Saturday, August 6, 2011

sedih : dari sahabat untuk sahabat

Hari jumaat yang lepas, sedang aku leka dan kusyuk menghadap konsol permainan PS3 aku, tetiba, kekusyukan bermain terencat seketika bila henset iphone 4 aku berbunyi menandakan kemasukkan satu sms baru.


"huh,da abis opis hour pon ade sms lagi?" - suara2 kecil ketidak puasan hati bermain2 kerana mengandaikan sms tu atas urusan kerja, mmg sejak kebelakangan ni, lebih byk sms urusan kerja yang aku terima berbanding urusan personal dan cinta~


dengan dedikasi aku menekan butang "pause", mataku ku alihkan ke screen henfon ku ;

" 1 new message from samad "


"samad?betaun baru nak sms, ni lain tidak nak ajak g clubbing la ni" - hati kecilku mula membuat tuduhan liar
"naz, mlm ni spital selayang jom, saiful(bukan name sebenar) warded. kanser hati dow" - samad

"hah, kanser hati??!!" - fuh, penyakit paling membunuh la, nak begurau pun tak payah nak sampai main kanser hati.

"agak2 la der, nak bergurau tak payah lebey2 der" - sms balas ku hantar kepada samad.

"kalau aku tipu, ko bunuh aku" - sms balas samad


******


dalam perjalanan, aku dan samad sekadar mendiamkan diri. sisi releven otak kami berdua masih lagi gagal untuk menerima berita yang ku terima seketika tadi.satu persatu kenangan kami bertiga bermain di minda.


aku, samad dan saiful merupakan kawan yang akrab, sangat akrab. kadang kala aku rasa, hubungan aku dan mereka berdua lebih akrab dari hubungan aku dan 5 orang adik aku.kami bertiga memulakan sesi persekolahan di sekolah rendah yang sama. ditakdirkan berada dikelas yang sama dari darjah satu hingga ke tingkatan 3, bermain bola mewakili sekolah bersama, olahraga, badminton, juga bersama.boleh kate semua bende bersama la, kecuali tidur je lain2, sebab rumah lain2. err, kami juga meminati gadis yang sama di sekolah dulu~ ilya syazwani


saiful,orangnya aku boleh katekan memang sebijik perangai macam din beramboi, melawak memang tak pernah nak berenti, otak memang giler.dunia dia ibarat dipenuhi kegembiraan, nak tengok die sedih?memang susah yang amat.hati memang kental habis, aku yang sekarang ibarat bayangan dia, betol la orang kate, remaja mmg mudah dipengaruhi rakan sebaya.


*****

sampai di hospital, saiful sedang makan. bila nampak jer aku dan samad di muka pintu, senyuman di bibir beliau terus terukir.

"walaweh, kembar aku da sampai. hahahaha" perkataan pertama yang keluar dari mulut beliau

"gini la member, makan tak ajak"- balas ku

"hahaha, jemput2" - pelawa beliau, " betahun da tak makan sesama ngan korang"

"giler, bukan ker baru bulan lepas kite makan kat kenny rogers, ko memang sengal la pul" - balas samad.

" hahaha, rilex la mad, pernah ke aku cakap bende yang betol.hahahahaha"


******


selesai makan,kami menghabiskan masa berborak. segala jenis cerita, berita, gosip, kenangan kami borakkan. dari situ jugaklahyang kami dapat tahu yang saiful kini berada di tahap kritikal kanser beliau. sudah 3-4 bulan lepas lagi beliau sudah tahun akan penyakit beliau, namun sengaja beliau sembunyikan dari pengetahuna kami berdua.


"ko ni pul, betul ke ko sakit ni,nampak cam orang sihat, ketawa memanjang" - soal samad

"abes?ko nak tengok aku sedih je la?" - soal saiful kembali

"takdela, aku kagum giler la ngan ko, serius dow, ko memang lagend la pul, kalau aku la, sure aku da terkulai kat katil, berair air mata da"- ujar samad lantas di sambut dengan anggukan kepala dari aku

"hahaha, der, korang da berkawan dengan aku dari sekolah rendah, 18 tahun da kite kenal, pernah korang tgk aku sedih?pernah korang tengok aku tak dapat ape yang aku nak?"



betol, memang die selalu dapat ape yang die inginkan sejak dari dulu. hidup dalam keluarga yang kaya memudahkan beliau memperolehi segala apa yang beliau ingini. hidup beliau mmg dari dulu, di penuhi dengan gelak tawa. sedih? memang takde la.


