Thursday, May 12, 2011

MESTI BACA : kalaulah RASULULLAH tiba-tiba muncul dihadapan rumah kita.

NI hanyalah satu muhasabah bukan realiti dan harap ia tidak menjadi kontroversi. Bayangkan apabila Rasulullah dengan izin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita.


Ketika itu Baginda datang dengan tersenyum dan muka yang berseri-seri di hadapan pintu rumah we all. Apa yang akan we all buat la agak2nye? Mesti kita menjadi sangat terkejut, memeluknya erat-erat lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu. Kemudian kita tentunya akan meminta agar Rasulullah sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Tapi barangkali kita meminta Rasulullah menunggu sebentar di depan pintu kerana teringat VCD 18+ atau lukisan wanita separuh bogel yang melekat di ruang tamu kita sehingga kita terpaksa memindahkan semuanya ke belakang dengan tergesa-gesa kemudian menggantikan khat nama Allah dan Muhammad yang tersimpan dalam almari dan kita meletakkannya di ruang tamu.


Apa agaknya Rasulullah katakan jika baginda tahu semua itu? Bagaimana pula jika Rasulullah bersedia menginap di rumah kita? Barangkali kita menjadi malu kerana tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah s.a.w, keluarga dan sahabatnya. Kita terpaksa menukar ruang tamu menjadi ruangan solat, malah segera mencari pakaian solat, kopiah, serban dan al-Quran. Manakala bagi anak isteri, kita terus belikan pakaian menutup aurat demi menutup malu selama ini kita berpakaian tidak menutup aurat .


Apa agaknya rasa Nabi dengan perlakuan dan lakonan kita itu? Belum lagi koleksi buku-buku, kaset dan karaoke kita. Ke mana kita harus menyingkirkan semua koleksi itu demi menghormati junjungan kita? Sudah tentu kita menjadi malu kerana kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berkumandang. Kita juga pasti malu kerana pada waktu Maghrib keluarga kita masih sibuk di depan televisyen. Kita hanya menghabiskan hampir seluruh waktu untuk mencari kesenangan duniawi. Sudah tentu juga kita berasa malu kerana keluarga kita tidak pernah menunaikan solat sunat, sangat jarang membaca al-Quran dan tidak mengenal jiran tetangga kita.Sudah tentu kita malu jika Rasulullah menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita.



Justeru, bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan Nabi kita itu dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati, kita menolak kunjungan baginda kerana hal itu akan sangat membuat kita segan dan malu. Maafkan kami ya Rasulullah.


Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah. Itu belum lagi kalau hendak kira cara kita mencari duit, membina keluarga, cara kita berpolitik, berniaga dan segala perlakuan kita yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Layakkah kita bergelar umat Muhammad, dan layakkah kita mendapat syafaat Nabi di hari akhirat nanti?


sebarkan artikel dengan menekan butang like~ :)

sekian

37 comments:

iniialahaku on May 12, 2011 at 1:55 PM said...

tak mampu aku nk ckap pa pe....

syuwai on May 12, 2011 at 1:57 PM said...

marilah kita sama-sama berasa malu..

kalau perasaan malu tu tiada, pergilah periksa balik tahap iman kamu.. mengucaplah balik X___X

Pijahh' de-Arr on May 12, 2011 at 2:01 PM said...

uhuhkk..~~

nairaariaa on May 12, 2011 at 2:05 PM said...

tktnye...byk persediaan...entry ni buat sy terpikir...tq

Lydia Miza(Aidyl Azim) on May 12, 2011 at 2:14 PM said...

hurmm ....rasulullah pasti sedih umatnya semakin jauh terpesong

Maya Mayana on May 12, 2011 at 2:34 PM said...

suka entry sebegini,kdg2 bila berblog pun boleh mengumpul dosa...kalaulah n3 kita itu menjurus ke arah saham neraka...berapa ramai yg baca n tumpang seronok dan tolong sebar maka berbukit-bukit saham neraka kita yg dapat...harap2 kita menjadi mukmin yang terbaik...Amin...

sarah-najwan on May 12, 2011 at 2:50 PM said...

buat renungan dan ingatan utk kita semua..:)

rara pinkmafia on May 12, 2011 at 3:32 PM said...

ya,betul kata2 komen2 kt atas.buat rara terfikir jugak.

azraftarmizi's blog on May 12, 2011 at 3:33 PM said...

nice share..

