Monday, August 30, 2010

cara perempuan diTELANJANGKAN

Susulan daripada artikel saya sebelum ini yang berkaitan dengan gambar perempuan bertudung yang dieksploitasikan, saya rasa perlu untuk mengulas lebih lanjut tentang istilah “body scanning”. Mungkin ia kelihatan agak tak masuk akal untuk dihasilkan. Tapi, sila baca beberapa kaedah di bawah, yang MEMUNGKINKAN proses ini akan berhasil.

1. Semua orang sudah tahu, bahawa pakaian tidak boleh ditembusi. Tetapi di Airport telah meletakkan sistem “mengkantoikan” anggota badan secara penuh. Dahulu, kita tidak pernah terfikir ia akan berlaku. Tetapi sekarang, ia sudah berlaku.

Ok, ada yang mengatakan bahawa, itu adalah anggota badan secara langsung, bukan melalui gambar. Penjelasannya pada nombor 2.

2. Cuba kita lihat di dalam ruangan Facebook. Kebanyakan pelayar Facebook yang memakai pakaian menutup aurat, tetapi adakah tidak boleh diimaginasikan bentuk tubuh mereka?

Contoh, di dalam gambar 1, si A melakukan aksi 1, gambar kedua pula melakukan aksi 2, sehinggalah 5 keping gambar, dan kesemuanya aksi yang berbeza (walaupun aksi bersahaja).

Maka, berdasarkan ukuran baju, lipatan kain, dan sebagainya, memungkinkan tubuh badannya diolah dalam bentuk 3D. Ia adalah hasil imaginasi yang dapat diterjemahkan daripada 5 gambar tersebut. Bukan sahaja 5, 1 pun sudah cukup.

Semua orang tahu, tubuh badan wanita semuanya sama, gemuk bentuknya begini, kurus bentuknya begini, pinggang lebar bentuknya begini, dan sebagainya. Maka, daripada gambar yang tertera, mereka mengolah kepada bentuk 3D, kerana manusia punyai imaginasi.

Senang cerita, kalau anda tengok perempuan bertudung, anda akan dapat mengimaginasi sehingga “menelanjangkan” tubuhnya, walaupun aurat semuanya ditutup. Maka, Islam mengajar kita untuk “menjaga pandangan”, walaupun kepada mereka yang menutup aurat.

Islam bukan menyuruh manusia menutup aurat sahaja, tetapi menyuruh juga supaya pandangan itu dijaga. Maka, ia memerlukan 2 tindakbalas, dari sudut penutupan aurat, dan penjagaan pandangan.

Contoh paling mudah, biasa sahaja di kalangan kita yang berkata .. “aku tengok dia ni.. mesti punggung dia besar.. “ atau “aku tengok dia ni.. nampak macam ### kecil”.. Ini kerana otaknya sudah kenal bentuk-bentuk ini. Minta maaf, ayat agak kasar.

Bukan kerana aurat si perempuan tersebut, tetapi pandangan yang membogelkan. Daripada pandangan yang membogelkan ini, maka dia mampu menghasilkan bentuk tubuh si perempuan tersebut dalam bentuk 3D. (kalau belajar animasi).

Apatah lagi gambar-gambar tersebut mudah didapati dalam ruangan Facebook. Lagi kacang la nak imaginasi. Tengok je, dah terbayang. Sedangkan Islam menyuruh kita menjaga pandangan. Oh, ada saja orang kata, kenapa jumud sangat.. kalau gitu semua benda tak boleh tengok..!

Hehe... masih mencari alasan, dan tak perlu nak diulas dengan alasan ini.

Dalam masa yang sama, orang Yahudi boleh mengambil mana-mana gambar yang depa suka walaupun ia di”lock”kan. Jadi, otak depa semua orang kenal. Maka, berkemungkinan mereka boleh ambil sebanyak mungkin gambar-gambar perempuan bertudung, lalu menterjemahkannya dalam bentuk 3D.

Kita pernah lihat, di dalam game FIFA contohnya, muka Bekcham dihasilkan dengan 3D sebijik dengan muka asal. Apa susah? Sekarang ni pun, sudah berlambak adengan-adengan lucah dalam bentuk 3D.

