at 8:55 PM said...

sgt mulia hati org yg brsedekah tu dan sgt mulia seorang ibu yg mendidik anaknya itu hingga menjadi kanak-kanak yg kuat semangat dan kuat pendiriannya..Pasti dia akan berjaya nanti:)

Ct Arina on October 10, 2011 at 9:13 PM said...

bergenang airmate wa =.=

Juno on October 10, 2011 at 9:34 PM said...

mencelikkan mata.

Ibnu Khairuddin on October 10, 2011 at 9:39 PM said...

ibu macam tu yg patut dihormati sepenuh hati. mulia betul pekerti budak n ibu dia.. ;)

Pendekar Berkuda on October 10, 2011 at 9:58 PM said...

cilake...kau buat aku mata aku berair.. demyu~!

♥NuR SyAFiQah♥ on October 10, 2011 at 10:00 PM said...

susah nak jumpe budak mcm tu sekarang ni :)

zuhaida on October 10, 2011 at 11:16 PM said...

tabah betul hati budak tu .

hana on October 10, 2011 at 11:34 PM said...

terasa sebak..
kagum dgn budak tu..
dia sggh tabah..

Eera Shera on October 11, 2011 at 12:01 AM said...

pernah baca..tapi tetap bergenang jugak air mata ;(

miss epa on October 11, 2011 at 7:18 AM said...

T_T
sedih baca citer ni!

Maya Mayana on October 11, 2011 at 1:21 PM said...

beruntungnya siapa yang melahirkan anak sebaik ini :)

Nazim Nasri on October 11, 2011 at 10:44 PM said...

kalau dulu2 boleh la kita percaya didikan ibu bapa kat anak2 mcm ni.

sekrang ni susah sangat nak tengok anak2/remaja yg ada akhlak mulia.

Lydia Miza(Aidyl Azim) on October 12, 2011 at 7:52 PM said...

salamnaz..akak lum pernah baca..izinkan akak copy ye.klu akak lupa bg link ingatkan akak eh?kadang2 lupa dr mana cedok cerita

eyjalukman on October 12, 2011 at 10:49 PM said...

serius sedih bila baca ;'(
bagus parents yg mendidik dy ni . jujur ;)

dakwat hitam on October 26, 2011 at 4:01 PM said...

owh! pengajaran buat gua yang celaka nie..kh keh keh

dyrahaiyi on December 27, 2011 at 10:57 AM said...

ya Allah terharunya . sampai nak nangis . tak sangka ada lagi budak yang camni . hurm

Anonymous said...

thanks sebab share cite nie kat blog ko...aku anak jati teluk intan pown x pernh jumpa lagi...sayu hati~

 

Designed by #