Friday, July 30, 2010

Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa

Untuk mereka2 yang dah lupa camne niat dan doa waktu berbuka:)

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Lafaz niat puasa (harian)

niatharianpuasa

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa ketika Berbuka Puasa

doaberbuka

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Thursday, July 29, 2010

tentang kita II

Bisikan, Fikiran, Nafsu Birahi, Kehendak, Maksiat dan Kebiasaan
Ulama besar, Ibnul Qayyim berkata,

Pertahankanlah bisikan yang berdetak agar tetap di hatimu,
kalau tidak hal itu akan berubah menjadi buah fikiran.Bila telah berubah,
pertahankanlah semampumu agar ia tetap berada dalam fikiranmu.
Dan kalau tidak mampu, ia akan menjadi nafsu birahi.
Kendalikan nafsu agar ia tertundukkan,
dan jika tidak akan lahir rencana buruk dalam bentuk kehendak.
Jagalah kehendak itu,
kerana kalau tidak dijaga nescaya akan menjadi perbuatan maksiat.
Kalau perbuatan maksiat tidak bisa dicegah,
ia akan menjadi temanmu sebagai suatu kebiasaan dan adalah sulit bagi manusia meninggalkan suatu kebiasaan.

ikhlas tp jauh
nazirulhazwanws aka kobEjordan~

p/s: penulis akan bercuti dari berblogger selama 3-4 hari kerana penulis mengikuti leadership training dibawah kelolaan UEM :) harap sabar menanti:)

Wednesday, July 28, 2010

tentang kita

Bismillahirrahmanirrahim
hye u all, sahabat pembace teman2 bloggers semua:)) malam2 ni ape citer?? cmner dgn aduan rakyat kt tb3 td??orite?? (i x teng0k pon, saje tanye u all) boleh x camtu?:P okey guyz and gurlz sume:) malam2 ni suratan kebetolan nak bagi satu entry untuk bloggers2, tmn pembaca y pernah rase longlai, serba serbi tak kena, rase keseorangan dan macam2 lagi la, sebuah entry berbentok motivasi:) if bkn kite yang motivate sesame kite sape lagi kn??jawab2:)) here untuk u all yang i syg:)

Jika kau berasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia; Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih; Allah sudah menghitung air matamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja; Allah sedang menunggu bersama-samamu.

Ketika kau berasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu; Allah sentiasa berada di sampingmu.

Ketika kau fikir kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi; Allah mempunyai jawapannya.

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau berasa tertekan; Allah bersamamu untuk menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan; sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau berasa ingin mengucap syukur; Allah telah pun memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban; Allah akan tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi; Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Oleh itu ingatlah; di mana pun kau berada Allah akan mengetahui dan sentiasa berada di sampingmu.

ikhlas tp jauh
nazirulhazwanws aka kobEj0rdan~

p/s : seperti biasa, sumber diperolehi dari arkib negara:)) enjoy n hayati. semoga termotivasi:DD

korang tau ke tak?


bismillahirrahmannirrahim

wazzup2 u all follower, blogwalker, blog reader, makciks and pakciks outside there, how are u today guyz n gurlz? demam?? pi klinik cepat, jangan tak tahu yang seramai 74 orang pelajar sebuah sekolah di Pendang kedah di kuarantin kerana disyakki mengidap H1N1, kampung sapa la 2:)) u all tau tak pasai tu??baguih la na kalau u all tau:)

brkenaan tajok suratan kebetolan pada hari ini, i nak bgtau u all yang masih belum tau, tau ape?? haaaaaaaa, ni la soklan yang u all kene jawab. soklannya :

event betarap antarabangsa apekah yang sedang belangsung kat KL la ni?? ( speaking pendang)

haaaaaaaaaaaaaaaa, jawabla! 10 saat dari skang! jgn search kat g0ogle, yahoo, bing or hape2 lagi la.okeyh, kite tgk ape jawapan2 anda sume:D

1. lumbe basikal tour de france
2. Formula 1 kat sepang
3. moto GP
4. Final Mentor
5. Persidangan PBB

cukup2! toksah nak mengarot! jawapan nye ialah : Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa.
so cmner u all??haaaaaaaaa, ade rase tersentap x?? honest la, bape ramai agak2nye rakyat malaysia yang sedar pertandingan tu tgh berlansung la ni?? 1000 org??2000?? so ape yang u all sume pk??teruknye kite kan?? for those yang tak tau la, tahniah la pada yang tahu, bcoz u all still alert dengan islam:))

i just nak share, bkn nk kondem, but then as a reminder for all, same goes as me:) smlm i ngan my younger brother tengok pertandingan 2 kat tb1, n then kami rase dukecite la bc0z byk seat2 yang lompong, pastu audience plak terang2 budak skolah yang kene pakse ngan chekgu die suh dtg, huh. so, mane perginye audience yang sgt penoh time ABP, juara lagu, Anugerah industri muzik, final mentor, final AF8 and final worldcup hari 2?? xkan hidup kita nak dipenuhi hiburan semata-mata:) hopefully, guyz and gurlz yang hilang 2 mungkin menonton dari kaca tb:)) hopefully:)

