Saturday, September 4, 2010

dari perempuan kepada lelaki

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita relax saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadisjuga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangga nya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkanundang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam,belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimami satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus beberapakawan wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembah yang jemaah di rumah bersama anakisteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinyalebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri -sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki.

*pesanan utk bakal laki sayer..kt mne pon awak brader..saper pon awak..xkesah r..asalkan laki..sayer nk jd makmum awak..nk aminkan doa awak..xpndai doa arab pon xper..sayer pon xpaham..doa bm sudaa..asalkan eklas..laju j sayer aminkan..=P

awak doa sayer aminkan..sayer masak awak makankan..jgn kutok2..sayer blajo masak yer..=)


p/s : saya lelaki okey. tp mewakili jutaan wanita untuk meyampaikan suara hati meraka:)

9 comments:

aYaz on September 4, 2010 at 3:48 PM said...

btul tu...
pd pmpuan2 yg nk cari future hubby,cri ar yg tggi pd bab agamanye..
supaya nnt dah nikah,diorang bleh memimpin kuarge korang ngan baek,bkn setakat kat dunia je,malah hingga akhirat...
pd lelaki pn,korang jgnla brlagak terer ngan ilmu segala,tp bab ajak solat jemaah,bc quran,
trus drop jd ranking 100..
huh..x layak jd future hubby aku kalo cmtu gaye tau..
selamat bermuhasabah, salam lebaran..
(^_^)

cutep!nk✿ladyzaraa on September 4, 2010 at 4:15 PM said...

wah pendapat yg sgt bagus dan tepat sekali...sy setuju sesangat...hebat hebat

mengenaldiri on September 4, 2010 at 4:19 PM said...

setuju3..
:)

izfanora on September 4, 2010 at 10:59 PM said...

terima kasih krna entry ini ditulis oleh seorg LELAKI..

terasa sgt nilai seorg wanita dianggak tinggi..

seorg LELAKI yg mampu menjadi imam utk seorg wanita yang bengkok rusuknya, insyaAllah mampu membawa seluruh ahli dlm masjid yg dibina dengan cinta ke syurga ALLAH.. amin..

|| A r a W a n i || on September 4, 2010 at 11:52 PM said...

Salam ramadhan..
aih, kembang hati baca entry ini..
lebih2 lg ditulis oleh seorg lelaki.

Sangat2 menyokong, kalau lelaki memilih untuk wanita yg pandai memasak, biar wanita pula memilih lelaki yg boleh menjadi imamnya.

haih, mudah2an ALLAH permudahkan pertemuanku dengan bakal imamku..
Amin..

Hassanah on September 5, 2010 at 12:23 AM said...

best la entry ni,bnyk input (=

syafiq_ghani45 on September 6, 2010 at 10:47 PM said...

post yang menarik :) .. Senang2, view n follow my blog : syafiqaghani.blogspot.com

Whoda on September 7, 2010 at 9:16 AM said...

tq byk2 la naz sbb tolong menyampaikan isi tersurat n tersirat kami golongan hawa nie..hehe

bende nie penah terjadi kat makcik saye yg baru 21tahun n nak smbung belaja lagi.then, ade laki nak meminang die[xkenal pon mule2] n dat guy said exactly mcm cerite diatas siap kate "pompuan belaja tinggi2 pon ke dapur jugak akhirnya"..n makcik saye pon reply."awk taw bace Al-Quran?dah khatam?" n laki tue tersipu2 kate X! camne tuh? hehehh~

She's retarded on February 11, 2011 at 1:09 PM said...

tulisan colourful. sakit mata nak baca.
kekeke

 

Designed by #