Monday, January 24, 2011

Hukum ASB dan ASN

KUALA TERENGGANU 3 Feb - Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus.

"Dengan sebab itu kita merasakan bahawa masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi terhadap status melabur di dalam skim ASN dan ASB," katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-80 di sini hari ini.

Turut hadir adalah Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz
ni sumber tahun 2008
********************
Ulasan Ustaz Zaharuddin (UZAR)
Ramai yang bertanya respond saya, ada yang suka dan ada yang keliru. Apa pandangan saya?, Pandangan saya adalah anda tidak perlu keliru lagi dan orang awam boleh menyertainya dan Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor yang dipimpin oleh bekas Muftinya iaitu Al-Marhum Dato' Hj Ishak Baharom telah terbatal akibat keputusan ini.

Orang ramai adalah harus menyertai ASB dan ASN disebabkan majlis fatwa kebangsaan telah mengesahkan kehalalannya dan menanggung apa jua urusan berkaitannya di dunia dan akhirat. Ini adalah satu perkara biasa yang ditanggung oleh para ulama, sama juga seperti Majlis Penasihat Shariah yang ada di Institusi Kewangan Islam.

Kesannya, apabila telah wujud fatwa umum sebegitu, kini ia terpulang kepada masing-masing untukmembuat keputusan sendiri, ia sama seperti logo JAKIM. Siapa yang ingin bergantung kepadanya, adalah harus dan siapa yang ingin membuat kajian lanjut dan bersikap lebih berhati-hati, pandai-pandailah memilih yang lebih selamat. Itu saja.
Saya juga telah hubungi seorang S.S Mufti, beliau kata hujjah utama Majlis Fatwa adalah "MASLAHAT". Ini beerti majlis fatwa bukannya mengesahkan sistem dan cara pelaburan ASB dan ASN yang sedia ada tetapi ia diluluskan atas dasar 'Maslahat' atau kepentingan ramai (mungkin kerana terlalu ramai orang Islam yang telah terlibat dan fatwa mengharamkan akan mengakibatkan kekalutan yang tidak tergambar), hasilnya ia difatwakan harus. Apa lagi ingin dikatakan jika itu hujjahnya.

Namun begitu, perlu diingat sepatutnya Maslahat ini sepatutnya adalah suatu tekanan yang amat sukar untuk kita hindarinya disebabkan ia bukan di dalam bidang kuasa kita, seperti penggunaan 'fiat money' yang tidak disandarkan kepada emas dewasa ini. Ini benar-benar dianggap maslahat kerana Malaysia sahaja tiada kuasa untuk influence dunia dalam hal ini, malah sistem ekonomi dunia sekarang ini amat sukar dibentuk menuruti corak yang dikehendaki oleh Islam.

Adapun, dalam perkara yang kita sendiri ada kuasa untuk mengubah dan menukar sendiri kerana ia dalam milik dan kekuasaan kita, dan kita yang awal-awal dahulu menyertai atau menganjurkan sebelum menyemak status Shariahnya, kemudian apabila sudah terhantuk baru ingin berselindung di balik hujjah maslahat. Tatakala itu, menggunakan maslahat sebagai hujjah amat boleh diperdebat dan dipertikai kerana kita sendiri berkuasa mengubah sistemnya (jika kita inginkan), walaupun jika ubah secara beransur-ansur.

Jika dinyatakan "mana nak letak dana berbillion jika dikeluarkan?". Jawabnya tak perlu keluarkan tapi adjust aqadnya biar tepat dengan third party guarantee. Betulkan cara pembahagian untungnya, nisbah pelaburan di tempat yang haram digunakan buat manfaat umum seperti highway tanpa toll, manakala pelaburan halal di serahkan kepada individu pelabur dan macam-macam lagi cara. Jangan malas berfikir jika ingin selamat di akhirat kerana Islam agama membaca dan berfikir. Al-Quran dimulakan dengan "Iqra'
Saya akui di sana ada maslahat kerana begitu ramai yang terlibat dan jumlah wang yang terlibat begitu besar, tapi tiada maslahat untuk terus menggunakan sistem sedia ada kerana ia boleh diubah seperti apa yang sebut di atas., biar untungnya berkurangan sedikit asalkan halal dan berkat.