"ilya dulu pon aku yang dapat walaupon aku paling tak emsem. hahahaha" sambung saiful lagi


*******


"der,meh aku nak cakap,sejak dari aku kecil der, Allah tak pernah kecewakan aku. segala macam bende Allah beri pada aku. Allah beri aku keluarga,bagi aku kembar 2 orang ni, macam2 lagi. 24 tahun der Allah tak pernah hampakan aku, takkan la dengan ujian yang macam ni aku nak sedih2, nangis2 macam la selamani aku tak pernah hidup bahagia kan?ujian yang macam ni belum dapat memadamkan nikmat yang Allah bagi kat aku walaupon sikit tau. so knp aku nak kene sedih?"


mata aku da mula digenangi air mata. "member aku yang seorang ni memang kental" ujar aku di dalam hati saat mataku memandang mata beliau yang agak kekuningan akibat kenser


" korang pernag tengok kal ho naa ho kan?" soal saiful lagi

" pernah la derr" - jawab samad

" kan shahrukkan kate, ketawala, gembira la, kerana mungkin, esok tiada lagi.hahaha" - ujar saiful


airmata aku memang tak dapat di tahan lagi, pelahan air mata mengalir di pipi aku.

" ko ni memang ati lembut la naz " -

" korang, if nanti aku da tak ada, korang kene janji dengan aku, jangan tinggal solat.aku tau korang kaki tinggal solat subuh kan?kan?hahah janji tau"


aku dan samad sekadar mengangguk. "ko memang sahabat la pul, ko memang betul2 sahabat"

malam itu terus berlalu. aku dan samad sama2 menemani saiful tidur di hospital malam itu, banyak yang kami bualkan. macam tak jumpe bertahun2 lamanya.


*******

di saat aku menaip entry ni, saiful masih lagi di hospital, tiada apa yang mampu aku lakukan lagi melainkan memanjatkan doa kepada Allah agar memberikan yang terbaik kepada rakan karibku itu. amin~


p/s : aku terpaksa menggunakan kata ganti nama aku dan bukannya guwa seperti mana biasa untuk kesesuaian entry

67 comments:

NURUL AINI NORAZMAN on August 5, 2011 at 9:15 PM said...

aku pun menangis baca entri ni terutama kata2 kawan tu,. sgt menyentuh perasaan,.

NURUL AINI NORAZMAN on August 5, 2011 at 9:15 PM said...

aku pun menangis baca entri ni terutama kata2 kawan tu,. sgt menyentuh perasaan,.

♥NuR SyAFiQah♥ on August 5, 2011 at 9:20 PM said...

seriosly sedih wehh..nak menitik dah ni air mata aku...

kirim salam kt member ko tu..suruh dy banyak bersabar..tiap kejadian ade hikmahnye ;)

fika on August 5, 2011 at 9:23 PM said...

semoga saiful cepat sembuh dan sabar dengan dugaan Allah :)

Sunah Sakura on August 5, 2011 at 9:24 PM said...

ang buat ceq nanges nooo...

moga dipermudahkan urusan saiful n keluarga dia... ang pun kuat la k... doa banyak2 pada Allah... harapnya segalanya baik2 untuk dia...

maisarah sarah on August 5, 2011 at 9:26 PM said...

semoga dipermudahkan segalanya dan disihatkan dirinya dari sakit.amin...

miss epa on August 5, 2011 at 9:37 PM said...

semoga sahabat itu cepat sembuh.amin :)

sweet_sour on August 5, 2011 at 9:41 PM said...

ikhlas dari hati..korang sgt2 sweet..urm..hope ur friend tabah oke..

doa je la yg mampu org tlong.. :)
insya'Allah ada hikmah di sebalik semua tu..

Halimatun Sa'adiah on August 5, 2011 at 9:41 PM said...

sy tharu...arap die baek2 saja
kau sahabat kau teman, kalian bertiga
neh..

izfanora on August 5, 2011 at 9:48 PM said...

Ya Allah. anda sedang melalui kesedihan yang sama seperti izfa. seorg sahabat sedang berjuang untuk penyakitnya.

kita sama-sama doakan yang terbaik untuk mereka. semoga kesihatan dan kesejahteraan sentiasa bersama mereka. Amin.

NURUL NADIAH MAMAT on August 5, 2011 at 9:55 PM said...

tabahnya dia.....moga Allah memberkati dirinya....

ayanuts on August 5, 2011 at 10:00 PM said...

ni cerita betul ke????sedey..dah bertakung air mata ni..

