Thursday, May 5, 2011

sapa tak baca rugi : BUKAN MUDAH UNTUK MEMAHAMI =(

seperti kebiasaanya, di kala malam begini, guwa mengambil keputusan berblogwalking di blog rakan2:DD gua kekadang berjalan2 di blog rakan2 baru yang baru aje mula berblog, bagi semanggat wei, yang da follower beribu, nanti guwa jalan jugak. pelan2 ea:DD haha


tiba2 guwa tersinggah di blog sahabat lama guwa, rakan sekolej guwa di kolej dulu, beliau mmg just nice, bila mengayat dan perpuisi mmg takde orang boleh lawan derr, so selak2 guwa jumpe la puisi ke sajak ntah ni, guwa rase mmg nice, kompem die buat sendiri ni, berikot adelah bicara hari beliau :



BUKAN MUDAH MEMAHAMI DEFINISI MEMAHAMI
APATAH LAGI MENGINTEPRETASI FRASA SALING MEMAHAMI

MEMAHAMI ITU MAFHUMNYA PENGORBANAN
PENGORBANAN YANG TAK TERLIHATKAN
SALING MEMAHAMI ITU IRONINYA TANPA BALASAN
BALASAN YANG SEBENARNYA SANGAT DIHARAPKAN

WALAU BEZA-BEZA KEPALA DAN JIWA
TETAP MASIH SAMA-SAMA MANUSIA
TEMBUNGKANLAH TITIK MEKANISME TAWAZUN INSANI

WALAU BEZA-BEZA USIA DAN CERITERA
MASIH TETAP SAMA-SAMA MANUSIA
TEMUKANLAH NILAI NURANI BUKAN EGOIS ANANI

"PERNAHKAH KAU RASAI
KENDATI SEDIKIT USAHA MEMAHAMI
SUDAH CUKUP MENENTERAM HATI?"
SESUNGGUHNYA
USAHA MEMAHAMI ITU AMAT DIHARGAI.

ADAKALANYA
ADA YANG DITAKDIRKAN UNTUK TAKKAN MEMAHAMI
TIADA JUGA USAHA UNTUK CUBA FAHAM MEMAHAMI
PABILA BEGINI
HANYA SABAR MENJADI SOLUSI
KERANA ADAKAH ADA SOLUSI LAIN SELAIN KESABARAN HATI?
BERSABARLAH DAN BERSABAR LAGI.


guane?nicekan? buat sendiri tu derr, lu orang boleh buat??:DD jom bace lagi entry2 nice beliau di blog :: diariista ::

klik untuk ke blog beliau : ISTAJIB MOKHTAR

p/s : beliau adelah penerima ANUGERAH DIRAJA UM 2009 KOT. lu orang ade member power camni??:P

31 comments:

eyjalukman on May 4, 2011 at 9:51 PM said...

fuhh !
bila uncle naz nk buat puisi cmni plak ?
haha;D

Miza Yusof on May 4, 2011 at 9:51 PM said...

nice ! nak pi terjah sat :)



Jemput ke:
1. Blog Miza Yusof
2. Miza Yusof & Photo Blog

UNA budak BAEQ on May 4, 2011 at 9:56 PM said...

gurindam aku rasa . ngehngeh
terjah terjah.

*bila nak review belog aku abang nsem lagi macho macam mawi ? *kipas kipas*

nuyui a.k.a miss NUSHA on May 4, 2011 at 9:57 PM said...

waaaa,ape lg,sgghle ke blog sy yg baru bermula ini... =)

najihah sahami on May 4, 2011 at 10:00 PM said...

wah!!mabeles!! sepatah pun xpaham. kena ulang 2 3 4 ploh kali baru paham ni. huhu

MR. SYAH on May 4, 2011 at 10:02 PM said...

wah power tu..
mmg terbaiklah ayat2 dia..

