Wednesday, February 16, 2011

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

JANGAN SEKADAR BIBIR MENYATAKAN CINTA, TP HAPE PON TAK TAU PASAL BAGINDA RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH SAW
  1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun
  3. gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
  4. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
  5. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  6. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
  7. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  8. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  9. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
  • Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)
  • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
  • Dikota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
  • Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ ,jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun.
  • Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
  • Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..
USIA 25 TAHUN
  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
  • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
  • Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
  • Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
  • Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
  • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemanioleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
  • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
  1. Khadijah Binti Khuwailid
  2. Saudah Binti Zam’ah
  3. ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
  4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
  5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
  6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
  7. Zainab Binti Jahsy
  8. Maimunah Binti Harith
  9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
  10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
  1. Qasim
  2. Abdullah
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqaiyah
  6. Ummi Kalthum
  7. Fatimah Al-Zahra’
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
  1. Thuwaibah
  2. Hamzah
  3. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
  4. Halimah Al-Saidiyyah
  5. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
  6. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
  7. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
  8. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
  1. Al-Harith
  2. Muqawwam
  3. Zubair
  4. Hamzah ***
  5. Al-’Abbas ***
  6. Abu Talib
  7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
  8. Abdul Ka’bah
  9. Hijl
  10. Dhirar
  11. Umaimah
  12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
  13. ‘Atiqah ##
  14. Arwa ##
  15. Umaimah
  16. Barrah
  17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam. ## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

p/s : entry ni den copy dari seorg blogger.tp link die hilang la pulak, kepada blogger berkenaan, andai saudara/saudari membaca, sila komen yer.hehe tq:)

31 comments:

Sunah Mohammad on February 15, 2011 at 9:45 PM said...

Salam Maulidur Rasul Ir~

Sollu..Sollu..Sollu..
Sunnah Muhammad s.a.w

missfieza_1525 on February 15, 2011 at 9:45 PM said...
This comment has been removed by the author.
farhaniza azman on February 15, 2011 at 9:46 PM said...

Alhamdulillah~ ni mesti kau baru lepas study kitab sekolah agame kan? heeee.... sejuk perut ibu ngandung...

missfieza_1525 on February 15, 2011 at 9:46 PM said...

nice entry..salam Maulidur Rasul..^_^'

niesz on February 15, 2011 at 9:48 PM said...

nabi muhammad my idol forever..missed him..jom same2 kite berselawat ke ats junjungn nabi.. :)

slm maulidur rasul..

Woofer Storm on February 15, 2011 at 10:00 PM said...

slm..entry best ni,thank atas infonya.
slm maulidur rasul

Hafizuddin Jasmi on February 15, 2011 at 10:00 PM said...

wahhh..nice info.
Semoga kita mengingati Rasulullah S.A.W. kerana baginda tak pernah lupa akan umatnya sehingga ke hembusan nafas terakhir-Umatku,umatku,umatku..
Siapa yg rindu tu boleh la dengar lagu Pemergianmu-inteam.insyaALLAH boleh nangis kalau dgar :]

OrenLimau on February 15, 2011 at 10:25 PM said...

Salam maulidur rasul! :)

Murabbi on February 15, 2011 at 10:28 PM said...

selalu terlupa nama anak2 Rasulullah saw.. yg paling ingat qassim.. :)




kau pergi dahulu

Sharifah nor on February 15, 2011 at 10:40 PM said...

boleh juga refresh memori..

sarah-najwan on February 15, 2011 at 10:42 PM said...

selawat ke atas junjungan besar
nabi muhammad (saw)

tahniah nazirul krn usaha kamu menitipkan sejarah junjungan besar kita..tahniah!!!

zmah on February 15, 2011 at 10:43 PM said...

TAHNIAH,satu perkongsian yang baik.

qasehraihan on February 15, 2011 at 10:51 PM said...

awak skolah naim al-banat ke dlu??

penympaian yg sangat baik..
patut br buat entry..lama beno g nuntut nih..hehe

MIMIE AIZA on February 15, 2011 at 11:10 PM said...

ooo tang2 ni hang tak ingat dia punya link ehhhh...

salam maulidur rasul encik nazhaz

Solihin Zubir on February 16, 2011 at 12:06 AM said...

selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..
Salam Maulidur Rasul Naz!

najihah sahami on February 16, 2011 at 1:37 AM said...

naz!!thanx..perfect punye sejarah tentang junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w ni..

qasehraihan on February 16, 2011 at 5:27 AM said...

ujang cakap naz tamak haloba..haha

baca entry ni

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/02/tamak-ke-terlalu-cerewet.html

tia on February 16, 2011 at 9:44 AM said...

entry paling terbaik. bole gitu ? hihi! ;)

Ujang9897 on February 16, 2011 at 10:57 AM said...

i like

misza on February 16, 2011 at 12:17 PM said...

nak copy entry ni. simpan kat my doc jer.tq :)

... on February 16, 2011 at 2:38 PM said...

as salam..
i pun like juga?
eh? entri geng tanpanama ni? huhu..mana dapat link tu?

apa2 pun, meh baca kat
link ni.lebih kurang je ;)

hahh?? jumpa Rasulullah S.A.W?? BIAR BETUL???

http://fadzli-rt.blogspot.com/

d_tieah on February 16, 2011 at 3:03 PM said...

20 April tu dah dekat2 sgt dgn 17 April..
Huhuhu..
Btw, salam maulidur rasul..


Entry Terbaru : Ketahui Gred Untuk Url Blog Anda

Zuewairy on February 16, 2011 at 3:29 PM said...

good sharing:)

Hansyirah Takezur on February 16, 2011 at 6:11 PM said...

nice info der!
smoga kita mnjadi umat yg sntiasa mencintai Allah & Rasulullah s.a.w..
Amiin~ :)

MAPPIAU on February 16, 2011 at 6:47 PM said...

wohaaa complete sume eh, mokacihhhh hehehe

salam maulidur rasul yo hehehe

Hafriz Mohamad on February 16, 2011 at 8:31 PM said...

Nice sharing...
selagi entri ni org bace, slagi tu dpt pahala..

salam maulidur rasul 1423H. ^_^

Izamir Ridzwan on February 16, 2011 at 9:11 PM said...

IR check xde pon..

... on February 17, 2011 at 10:58 AM said...

as salam..
ingat2 lupa sumber asalnya.
terima kasih kepada

geng2 tanpanama


http://groups.yahoo.com/group/ibu/message/8154

sitinurfatimah on February 17, 2011 at 11:43 AM said...

mohon share..=0

Puteri Iqa Izyan on February 17, 2011 at 3:27 PM said...

Alhamdulillah NZa...
thanks 4 sharing.

ni kalau ade prang search psl salasilah Rasullah SAW pasni, insyaAllah boleh sme2 tau :))

Adzriel AB on February 18, 2011 at 8:45 AM said...

manusia adalah ciptaan Allah yang paling cantik. kalau bertudung mesti lagi cantik..kan..kan...

 

Designed by #