Ujang9897 on August 5, 2011 at 10:09 PM said...

pergh....sadis dan kental member kau.,

wei kirim salam dkt member kau...smgt dia jer boleh lwn penyakit dia..

hana on August 5, 2011 at 10:12 PM said...

walawei..
kawan awak tu mmg kental abes..
serius sede ayat ni..
'sejak dari aku kecil der, Allah tak pernah kecewakan aku. segala macam bende Allah beri pada aku. Allah beri aku keluarga,bagi aku kembar 2 orang ni, macam2 lagi. 24 tahun der Allah tak pernah hampakan aku, takkan la dengan ujian yang macam ni aku nak sedih2, nangis2 macam la selamani aku tak pernah hidup bahagia kan?ujian yang macam ni belum dapat memadamkan nikmat yang Allah bagi kat aku walaupon sikit tau. so knp aku nak kene sedih?"

x terbayang kalau saya kat tempat dia..
semoga dia cepat sembuh..
ameen..

Nurasyiqin on August 5, 2011 at 10:17 PM said...

wah..tabahnyer dia..kalau cikin lah,mgkn depression kot..semoga hidup dia lebih bermakna lepas nih =)..krm salam kat saiful eh??=D

Faizal Fredley on August 5, 2011 at 10:27 PM said...

wooo....agak sedih gak weh...anyway aku doakan mmber ko sembuh dan dipermudahkan segala urusan...semoga Allah kuatkan hati dan tabah hadapi ujian nih....

kpah k-poh on August 5, 2011 at 10:37 PM said...

simpati...ketawa luaran..tapi di dalam hati...hanya Allah saja yg tahu...

adanhayad on August 5, 2011 at 10:41 PM said...

kental betul sahabat tu encik naz. kirim salam assalamualaikum kat die. paling tak bleh blah, die tak putus asa dgn nikmat ALLAH. semoge ALLAH berkati umur dan amalannye. amin.

LAUT CHINA SELATAN on August 5, 2011 at 10:45 PM said...

T_T

nurul nadia nasir on August 5, 2011 at 10:47 PM said...

semoga kawan awak saiful cepat sembuh yer :)

diana on August 5, 2011 at 10:59 PM said...

ceria je orang nya.
wajah yang ceria boleh jadi pengubat luka...:)

Rtp Farra Arisha on August 5, 2011 at 11:00 PM said...

ya ampunnnnnnnnnnnnn!! i read the words one by one. terharunya baca kisah tiga org sahabat sejati nii.
see, friends are easy to find, but loyal friends are difficult to find in this life, but easy to find if we put more efforts on that matter. what can i say is the three of u are really teman sejati!! senang sama2, susah pun sama2. moga perhubungan kalian kekal selamanya.
mudah2an beliau diberikan kesembuhan dan tabah menghadapi segala ujian. amin.
send my regards to him ya..

FarhanahAdzlan on August 5, 2011 at 11:06 PM said...

moga2 Allah merahmati spanjang hidupnya didunia..memang susah nak dpat kwan yg camtu yg sering mengingatkan kita kpda perkara yg baik..=)

bighagenjo on August 5, 2011 at 11:23 PM said...

<--mata dah berair baca ni.

susa nak dapat kawan sejati.
Nanti aku doakan sama yew tok si saiful (bukan nama sebenar).

Gila tabah dia ni.
Bila dia redho, terhapusla dosa2 dia selagi dia menanggung sakit dia.

:(

munira hashim on August 5, 2011 at 11:29 PM said...

sedihnye..muni mcm nak nanges daaa...waa T.T

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim on August 5, 2011 at 11:39 PM said...

Sedihnya. Betul apa yg Saiful ckp. Selama ni smue dia dpt, takkan ujian macam tu pun dia nk sedih. Dia mmg lain dari yg lain. Semoga dia terus tabah.

FasiHaH SupiaN on August 5, 2011 at 11:53 PM said...

bila melibatkan rasa hati, kata ganti nama aku tu rasa macam lebih sesuai dan senang untuk masuk dlm hati...

eiela on August 6, 2011 at 12:09 AM said...

semoga dia terus tabah dan kuat. bukan senang dia nak lalui tuh sebenarnya.

muhammad iqbal hakimi bin tahir on August 6, 2011 at 12:18 AM said...

kawan sejati susah nak cari,susah senang bersama =)

naz,aku doakan moge kawan ko sembuh atau makin baik insyaAllah..

Matahari on August 6, 2011 at 12:26 AM said...

