Tuesday, August 23, 2011

Wajib baca : berubah kerana terpaksa

Aku pernah la melalui phase 'tak ikhlas' ni. Aku kalau jahat, memang jahat betul dulu. Banyak kali gak konflik timbul pasal parents nak aku jadi budak baik tapi aku nak jadi budak jahat. Parents aku paksa buat benda2 but x pernah terangkan elok2 pasal ikhlas x ikhlas ni.


Tapi satu hari entah camner tergerak aku nak bawak bertenang dari kehidupan yang sungguh duniawi tu, so aku pun merangkak2 start sembahyang balik, belajar baca quran, belajar benda2 yang aku rasa x penting satu masa dulu (dulu aku mmg jahil nak mampus).


Mula2 buat memang rasa tenang, tapi lepas tu start rasa malas balik and rasa terpaksa.


Aku dah nak tinggalkan benda baik tu dan kembali kepada hidup penuh duniawi balik, lepas tu aku 'terdengar' cam orang bagitahu aku dalam hati 'segala apa yg kita lakukan kepada Allah itu tidak akan pernah sia2'. So aku pun terfikir lama jugak pasal benda tu , sebab aku jadi jahat adalah everytime aku buat baik kat orang, orang mesti takkan hargai. Aku terfikir, kalau aku buat baik kat Allah, apa reward aku dapat?


Kerana curiosity itu lepas tu aku PAKSA diri aku untuk teruskan dengan rutin2 islamik ni, sebab aku ni jenis orang, kalau aku jahat, memang jahat betul. Kalau aku nak jadi baik, baik aku jadi baik betul; jenis orang yg go all out. Lepas tu aku paksa diri aku tutup aurat dengan lengkap walaupun aku tahu ia akan membuatkan aku nampak cam makcik.


Banyak btol orang2 cakap 'eh u lagi hot kalau x pakai tudung, dah pakai tudung camni nampak cam makcik pulak' or 'sayang la u pakai baju longgar2 besar2 cam ni... i thought u said u're proud of ur curves and assets? u pakai baju besar2 cam ni buat u nampak gemok' or 'apesal u x pakai tudung lilit2 selendang selak2 tepi sumer tu? lagi style kan, cam orang muda'.


Tapi secara otometik aku defend undang2 Allah and terangkan kat diorang. Secara perlahan2 aku jatuh cinta dengan Islam. Dan bila aku jatuh cinta aku memang go all out. Lepas beberapa lama aku teruskan lifestyle Islamik tu, baru aku sedar hanya kerana aku paksa diri aku untuk extend lifestyle islamik tu untuk beberapa minggu je, Allah berjaya bagi hidayah kat hati aku yang memang gelap dan degil ni slow2. And here i am today,


thanks to station monkey for sharing this:)

sebarkan:)

p/s : err, naz, sejak bile ko jadi bebudak baik ni naz??

aku memang budak baik.lalala~

17 comments:

cik najihah on August 23, 2011 at 1:34 PM said...

tetibe aku rase tersentuh bace entry ni,,
thumb up

CikGu Ma on August 23, 2011 at 1:36 PM said...

hukum Tuhan, terpaksa mcm mn pun kena lakukan...sama la mcm budak2 kecik...mula2 di ajar puasa, semayang...1st time berat, lama2 bila kita sedar kenapa tetapkan semua ni, kita takut nak membantah hukum Tuhan..Dia nak kita bahawa CintaNya mengatasi hal2 dunia...

.izzati liyana. on August 23, 2011 at 1:38 PM said...

mm, serius hati terusik dengan entry ni. jujur nya, saya jenis mcm ni dulu. agak duniawi. tapi saya mula berjinak-jinak dengan kehidupan islamik ni prtengahan tahun lepas bila masok uni. kawan semua baik-baik. start pakai tudung. sembahyang memang rasa kena paksa diri. and yes, pernah ada org ckp pakai tudung mcm mkcik semua tu. tapi bila Allah dah bagi petunjuk tu, org cakap apa pon tak kisah.

ApiH on August 23, 2011 at 1:39 PM said...

berubah biar la ikhlas... baru diredhai Allah.. ;)

mizzkechique on August 23, 2011 at 1:40 PM said...

hurmm..penuh kesedaran n keinsafan..

Lynn on August 23, 2011 at 2:15 PM said...

Alhamdulillah..^_^ semoga perubahan kearah kebaikan tu kekal bersama..insyaAllah..^_^

Kad raya digital untuk korang..

Eyka on August 23, 2011 at 2:18 PM said...

sukeee :)

hana on August 23, 2011 at 3:39 PM said...

bukan senang nak berubah sebab de je suara jahat menghasut..
pe yg penting keinginan diri sendiri tuk berubah...
=D

Eazy Izzuddin on August 23, 2011 at 4:43 PM said...

baikkk...
saya pun baikk...
:)

muhammad iqbal hakimi bin tahir on August 23, 2011 at 7:07 PM said...

fuh! ustaz nazirul ..

komen aku..

Hanya Dia yang Maha Mengetahui =)

bighagenjo on August 23, 2011 at 7:44 PM said...

waw~
respon terbaekkkkk~

kan betul wa cakap,
ikhlas tu kendian boleh datang..

anizsDANbintang... on August 23, 2011 at 8:46 PM said...

ketika kita sedar betapa sukarnya utk mengubah diri sendiri, kita kan mengerti betapa kecilnya peluang yg kita ada utk mengubah diri org lain..

^_^

yad'z on August 23, 2011 at 10:44 PM said...

hahaha... naz baik ke? baik ke? questionmarks..? hehehehe.. nice entry.. =)

Cikgu Jaja™ on August 23, 2011 at 11:27 PM said...

benda2 ini mmg kena paksa. sebab xada nafsu yang membawa kepada kebaikan. i mean nafsu sentiasa mahukan kesenangan hati. mahukan hiburan, keelokan paras, kecantikan badan.keenakan tidur dan sumpamanya.. mana dtgnya nafsu? dari mata turun ke hati.. biasa dgr kan?

RARA aihara on August 24, 2011 at 1:44 AM said...

muhajadah untuk istiqamah....
insya'allah....
sedang baiki diri...=)

Myera Nyera on August 24, 2011 at 10:15 AM said...

:)

yang bro wan post . cerita orang lain yang kita tak tahu siapa kan?

yang ni pulak kisah benar orang :)

http://mywithoutreasonii.blogspot.com/2011/08/kesedaran-memang-selalu-nya-datang.html



p.s nice entry bro, jangan lupe untuk terus update, akan terus di stalk by me ^^,

Erra Kyra on August 25, 2011 at 1:23 AM said...

bagus nyer naz....SAYA SOKONG AWAK!!

C
H
A
I
Y
O
O
O
O
K
K
K
!
!

^^

 

Designed by #