u all sekalian:) i bukan nak mengkritik cara hidup u all dan juga i, mcm apa yang i kate td, this entry as a reminder buat kita, if kite bleh tgk shahir melalak, adira beronggeng, faizal tahir menjerit, y not kite luangkan mase untuk Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ni:) . if kite x dpt luangkan masa sampai habis, at least kite bley tonton untuk sorg dua peserta:) insyaAllah:) ada sesuatu yang dijanjikan Allah untuk mereka2 yang mendengar bacaan ayat suci Al-Quran:))

okeyh la u all:) cukup la sampai disini, sorry if entry ni ade bikin org x senang duduk or panas mata membace, hehe:) but then niat i ikhlas, utk kebaikan bersama:) see u all next time:) papaii

ikhlas yang menjauh:)

nazirulhazwanws aka kobEj0rdan~

p/s : kerja-kerja pengubahsuaian blog akan berlangsung lewat malam ini:) sebarang kesulitan amat dikesali:P

Tuesday, July 27, 2010

"LENSA BURUK, THE CONTEST"


Tajuk foto : Am I cute? :DD
Model Telefon Bimbit : Samsung Innov8
Slogan : Saya suka blog Lensa Buruk kerana Lensa Buruk menampil dan memaparkan entry-entry menarik diiringi gambar-gambar beremosi membawa pembaca meghayati setiap bait-bait kata yang terungkap:))

kenapa portugis tak serang kedah?


hai u all sume:) bertemu lagi kita dlm rancangan info@ belog! yezza! u all sume bersama saye, uncle kobe sehingga tamat rancangan ini k:) okeyh la u all sume, u all minat sejarah x??yaks!! i pasti ramai antare u all yg sangat2 benci sejarah, tp i peduli ape, hari ini kite akan beckp sikit mengenai sejarah:P

okeyh u all sume, soklan petame. negara ape yg mula2 menjajah kite?? haaa jawabb la sayang! portugal!! ( jeritan di penonton di studio ). portugal?? cek tau la korg sume baru lepas tgk worldcup, huh portugis la, portugal name baru, hehe:)

pada tahun berapakah?? haaaa, ni sure ramai x hinggat! pd tahun 1511 okeyh, catat2:P

negeri manakah yang kone sorg dulu?? kelantan!kote baru! KELEKUK!( bunyik kepale kene duku) sapo dok aja klate kene sere dulu, mlako la hok kene sere dulu, klate kene sere nge jepon ( mara seorang pakcik dari klate) hehe:))

tp persoalannya, knp diserang kat melaka, bukan di negeri lain:) sebenarnya ada 2 negeri yang menjadi pilihan, MELAKA dan KEDAH, namon penglima dan wirawan portugis tak sanggup menyerang KEDAH, berikot adalah perbualan panglima dan ketua tentera negara:

alfonso alkaki : guyz, today kita akan serang malaya! kite masuk melalui kodah, ok?? any objektion??

tentera : objekk2!1 sir, we can afford to serang dari kodah sir, very2 the dengerous (lgu dengerous micheal jackson berkumandang )

alfonso alkaki : why??how dare u to objek2!

tentera : bape orang hulubalang melaka yang sir kenal dan tahu??

alfonso alkaki : 5 owrang sahaja, hang tuah, hang jebat, hang lekir, hang lekiu, dan hang kasturi. tp hang jebat sudah mati kene bunuh dengan hang tuah. hahahaha so tinggal 4

tentera : sir, kat kedah ade lebih dari 5 hang!

alfonso alkaki : what!!! siape mereka?? sy x pernah tahu pon..

tentera : ramai2! sgt ramai, hang tengah buat pa, hang da mandi ka belom, hang nak p mana, hang tak makan ka, hang jgn usik barang aku, hang jgn buat2 lupa, hang da kawen ka belom, hang jgn buat pasai, hang punya reta ka, hang memang jahat, hang ni busuk la, dan byk lg sir!!

alfonso alkaki : derm! xsangka begitu ramai omak die branak! army! kita serang melaka! mau mati kalau srg kedah!

haaaaaaaaaaaaa, cmner u all??da taukan knp melaka yang kene serang dan bukan kedah?:P ngeh3, okeyh la u all, nmpknye kita da tibe dipenghujung rancangan, smg bertemu lagi dlm info@belog di waktu dan hari yang len! bye2, enjoy!

ikhlas di kejauhan

nazirulhazwanws aka kobEj0rdan~

Monday, July 26, 2010

baby saye!