“Yang tu 3D ustaz... bukan aurat kita pun.., depa yang salah,” Terpulang bagi anda untuk menilai. Apa yang pastinya, walaupun dia tidak mengeksploitasi menjadi gambar 3D, ia tetap dapat digambarkan di dalam otak. Atau dengan kata lain, dengan hanya melihat gambar pada Facebook, sudah membolehkan si pelayar tersebut untuk membayangkan tubuh si perempuan tersebut dalam keadaan bogel dan telanjang!

Ada juga yang berkata "Kalau depa tak tengok gambar kita pun, depa dah boleh imagine dah.. nak buat camna.." Ada juga yang berkata.. "jumud la hang... susah la gitu.. semua gambar pun tak boleh tengok" Saya rasa.. ayat ini tak perlu dijawab. Ia hanya memanjangkan penulisan. Ini nasihatku.. sayangi dan hargailah kecantikan yang Allah bagi..

Itu belum lagi dijelaskan tentang gambar yang disuperimposekan. Kepala bertudung, tapi digabungkan dengan badan bogel.. Ha.? Nak jawab ape? Tengok-tengok, muka tu macam kenal.. Lagi la..

Insya Allah, perkara ini saya akan jelaskan di dalam artikel yang lain. Fikir sendiri. Sekadar inilah nasihat saya, terpulang kalau anda ingin mengkritik. Tetapi pastikan ia dijadikan pengajaran. Semoga nasihat ini berguna. Senyum sikit :)

matahariku

Sunday, August 29, 2010

kembara cinta


mencintaimu bukan bermakna memilikimu
memilikimu bukan bermakna menjadi hakku
meninggalkan bukan kubenci
kebencian telah musnah dalam dakap kasihmu
kita memang berhak untuk bahagia

apabila romeo-juliet meracun cinta
dan, kasih sayang bagai tiada nilai!
apabila laila-majnun membuat cinta melarat
dan, apakah cinta kasih sekadar untuk derita?
tatkala berdiri tugu cinta taj mahal
cinta kasih nan pudar kembali bercahaya...
namun, itu tetap bukan lambang cinta agung

kita pengembara konon mencari cinta sejati
ke hujung dunia dijejaki
ke dasar lautan diselami
ke puncak tertinggi didaki
apa yang kita temui?
lihatlah ke dalam diri
melimpah-ruah kasih-Nya
memenuhi relung-relung hati
selama ini tak pernah kita peduli

back to KL

Salam for u all semua, pembaca suratan kebet0lan dan semua blogger-blogger yang belom menjadi follower blog ni. Ehe entry yang simple buat masa ni, sebagai info, saya da kembali ke kuala lumpur after a week kat kelantan, lo0k after my grandpa. Grandpa macamane?? Hurmm, grandpa da keluar dari hospital hari jumaat lepas selepas 17 hari berkampung di dalam ward, but then, still nampak tak sihat, tak makan ape-ape da seminggu, lemah dan xboleh nak berjalan.

Macamane kelantan?? Kelantan sangat panas buat mase sekarang, tgh summer kot, hehe, kelantan tak byk berubah pon, dan tu la yang best, dapat rase balik ke kampung, cube bygkan klu kelantan jd macam KL ( sambil mamandang ke atas ) . fuhhh, xbest2!!

Lagi info??hurmm, saya akan mula berkerja 1 sept, di MERCU UEM, KL . perasaan yang bercampur baur, hepi dpt kerja, tp dapat ke cuti raye nati??huh tp xpela, ape salahnye kalau sekali sekala tak balik kampung, orang kate barula feel dengar lagu raye sampai menutik2 air mate, haha:P

Ok la u all, update seterusnya akan menyusul, tunggu!!! hehe

Friday, August 27, 2010

sempurna

Banyak orang berbicara tentang sempurna dan kesempurnaan, walaupun tahu hakikat bahawa tak ada yang sempurna melainkan DIA. Dalam hidup dan kehidupan, semua mahukan yang terbaik untuk segalanya - untuk dirinya, untuk sesiapa saja yang mungkin disayanginya.

"Jangan cari orang yang sempurna untuk dicintai, tapi berikanlah cinta yang sempurna kepada seseorang dengan segala ketidak sempurnaan yang dimilikinya!"

p/s : entry di update dari kampung halaman, akan kembali ke KL esok:)

Sunday, August 22, 2010

off to Kelantan for a week


Hye guyz and gurlz, semua follower blog suratan kebet0lan. Some news and info for u all, saya tidak akan mengupdate blog ini dalam masa seminggu kerana saya harus pulang ke kelantan untuk menjaga atok saya yang kurang sehat. Will be back right after that dengan entry-entry yang lebih baik dan mampu meruntun emosi serta perasaan. Wait for my update. Thanx u all

Ikhlas tp jauh :

Nazirulhazwanws aka k0bEj0rdan~

p/s : doakan kesihatan dan kesejahteraan atok saya. Bye!

yang mencintai kamu



Seseorang yang mencintai kamu, tidak dapat memberikan alasan mengapa dia mencintaimu. Dia hanya tahu, di matanya kamulah satu-satunya.

