Tuesday, October 19, 2010

Cinta

The sky without stars is:-
Like sleep without dreams
Like song without music
Like rose without smell
Like face without smile
Like ME without U!


Salam kasih sayang!
Cinta itu adalah sesuatu yang semula jadi, sesuatu yang alami. Kalau kamu mencarinya, kemudian kamu bercinta setengah mati sekalipun, andai si dia itu bukan jodoh yang tertulis untuk kamu... cinta itu tak akan bersatu!



Tetapi, jangan pula kamu hanya berserah, membiarkan takdir menentukan cinta kamu. Kamu masih ada pilihan, kamu masih boleh berusaha untuk mendapatkan cinta yang sesuai dengan kamu. Bukankah hanya berserah itu sifat orang yang lemah! Bukankah Maha Penyayang itu menyuruh kita hamba yang dicintai-Nya berusaha untuk sesuatu yang baik.



Cinta juga seperti hal-hal lainnya, yang memiliki dua sisi - yakni sudut baiknya juga sudut buruknya. Bagaimanapun, kamu harus faham betul-betul bahawa sesuatu yang baik itu kalau kamu terus-terus memandang dan menangapinya secara negatif, maka negatiflah jadinya ia. So, kamu harus ingat dan cuba menerima, melihat, mengambil sisi kebaikan dalam apa hal jua termasuk bab cinta.



Cinta, kalau niatnya hanya sekadar ingin bercinta semata-mata, tak ada wawasan, tak tahu ke mana hala tuju percintaan itu lebih baik tak usah. Itu buang karan saja namanya. Malah buang masa, buang duit dan banyak lagi benda kamu yang 'terbuang'!



Bercinta kalau sekadar mahu berfoya-foya, mahu menunjuk diri kamu itu 'laku' - lebih baik kamu betulkan balik skru-skru pemikiran kamu yang longgar itu! Ini adalah sebahagian sisi tidak bagus dalam cinta. Cinta tanpa sebab!



Bercintalah kerana kamu telah tahu bahawa cinta yang akan kamu lahirkan merupakan sebuah kemuliaan. Selamat bercinta dengan benar


p/s : kredit to brader:D

20 comments:

izyanty collection on October 19, 2010 at 8:49 AM said...

yeahh nak bercinta dengan benar hehe :p

cKyN WaN on October 19, 2010 at 8:55 AM said...

cinta itu macam-macam!

:"♥Warnida:"♥ on October 19, 2010 at 9:12 AM said...

tgh mencri2 cinta sebnr huuhuhuhu..ssh nk dpt sbb bnyk jnis sngt cinta ni:p

Khumaera Ismail on October 19, 2010 at 9:31 AM said...

wow..sekali entry psl cinta la.. ;)

~ShaFiza~ on October 19, 2010 at 10:20 AM said...

Cinta sejati adalah cinta ketika susah dan senanag!~ pendek kata terimalah seadanya dan sanggup bersusah senang bersama-sama~

Sara Mysara on October 19, 2010 at 10:35 AM said...

cinta?
mmg pyh laa kalo sebut psl cinta nie,

=)

abdul rasyid..... on October 19, 2010 at 11:46 AM said...

steady ar bro haha

i am S!L4H.. on October 19, 2010 at 11:56 AM said...

jiwang sebentar....hahah

Lydia Miza(Aidyl Azim) on October 19, 2010 at 12:15 PM said...

Cinta sejati adalah bila kita salaing mereiba baik buruk pasangan dan saling menghormati.Moga semua akan menemui cinta sejati mereka..jom bercinta dengan sebenar-benarnya.

Ainismaira on October 19, 2010 at 1:14 PM said...

Cintaku tertinggal di selatan sana :(

Cik Aien on October 19, 2010 at 8:23 PM said...

cinta sejati akan hadir tanpa dicari ^_^

[AidA_aKiN] on October 19, 2010 at 8:27 PM said...

cinta..? biar la kau tahu aku tahu..boleh gitu..? ^^

Cik Jari on October 19, 2010 at 9:02 PM said...

hehe..rasa cam dh givap je soal jodoh nih..berserah je...sambil berdoa....mudah-mudahan Allah kurniakan yg sekufu:)

azsuliana on October 19, 2010 at 10:52 PM said...

saling percaya mempercayai...yg penting cari persamaan bukan perbezaan jika rase itulah jodoh kite.sedangkan adik bradik, seibu sebapa pun leh gaduh,jika asik cr perbezaan...**wink**

Solihin Zubir on October 19, 2010 at 10:55 PM said...

perghhh... penuh bunga2 cinta! i loikeee.. :D

mia on October 19, 2010 at 10:57 PM said...

sweet..nice sgt entry ni..suka poem tu..erk..kecik sgt font..brpinar mata nk bc..hehe

Oong-ong on October 20, 2010 at 2:55 AM said...

yup//stuju..font klw bleh adjust sikit warna die ke

MiaJie on October 20, 2010 at 10:35 AM said...

Starts following u..=P
Nice..

kobEj0rdan~ on October 20, 2010 at 10:45 AM said...

mia & oong : sorry, mmg saje nak dera korg:P ok, nati akan dibesaukan:D

jue on October 20, 2010 at 12:21 PM said...

bercintalah dengan sebenarnya..

nice entry..^_^

 

Designed by #