Tuesday, January 18, 2011

review dan kutipan terkini filem khurafat

newly update on 25/1/2011:

" Kutipan hampir RM4 juta itu dibuat melalui 68 panggung dan beberapa panggung bebas di seluruh negara. Memang jangkaan awal kami di Skop Productions, Khurafat boleh dapat sekitar RM4 juta tapi melihat sambutan hangat yang terus diberikan ketika ini, kutipan Khurafat boleh mencecah sehingga RM6 juta, Insya-Allah " - sumber


post asal :

"Setelah empat hari ditayangkan dipawagam, filem KHURAFAT telah mengutip sebanyak 2.5 juta dari hari pertama tayangan sehingga semalam (Ahad). Ini boleh dikatakan satu kutipan yang banyak dalam tempoh yang singkat. Dengar cerita dari hari pertama tayangan pawagam semua "Full House" - Tupai website"

penyampai radio hotfm, AG dan FBI juga menyatakan mengenai perkara yang sama pagi tadi. malah, mereka juga mengatakan, berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, kutipan pada hari pertama filem khurafat mencecah rm 1 juta. fergh!! best giler ke citer ni?



review filem khurafat dari harian metro :

1. saya sukakan 'twisted plot' yang Syamsul rancangkan untuk filem ini.

2. Konsep penamatnya seperti sebuah filem Hollywood yang mungkin pernah anda tengok sebelum ini. Namun ia berjaya diolah bagi disesuaikan dengan jalan cerita Khurafat yang turut dilakonkan Sabrina Ali, Liyana Jasmay, Salina Saibi dan Fauziah Nawi.

3. Saya suka dengan paparan lembaga hantunya yang tidak terlalu jelas dengan solekan mata merah biji saga. Ia lebih menakutkan berbanding kebanyakan filem seram kita kebelakangan ini. Kesan bunyi dan muzik filem ini juga mantap.

4. beberapa kelemahan kecil terlihat seperti dialog Pak Imam dalam keadaan biasa pun masih seperti orang berkhutbah.

5.sejak dulu lagi, susun dialog pelakon dalam filem Skop Productions agak 'rigid' dan selalu terikat dengan bahasa 'buku'. Saya harap pada masa depan, ia akan lebih 'natural' bagi disesuaikan dengan generasi masa kini.

6. Dari sudut lakonan, saya pernah meminta Syamsul fokuskan dulu minatnya kepada bidang pengarahan. Ini kerana bukan senang nak berlakon dan mengarah secara serentak. Bukan apa, bimbang nanti ada benda yang terlepas pandang.

7. Terus terang, dalam Khurafat, lakonan Syamsul masih lagi mendatar, cuma pada penghujung cerita ini baru tampak menonjol dengan babak sedih. Apapun sebagai langkah pertama untuk mempelbagaikan karya,

8.Skop Productions saya anggap sudah berjaya membuka tirai sinema kita dengan karya menarik. Ia tentu akan menjana minat penggemar filem di luar sana untuk terus menonton filem Melayu yang berderet-deret menunggu tayangan.


p/s : anda pule guane??ade review untuk filem ni?den tak sempat nak tgk lagi, sibuk ngn shooting drama baru, ustaz nazirul.haha


25 comments:

Nur on January 18, 2011 at 12:23 PM said...

wah mcm menarik je...br lagi ke kuar?

~aYeeN & SuE~ on January 18, 2011 at 12:25 PM said...

wa mau tgk xd geng..msti seram giler..wpon tgk t cm men 'cak2' mau tgk jgk..huhu

Peri PiA on January 18, 2011 at 12:26 PM said...

ekspresi muke dgn suare syamsul kena polish lagi may b,wah terror nya i mengomen hehe

dok suko cito sere

Ujang9897 on January 18, 2011 at 12:26 PM said...

aku baru tgk semalam..., nasib baik tak terkeluar punci kencing aku..hehe

mOoN on January 18, 2011 at 12:35 PM said...

x rasa cam nak tengok...huhuhu..

Sunah Mohammad on January 18, 2011 at 12:47 PM said...

nak tengok gak..

y u y u Z u l a i k h a on January 18, 2011 at 12:53 PM said...

nak kena tengok gak la kalau cam tu ^^

~ PIJA ~ on January 18, 2011 at 1:00 PM said...

dah naik letih nak layan citer2 macam nih...bile tgk je rase frust dan rugi beli tiket...

tp ntah aaa..kot la si anak usop selam punye citer kali ni best...!!!

fya zainal on January 18, 2011 at 1:09 PM said...

dah tgk
not bad lah
memandangkan ni first filem dia selepas berderet ceta drift, lumba moto bagai (boringlah)

x byk komen sgt cuma satu
kalau blakon dlm rumah xyah lah mekap tebal2 bulih?
hehehhe

Cik Shag on January 18, 2011 at 1:46 PM said...