Seseorang yang mencintai kamu, sebenarnya selalu membuatmu marah/gila/sengal/stres. Tapi dia tidak pernah tahu hal bodoh apa yang sudah dia lakukan, kerana semua yang dia lakukan adalah untuk kebaikanmu.

Seseorang yang mencintai kamu, jarang memujimu, tetapi di dalam hatinya kamu adalah yang terbaik, hanya dia yang tau. Seseorang yang mencintai kamu, akan marah-marah atau mengeluh jika kamu tidak membalas SMS-nya atau panggilannya, kerana dia peduli dan dia tidak ingin sesuatu terjadi ke atas kamu.

Seseorang yang mencintai kamu, hanya menjatuhkan air matanya di hadapanmu. Ketika kamu mencuba untuk menghapus air matanya, kamu telah menyentuh hatinya, dimana hatinya selalu berdegup/berdenyut/bergetar untuk kamu.

Seseorang yang mencintai kamu, akan mengingat setiap kata yang kamu ucapkan, bahkan yang tidak sengaja dan dia akan selalu menggunakan kata-kata itu tepat waktunya.

Seseorang yang mencintai kamu, tidak akan memberikan janji apapun dengan mudah, kerana dia tidak mahu mengingkari janjinya. Dia ingin kamu untuk mempercayainya dan dia ingin memberikan hidup yang paling bahagia dan aman selama-lamanya.

Seseorang yang mencintai kamu, selalu memberitahumu untuk tidak berfikir terlalu banyak, kerana dia sudah merencanakan semuanya untukmu. Dia ingin memberikan kehidupan yang terbaik di masa mendatang. Dia ingin memberikanmu suatu kejutan, percayalah dia dapat melakukannya.

Seseorang yang mencintai kamu, mungkin tidak bisa mengingat kejadian/kesempatan istimewa, seperti perayaan hari ulang tahunmu, tapi dia tahu bahawa setiap detik yang dia lalui, dia mencintai kamu, tidak peduli hari apakah hari ini.

Seseorang yang mencintai kamu, tidak mahu berkata aku mencintaimu dengan mudah, kerana segala yang dia lakukan untuk kamu adalah untuk menunjukkan bahawa dia sedia mencintaimu, tetapi hanya dia yang akan mengatakan kata I Love You pada situasi yang istimewa, kerana dia tidak mahu kamu salah mengerti, dia mahu kamu mengetahui bahawa dia mencintai dirimu.

Seseorang yang benar-benar mencintai kamu, akan berasa bahawa sesuatu harus dikatakan sekali saja kerana dia berfikir bahawa kamu telah mengerti dirinya. Jika berkata terlalu banyak, dia akan berasa bahawa tidak ada yang akan membuatnya bahagia/tersenyum.

Seseorang yang mencintai kamu, tidak tahu apakah dia harus menelefonmu ketika kamu marah, tetapi dia akan mengirimkan SMS setelah beberapa jam. Jika kamu menanyakan: mengapa dia tidak menelefon, dia akan berkata: Ketika kamu marah penjelasan daripada dirinya semua hanyalah sampah. Tetapi, ketika kamu sudah tenang, penjelasannya baru akan benar-benar berguna.

Seseorang yang mencintaimu, selalu memanggil kamu dengan sebutan gadis kecil, tapi sewaktu dia menginginkan untuk membuat keputusan besar, dialah orang pertama yang ingin mendengar pendapat daripada kamu.

Seseorang yang mencintaimu, akan selalu menyimpan semua benda yang telah kamu berikan, bahkan kertas kecil bertuliskan 'I LOVE U' ada di dalam dompetnya.

Seseorang yang mencintaimu, saat bertengkar, dia akan meminta maaf dengan tak terkontrol (secara terus menerus) meskipun kamu yang bersalah dan nantinya dia akan mengirimkan SMS kepadamu: Sayang, sebenarnya itu adalah kesalahan kamu dan kamu sendiri sudah mengetahuinya.