Mufti yang saya hubungi juga berkata ahli majlis fatwa berjaya dipengaruhi dengan alasan, sebab yang disampaikan oleh wakil PNB yang membentang. Namun begitu, mufti ini memaklumkan kepada saya pihak PNB disyaratkan menubuhkan majlis Shariah khusus untuk mereka sebagaimana bank-bank Islam dan takaful. Ini satu perkembangan yang bagus!!..
Saya dan kita mengharapkan majlis Shariah akan datang ini akan dapat membuat sesuatu perubahan dan pembaikan terhadap sistem yang sedia dengan 'modification' yang wajar bagi memastikan sistem yang menepati Shariah. Tatkala itu ia tidak perlu lagi menjadi 'harus' atau 'halal' hanya bergantung kepada hujjah 'MASLAHAT' yang agak longgar.
Akhirnya, tiada halangan sesiapa yang ingin terima atau tolak ulasan saya. Tidak perlu diluahkan kata benci dan marah, saya cuma nak tolong beri nasihat.Bila 37 % di letakkan di tempat yang amat jelas haramnya.ia pasti ada hasil dalam dividen anda.

Nabi s.a.w kata :
-إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه
Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) (Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312) Jika dikatakan kita perlu jaga maslahat kebaikan yang terhasil ini, maka kita juga perlu sedar 37 % itu menyokong industri riba dan mengukuhkannya.
Kaedah Fiqh menyebut :-أن درء المفاسد مقدم على جلب المصالح
Ertinya : "Sesungguhnya menolak keburukan itu lebih patut didahulukan dari tujuan untuk mendatangkan kebaikan" ( Al-Muwafaqat, As-Syatibi, 3/190 ; Hasyiah S-Syarwani, 3/188)
Sekian3 Feb 2008 - SUMBER
*********************
dari DATO CEO :
udah wujudkah panel penasihat syariah ASB? ade sape2 yang boleh jawab? den takmo la melabur/menyokong sesuatu yang den rase belom kemas hukum die, sat g, duit berjuta, hidup tak tenang.ape gune. kete rosak la, rumah belobang2 sana sini. kan?kan?hehe;p
sape2 yang bekerja dengan ASB, sila bantu den yer;p

28 comments:

Ujang9897 on January 24, 2011 at 11:25 AM said...

aku tak keje situ...

membantu tak komen aku nie...,

misyamissyou on January 24, 2011 at 11:32 AM said...

aaa..xbrpe fhm sngt la artikel ni..mcm berbelit pn ye jugak..kalau harus, bagus la..

suffer8zine on January 24, 2011 at 11:38 AM said...

ok dah boleh melabur

Terkini : 10 Sebab Lelaki Membujang

lalink7 on January 24, 2011 at 11:40 AM said...

alahai camne nie..saya memang ade ASB..xpe yang dpat tue kite zakatkan la sikit2..harap2 dapat mengurangkan masalah..

cik bunga on January 24, 2011 at 11:42 AM said...

setakat yang saya tau belum ada lg panel syariah. Tapi sbg investor perlu semak prospektus dan kaji tempat mana dilaburkan wang kita. wang kita tanggungjawab kita. Sekarang ada banyak lagi tempat yang selamat dan ada panel syariah yang sahkan halal. so sendiri pilih. (bercakap bukan kerana saya unit trust consultant, tapi terpanggil utk berkongsi shj:))

sarah-najwan on January 24, 2011 at 11:44 AM said...

akak ada gak melabur..tapi sket je..kena faham betul2 artikel ini..

tieha ismail on January 24, 2011 at 11:49 AM said...

aku pon ade asb..tapi macam tak bercara je...tataw ape cer duit lam tuh..huhuhu...adakah duit aku sedang beranak pinak di dalam tuh? hikhikhik

Sidratul Muntaha on January 24, 2011 at 11:51 AM said...

tabung haji lagi baik!!
beb.
tgk kupasan isu ni kat blog www.suziey.com
bru ko phm...

ermayana a.k.a mrs mahzan on January 24, 2011 at 11:57 AM said...

emm maksudnya PNB menghasut la Jawatankuasa fatwa ni sruh bagi hukum harus tp still la diorang laburkan duit kita 37% kat tmpat yg tk halal sumbernya...gitu ke maksudnya CEO suratan kebetulan?

Izamir Ridzwan on January 24, 2011 at 11:58 AM said...

huh baca 2 kali bru phm berita nih..

Fadzli Amir on January 24, 2011 at 12:06 PM said...

Tu yg agak susah...kalau ada 10 mufti kekadang 10 keputusan...