Hansyitake~ on May 12, 2011 at 3:35 PM said...

mekaseh sb tolong buka minda naz..
hopefully, dgn artikel ini, hrp2 kita dpt muhasabah n make a move.. :)

si cokelattte on May 12, 2011 at 3:48 PM said...

huh.. nice one.. love it.

Sunah Mohammad on May 12, 2011 at 3:53 PM said...

astaghfirullah...ceq malu dengan Rasulullah...T_T

Syat0za Zai on May 12, 2011 at 3:55 PM said...

renung2kan :(

Nurul Ashikin on May 12, 2011 at 4:10 PM said...

sya cuma nak ckp.. sy suka entry nie~ memberi kesedaran kpd sy.

NadiRah on May 12, 2011 at 4:22 PM said...

nice entry.. ^^
mengingati sesama kita...

miss epa on May 12, 2011 at 7:00 PM said...

touching bila bca entry ni.cam nk ngis.huu.

Amalina Jo on May 12, 2011 at 7:12 PM said...

*diam

nur aisya humaira on May 12, 2011 at 7:25 PM said...

Kalau laa betul, betapa Rasul ALLAH ini akan sedih melihat umatnye kini... Jauh dari sunnah & ALquran yg ditinggalkn...

Allahuakbar...

eyjalukman on May 12, 2011 at 7:54 PM said...

nice entry .
haahkan , tibe2 terfikir jugak .
betapa malunya dengan Rasulullah klu Baginda melihat umat sekarng .

Syafiq Rosli on May 12, 2011 at 8:17 PM said...

aku insaf dgn entri ini..

Puteri Iqa Izyan on May 12, 2011 at 8:27 PM said...

tadi igtkan nk komen. tp siyes xtau nk komen ape.

den rase terkedu kalau betul2 terjadi.dr bace ni pun den tau betapa lemahnya den T__T

yad'z on May 12, 2011 at 9:01 PM said...

T_T... hari tu gi pwtc, ditanyakan soalan apa nak cakap kalau diberi seminit untuk bercakap dengan rasulullah... aku terdiamm... T_T

misyamissyou on May 12, 2011 at 9:08 PM said...

mmg sangat malu kalau betul2 terjadi..suke entri ni..

sha on May 12, 2011 at 9:38 PM said...

Suka entri ni...membayangkan~

najihah sahami on May 12, 2011 at 10:04 PM said...

pergh!!rengungan terbaik ah!!

nice2!

fierapirot on May 12, 2011 at 10:36 PM said...

ermmm..malunye dgn Rasulullah..nice entry..=)

Piah Becok on May 12, 2011 at 10:36 PM said...

huk huk sentap. mintak nak share boleh?

terbaru:
1. BENARKAN AKU JADI JAKUN SEKETIKA
2. Sungguh!!! Banyak Ragam Diorang Nihh
3. JANGAN KACAU LAH!!!! ngantok nih
4. day one : 10 things about you

muhammad iqbal hakimi bin tahir on May 12, 2011 at 10:45 PM said...

untuk renungan bersama =)

wanda arry on May 12, 2011 at 11:03 PM said...

nice artikel la Naz

udin on May 13, 2011 at 12:48 AM said...

nice entry bro.. peringatan utk kita semuaa.. :)

darkbatman on May 13, 2011 at 1:16 AM said...

terkedu sejuta bahasa..

nis humairah on May 13, 2011 at 1:41 AM said...

maluu :(

me | is | aku on May 13, 2011 at 1:56 AM said...

:'D

Anonymous said...

tak cukup kuat pengisian dakwah..belom mampu mngoncangkn imam anak muda.teruskan usaha..

biruMerah on June 3, 2011 at 9:05 PM said...

urm...bgos ek entri2 cm nie sejuk mate haqu bace.. :) syabass beteii

biruMerah on June 3, 2011 at 9:05 PM said...

urm...bgos ek entri2 cm nie sejuk mate haqu bace.. :) syabass beteii

sukasuki on June 19, 2011 at 5:02 PM said...

begitu menginsafkan. sekarang umat Muhammad lalai dengan tanggungjawab sebagai Muslim.

 

Designed by #