bissmillahirrahmanirrahim

Ape khabar org2 kampong! hee sehat tak hari ni?? semuga u all sume di jauhkan dari segala penyakit2 yang wujud di dunia fana ini :) so for tonite, tadaa entry2 untuk gurlz mahupon guyz:) hari ni just nak kongsi gambar baby saye:) hee!

berikot adalah biodata beliau ;

nama : Baby
umur : 1 bulan bape hari entah
bil adek beradek : 4 ek0r ( anak ke-3)
kaler : coklat dan putieh
hobi : makan, main dan tidow
sifat : lincah tapi manje
name ibu : mek wok
name adek beradek lain :
1) Chiby ( @ taufik )
2) Mak Miko ( sbb sebijik macam kucing i yang first dulu)
3) Ichi

berikot ialah gambar baby:)







ahaaaaaa! itulah beliau:) baby si kucing kesayanganku:P amacam?comel x?tgk tuan la u all semua, hehe saye amat menyayangi beliau! ngeh3, olite la u all sume, sampai sini je la entry suratan kebetolan pd hari ni:) nantikan entry2 terbaru esk pulak! thanks for watching.

ikhlas tp jauh

nazirulhazwanws aka kobEj0rdan~

p/s : gambar diambil menggunakan kamera yg baru dibeli sabtu lepas, hehe. gambar adek beradek len pada entry y len la, y ni khas untuk baby shj.

lelaki chantek perempuan gagah!


Bissmillahirrahmannirrahim
say hi! hi u all sume, da lame kite tak berjumpe dalam rancangan sembang suratan kebet0lan di tv25:) selepas asik kuarkan entry utk kaum2 hawa jer, harini entry utk kedua2 kaum pulak! so korg2 sume toksah da gado2, hehe untuk u all sume, terimalah!!

kerana kau perempuan aku lelaki

:: Kecantikan Lelaki ::

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.

Lelaki yang cantik…
:: Adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
:: Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran.
:: Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
:: Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada.
:: Adalah lelaki yang baik sangka.
:: Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


:: Kegagahan Wanita ::
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah…
:: Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
:: Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
:: Adalah perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan.
:: Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan

dari kejauhan namun keikhlasan
nazirulhazwanws aka kobEj0rdan~

p/s : hari ini seorg dari sahabatku disahkan menghidapi kanser hati, sama2 kita doakan kesejahteraan beliau. amin~

Sunday, July 25, 2010

Ada Apa Dengan Perempuan II


Bismillahirrahmannirrahim

nyte everybody:) whats up guyz n gurlz, saye sentiase mendoakan u all semua sehat hendaknya:) seperti yang dijanjikan, malam ni sy nak bagi satu lagi entry untuk kaum2 hawa, gurlz, makcik2, kakak2,pompuan, ore tino dan ape2 lg yang ade kaitannya dengan perempuan:) okeyh la, entry kali ni saye buat macam sajak, macam puisi, tak macam pantun, actually sy bukan reti pon men tulis2 puisi ni, sekadar luahan hati dan perasaan, ape yg keluar, tula y saye taip, ngeh3:P

PIUJAK ( puisi + sajak ) yang di nukilkan ni saya dedikasikan utk perempuan kerana sayang dan kasih saya kepada mereka, untuk guyz sume, nati dulu:) a lot y kene kite perbetolkan pd perempuan hari ini:) nape yer?? sebab saya rindukan satu zaman yg mana perempuan2 pada zaman perempuan2 dihiasi dengan budi pekerti, kesantunan dan di balut dengan sifat malu, hee:) tambahan pule, last2 ni saye dpt perhatikan pelik bet0l perangai kebanyakan gurlz sume:) sampai naik bingung saye memikirkannye, huh ade yg follow mat bangla, ada yg follow mamat indon, pakistan, sume2 negarala, derm! bek follow belog suratan kebet0lan ni, hehe yang 2 y men follow2, yang dressup mcm2 lg la banyak, ape kes pakai tudung tp baju kotat nmpk gunung dongan pakai tight curi orang2 lelaki nak bersukan? huh xcaye??tgk gambar la u all sume, cume yang ni x sempat nak curi tight budak2 renang jer. hehe byk la lg masalah2 perempuan ni, x habes klu nk cakap.huh





for u gurlz, dari suratan kebet0lan :

kerana kau perempuan

kau dambakan cinta dan kasih

kau dahagakan belai dan manja

kerana kau perempuan

kau ingin mata memandang

kau mahu semua berbicara

kau mahu dipuja dikata

kerana kau perempuan

kau berfikir menguna hati

kau lupa akan akalmu

kerana kau perempuan

kau lupakan segala didikan

kau tinggalkan ayah ibu

kau turutkan perasaan

kau gadaikan maruah

kerana kau perempuan

kerana kasih

ku titipkan ayat ini

sebagai luahan perasaan

sebagai tanda kesalan

kerana kau perempuan

ku panjatkan doa

" Ya Allah, jauhikan la saudara perempuanku dari segala kejahatan, tunjukkan mereka apa itu
kebenaran,penuhi mereka dgn pekerti mulia dan kesantunan, baluti mereka dgn sifat malu. Ya Allah pulangkan mereka ke jalan yang sepatutnya"

amin.