Seseorang yang mencintaimu, jarang mengatakan kata-kata manis. Tapi kamu tahu, dia memang mencintai kamu! Cinta itu subjektif, cinta itu ada sejuta satu gambaran rasa... apa yang penting jujur dan ikhlas - kamu pasti bahagia dengan cinta.

Thursday, August 19, 2010

zackzukhairi follower blog saya

hello guyz dan gurlz, macam mane pose u all??t0l ke soalan tu?? ke kene tanye korang pose ke tak??:P hee. simple entry untuk hari ini, saye just nak buat announcement yang bahawasanya ZACKZUKHAIRI telah menjadi follower ke 131 blog suratan kebet0lan.


saya rasa sangat berbesar hati kerana beliau sentiasa merupakan blogger idola saye disebabkan entry-entry beliau yang sangat hebat dan ensem.bagi saya juga, entry2 yang dihasilkan jauh lebih menarik dari blogger popular yang len yang x perlu saya sebot namanye, hee. berikot merupakan link ke blog beliau :

realiti dan konspirasi


p/s : thanx zack, dan gurlz out there, jgn jeles kay, haha. dan saya bukan gay okey:P


Wednesday, August 18, 2010

wanita bertudung diBOGELKAN

Guwa tertarik dengan isu ini, so guwa membuat keputusan untuk menerbitkan entry berkaitan, pada sesiapa yang sudah mengetahui xpola.taknak amek kesah pon guwa tak kesah. ni mungkin info pada sesiapa yang belum mengetahui :

Sebelum ini, kita digembar-gemburkan dengan cerita bahawa gambar-gambar di dalam Facebook yang datanya berpengkalan di Israel, telah discan dan diedit bagi jadi gambar bogel. Mesej tersebut tersebar minggu lepas.

Agak-agak, ada ke orang nak percaya? Di sini, guwa ingin kemukakan BUKTINYA!. Seorang sahabat kepada mangsa telah diedit gambarnya sehingga jadi gambar bogel. Nama mangsa dirahsiakan. Beliau tersedar gambar beliau terpapar dengan gaya lucah 2 hari selepas mesej tersebut tersebar.

Satu lagi aduan, kes yang sama, tentang gambar seorang perempuan bertudung, dan diedit sedang melakukan aksi lucah, dan gambar asal diambil di dalam Facebook. Sila lihat gambar yang telah di"blur"kan di bawah..




Adakah satu hari nanti, gambar kita pula yang diedit menjadi gambar lucah? Sekarang ini, beberapa web bangang telah dibuat khas untuk adengan bertudung. Hampir semua gambar di dalamnya diedit. Mana dapat gambar tu?

Di bawah ini pula, satu artikel yang saya petik dariserikandiumar93.blogspot.com, tentang gambar perempuan bertudung, dieksploitasi sehingga seolah-olah mendedahkan susuk tubuh badan.




ASAL FOTO INI ADALAH BERTUDUNG SEMPURNA, NAMUN TELAH DIEKSPLOITASI MELALUI TEKNIK SUPER IMPOSE DAN SINAR X-RAY UNTUK MENAMPAKKAN BAHAGIAN DALAMAN. MAKA KEPADA PARA MUSLIMAH DIKASIHI ALLAH SEKALIAN ,TOLONG DELETE FOTO-FOTO ANDA DALAM MANA-MANA LAMAN PERIBADI ANDA SEPERTI fACEBOOK ,BLOG @ fRIENDSTER SEBELUM MENJADI MANGSA DAN FOTO-FOTO ANDA TERSEBAR DI INTERNET OLEH MUSUH2 ISLAM DAN KAKI PORNOGRAFI

Ulasan~

Berdasarkan pandangan saya, mungkin proses eksploitasi ini tidak dapat dilakukan jika mana gambar ini sudah tetap..namun sebagai langkah berjaga-jaga, seelok-eloknya tidak wajarlah bagi seorang muslimah mempamerkan gambarnya kepada bukan mahramnya. Jika difikir-fikirkan, kenapa sibuk mempamerkan wajah pada orang tatapan ramai ?..nak tunjuk cantik?Hmmm..cukuplah pamerkan pada suami kalian nanti..renung-renungkanlah. Wallahua'lam.

