Thursday, September 23, 2010

Cinta tanpa syarat

Di sebuah kota tinggal dua orang bijak yang sudah hidup bersama selama 30 tahun. Selama itu mereka belum pernah sekalipun bertengkar. Suatu hari seorang daripada mereka berkata, "Tidakkah kau berfikir bahawa inilah saatnya kita perlu bertengkar, paling-paling tidak sekali saja?"

Kawannya membalas, "Bagus juga begitu! Mari kita mulai. Tapi apa yang harus kita pertengkarkan?"

Orang bijak pertama menjawab, "Bagaimana kalau dengan sepotong roti ini?"

"Baiklah, marilah kita bertengkar kerana roti ini. Tapi, bagaimana kita melakukannya?" tanya orang bijak kedua.

Orang bijak pertama lalu berkata, "Roti ini aku punya. Ini milikku!"

Orang bijak kedua menjawab, "Kalau macam tu, ambil sajalah."


ALANGKAH... alangkah damainya dunia ini kalau kita semua berperilaku seperti dua orang bijak tersebut. Cuba anda renungkan, bukankah pertengkaran, perselisihan, dan peperangan yang terjadi di dunia ini bersumber dari keinginan kita untuk meminta sesuatu daripada orang lain? Kita suka meminta, tapi sayangnya kita tak suka memberi.

Di rumah, kita meminta perhatian pasangan kita, meminta anak-anak memahami kita, meminta pembantu melayani kita. Di tempat kerja, kita meminta bantuan bawahan, meminta pengertian rakan sejawat, dan meminta gaji yang tinggi daripada majikan. Dalam masyarakat, mereka yang mengaku sebagai pemimpin selalu meminta pengertian dan kesabaran masyarakat, meminta masyarakat hidup sederhana dan mengencangkan ikat pinggang.

Bahasa kita sehari-hari adalah 'bahasa' meminta. Mengapa kita suka meminta tetapi sukar memberi? Ada logik yang sepintas lalu masuk akal. Logik tersebut mengatakan, "Dengan meminta milik anda akan bertambah, sebaliknya dengan memberi milik anda akan berkurang." Fikiran semacam ini menimbulkan ketamakan dan perasaan takut untuk berkongsi.

Padahal hukum alam menyatakan yang sebaliknya. Justru dengan banyak memberi, kita akan banyak pula menerima. Cuba perhatikan orang yang disenangi dalam pergaulan. Merekalah orang yang suka memberi. Sebaliknya orang-orang yang dibenci adalah orang yang kedekut dan tak pernah memberi.

Keinginan untuk memberi tak ada kaitannya dengan banyaknya harta yang kita miliki. Ada orang yang kaya raya tapi sulit sekali memberi. Mereka selalu mengatakan, "Kalau banyak memberi, bila saya akan jadi kaya seperti ini?"

Mereka tak mahu memberi kerana takut miskin. Seolah-olah dengan memberi mereka akan hilang segalanya. Mereka sesungguhnya orang yang benar-benar miskin. Kerana bukankah ketakutan akan kemiskinan merupakan kemiskinan itu sendiri?

Sebaliknya ada orang yang sederhana tetapi sentiasa mahu berkongsi dengan orang lain. Mereka inilah orang-orang yang kaya. Yang menjadikan kita kaya sebenarnya bukanlah seberapa banyak yang kita miliki, tetapi seberapa banyak yang kita berikan kepada orang lain.

Sumber kekayaan yang sejati sebenarnya terletak di dalam diri kita sendiri. Sayangnya, banyak orang tak sedar. Mereka sibuk mengumpulkan permata dan berlian, lupa bahawa permata yang 'asli' sebenarnya ada di dalam diri kita sendiri.

Namun, hal itu tak terjadi begitu saja. Ibarat menggali permata yang ada di dalam bumi, anda juga harus melakukan penggalian ke dalam diri kita. Sebaik anda melakukan perjalanan ke dalam, anda akan mulai merasakan efeknya.

