Tuesday, September 13, 2011

sesedap mulut je lu orang kate bebudak free hair tu ahli neraka

perhatian : entry ala-ala tun dr mahathir


1.entry ni aku buat bukan untuk jadi hero dengan kononnye membela gadis-gadis freehair or gadis-gadis hottie yang pakai baju sendat nampak spenda


2.salah ke menegur?tak salah tapi agak-agak la bile bersuara dan bile nak sound. perlu ke istilah "ahli neraka" dan "ko punye tempat kat neraka je" diguna pakai?


3.kalau aku jadi gadis free hair, dan aku berhadapan dengan orang yang kononye nak menasihati aku tapi dengan tidak semene-mene die mengeluarkan kate-kate " ko ni kompem da g neraka ni" atau " nampak sangat ko ni ahli neraka" kompem aku terus mati rase aku nak berubah, jangan kate lepas kawin, lepas beranak pinak, bercucu cicit pon aku takkan berubah.


izara aishah : sampai hati tau abang naz, ade ke patut dorang kate zara ahli neraka :(


4. korang pernah dengar sejarah cerita nur aisyah?di lahirkan dalam keluarga yang baik.ayah imam, tok imam,belajar di sekolah agama sehingga tingkatan 6,layak ke universiti al-azhar, mesir,gadis yang dibimbing baik dengan ilmu agama, menutup aurat dengan sebaik2nya tetiba mengambil keputusan untuk murtad? pernah? kalau tak pernah pergi balik baca.


5. Korang pernah baca kat majalah mastika, ustaz yang dulu baik alim, tetiba berzina. pernah baca?


6.korang pernah tau tak macam mana kehidupan Saidina Umar Al-Khattab sebelum memeluk islam?korang tau tak yang die tergolong dalam golongan anti-islam nombor 1 sebelum memeluk islam dan macam mana beliau berubah selepas memeluk islam hinggakan syaitan tidak sanggup melalui lorang yang sama dengan lorong yang dilalui Saidina Umar


7. Korang tahu tak yang Allah tu maha pengampun, pengasih lagi maha penyayang?


8. Let say la, gadis yang korang kate ahli neraka, kayu api neraka la, kompem masuk neraka tiba2 di akhir2 hayat, bertaubat dengan sebenar2 taubat dan korang yang konon baik tu tiba2 di akhir2 hayat tertiba pergi ke disco dan on the way balik dari disco mati eksiden. agaknye sape yang pergi syurga sape pergi neraka?


9. Yang free hair dan berbaju sendat tetap salah dan berdosa.itu fakta yang tidak boleh dinafikan, namun, kite jangan belagak nak jadi tuhan.


10.Sekian, terima kasih


p/s : budak ni punye entry best : cik arda

45 comments:

Munna on September 13, 2011 at 1:15 PM said...

bgaimanapun sesiapa yg memperlekehkan hukum Allah,trg2an tmptnya di neraka.

yui92 on September 13, 2011 at 1:17 PM said...

setuju... cumanya...

orang yang mendedahkan aurat bukanlah ahli neraka

tapi mendedahkan aurat ialah perbuatan ahli neraka

yang nak menasihat kena bijak
yang dinasihat pun kena bijak

Myera Nyera on September 13, 2011 at 1:18 PM said...

^^, like like like entry ni

Cahaya Mata @ Nurul Are Inn on September 13, 2011 at 1:27 PM said...

Betol 2... xslh menegur tp biar la cra yg baek jan la nk trus membuta tuli trus ckp ahli neraka..
mcm yg ckp 2 ahli syurga plak.. :)

Sunah Sakura on September 13, 2011 at 1:42 PM said...

aku pun takut gak masuk neraka..aku dulu jahat beb...alhamdulillah Allah bagi aku petunjuk...tapi aku tau petunjuk yang aku dapat sekarang ni tak menjamin aku ke syurga...masa depan aku dalam pengetahuan Allah...tapi aku kene istiqomah kan?

rajin lak ang update skang ni...