Mulai hari ini, apa lagi? Takkan nak tengok saje? Gambar bila-bila je buleh diedit.. Walaupun bukan kita yang buat aksi tersebut, tapi tak segan ke muka sendiri disebarkan sebagai gambar lucah. Hari ini, kita nampak orang lain terkena, boleh jadi, esok kita pula yang kena. Kita doakan kepada Allah supaya melindungi kita.

p/s : credit to Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

Tuesday, August 17, 2010

gambar KONVO

bismillahirrahmannirrahim

salam dan hello untuk u all sume pengikot dan pembaca blog suratan kebetolan:) pejam celik pejam celik rupenye da seminggu kite semua berpuasa kan?hee so nothing pon nak diceritakan, just nak cite dan hebahkan kat u all yang saye baru saje mengambil gambar pentas sewaktu konvokesyen seminggu yang lepas, huh sangat mendukacitakan sbb dlm gamba tu saye memejamkan mate, derm!! ni salah photographer la ni, huh amek la byk sket shot beb, da hancus gambar, kene ambek master la gamaknye ni, hee di sbbkan gambar tu saye pejam mate, so gambar tersebut tidak akan disiarkan, namun, saya akan siarkan juga 2-3 keping gmbar yang lain utk tatapan umum:))




p/s : gambar besau sbb malas nak compress:P

hikmah berpuasa

Manusia merupakan makhluk yang tertinggi derajatnya, oleh karena itu manusia diutus oleh Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi. Sebagai makhluk yang tertinggi yang membedakan antara manusia dengan makhluk Allah yang lain adalah manusia dikaruniai oleh Allah dengan akal sedangkan makhluk Allah yang lain tidak. Dengan akalnya ini manusia berusaha sejauh mungkin untuk mengupas rahasia-rahasia alam karena alam semesta ini diciptakan oleh Allah dan tak akan lepas dari tujuannya untuk memenuhi kebutuhan makhluknya. Hal ini ditegaskan oleh Allah di dalam salah satu firman-Nya :

"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini (langit dan bumi) dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka"

(QS. Ali Imran : 191)

Ayat inilah yang membuat orang mulai berpikir untuk mencari hikmah dan manfaat yang terkandung dalam setiap perintah maupun larangan Allah diantaranya adalah hikmah yang tersembunyi dari kewajiban menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang diperintahkan oleh Allah khusus kepada orang-orang yang beriman. Hal ini seperti disebutkan di dalam firman Allah yaitu :

"Hai orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"

(QS. Al Baqarah : 183)

Sudah barang tentu hikmah puasa tersebut sangat banyak baik untuk kepentingan pribadi maupun untuk kepentingan umat (masyarakat) pada umumnya. Diantara hikmah-hikmah tersebut yang terpenting dan mampu dijangkau oleh akal pikiran manusia sampai saat ini antara lain :

a. Memelihara kesehatan jasmani (Badaniyah)

Sudah menjadi kesepakatan para ahli medis, bahwa hampir semua penyakit bersumber pada makanan dan minuman yang mempengaruhi organ-organ pencernaan di dalam perut. Maka sudah sewajarnyalah jika dengan berpuasa organ-organ pencernaan di dalam perut yang selama ini terus bekerja mencerna dan mengolah makanan untuk sementara diistirahatkan mulai dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari selama satu bulan.

Dengan berpuasa ini maka ibarat mesin, organ-organ pencernaan tersebut diservis dan dibersihkan, sehingga setelah menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan Insya Allah kita menjadi sehat baik secara jasmani maupun secara rohani. Hal ini memang sudah disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam salah satu haditsnya yang diriwayatkan oleh Ibnu Suny dan Abu Nu’aim yaitu :

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda :

"Berpuasalah maka kamu akan sehat"

(HR. Ibnu Suny dan Abu Nu’aim)

Juga dalam hadits yang lain dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda :

"Bagi tiap-tiap sesuatu itu ada pembersihnya dan pembersih badan kasar (jasad) ialah puasa"

(HR. Ibnu Majah)

Dalam penelitian ilmiah, kebenaran hadis ini terbukti antara lain :

1. Fasten Institute (Lembaga Puasa) di Jerman menggunakan puasa untuk menyembuhkan penyakit yang sudah tidak dapat diobati lagi dengan penemuan-penemuan ilmiah dibidang kedokteran. Metode ini juga dikenal dengan istilah "diet" yang berarti menahan / berpantang untuk makanan-makanan tertentu.