Salam, saya tersentuh baca n3 ni. terus teringatkan arwah adik yg meninggal selepas seminggu masuk hospital beberapa tahun sudah..semoga kawan awak terus tabah.

cik-terompah on August 6, 2011 at 12:58 AM said...

moga beliau tabah :)

Tasha on August 6, 2011 at 5:40 AM said...

*nangis...

semoga dia & kamu tabah...semoga Allah lindungi dia~

Nur Aizureen Md Zahir on August 6, 2011 at 5:49 AM said...

assalamualaikum :)
hope insan yg sakit towh dipanjangkan umur + persahabatan tersebut kekal smpi bila2..aminn

HAZWAN17 on August 6, 2011 at 6:41 AM said...

sedih pulak aku baca kisah kau ni bro...sahabat sejati memang susah dicari..semoga kawan kau cepat sembuh..insyaAllah

FadzMeera on August 6, 2011 at 9:13 AM said...

paip kat mata nie bocor weh..
smoga saiful kuat mghadapi ujianNya

eyjalukman on August 6, 2011 at 9:38 AM said...

sedihnyee uncle naz . kesian dy . insyaAllah dy sembuh . berdoa lah pd Allah,lgi2 bulan ramadhan ni ;)

Cikgu Jaja™ on August 6, 2011 at 10:13 AM said...

itu namanya sahabat.. :) semoga saiful cepat sembuh. tp..kanser tahap berapa..biasanya kanser hati..hmmm susah nk habaq..

anyway, saiful pon hapy..kita kena terus bina positif.sbb kanser boleh diterapikan dgn sikap yg positif. try

A retarded kitty on August 6, 2011 at 11:02 AM said...

Amin.

semoga doa dikabulkan Allah

ira-yoshida on August 6, 2011 at 12:12 PM said...

banyak isi yang bole dapat dlm cite ni..

agak sedih =,=

Farah And The Fairy World on August 6, 2011 at 12:13 PM said...

pergh!!sedih giler citer ni...menyentak di hati nurani... insya allah member kamoo akn pulih..

~..Lesung Batu..~ on August 6, 2011 at 12:41 PM said...

sedihnya...T_T papepon ina mendoakan yang terbaik buat kawan naz tu.. semoga dia terus tabah menghadapi semua ini..

namaakulynn on August 6, 2011 at 12:58 PM said...

sedihhhhhh wehhhh.huhuhuhuh..apapunnn,doa semoga dia cepattt sembuh and tabah utk semua ni..insyaallah.. ;)

Qaseh dalia adelia on August 6, 2011 at 2:45 PM said...

hurm tenang je dia kan .. tapi kdg2 senyuman menutup duka , di hati dia siapalah yang tahu ..alhamdulillah dia masih boleh tersenyum...

doakan yg terbaik buat saiful...

Anonymous said...

Naz, bkn sng dpt shbt cam korang ni......Moga sahabat ko sentiasa dirahmati Allah & diberi kesembuhan...

MIMIE AIZA on August 6, 2011 at 11:25 PM said...

sgt tabah. kena tahu hidup kita mmg mencabar tp ada org lain dpt lagi mencabar

bLaCk | maWaR on August 7, 2011 at 1:29 AM said...

o sedeynya baca...

semoga digugurkan dosa-dosanya dlm dya melawan sakit...

semoga diberikan kekuatan menghadapi hari2 yg mendtg...

UNA budak BAEQ on August 7, 2011 at 6:49 AM said...

T____________T
kim salam samad ngan sepul




*ilya shazwani

sYafIk-wAy on August 7, 2011 at 12:32 PM said...

panjangkan lah umur nya , Ya Allah

yad'z on August 7, 2011 at 4:33 PM said...

doa lah untuk dia.. insya Allah.. takde penyakit yang tiada ubat.. kalau kehendakNya kawan ko akan sembuh.. Insya Allah.. kalau dia boleh tabah.. ko as friend kene bagi semangat,, jangan nangis depan die k..

Farhana Jafri on August 8, 2011 at 12:35 AM said...

melayan hindustan jgak ea.. kantoi.. tuk saiful, klau tmpat dy lbih baik brada di atas sna, relakan la dy pergi drpd hdup sngsara d dunia :')

Hanis Azla on August 8, 2011 at 10:41 AM said...

bergenang airmata akak baca entry ni.. semoga Allah panjangkan umurnya.. teringat kisah arwah atuk saudara yg baru 2 bulan meninggal akibat kanser hati.. katanya, buat apa dia nak sedih dan down sgt bila tahu dia ada penyakit tu.. klu tak kena kanser hati, jatuh motor langgar lubang pun boleh mati juga.. kata2nya buatkan org keliling rasa lebih kuat menyokongnya..