Qaseh on September 13, 2011 at 1:49 PM said...

naz bile kau free meh aku belanje kau cendol 7 keturunan kat melaka....bahahahah....
woop bukan bodek k.
hat ni la entry yg aku rasa lapang sikit mmbacenye.
tak sampai smmgu la, baru ja aku kena lahanat dengan kawan aku pasai aku buat rambut..malu aku, suare die mcam petir aku baq kat hang~ semua org dok pndang aku.
aku tau aku mmg salah, pasai pi kelas aku pakai tudung bila aku keluar balik kmpung ka, hangout ka aku tak pakai..
yang kawn aku ni mmg cantik, tapi takdak makna la dok tutup2 still gak pegang tangan pakwe.. haram gak tu noh~ memang kami tak sama tapi serupa ja...~

amiey lee on September 13, 2011 at 1:55 PM said...

betul kta sebagai hamba tak layak nak judge org ahli neraka atau ahli jannah.. hanya Allah lebih mengetahui....

tapi sbagai hambanya kta perlukan cara yang berhemah kalau nak tegur org kearah kebaikan

mamawana on September 13, 2011 at 2:07 PM said...

Yang sempat bertaubat, yang diberi hidayah, yang ikhlas beramal solleh.. hanya mereka ini ini yg ins'allah masuk syurga lebih cepat.

Yg berdosa atau menyerupai satu kaum berdosa yg engkar yg sesat layak jadi ahli neraka. Solat tapi lalai celakalah kamu... yang tak solat konpem masuk neraka. Permisi.

YAYA AZURA on September 13, 2011 at 2:29 PM said...

setuju setuju ..
kalau nak tegur pun kena ade caranya..
bahasa jgn sesedap rasa..

Memori Kekasih on September 13, 2011 at 2:31 PM said...

wahh...post yg sangat2 bertenaga....:)
Siapalah kita nak menjatuhkan seseorg itu ahli neraka...:)

najihah sahami on September 13, 2011 at 2:33 PM said...

yep..kita bukan tuhan untuk menajatuhkan hukuman. tapi kita boleh jadi pembimbing. kan kan. haha.

entry hang pun emo gak naz. hihi.

Miscellaneous Smiles on September 13, 2011 at 2:42 PM said...

=)

btul tu

JIJI YU on September 13, 2011 at 3:09 PM said...

hdayah bukan milik kita

Finaz Jaafar on September 13, 2011 at 3:15 PM said...

aku setuju ! ntah pape la..sesuka hati nak menghukum orang..tak boleh la kan..semua berlaku dengan kehendak Allah..kalau la Allah nak masukkan dia ke neraka ke syurga ke semua tu bukan kuasa kita

eiela on September 13, 2011 at 3:37 PM said...

yup, suka entri nih. kita bleh menegur tapi tak boleh menghukum manusia sesuka hati. mane kita tau diorang tuh masuk neraka berdasarkan point-point atas tuh. manusia nih tak bleh dijangka.

hana on September 13, 2011 at 3:46 PM said...

kita tak layak nak menghukum sesiapa...
x payah la nak label sesuka hati..

shigellazoster on September 13, 2011 at 4:12 PM said...

yuhu... i setuju 200%... selalunye dak2 yang tak matang guna ayt cam tu...

Pendekar Berkuda on September 13, 2011 at 4:31 PM said...

cilake...asyik panas hati je aku dengan entry ko nih... dem~!

Namee Roslan on September 13, 2011 at 4:33 PM said...

emmmm, aku tak pernah kena sebab kawan2 aku baik. keh keh. tp siapa yg ckp tu ? pandai nya :)

Airil Azmei(Sky EagLe) on September 13, 2011 at 4:39 PM said...

stuju....tagur orng perlulah berhikmah...bukan maki hina..^^

Cik Aish on September 13, 2011 at 5:19 PM said...

pda pendapat aish la kan, mmg la dlm islam kata aurat tu wajib ditutup. tapi pada golongan yang tak menutup aurat, kt kene la tegur cara berhemah..bukan cara mengecop dorang tu ahli neraka..siapa kita nak tentukan di mana tpt mereka tu?

budakampung on September 13, 2011 at 5:25 PM said...

setuju! thumbs up! :D

Tholeha Mustapa on September 13, 2011 at 5:38 PM said...

yang baik bukan cnfirm masuk syurga
dan yang jahat belum tentu jahat selamanya, mmg tak patut nak labelkan manusia sesuka hati sebagai ahli neraka, kite tak tahukan sebab kite bukan tuhan, mane lar tahu tetibe Lady Gaga peluk islam..hah jangan ternganga :D

Rozuan Ismail on September 13, 2011 at 6:30 PM said...

best entry ni.betol tuh,yang slaah tetap salah,tapi kita tak boleh menghukum.itu bukan kerja kita

fairuz on September 13, 2011 at 7:05 PM said...

diri sendiri tahu mana baik mana buruk. kbai

eqbalzack on September 13, 2011 at 8:58 PM said...

dunia dah terbalik tuan! hehe

Siti Mashitah Saidin on September 13, 2011 at 9:03 PM said...

