sekiranya ditanya, filem ape yang den amat nantikan tayangannya tahun ini, udah pasti den menjawab : HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (THE MALAY CHRONICLES)
keghairahan den untuk menonton filem terbitan KRU production ini jauh melangkai keghairahan utk menonton filem TRANSFORMER 3.hehe kenapa?byk sebabnya. salah satunya?? ade dalam petikan akhbar dibawah :
KUALA LUMPUR 20 Feb. - Walaupun hanya lapan minit daripada satu jam 50 minit sedutan aksi-aksi menarik filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) ditayangkan ketika di European Film Market, Berlin, baru-baru ini, ia telah berjaya menarik sebanyak 25 buah negara untuk mendapatkan hak pengedaran filem tersebut.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim, antara negara yang bersetuju untuk membeli hak pengedaran filem HMM ialah United Kingdom, Perancis, Jerman, Rusia dan negara Asia Barat.- sumber UTUSAN UMNO
petikan akhbar berikot menjadi salah satu sebab keghairahan untuk menonton filem tersebot telahhampir mencapai taham orgasm!!<--ayat hamzah ian ngan ujang ni. mane taknyer, byk mane sgtla filem tempatan kite yang mampu menarik minat negara2 asing ni. cu citer??

Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2. Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.
Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.
Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?
Hikayat Merong Mahawangsa dibawah arahan Yusry Abdul Halim yang telah membawa pelbagai kelainan dan pencetus penggunaan teknologi CGI di Malaysia dalam setiap filem arahannya. Filem ini turut menggunakan barisan kumpulan seni mempertahankan diri yang berpengalaman dibawah bimbingan Chan Man Cheng. Beliau pernah terlibat didalam kapasiti yang sama bagi filem – filem blockbuster antarabangsa antaranya Hellboy 2, Rush Hour dan Police Story.
Filem ini menelan belanja RM8juta yang sekaligus menobatkannya sebagai filem termahal dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini dan kedua termahal dalam sejarah industri perfileman tempatan selepas filem Puteri Gunung Ledang. Namun ini tidak bermakna ianya kurang dari segi kualiti berbanding dengan Puteri Gunung Ledang kerana KRU Studios percaya bahawa penjimatan kos dapat dibuat melalui penggunaan teknologi CGI. Dengan adanya CGI,penyediaan set tidak perlu menelan belanja yang sangat besar. Hanya prop dan set utama dibina seperti empat (4) buah kapal, perkampungan Melayu pada kurun ke-2, pelabuhan kapal, set gambaran Istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India.
penutup : filem ini akan di tayangkan bermula 10 MAC 2011 di semua pawagam seluruh malaysia. ade sape2 nak jadi den punyer partner p gk citer ni???sila taip saya nak!!hahaha (abes mengamuk firzah ngn aku)
entry copy paste camni adelah salah satu cara mengatasi masalah ketiadaan idea.hahah


25 comments:
saya nak...hahahahaahahaha tapi nak tiket free je..den nak g ngan orang len..t kang den kene balun kalau g ngan ekau......
8 minit leh tarik minat negara luar?? macam mantop jer!.. kne tengok2 gak ni
huwahaha.takooott bine ker der...?
kemain kocik ko tuleh nme die.huwahahaa
tgk iklan tu mcm nmpk kelazz..
salu buah tgk kru ni..mmg hebat..
wait n see aje..tapi akak xle see kat panggung..anak4 xde sapa nk jago..ekekek
aku mcm suke cite nie..,
wei kau nk kutuk aku ade pulak bahan kan....
nanti aku buat dialog pasal kau
KRU mmg slalu brani buat bnda2 gini kan..bgs la
aku SUKA~!!
BOO NYAH NAZ~! NYIAHAHAHAA~!
xsabar nak tunggu filem ni release. hehe..
kru memang mantop!!
dah lame tunggu! tak sbrnye nak tgk. jom2 tgk ramai2 ^^
aku dah tgk trailer die..perghh, mmg nmpak best...tak saba nk tgk
tak sabar.. tak sabar.. kru buat cerita banyak best2 heee
mcm best!!
ohooo,nmpk word kcik dbwh..kn kn..klu xde idea wt cmni la kn..huhu
Pengarah yang kreatif dan unik..
macam best tengok poster
utusan umno?? perlu ke?? kah3.. apa2pun citer ni mmg gempaq.. perlu tengik nih.. hehehe..
Gempak woo KRU, rm 8 juta ?
dorg berlakon kat besut ni..haha
x sabar nak tgk filem ni...excited woo..
x sabar nak tgk cite nih. sejak tgk dianya 'teaser' kat magika dulu lagi. cepat la tayang weih .. smntara aku tgh berkobar-kobar nih.
yep, tak sabar nak tengok, dah tengok preview kt u tube, nampaknya sgt mengujakan...
MHH.... epik klasik... filim kru setakat neih tak de lah menghampakn sangat sampai kecewa guling2... hehehe... hope bestt..
yeah cerita yg amat ditunggu. baik english atau malayversion. best
haa, ari tu sye ade tgk iklan movie tu before tgk movie faster.. serius! mmg mantap! 10 Mac kn, nk tgk la ;)
gilo mereng dia ni..haha
tp ok der..
SAYA NAK!!
hehe...nk tgk ngn dahling husband nnt..hehe
caya lah.!!!
aku sokong!! ^_^
Post a Comment