kerana kau perempuan.

ikhlas dalam kejauhan :

nazirulhazwanws aka kobEj0rdan~

p/s : bile bace balik polik pulak bunyi PUIJAK aku tuh:) lantak la labu, y penting k0rg tau ape yang aku ingin sampaikan:P

terujakah?


hello guyz n gurlz di luar sane ! welc0me2 to suratan kebet0lan, penat semalam still x abes lg la pule namun tanggungjawab sbg seorg blogger tegar setegar raja petra harus di jalankan, haha:)

terujakah?? cam laju ella la pule t0pic pilihan saye for sesi petang ni, menaip sambil2 tgk nona kt tb3, haha, lama da x tgk nona, sejak pengacara kegemaran saye da st0p jd pengacare da xde m0od nk tgk, hee. sape pengacare 2?? mestila normala samsuddin n norjuma habib juwel! ngeh3, marah adik dato najib dgr name bini die cm2, norjuma habib muhammad :) sory dato seri




gambar normala shamsuddin mase die muda2 tak dapat pula di carik kt arkib negara, huh:) suami die x bagi gmbr die tersiar kot,hee. ni bukan topik kite ni, "woi, back on topic la" ( director menjerit dari jauh ). bekla, terujakah??ape y terujanye? saye teruja sbb saye baru membeli kamera digital yg pertama untuk kegunaan keluarga saya semalam, gile teruja!! nk wat guane kan, ktorang agak ketinggalan zaman sket, hehe lantak la kan! hape aku peduli ketinggalan ke tak, hee berikut adalah kamera yang berkenaan :



laaaaa, kamera murah je pon teruja ker?? lantak la murah ke x, 2 je on bajet, mak ngan ayah aku cakap jgn membazir, nak kemera power2 buat ape, klu nak gambar cantek edit je gune phot0sh0p! hehe takkan x reti pakai adop photoshop kowt :P
ape lagi babe?ape lagi y mnerujakan?? hurm, ape lg yer?haa, es0k saye nk pg angk0t jubah k0mbokesyen saye, haha terujala 2 kan? bukan slalu amek jubah kombo, hehe!

so untuk u all ape y buat u all teruja?? sebernarnye, keterujaan tidak semestinya disebabkan oleh bende2 or event yang besar saje, kadang2 bende y simple pon bley buat korg sgt teruja, nk contoh?? okeyla, korang tinggal berjauhan dari ibu bape, n da 3 bulan tak balik, next week korg dijadualkan balik jupe dorg, teruja x??kompom la kn?? sape tak teruja sila la buat muhasabah diri balek wei, huh

huu, okeyh la u all sekalian, sy nak tgk cite wonderpets ni klu ade kat tb, haha:) see u all later:)) mlm ni insyaAllah ade entry untuk perempuan:) nantikan. heee

ikhlas tp jauh :

nazirulhazwanws aka kobEj0rdan~

p/s : pasni aku nak beli dslr jugak! klu ade duit la, hee:)) ade sape2 nak jual canon EOS 550D dgn harde rm 500??

Saturday, July 24, 2010

Ada Apa Dengan Perempuan I


Bismillahirrahmannirrahim

hye u all yg amay sy kasihi, again entry kali ini berkisar dan dituju khas utk gurlz kat luaq sane,hee
pehal la blog suratan kebet0lan ni suke sgt buat entry kt gurlz, huh nk wat guane kan, wa syg kt awek2 kat luar sane 2, entry2 yg masuk ni p0n is more 2 nasehat2 n teg0ran2:) for guyz nati2 la ea, korg da baguih da, x byk teguran yg perlu di buat utk guyz. hee ( k0mpem geng awek2 bengkek bace.haha) ini bingkisan yg simple utk geng awek2 kat luar sane:))

Untukmu perempuan

Bungkuslah dirimu

Kerana kau perempuan!

''Ah! Peduli apa, tubuhku milikku!''

Memang peduli apa kami

Dengan tubuhmu yang telanjang

Dan, peduli apa kami

Kalau nilai dirimu semakin kurang!

juga peduli apa kami

sekiranya dirimu minta dipedulikan satu hari nanti!

hee, simple je la utk mlm ini, saye pon agak keletihan setelah seharian berjalan:P nantikan entri berik0tnye khas untukmu wanita:))

p/s : sumber buletin dari khazanah tidah ternilai y dijumpai di perpustakaan negara:))

keikhlasan dlm kejauhan

nazirulhazwanws aka kobEj0rdan~

tazkirah@belog : yang paling

Bismillahirrahmanirrahim

hye guyz n gurlz out there, untuk entry kali ni saya nak memberi secebis ilmu yg saya perolehi lama dahulu menerusi sebuah majalah:) di harap perkongsian ni dpt menambah ilmu di dada u all:)

1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia?