betul tuh. siapa kita untuk menentukan sapa masuk syurga, sapa masuk neraka. kita sendiri pon belom tentu.

d_LA on September 13, 2011 at 9:20 PM said...

silap2 mulut tu yg kena tanggung dosa..memandai jatuhkan hukuman kat org.InsyaAllah org Islam sume akan masuk syurga bezanya perjalanan nak ke syurga tu je sama ada mudah atau sukar..

bighagenjo on September 13, 2011 at 9:33 PM said...

yes,
setuju la.

kita tak de hak nak menghukum

miss inna on September 13, 2011 at 10:13 PM said...

wanita yang bertudung belum tentu baik,
tapi wanita yang baik sudah tentu bertudung...

Nyamuk Terbang on September 13, 2011 at 10:31 PM said...

kalau kita tgur gitu
lg la bebudak mcm tue berontak
sptt nya kna tgur cra baik
xleh la tba2 nk serang ckp ahli neraka bagai :)

FasiHaH SupiaN on September 13, 2011 at 10:39 PM said...

memang aku setuju .......

FaKArePa!n on September 13, 2011 at 10:54 PM said...

gambar nak cun aje..hihi

AlongUsop on September 13, 2011 at 10:57 PM said...

manusia hipokrit memang mcam tu.. haishh..

Heidi Shafiq on September 14, 2011 at 6:48 AM said...

ramai org melayu fikirannya tak sematang usia mereka.. bile cetek ilmu tp berlagak bagus mcm tu la jadinye.. berdakwah pun x reti.. sedih aku tengok..

amirulspurs on September 14, 2011 at 7:20 AM said...

wahhh, ada dah org tiru entry ala ala Tun M. hehe, kita sama beb. *thumbs up

p/s : disebabkan sama,aku follow :D
amirulspurs.blogspot.com

Mr feckry on September 14, 2011 at 9:20 AM said...

Pakai tudung itu printah Allah..taubat itu juga printah allah..

adakah taubat kite di terima jika masih kekal melakukan dosa..

Allahurabbi

Nurasyiqin on September 14, 2011 at 9:53 AM said...

betul2..best entri nih..ni yang cek suka..he3

mas saari on September 14, 2011 at 11:06 AM said...

dosa pahala orang lain biarlah Allah SWT yang menilai... kita sebagai manusia cukuplah sekadar menegur saja secara baik agar orang itu boleh berubah!

hafiz on September 14, 2011 at 1:52 PM said...

Tu bukan Nasihat..tapi menghukum terus...

meaw on September 14, 2011 at 3:00 PM said...

hanya tuhan yang tahu,kita sebagai khalifah dimuka bumi tidak perlu mengatakan sedemikian....baik buruk orang tersebut,Allah swt maha pegampun

aizamia3 on September 14, 2011 at 4:52 PM said...

kita hidup menumpang di bumiNYA..
siapa kita nak tentukan dia ahli neraka atau syurga.. kita sendiri adakah layak untuk ke syurgaNYA..

Nurul Ezra on September 15, 2011 at 11:31 AM said...

I like this post. not because i free hair. but the fact is so TRUE! Pakai tudung tak semestinye confirm tak mencarut tak meraba raba tak hisap rokok dan sebagai nye. ada jer pakai tudung isap rokok dan lain2. Free hair or pakai tudung 2kali lima. No one tau pahala kau byk mane. phui! So jangan la hipokrit baik sgt nak judge org mcm tu.

Anonymous said...

assalamualaikum :)

ade benarnya penulisan itu. tapi yang wajib tetap wajibkan. yang benar tetap benarkan. cube lihat berapa banyak forum yang berkaitan dengan menutup aurat. lihat diri kita adekah kita ambil inisiatif lepas tu. mulut manusia memang kita ta boleh tutup. tapi kita na salah kan orang lain ke di hari perhitungan dengan Allah nanti.cakap, si polan tu yang buat kita tanak tutup aurat :) ta kesian ke mak ayah suami kita pun akan terlibat sama berdosa. klu kita tunggu sampai seru kononnya, dan kemungkinan usia kita tak panjang. siapa yang akan rugi?
entri yg baik :)

Ct Arina on September 22, 2011 at 2:27 PM said...

eh, best la entri ni. 1st time jumpe entri yg berbicare pasal freehair & tudung, tp boleh dterime hujahnye. terime kasih^^ saye yg on off, selalu doa semoge on terus. tp betape lemahnye iman saye. doakan saudara2 mu =)

 

Designed by #