Tuesday, November 16, 2010

| Kelmarin, Hari Ini & Esok |

Seorang bijak pernah berkata, bahawa ada dua hari dalam hidup ini yang sama sekali tak perlu kita khuatirkan.


Yang pertama; hari kelmarin. kita tak mampu mengubah apa pun yang telah terjadi.kita tak mampu menarik semula perkataan yang diucapkan.kita tak mungkin menghapus kesalahan; dan mengulangi kegembiraan yang telah kita rasakan kelmarin.biarkan kelmarin berlalu..lepaskan sahaja..


Yang kedua: hari esok. Hingga mentari esok hari terbit, kita tak tahu apa yang akan terjadi. Kita tak mampu melakukan apa-apa esok hari. Kita tak mungkin sedih atau ceria pada esok hari. Esok hari belum tiba... biarkan saja.


Yang tersisa kini hanyalah hari ini. Pintu masa lalu telah tertutup; pintu masa depan pun belum terbuka. Tumpukan saja diri kita untuk hari ini. Kita dapat mengerjakan lebih banyak hal hari ini bila kita mampu memaafkan hari kelmarin dan
melepaskan ketakutan akan esok hari.


Hiduplah hari ini. Kerana masa lalu sudah berlalu dan masa depan belum tiba. Hiduplah hari ini seperti hari terakhir kita dan sebaik mungkin untuk diri kita, sesama kita dan Maha Pencipta. Hari ini akan menjadi kelmarin; dan hari ini
akan menentukan esok.


Kata Bijak: Perlakukan setiap orang dengan kebaikan hati dan rasa hormat, walaupun mereka berlaku buruk terhadap kita.


Ingatlah bahawa kita menunjukkan penghargaan terhadap orang lain bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapakah diri kita sendiri.


p/s :kredit kepada brader!

entry ini adalah entry repost memandangkan den agak busy minggu ini.layannn~

13 comments:

Shafika Syuhada Rosli on October 1, 2010 at 12:35 PM said...

live for today . dun worry about tomorrow . (;

Nurulbadiah Lai on October 1, 2010 at 6:28 PM said...

tomorrow is not promise to anyone..so..just worry bout today..live happily today..:))

hamzah ian on October 1, 2010 at 10:26 PM said...

nice

mia on October 2, 2010 at 11:36 PM said...

hye there, kamu di tag..view my entry ye..tq

Duniaku Syurgaku on October 3, 2010 at 10:54 AM said...

menarik. (;

Shaheila Alan on November 15, 2010 at 8:31 PM said...

semoga esok lebih baik dari hari ni :)

Aretikz on November 15, 2010 at 9:15 PM said...

Yang berlalu itu pemangkin hari ini.. dan buat sehabis baik tuk hari ni seolah-olah esok kita tidak akan berada di dunia ini lagi..

missfieza_1525 on November 15, 2010 at 9:57 PM said...

nice..^_^
smoga hari esok lbh baik dr hari ni..

eiela on November 16, 2010 at 1:38 AM said...

betul tuh, yang dah berlalu biarkan berlalu, nikmati hari ini dengan sebaik-baiknya sebab hari esok belum pasti lagi.

pN.rOs on November 16, 2010 at 9:06 AM said...

wah madah yaang menarik...
membuka minda di pagi hari

Sca Ndx on November 16, 2010 at 9:36 AM said...

tommorrow never dies, but human dies,
present is valuable to future

ComeyBelako on November 16, 2010 at 10:09 AM said...

salam. geng terjah gnesop datang singgah. ni 1st time CB singgah sini. cb setuju dengan pendapat gnesop...mungkin tuan umah boleh consider buat header & cb tatau nak cari kat mana apa nama blog ni. walaumacamana pun content blog ini memang baguss. keep it up!

OrenLimau on November 16, 2010 at 11:59 AM said...

nice one!betul2...
thnaks for sharing

 

Designed by #