FariehanIbrahim [LBC] on May 4, 2011 at 10:14 PM said...

sgt nice!
dlm makna nye tuuu..;D

sarah-najwan on May 4, 2011 at 10:16 PM said...

setiap rangkap menampilkan maksud yg tersirat dan utk dijadikan persoalan, nilai dan pengajaran kepada pembaca..

:)

FasiHaH SupiaN on May 4, 2011 at 10:27 PM said...

hebat uh kawan hang naz.....

yad'z on May 4, 2011 at 10:37 PM said...

haha.. ingatkan naz buat tadi.... huhuh

Siti Mashitah Saidin on May 4, 2011 at 10:46 PM said...

wua.. bahasanya sungguh-sungguh terbaik la!

najwa's on May 4, 2011 at 11:23 PM said...

mak ai, puitis sungguh~
tak tercapai akalku. :)

jom terjah..

Rozuan Ismail on May 4, 2011 at 11:25 PM said...

bahasa dia sangat tinggi.sekali baca memang tak faham.memang aku bukan otak sastera.

istajib on May 4, 2011 at 11:27 PM said...

Naz, anugerah tu tahun 2008 lor...
*malu la blog abg hidup segan mati tak mau!

S..U..D..@..I..S on May 4, 2011 at 11:45 PM said...

bahasa indah mudah memahami..
tak tersangkut lidah bila membacanya...

aku tak da lg kawan camni....

Puteri Iqa Izyan on May 5, 2011 at 12:04 AM said...

den tak dapet nk bace habis.
den tak bapo minat ngn puisi.

ngeh3..

tapi ayat2 tuh mmg kene faham betul ^_^

muhammad iqbal hakimi bin tahir on May 5, 2011 at 1:35 AM said...

gua bangge ada member yang member dia adalah penermia anugerah diraja um 2009...haha

sarah mohamad on May 5, 2011 at 7:07 AM said...

fuhh! bahasa berpujangga betul. jom terjah blog diaaaa :) hiks

mynameismy on May 5, 2011 at 8:32 AM said...

isi y mendalam hehe

bile nk jengah ke belog My plak nih...;)

Sunah Mohammad on May 5, 2011 at 11:27 AM said...

fuhhh~ bahasa falsafah!

budak ice on May 5, 2011 at 11:39 AM said...

faham faham faham ;)

lalink7 on May 5, 2011 at 12:21 PM said...

hebatnye kata2 diaa..takjub seketika..

... on May 5, 2011 at 2:02 PM said...

as salam..
mak aih. garapan yang cantik

>_<

suka..fahama apa yang dia cuba samapaikan..wwWOW!

Solihin Zubir on May 5, 2011 at 2:06 PM said...

tersangat puitis smpai aku tak paham.. haha..

mashi on May 5, 2011 at 4:11 PM said...

blogwalking gak..
visit me
http://transparent-mashi.blogspot.com/2011/05/hari-ni-nak-jejalan-banyak-blogwalking.html

HAJAR hasan on May 6, 2011 at 1:30 AM said...

ni kes promote kawan lah ni. ke kes kau bangga ada kawan mcm ni. err.. btw, deep meaning. and nice gilerrr!! salute lah sama dia. ;)

A retarded kitty on May 6, 2011 at 2:52 PM said...

aku takde kawan yang pandai bermetafora macam hang. Tapi diorang tetap kawan aku.
kekeke

senyum manis on May 7, 2011 at 1:45 AM said...

bole x tlg jelas kan mksud puisi tu...sya paham ayat last tu ja...bersabar dan trus basar






~sggah lah ke blog sya yg bru wujuh ni(@_@)

vampire's lovex on May 9, 2011 at 3:52 AM said...

naisss...


x blahhh..bangga kemain ada member hebat..hahaha..

Isteri Encek Bard on May 9, 2011 at 12:56 PM said...

uhuuu sedap ayat-ayat beliau

pandangkedepan on May 25, 2011 at 12:52 PM said...

puisi yang membuat kan hati terpuis-puis..terbaik...:P

 

Designed by #