Monday, August 2, 2010

Rahsia Kecantikan

Seorang gadis berkata kepada ibunya, ''Ibu, engkau selalu kelihatan CANTIK... Aku ingin sepertimu, beritahulah aku sesuatu.

Dengan tatapan penuh kasih sayang si ibu menjawab sambil tersenyum, ''Untuk bibir nan menarik, sentiasalah mengucapkan perkataan yang baik.''

''Untuk menyerlah lesung pipit di pipi sentiasalah tebarkan senyum ikhlasmu di muka bumi.''

''Untuk mata indah menawan sentiasalah melihat kebaikan orang lain.''

''Untuk tubuh yang langsing sentiasalah sisihkan makananmu untuk fakir miskin.''

''Untuk jemari tangan nan lentik menawa sentiasalah menghitung doa dan pujianmu.''

''Untuk wajah putih bercahaya sentiasalah membasuhlah muka pada setiap pergantian waktu.''

''Anakku, kecantikan fizikal akan pudar oleh waktu, tetapi kecantikan perilaku tak pudar walau kematian telah menjemput.''

4 comments:

-Si Riang-Riang- on August 2, 2010 at 10:19 PM said...

kecantikan fizikal akan pudar oleh waktu, tetapi kecantikan perilaku tak pudar walau kematian telah menjemput

saya setuju,, :)

CintaNajihah on August 2, 2010 at 11:08 PM said...

LIKE~!!

missfieza_1525 on August 3, 2010 at 12:12 AM said...

^_^ ske3!

yana zuera on August 3, 2010 at 1:27 PM said...

boleh diamalkn~. ^.^V

 

Designed by #