Mula-mula, beberapa masalah fizik yang berlarut-larut akan terhapuskan, kemudian masalah-masalah emosi yang pelik akan terselesaikan. Teruskan menggali, anda akan merasakan hidup yang bermanfaat, dan akhirnya akan timbul suatu kesedaran bahawa kita semua adalah satu dan tak boleh dipisah-pisahkan.

Untuk mampu menggali, anda perlu menemukan kuncinya. Tanpa kunci ini perjalanan anda akan sia-sia belaka. Anda ingin tahu kuncinya? Jawabnya adalah: dengan memberi kepada orang lain!

Jangan salah, memberi tak selalu harus berkaitan dengan material dan wang. Kahlil Gibran mengatakan, "Bila engkau memberi dari hartamu, tiada banyaklah pemberian itu. Bila engkau memberi dari dirimu itulah pemberian yang penuh erti."

"Ada banyak sekali kesempatan bagi kita untuk memberi. Anda boleh memberikan perhatian, pengertian, waktu, energi, pemikiran, pujian, dan ucapan terima kasih. Anda boleh memberikan jalan bagi pemandu lain di jalan raya. Anda juga boleh sekadar memberikan senyuman. Hal-hal yang sederhana ini memberi bererti banyak bagi orang lain.

Orang yang enggan memberi adalah mereka yang tak pernah belajar dari kehidupan itu sendiri. Padahal esensi kehidupan adalah memberi. Tuhan sebagai sumber kehidupan adalah Maha Pemberi. Lihatlah, betapa Tuhan telah memberikan segalanya tanpa pilih kasih, tak peduli kita baik ataupun jahat. Inilah unconditional love, sebuah cinta tanpa syarat.


perfectly

~ Aku ingin jadi mentarimu; menyinar dan menghangatkan hari-harimu... biar hatimu tak dingin dan beku lagi. Aku ingin jadi bulanmu; mengindahkan malam-malammu yang sunyi dengan redup cahayaku... biar damai seluruh jiwa dan kau aman beradu lena. Aku ingin jadi bintangmu; menghiasi langit malammu nan gelap... biar kau tahu kau tak pernah sendiri dan kau akan terus gagah berdiri. Aku mahu sentiasa ada di dalam hatimu, kerana aku tak mahu kau sendiri. Aku mahu sentiasa ada untukmu, kerana aku tak mahu kau sunyi. Aku sentiasa ada dekat padamu...

Sunday, September 12, 2010

Gambar raya di Seri Perdana









Saturday, September 4, 2010

dari perempuan kepada lelaki

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita relax saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadisjuga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangga nya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkanundang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam,belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimami satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus beberapakawan wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembah yang jemaah di rumah bersama anakisteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinyalebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri -sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki.

*pesanan utk bakal laki sayer..kt mne pon awak brader..saper pon awak..xkesah r..asalkan laki..sayer nk jd makmum awak..nk aminkan doa awak..xpndai doa arab pon xper..sayer pon xpaham..doa bm sudaa..asalkan eklas..laju j sayer aminkan..=P

awak doa sayer aminkan..sayer masak awak makankan..jgn kutok2..sayer blajo masak yer..=)


p/s : saya lelaki okey. tp mewakili jutaan wanita untuk meyampaikan suara hati meraka:)

ayat untuk chenta

ANDAI mencintai seseorang dan tidak terbalas oleh cintanya, janganlah berasa tersisih, patah hati, apatah lagi berniat ingin mati. Apa semua itu? Memang tidak ada salahnya mencintai seseorang, kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati siapapun, namun mungkin cinta kepadanya belum diterima.

Andai dicintai oleh seseorang yang tidak dicintai, anggaplah itu satu penghormatan. Kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukai perasaannya. Setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara mengendalikannya berbeza.

Andai merasakan cinta dengan seseorang yang begitu mencintai, dan tiba-tiba cinta itu memilih untuk pergi, tidak ada yang harus dipersalahkan. Relakanlah cinta itu pergi kerana setiap kejadian pasti ada maksud yang tersembunyi dan akan menyedarinya apabila waktu sudah berganti.

Cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati siapapun, tiap orang hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hati. Nikmatilah ia sebagaimana ia membuat hidup bahagia dan lebih bersemangat.

Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri, datang secara tiba-tiba dan pergi juga tidak pernah minta izin. Bersyukurlah kerana ia pernah singgah di hati.

Kecintaan kepada seseorang akan melenakan kita, tetapi kecintaan orang lain kepada kita akan membuat kita manja. Itulah cinta. Andai cinta sudah meresap ke dalam hati, apa saja akan dilakukannya - kerana siapa yang mencintai sesuatu, maka dia akan menjadi hambanya.

Kasih manusia itu bermusim, sayang manusia tiada abadi, akan tetapi kasih sayang Allah SWT tidak akan pernah menepi dan kasih sayang Allah SWT janjinya sudah pasti. Di saat kita merasakan bahawa diri kita bukan milik siapa-siapa kecuali hanya milik Allah SWT semata, maka kita tidak akan pernah menyesali dengan sesuatu yang telah tiada, semua dari Allah dan akan kembali juga kepada pemiliknya.

Pastikan diri kita masih memiliki rasa cinta, terutama cinta kepada-NYA, kerana cinta kepada-NYA tidak akan pernah bertepuk sebelah tangan. Dan tetaplah tersenyum bersama cinta untk meriah cinta-NYA, cinta yang hakiki nan abadi.

Wednesday, September 1, 2010

1st day working


Salam dan hello u all. For those yang masih x sedar lagi, we all sedang mengharungi malam-malam terakhir ramadhan yang didalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. So ape lagi guyz and gurlz, time ni la kite pakat-pakat tambah ibadah kita, semoga dengan izin Allah, we all di pertemukan dengan malam Lailatul Qadar.

Untuk entry kali ni, as per the title saya nak kongsi sket story my first day working. Pehal saye semangat sangat nak cite?? Lantakla, ingat senag ke nak dapat kerja zaman-zaman sekarang ni. So x salah kan if i excited lebey??:P

Okeyh,lets the story begin:

0500 : wake up, sahur, mandi, bersiap, solat subuh

0640 : my daddy sent me to Salak Tinggi ERL station. Sampai pukul 7 kat station. Telepas train yang pukul 7. Dem!! Naseb bek keje stat 8.30. haha for ur info ERL adalah keretapi terpantas menghubungkan KLIA dan KL sentral. Just 25 needed to reach ur destination.


0820 : reach MERCU UEM. Ke human resource department level 22.


0900 : briefing by HR person. Dan 6 of us di bahagikan ke department yang berbeza. So i diletakkan di department STRATEGIC AND BUSINESS DEVELOPEMENT (GSBD) level 21.

1000 : go to UEM enviroment. Reporting to the person in charge, en sarul zaman. Some briefing regarding the UEM environment. The core business, policy, contract, jobs and etc.

1230 : meeting with the general manager HR, mr sulaiman. He explained and discussing the same thing discussed with en sarul before. Bla bla bla. Haha

1320 : surau : ceramah perdana by ustaz Wan Sohor Bani Leman. Kenal x?? lalu jugak kuar tb, so if u all x penah tgk sedarla yang u all kurang tgk ceramah2 yang ade kat tb. Hee

1400 : back to GSBD office. Take a look at international business blueprint. X paham hape pon. Haha

1600 : meeting with my supervisor at GSBD. Sory mam, lupe name u la, hehe

1630 : balik!! Yezza! Tamat hari pertama

So, ape kesimpulannye?? Hari pertama agak best dan rilex la, tp lepas ni xde da macam ni la, haha ape??xpaham?? kejap GSBD kejap UEM enviro?? Sy secara rasminya adalah pekerja UEM enviro. Mechanical engineer. Tp disebabkan kes2 tertentu, dan sebagai nilai tambah, UEM group telah bersetuju untuk meletakkan kami, 6 orang scholars di coorporate office. Saya akan memulakan tugas secara rasmi di UEM enviro pada bulan Januari tahun hadapan

Sekian, terima kasih untuk hari ini:)



 

Designed by #