Saturday, September 4, 2010

ayat untuk chenta

ANDAI mencintai seseorang dan tidak terbalas oleh cintanya, janganlah berasa tersisih, patah hati, apatah lagi berniat ingin mati. Apa semua itu? Memang tidak ada salahnya mencintai seseorang, kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati siapapun, namun mungkin cinta kepadanya belum diterima.

Andai dicintai oleh seseorang yang tidak dicintai, anggaplah itu satu penghormatan. Kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukai perasaannya. Setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara mengendalikannya berbeza.

Andai merasakan cinta dengan seseorang yang begitu mencintai, dan tiba-tiba cinta itu memilih untuk pergi, tidak ada yang harus dipersalahkan. Relakanlah cinta itu pergi kerana setiap kejadian pasti ada maksud yang tersembunyi dan akan menyedarinya apabila waktu sudah berganti.

Cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati siapapun, tiap orang hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hati. Nikmatilah ia sebagaimana ia membuat hidup bahagia dan lebih bersemangat.

Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri, datang secara tiba-tiba dan pergi juga tidak pernah minta izin. Bersyukurlah kerana ia pernah singgah di hati.

Kecintaan kepada seseorang akan melenakan kita, tetapi kecintaan orang lain kepada kita akan membuat kita manja. Itulah cinta. Andai cinta sudah meresap ke dalam hati, apa saja akan dilakukannya - kerana siapa yang mencintai sesuatu, maka dia akan menjadi hambanya.

Kasih manusia itu bermusim, sayang manusia tiada abadi, akan tetapi kasih sayang Allah SWT tidak akan pernah menepi dan kasih sayang Allah SWT janjinya sudah pasti. Di saat kita merasakan bahawa diri kita bukan milik siapa-siapa kecuali hanya milik Allah SWT semata, maka kita tidak akan pernah menyesali dengan sesuatu yang telah tiada, semua dari Allah dan akan kembali juga kepada pemiliknya.

Pastikan diri kita masih memiliki rasa cinta, terutama cinta kepada-NYA, kerana cinta kepada-NYA tidak akan pernah bertepuk sebelah tangan. Dan tetaplah tersenyum bersama cinta untk meriah cinta-NYA, cinta yang hakiki nan abadi.

2 comments:

useriyana on October 19, 2010 at 12:31 PM said...

nak pinjam ayat ckit bole?

amalsalleh on December 29, 2010 at 11:52 AM said...

<3

 

Designed by #