2. Dr. Abdul Aziz Ismail dalam bukunya yang berjudul "Al Islam wat Tibbul Hadits" menjelaskan bahwa puasa adalah obat dari bermacam-macam penyakit diantaranya kencing manis (diabetes), darah tinggi, ginjal, dsb.

3. Dr. Alexis Carel seorang dokter internasional dan pernah memperoleh penghargaan nobel dalam bidang kedokteran menegaskan bahwa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan.

4. Mac Fadon seorang dokter bangsa Amerika sukses mengobati pasiennya dengan anjuran berpuasa setelah gagal menggunakan obat-obat ilmiah.

b. Membersihkan rohani dari sifat-sifat hewani menuju kepada sifat-sifat malaikat

Hal ini ditandai dengan kemampuan orang berpuasa untuk meninggalkan sifat-sifat hewani seperti makan, minum (di siang hari). Mampu menjaga panca indera dari perbuatan-perbuatan maksiat dan memusatkan pikiran dan perasaan untuk berzikir kepada Allah (Zikrullah). Hal ini merupakan manifestasi (perwujudan) dari sifat-sifat malaikat, sebab malaikat merupakan makhluk yang paling dekat dengan Allah, selalu berzikir kepada Allah, selalu bersih, dan doanya selalu diterima.

Dengan demikian maka wajarlah bagi orang yang berpuasa mendapatkan fasilitas dari Allah yaitu dipersamakan dengan malaikat. Hal ini diperkuat oleh sabda Rasulullah dalam salah satu haditsnya yang diriwayatkan oleh Turmudzi yaitu :

"Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka yaitu orang yang berpuasa sampai ia berbuka, kepala negara yang adil, dan orang yang teraniaya"(HR. Turmudzi).

Juga dalam hadits lain dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘As, Rasulullah SAW bersabda :

"Sesungguhnya orang yang berpuasa diwaktu ia berbuka tersedia doa yang makbul"

(HR. Ibnu Majah)

Disamping itu hikmah yang terpenting dari berpuasa adalah diampuni dosanya oleh Allah SWT sehingga jiwanya menjadi bersih dan akan dimasukkan ke dalam surga oleh Allah SWT. Hal ini diperkuat dengan hadits Nabi yaitu :

Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah bersabda :

"Barang siapa berpuasa di bulan Ramadhan karena iman dan perhitungannya (mengharapkan keridla’an Allah) maka diampunilah dosa-dosanya.

(HR. Bukhari)

Juga dari hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari yaitu :

Dari Sahl r.a dari Nabi SAW beliau bersabda :

"Sesungguhnya di dalam surga ada sebuah pintu yang disebut dengan Rayyan. Pada hari kiamat orang-orang yang berpuasa akan masuk surga dari pintu itu. Tidak seorangpun masuk dari pintu itu selain mereka. (Mereka) dipanggil : Mana orang yang berpuasa ? Lalu mereka berdiri. Setelah mereka itu masuk, pintu segera dikunci, maka tidak seorangpun lagi yang dapat masuk"

(HR. Bukhari)

Dengan demikian maka dapatlah disimpulkan bahwa berpuasa membawa manfaat yang sangat besar bagi manusia baik sebagai makhluk pribadi maupun makhluk sosial. Sehingga setelah seseorang selesai menjalankan ibadah puasa di Bulan Suci Ramadhan diharapkan ia menjadi bersih dan sehat baik jasmani maupun rohani dan kembali suci bagai bayi yang baru lahir. Amiin.

Monday, August 16, 2010

kemana pergi subsidi kami


credit to : Dr Mohd Asri Zainul Abidin ( Mantan mufti perlis )

Ada Apa Dengan Perempuan III

Seorang perempuan pernah berkata kepada aku tentang naluri perempuannya. Katanya, perempuan itu pelik dan memang sukar difahami bagi yang tak mahu belajar memahaminya. Dia berkata lagi, "Angguk perempuan kadangkala bukan bermakna setuju dan gelengnya pula bukan bermaksud tidak." Jadinya mungkinkah lelaki harus sentiasa belajar tentang perempuan untuk memahami mahkluk 'lemah-lembut' ini? Sudah tentu jawapannya, YA! Tetapi Seorang perempuan juga pernah berkata kepada aku, "Semakin kau mempelajari tentang perempuan, semakin lama dan akrab kau mengenalinya, maka semakin banyak yang kau tidak tahu tentangnya. Kau harus belajar lebih banyak!"