2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia?

3. Apa yang paling besar di dunia?

4. Apa yang paling berat di dunia?

5. Apa yang paling ringan di dunia?

6. Apa yang paling tajam di dunia?

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya... pertama, ''Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?''

Murid-muridnya menjawab, ''Orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya.''

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah
'MATI'. Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185).

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. ''Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?''

Murid-muridnya menjawab, ''Negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang.''

Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah
'MASA LALU'. Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. ''Apa yang paling besar di dunia ini?''

Murid-muridnya menjawab, ''Gunung, bumi dan matahari.''

Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah
'NAFSU' (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, ''Apa yang paling berat di dunia ini?''

Ada yang menjawab 'besi dan gajah'. Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghazali. Tetapi yang paling berat adalah
'MEMEGANG AMANAH' (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak dapat memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, ''Apa yang paling ringan di dunia ini?'' Ada yang menjawab 'kapas, angin, debu dan daun-daunan'. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah
'MENINGGALKAN SOLAT'.Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan solat, gara-gara aktiviti kita meninggalkan solat.

Dan pertanyaan keenam adalah, ''Apakah yang paling tajam di dunia ini?''

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, ''Pedang!''

Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah
'LIDAH MANUSIA'.Kerana melalui lidah, manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

ikhlas tp jauh

nazirulhazwanws aka kobEj0rdan~

Friday, July 23, 2010

dimensi ke-3

Bismillahirahmanirrahim

hye dude dan dare:P hari ini belog suratan kebetulan nak kongsi sesuatu yg boleh menekejukkan seorg wanita tua dan mereka2 yg lemah semanggat. seseorg pernah berkate, kreativiti ni tiada limitnya, kreativiti akan terus subur, dan gambaq kat bwh ni membuktikannye. mungkin ramai y da pnh tgk, tp ade sbhgiannye y belom ponah nontonnye.gue yakin sih, hehe klu dulu men conteng2 dinding, la ni men conteng jalan raye. tp bkn contengan biasa, ttp lukisan 3D. xtau ape 2 3D?? p la tgk filem dispicable me dlm 3D, hehe

1) u all jgn terkezut klu tibe2 tgk ade sungai bile drive2 suka2 hati kat europe nati, hee

2) shit! anyone!!please help the baby! the frog going to eat her ( seorg makcik meraung di sebrang jln )

3) how to use this public phone anyone??

4)what the **** ?

5) watch out ur step! ada tangga disitu

6) if korg masih mencari gotham city, sebernarnya city 2 wujud di bawah sane.hee

so how guyz n gurlz, interesting is it?? hopefully kat malaysia nati ade la 1 lukisan cmni. hee ok u all, adios!

ikhlas sedang menjauh :

nazirulhazwanws aka kobEj0rdan~

p/s : anda mungkin perlukan kaca mata khas 3D untuk melihat isi kandungan blog ini.thanx:P

info@belog : Ular

Bismillahirrahmanirrahim

hye guyz and gurlz out there, ape kabarnya org kampung disana?? moga sehat dan sejahtera selalu hendaknya. bersama lg kita dalam rancangan info@belog. seperti biasa anda bersame sy kobEj0rdan~ akan menemani anda sehingga ke peenghujung rancangan:P

orite buddy2, topic info@belog pada hari ini mengenai sejenis binatang y kite bleh ketergorikan beliau dlm kumpulan ape adik2??# sayup2 kedengaran #( reptilia abg kobe! ) bagus! reptilia! tp mane korg tau reptilia?? aku xde ckp pon binatang ape lg, heee yupz!binatang pilihan kita hari ini ialah ular.

ular dipilih sbb kat paper harini kebykkannye memaparkan kisah mengenai seorg pemuda y hampir putus tgnnye kerane digigit ular.huh ade gigi rupenye ular ni,bile ade gigi pastinye ade kaviti! dibawah ade sedikit definisi mengenai haiwan yg cukup indah mahamarbahaya ini:




"Ular adalah reptilia tidak berkaki, berdarah sejuk yang berkait rapat dengan mengkarung (lizard), yang berkongsi aturan biologi Squamata. Sub-aturan ular ialah Serpentes. Terdapat juga beberapa mengkarung tidak berkaki yang kelihatan seperti ular, tetapi tidak berkait dengan ular. Peminat ular dikenali sebagai ofiofilia, takut akan ular dikenali sebagai "ofidiofobia" (bahasa Inggeris: snakephobia). Pakar ular dikenali sebagai ahli ofiofilia (bahasa Inggeris: ophiologist)"

sumbangan wikimapia sdn bhd

utk pengetahuan semua, terdapat byk sgt jenis, mungkin u all kat luar sane just tau beberape jenih shj seperti ulau kapak, ulau sawa, ulau tedung dan ulau daun. if korg nak tau name2 dan jenis2 ular y len boleh klik and pergi ke laman web ini :

http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_snakes

so ape macam??byk bukan. ular bukan shj popular sbg seekor binatang y sgt ditakuti dan digeruni, bahkan dipilih sbg tajuk lagu oleh penyanyi diva kita cik ANITA SARAWAK. hee jgn tak tau plak, x caye check dis lyrics out, ehe :P

Hey Setan
Kelak kau sangka ku dangkal
Dipatuk kali kedua pun bebal
Selepas kau cabul kepercayaan ku
Bersalam pun jari dihitung

Usahlah disangka ku ikut saja
Dah perit kecewa diperdaya
Pujuk rayumu telah ku nan jelik
Pasti merangkul anugerah pelakon terbaik

Kini ku pasti takkan percaya lagi
Setuju kanan tapi kau pergi kiri
Ada-ada saja alasan didengar
Oh semua kata-kata
Putar belit macam ular ssss

Chop!

Banyak dah kau minta ku lupakan
Ku hampir gila tapi masih siuman
helah barumu tutup helah lalu
Macam lah ku bodoh tak tahu

Memang dah agak dari dulu lagi
gerak gerimu timbulkan sangsi
Sepandai-pandai ular menjalar
Akhirnya masuk dalam guni ubat* juga

Biarkanlah kesilapan
menjadi pengajaran
Sekiranya pengalaman
lebih matang dan
ku berwaspada

selain itu, ular juga pernah dipilih sebagai duta peribahasa melayu kita:) cube u all teka ape peribahasa yang ade menggunakan perkataan ular?? 3 saat dari skang!! kompem u all tak dpt teka la, hee ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya!!!! ( karam singh menjerit ) siot lu karam, x bagi can kat aku lansung nak bgtau peribahasa 2, hehe

alamak, nmpknya masa mmg mencemburui kita, kita da smpi ke penghujung rancangan. semoga kita berjumpa lagi dlm rancangan info@belog pada masa dan waktu y laen, salam sayang dari saya mista kobEj0rdan~ bye!!

ikhlas tetapi far far away

nazirulhazwanws aka kobEj0rdan

p/s : peribahasa baru, "jangan sesekali bermain ular, kelakkan temakan jari"

Thursday, July 22, 2010

3 IDIOTS

Bismillahirrahmanirrahim

hello guyz n gurlz, it me again, update update n update blog kesayanganku, hee seseorang penah berkate " bersemangatlah! biapun hny pada awal2nye shj " derm! ade ke kate2 cenggitu??hahaha:))

lets move on babe and dude, our topic today is 3 idiot! 3 bodow dalam bahase melayu. actually, 3 idiot adalah sebuah movie hindustan lakonan Aamir khan ( cicit sedara genghis khan, hehe ) yg mengisahkan kehidupan seorg pelajar pintaq lakonannye di salah sebuah kolej terkemuka dlm bidang kejuruteraan di India. 3 idiot memaparkan kisah y sarat dgn pengajaran, persahabatan, kekeluargaan, kehidupan dan segala2nya:) buleh kate movie y sgt perfect! poster adalah spt dibawah bg sesiapa y x penah nk tau ade movie ni. huh




ape point aku merepek ni labu?? huh : the point is, dlm cite 2, aamir khan mengkondem sistem pengajaran dan pembelajaran di India y sy rase x byk bezanya dgn sistem di malaysia. sistem y sy bley namekan sbg "MENGAJAR, MENGHAFAL, EXAM" . Yezza! melalui pengalaman dan juga pemerhatian sy selama betahun2 sbg seorg pelajar, bolehla sy membuat kesimpulan awal y mengatakan bahawasanya sistem pendidikan negara dan dunia kini byk mlahirkan manusia robot y mempunyai kebolahan LUAR BIASA dlm penghafalan dan examination tp totally lost bila memasuki alam pekerjaan:)) tp ingin sy tegaskan disini, kebanyakan, bkn semue, hee:P

sistem pendidikan y baik dan cmerlang pada sy adalah sebuah sistem y mampu melahirkan generasi y mampu untuk memahami ilmu, generasi yg cintakan ilmu, generasi yg mempunyai kebolehan lain selain dari sekadar menghafal dan kemudiannya skor 29A dlm SPM, generasi yg mampu berpidato, sedia berdebat berhubung apa jua isu sekalipun dan generasi yang kreatif dan innovatif, generasi y mmpu mencipta dan bukan sekadar menciplak. seandainya kita mmpu melahirkan semua ini, maka barula kite boleh berbangga dgn sistem pendidikan nasional. ehe