Megat Ash Burn on August 8, 2011 at 11:28 AM said...

nice story... aku baca enrty ni pom.. mengenang air mata aku... sbb aku tahu ada kawan karib cm ko ader... :D semoga allah beri yg terbaik untuk saiful.. amin

Eazy Izzuddin on August 8, 2011 at 1:46 PM said...

menyentuh hatiku...

huk2

iejjah on August 8, 2011 at 1:52 PM said...

sedih plak ble bce entry nie....moga kawan naz dpermudahkan segalanya :}

mynameismy on August 8, 2011 at 3:14 PM said...

sedihnyeeee....T_T

hrp2 die sembohhhhh!

Hafidzah Hafidz on August 8, 2011 at 11:35 PM said...

sabar banyak2 ye abg naz....sahabat yang kita rapat memang kita anggap macam kembar, adek beradik kita..sabar taw, fyza doakan kawan abg naz tu sehat, sentiasa bersemangat balik ye..insyaAllah..org sakit kita kena bagi dye sentiasa happy

Heidi Shafiq on August 9, 2011 at 5:42 AM said...

T____T

Anonymous said...

assalamualaikum.. entry nie memang menyayat hati tapi saya tak sedih malah tiada apa pun yang sedih untuk di tangiskan. sesungguhnya dia insan bertuah yang terpilih dalam berjuta-juta manusia di muka bumi nie. mungkin pada semua orang penyakit dia umpama bencana besar yang menghancurkan dia tapi pada saya, penyakit dia adalah hadiah yang bernilai yang Allah bagi. dari dia kecil sampai besar semua dia dapat. insya allah impian dia untuk masuk syurga pon ada tertunai dan itulah hikmah yang dia dapat di sebalik penyakit dia tue. penyakit tue adalah salah satu cara Allah menghapuskan dosa-dosa dia.. mungkin rasa pedih di hati bila kita fikir kita akan hilang org yang kita sayang tapi positif thinking. insya Allah, Allah akan terus beri yang terbaik pada dia. jadi kita doa sama-sama supaya dia dapat apa yang terbaik dalam hidup dia. insya Allah.

Bella Bell on August 9, 2011 at 8:31 PM said...

semoga dia cepat sembuh.. sama2 la kita berdoa.. aminnn..


serius kawan ko tu sangat tabah.. kim salam kat dia :)

FarhanaLicious on August 9, 2011 at 9:08 PM said...

sedih nya. harap dia boleh tabah, mana tau dengan izin Nya, boleh sembuh.

fantagiro comel on August 10, 2011 at 10:12 AM said...

salam...hazwan sy dulu ada gak sorg kawan sakit barah hati tp nw alhamdulillah dah pulih... dia makan ubat kanser hati al-jabar. yg biasa keluar kat tv tu...masa sy mula2 kerja dulu kwn sy tu tiap2 bln mesti buat chekup d hospital n kdg2 demam lah n macm2 lg tp selepas dia amalkan mkn produk aljabbar tu alhamdulillah dgn izin allah dia sembuh n nw hanya 1 tahun sekali jer pg chekup.cubalah mana tahukan...n yg paling pntg banyakkan bdoa dan bermunajat dgn allah smg kawan tu direzkikan kesembuhan oleh allah. salam

aanie on August 10, 2011 at 10:46 AM said...

mmg kental sungguh jiwa dia...jarang org sakit macam ni...kita yg sakit sikit pun dah maratap bagai...semoga Allah memberikan yg terbaik utk sahabat....

qasehraihan on August 10, 2011 at 6:46 PM said...

nak tahu pkbgn kawan naz tu..
dh bc entry ni awal2 ag ms link kat fb ritu..tp xkomen pun..sori geng..

CikGu Ma on August 11, 2011 at 8:59 PM said...

berkasih pada yang Satu, bersahabat carilah yang bermutu..moga ukhwah kalian sentiasa diredhai Tuhan (",)

Kakkoii on August 12, 2011 at 12:28 AM said...

ini lah namanya sahabat sejati... terharu seh~

Cahaya Mata @ Nurul Are Inn on August 12, 2011 at 8:41 AM said...

sayu je baca entry ne..
br la shbat dunia & akhirat..:)

akilDAXemoMACHO on August 25, 2011 at 9:41 PM said...

serius sayu bro.. kita doakan yg terbaik kat sahabat tuh ye? ko jgn lah sedih2. kena kuat mcm dia. owret?

 

Designed by #