Asal-usul kejadiannya dari tulang rusuk nan bengkok, maka ia akan sentiasa bengkok. Ia tak akan dapat diluruskan, kerana ia akan patah. Lalu ada ungkapan yang berkata bahawa lelaki harus mengikuti 'kebengkokan' perempuan itu untuk meluruskannya. Cumanya, semua orang tahu bahawa perempuan itu antara dugaan terbesar buat lelaki, antara tangungjawab besar lelaki juga. Lelaki boleh ikut 'kebengkokan' perempuan itu selagi dia berasa mampu untuk meluruskannya. Namun, ramai lelaki yang turut bengkok bersama kebengkokan perempuan itu.

Seorang kawan pernah berkata atau lebih sesuai dia merungut-rungut tentang perempuan yang disayanginya. Katanya, "Aku tak faham dengan perangai dia, aku kata A dia balas B, aku kata B dia jawab C..." Sebenarnya, kawan aku ni mungkin hendak menyampaikan bahawa dia semakin tidak serasi dengan pasangannya. Tetapi sebenarnya dia lupa bahawa, tidak sehaluan itu bukan bermakna tidak serasi. Maha Pencipta menciptakan makhluk berpasang-pasangan, dan saling memerlukan, saling memenuhi kekosongan masing-masing.

Jika kita tak pernah berselisih pendapat, mungkin kita boleh melihat bahawa hubungan itu tidak normal. Atau mungkin masing-masing saling 'menyembunyikan' sesuatu walaupun ia tidak berkenan di hatinya. Masing-masing terlalu 'menjaga hati' pasangan. Hal ini mungkin boleh bertahan sehingga suatu masa saja dan sehingga tiba masanya ia akan 'meletup'. Ketika itu semuanya sudah terlambat - nasi sudah menjadi bubur!

Sunday, August 15, 2010

kembali

Bismillahirrahmannirrahim

hye guyz and gurlz out there
macam mane puasa u all sume so far??:)) kompom ade yg da kantoi kan?hee
sorry kpada sume pengikot suratan kebetolan sebab i lame menyepi
i secara urgentnye pulang ke kampung pada hari selasa yang lepas
kenape???
atok kesayangan i dimasukkan ke ICU hospital raja perempuan zainab 2 kota bharu
skang ni da makin stabil, but then still di tahan dalam ward,
so, dengan keberkatan ramadhan, i harap u all sume dapatlah mendoakan kesihatan atok saye:))
time kasih sume:DD

p/s : blog ini akan kembali diaktifkan seperti biasa selepas ini.

Monday, August 9, 2010

Mari Kenali Syaitan

9 jenis syaitan
Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman
keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk!
(SCROLL DI BAWAH)..

10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing &.....

Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.

Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.

Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak.Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

11. Hindustan
Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu
sembahyang,maseh menyonggol depan tv.....kapala keluar tanduk, tak sedar....... jadi lah hindusetan !!!

12. Santan
Yang ini aje nampaknya... . berguna sedikit untuk masak kari dan masak lemak.

Ha..tapi tak tau..banyak santan ni naik arr kolesterol pastu dpt
penyakit kronik seperti darah tinggi dan sakit jantung

Selamat Datang Ramadhan=D


blog suratan kebetolan ingin menjadi mungkin yang pertama mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca-pembaca blog suratan kebetolan:) semoga ramadhan kali ini akan menjadi ramadhan yang brmakna untuk anda semua:D ramadhan adalah madrasah terbaik untuk pendidikan jiwa, gunakanlah ia sebaik mungkin, moga2 kita akan menjadi insan yang bertakwa :DD

tentang perempuan


Jika seorang wanita menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya....

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di hadapan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Dia akan menurunkan rasa egoisnya.

Lelaki, jika seorang wanita pernah menangis keranamu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki, jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mensia-siakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosak kehidupannya.

Saat dia menangis di hadapanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya...
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

Fikirkan...
Wanita mana lagikah yang akan menangis dengan murni, penuh rasa sayang,
Di hadapanmu dan keranamu…

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan…
Dia menangis, kerana menangis dengan diam-diam tidaklah melegakan lagi.

Lelaki…
Fikirkanlah tentang hal itu.

Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu,
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya,
Hanya kau yang tahu jawapannya…

[ Pertimbangkanlah…
Kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal
Mungkin akan terlambat untuk mengucapkan ‘MAAF’! ]
 

Designed by #