sy takda la maksudkan y sistem pendidikan la ni sgt buruk, tp harus ada sedikit sebanyak modikasi la kut, sy agak bersetuju sebenarnye bila ada cadangan UPSR dan PMR ingin dimansuhkan, n mungkin sekadar di ubah suai, sbb mmg sy dok napok lasong moleknye ape hok bestnye UPSR 2, hee, maapla org2 y x setuju ngan pandangan ni, ngeh3

huh, penat da bercerita,tp 2 la ape y nk diperkatekan bawah tajuk 3 idiots! smg sistem pendidikan kita akan bertambah cemerlang hendaknye, yola, cheq nak anak2 cheq nati jd manusia y hebat bukannye jd robotcop. hehe

trimas brader n sista

ada jauh tp ttp ikhlas

nazirulhazwanws aka kobEj0rdan~

p/s : jom tgk 3 idiots lg untuk ke 56 kali!!

rozita dan ayu raudhah cinta hati RTM kah?




wassup2 berasap!!(ayat seorg rakan)
hello brader macho dan akak chantek kat luar sane:P
again sy mengambil kesempatan ini utk menukilkan lagi satu entry utk blog suratan kebetolan.gah3x (semanggat sungguh awal2 ni)

sebenaqnya cheq ni masih menanti panggilan temuduga dari syarikat2 y berkenaan, kirenye cheq masih lg seorg penganggur sehingga kini. YA! aku penanggur! apa nak malu jd penganggur, siap Allahyarham sudirman ada nyanyi lagu khas utk penganggur, hee so ape kene mengene penganggur dgn topic di atas?? huh ( panjang la lu punye intro brader )

sbb xde keje, i slalu la lepak kt umah smbl menonton peti telibisyen, i tada astro, isk3x, so balik2 i tgk la tb1, tb2, tb3.ntb7, tb9 dan tb8. y wa pelik, wa da mcm tgk astro da, (aik!kate xde astro, amacam leh tau pasal astro) alaaaaaaaaaa, bkn i xtau y astro slalu ulang2 cite, bt0l x??hehe

so nk dijadikan cite, sjak seminggu dua tiga minggu ni, asal bkk tb1 je rozita che wan blakon, tb2 plak ayu raudhah, 2jam kemudian ayu raudah tb1, rozita tb2, huh cm2 la pusingan2nye setiap hari, apakah kita telah ketandusan pelakon2 y berwibawa untuk membawakan watak2 y berbeza?? haaisshh! (keluhan peminat scha dan raja farah) i admit y rozita che wan sgt hebat, mane taknye, jd jande die, jd mak org pon die, jd anak dara die, jd anak org pon die, pekej y sgt lengkap utk seorg pelakon, hehe:)) tp bgla plakon2 len same blakon, naseb bek julia zigler ade, slalu gak die menyelit di antara rozita ngan ayu 2,huh


so ape motif i becakap sume ni??xde motif ape pon, i nk bgtau u all kat luar sane je, kesian kat kami y xda astro, sbb tgk muke plakon y same je setiap hari, ngeh3.
klu u all xtau lagi rozita da menang award artis plg seksi dan artis y punya bentuk badan menarik! tahniah3!


ikhlas dan berjauhan :

nazirulhazwanws aka kobEj0rdan~

p/s : soklan y biasa ditanye : antara rozita ngn ayu raudhah ko rase sape lg chantek?? jawapan i offkos la rozita beb!muktamad!!:P

terbakar dan membakar!




bismillahirrahmanirrahim

ehem2, hello guyz n gurlz klu ada y mengikuti blog suratan kebetulan ni:P ade ker?? mungkin after entry y keseratus baru ade sorg dua y membace kot, ngee:)) nevermind wuteber! i buat blog ni untuk i juge.hehe

i br je abeh bace satu berite kat hairan metro sat2 td, n ade berite y buat i rase bengang ( lagu akim satu plz!) artikel y ditulih oleh saudara kite mohd syamsul munir, mengisahkan perbuatan jahat remaje2 mungkin or org2 tue y membakar rumah imam dan ajk masjid. whut the **** ( u all isi sendiri la) come on guyz! cm2 ker carenye menyelesaikan masalah?? ish3, makin lame i da makin takut la nk duk kat malaysia, huh

berikut sedikit petikan artikel berkenaan :

" Perbuatan individu membakar rumah seorang imam dan dua ahli jawatankuasa Surau At-Taufiqiah flat 16 tingkat di Sungai Besi, di sini pagi kelmarin dianggap penakut, malah dayus kerana tidak berani menyatakan rasa tidak puas hati dengan berhadapan punca sebenar masalah

Menurutnya, mungkin motif utama individu itu berkaitan rasa kurang senang dengan tindakan serta aktiviti membina moral serta sahsiah di kalangan remaja di kawasan itu."