Sunah Mohammad on January 24, 2011 at 12:26 PM said...

o..sebelum ni bukak gak akaun dengan salah satu benda ni..tapi da lama tak masuk duit..ASN ke ASB pun dah tak ingat..huhu. tapi nak tau gak~ hurm..

Sakit Leher Menghadap Skrin?

Mr. Swift on January 24, 2011 at 12:37 PM said...

Aah betul. Aku dah lame tahu tapi macam confuse kut. TQ! :)




Psst! : HURRY GIRLS! The Most Unacceptable Contest Ever In 2011!
Psst! : FUNNY! Apa eh yang berlaku kalau Facebook dah tak hot dah?
Psst! : WOW!Bukti Orang Israel Support Orang Melayu Takdelah Teruk Sangat Kut. SERIOUS!

aslam on January 24, 2011 at 12:39 PM said...

tak ada lg panel syariah utk asb..

M I A J A M A L U D D I N on January 24, 2011 at 12:59 PM said...

ckp ape neh naz? hahhaa... adeh, lme bebeno tak blogging nye. =.='

ijatnuar87 on January 24, 2011 at 1:10 PM said...

urm..susah skit nak paham,tp dah nmpk dah la sikit jalannyer tu..

hudahazwani on January 24, 2011 at 2:04 PM said...

huh..susah la nak oaham nie naz..takpe..t huda tny mak..sebab dea keje ASB kt Jalan Tun Razak..ngeh~3 ^__^

y u y u Z u l a i k h a on January 24, 2011 at 2:17 PM said...

kejap ye.. selau bakal ahli perbankan islam, (muahahah, poyo gile), bukan ke pelaburan yang di buat dalam tu, ada sikit "subahah". sebab tak tahu sape yang invest lagi kan... hmmm.. takut ni takut ni..

chenta hatie on January 24, 2011 at 3:31 PM said...

yela..org gaji bsr pasni ley tambah g duet eh lam ASB tu ye...hahaha..nway,gud info.thnks der..

izyanty collection on January 24, 2011 at 3:45 PM said...

just simpan duit je, jgan le makan duit dividen or bonus kalau was2,...kalau u all banyak duit dlm simpanan dah tentu kena bayar zakat sendiri, yg tu sendiri kena mau ingat le, mana2 bank yang buat pelaburan dah tentu melabur, diorang takan cakap le depa melabur mana, nak puas hati jgn guna lgsg duit hasil div 0r bonus kan...kan ada penyata boleh je asingkan,...buat pe nak pening2 pale kan

iniialahaku on January 24, 2011 at 4:14 PM said...

mula2 skali aku xkje situ..keduanya aku ada mlabur..tapi yg aku rasa cam mlas nk ckap tu aku mlabur 20hengget je...agk2 taun bila aku bleh jadi jutawan???haha..

yg bab status ni pon aku was2 lgi...

NOOR FATIN on January 24, 2011 at 5:05 PM said...

xkeje kt situ gk.. xtau sgt..huhu

hamzah ian on January 24, 2011 at 6:32 PM said...

apesal la duit aku sikit.. sob2..

cik-terompah on January 24, 2011 at 6:38 PM said...

mak aku keje situ..dulu aku penah gak tye.. mak ak ckp.. dulu mmg dah difatwa boleh melabur.. mksd die.. x haram la..
cuma skrg yg ak phm artikel ni psl "kat mana duit tu dilaburkan ye.."
yg tu aku x tau.. hahah..

zirconia on January 24, 2011 at 8:07 PM said...

harus eh. sblm nie ragu2 gak nak simpan kat ASN ngan ASB nie. sekarang tengah berkira2 lagik.

yad'z on January 24, 2011 at 8:46 PM said...

den tak de kene mengena ... hahha...
tapi nak komen gak...

MIMIE AIZA on January 25, 2011 at 4:15 PM said...

sebenarnya macam ni. ASB sebelum ni ada buat pelaburan pada kaunter bukan syariah. kaunter conventional. duit yang kita dapat tu dikira halal. tapi untuk di bawa menunaikan haji adalah tidak boleh. itu yg diperkatakan sebelum ni.
sekarang fatwa dah kata halal maksudnya halal lah tu :)

ShirA on January 25, 2011 at 10:30 PM said...

mekaseh atas info...:)
mohon izin utk kongsi dgn sahabat2 Islam yg lain...

 

Designed by #