Ustaz Nazirul? Wahh~ Baru nak shoot, bila nak tayangnya? Nak cop seat depan TV. Kuikui :P

Kawan Shag pun ada komen pasal Syamsul. Semua cerita dia, kompem dia lah pelakon dia lah pengarah. Nak kurangkan bajet kot? Hehe.

MiSzy DiaN on January 18, 2011 at 2:02 PM said...

dah tengok tp separuh jalan jak sb tpaksa g bank kejap masa tu..huhu..tp member ckp mmg cool + hebat movie nie.. ^.^

ijatnuar87 on January 18, 2011 at 2:24 PM said...

hehehe...review no 5 tu memang stuju sangat...arap2 drama ustaz nazirul tak guna bahasa baku sangat ek,eheheh

cik ungu on January 18, 2011 at 2:44 PM said...

baru tengok malam tadi. jalan cite best cume watak sume tak menonjol.paling menonjol pun watak hantu tu je la.

tapi 5star utk scene van jenazah nak eksiden n syamsul dukung mayat. siut r! kental gila jiwa!

syuwai on January 18, 2011 at 3:18 PM said...

macam best.. belum tengok lagi..hee

p/s RM 1 = RM 100 ??!!

yad'z on January 18, 2011 at 3:25 PM said...

bestttt.... jarang2 keje rumah mayat diketengahkan...

sarah-najwan on January 18, 2011 at 3:57 PM said...

akak teringin nk tgk
tapi sapa nk jaga 4 anak akak tu..

kontrek kat kamu bole nazirul..ehhehe

Jejaka Terhangat on January 18, 2011 at 5:24 PM said...

haha..nmpak sangat ko tak usha kat blog aku ek..kelmarin lagi aku dah review pasal natang ni..


Jejaka Terhangat Movie Review: Khurafat

najihah sahami on January 18, 2011 at 5:51 PM said...

cerita ni memang mantap dan seram la..haha..setuju ngan lakonan Shamsul yang mendatar tu..

Syafiq Rosli on January 18, 2011 at 6:34 PM said...

emm..hantu dia power jgk lah..tpi kita dah dapat jgka ape yg berlaku

anassuhada on January 18, 2011 at 7:26 PM said...

betol betol. paling seram yang mase kat hutan tu. suspen gila kottt!! 1st time cite hantu melayu best. hehe

Abhamz on January 18, 2011 at 7:31 PM said...

salam, best bebeno ke?

:: anne_aNzaNar :: on January 18, 2011 at 10:21 PM said...

ala..sume kate best...kne g tgk gak ni....^____^

Aqila Sarah on January 18, 2011 at 10:25 PM said...

best lah jugak . SY punya lakonan not bad . okay lah dari dolu dolu HAHA ! aku tak takut sebab time hantu nak kuar , aku tutup mata ;P

cikmimmie on January 19, 2011 at 4:05 PM said...

bila pakwe aku nk belanja tgk khurafat nie..hohoho

Srek Ashraff said...

mmg ssh lau nk mengarah dan berlakon serentak..hasilnya terlepas pandang sstgh kesilapan. tambhan SY bukanlah luas lg pengalamannya dlm bidang lakonan. Tp xpe..bukan senang nak jadi mcm Ben Affleck yang berlakon dan mengarah utk filem THE TOWN...fuyooo...xpe..lama2 ok lerr si SY tuh yer.

Mmg script Skop Production sgt skema.. ala2 Sembilu , Maria Mariana dan telinga ni jugak yg merana dengar lakonan dorg yg cam ssh jer nk sebijik2 dan artikulasi perkataan baku yg jarang sekali di percakapkan dizaman generasi Y - Z ini.

Setakat ini, ini cerita seram Melayu Malaysia yang ke-2 yg aku leh puji selepas cerita seram komedi Main-main Hantu (lakonan Nancy Foo,Hamid Gurka dan barisan pelakon2 lain)

Tapi aku tidak sabar menunggu karya agung selebrita adik beradik kita, KRU Production yang bakal merekodkan sejarah dalam industri filem tanah air dgn filem "Hikayat Merong Mahawangsa" yang akan di tayangkan di 25 buah negara di seluruh dunia. Waaahhhhhhh... Hidup KRU!

 

Designed by #