so, cmnr guyz n gurlz?? klu org nak perbetulkan kesilapan manusia pon kene bakar rumah, ape lg la bende y boleh dibuat kt malaysia la ni, habaq mai kat cheq sket. nmpknye kene wat maksiat je la klu cmni, klu nk wat bende bek kene hemtam.

so, for those people y kat atas sane, yupz, menteri2 y ade jawatan2 y dipilih rakyat, cube hampa tlg bertindak, fikirkan cmne nk perbetolkan sahsiah rakyat2 jelata anda sume ni, jgn asik nak betengkar pasal melayu2 berpecah jer, y pecah2 pecah jugak, y hancur ni ape nak buat??
klu u all y kat atas serius nak bangunkan negara, bangunkan dahulu sahsiah dan akhlak rakyat jelata u all ni.

pikiaq2kan dan selamat beramal!

ikhlas mungkin dikejauhan

nazirulhazwanws aka kobEj0rdan~

pagi indah : solat subuh dan senyum




bismillahirrahmanirrahim

pagi2 celik ni saye da di hadapan laptop la menaip entry untuk blog:P kesemanggatan yang luar biase, hehe who cares?! org tgh semanggat lantak la, blog baru kowt, lu owg ada ker?? ( haaaa, jawab2)

melihatkan waktu sekarang udah menunjukkkan jam 5.45 pg, sambil menantikan berkumandannya azan bg menandakan masukkanya waktu subuh untuk taman dahlia n kawasan2 y sama waktu dgnnya, sayer dgn rendah hati ingin memberi sedikit peringatan kepada kawe2 dan tuan pumnye blog sendiri, hee

untuk guyz n gurlz kat luaq sana tu, klu hampa taktau lg apa balasan untuk org y ketegaq sgt nk solat, hampa better watch-out babeh, becoz ya, for those people who failed to do subuh prayer : hampa sekalian akan diseksa didalam neraka selama 60 tahun!! bukan 60 taun biase la hampa2 semua, 60 tahun kat neraka equals to 60,000 kat dunia!!

so, how guyz n gegerlz sekalian?? yup, maybe ade person y mungkin cakap cmni,
" leks la 60,000 taun ajer bro, ape ade hal beb, tahan2 la kojap. huh " smbl buat muke kerek

so, aku pon dgn banggenye akan jwb cmni :
"tahan2 ape??ko hinggat ni men tahan2 berak ke bleh men hold2, ko cube p letak ko punye b*****t kat atas dapoq gas y tengah on fire dlm 600 saat jela klu lu boley ( jgn mintak tlg david blaime da ler ) klu agak2 cm korg x rase panas, jempotla xyah solat, huh "

ni lagi informatik2 untuk mereka y ade hati nak skip2 solat cm skip2 kelas zaman kat universiti dulu2 kale:

SIKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA

1. Allah swt. mengurangkan keberkatan umurnya
2. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah swt.
3. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam
4. Hilang cahaya soleh dari wajahnya
5. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala

SIKSAAN KETIKA SAKHARATUL MAUT

1. Ia akan menghadapi sakharatul maut dalam keadaan hina
2. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan
3. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebayak tujuh lautan

SIKSAAN KETIKA DALAM KUBUR

1. Allah swt. akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya
2. Kuburnya akan digelapkan
3. Allah swt. akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat

SIKSAAN KETIKA BERADA DI AKHIRAT

1. Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mashyar oleh Malaikat
2. Allah swt. tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan
3. Allah swt. tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka

sememangnya, sy mengakui, bukan mudah untuk menunaikan solat subuh, sbb 2 la ade lagu raihan dok nyanyi pasal peristiwa di subuh hari, haa??ape?? xtau lagu 2?? search2 kat go0gle, dengar2 sendiri! heee. tp guyz n gurlz out there, cheq nk habaq mai yang bahawasanye :
solat merupakan perkare pertama y akan dihisab, solat juga merupakan tiang agama, solat juga dpt mencegah kemungkaran, solat mmp menenangkan jiwa, solat mmp mengisi kekosongan hati dan len2 lagi.

hopefully, this entry dapat la menggerakkan hati u all untuk mengerjakan solat, klu x byk sikit pon jd la, sekurang2nye dpt buat u all berfikir seketika, klu u all nk lg info tentang solat, taip2 la kat g0ogle pny searchbox dan click search. ngeh3x

so ape lg, ameks la kain sejadah n mula sujud kepadaNya!

eh??mane plak cite pasal senyum?? tajuk ade pekataan senyum, huh ( next entry la kut, hehe )

tamat.

ikhlas tetapi jauh

nazirulhazwanws aka kobEj0rdan~

p/s : ejaan y salah 2 memang semngaja dibuat sedimikian rupa bg membolehkan saudara dan saudari buat senaman mulut dan juda blajar dgn bahasa2 terkini.hee


 

Designed by #