Bismillahirrahmannirrahim
Salam untuk u all blogger sekalian, tidak kira apa jantina sekalipon:) so, hari ini i nak be jiwang2 sket, entry kali ini melibatkan cinta, haaaaaaaaaaaa, i tau kebanyakkan dari u all mmg da pernah becinta, tp betol ke korg sebenatnye cinta??bukan suka?bukan nafsu? so, hope this entry dapat bagi u all guide line tentang apa itu cinta. hee
Adakah telapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar kencang dan suara kita tersekat di kerongkong? Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata daripadanya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di sana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.
Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita terpikat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita telah berhutang budi kepadanya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kita mengatakan kepadanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kita rela memberikan semua hal yang kita senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
Tetapi... adakah kita tetap bertahan kerana di antara kesedihan dan kegembiraan, penderitaan dan kebahagiaan yang membutakan dan sukar difahami walau berjuta penyair mencari maknanya... menarik kita mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA.
Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu sebahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat? ITULAH CINTA.
Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih? ITULAH CINTA.
Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia? ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk? ITULAH CINTA.
ikhlas dari jauh
nazirulhazwanws aka kobEj0rdan~
p/s : untuk pengetahuan blogger dan rakan2, esok saya KONVO! haha da tamat da blajau, so after dis, misi seterusnya, be 1 of the Managing Director of United Engineers Malaysia(UEM) group of companies:DD

7 comments:
Salam ziarah. Pemenang header chekgu naman jugak kan? Tahniah!!! :)
Nice entri, baca bersama husband tercinta. Uhh, nak berjiwang2 an pulak ;p
Selamat berkonvo ya.
bagus je untuk orang yang cinta tak berbalas baca ni..he2
saye kawen dengan asben sebab
cinta dan nafsu..
hahah...wa..tak agak2 aku!!
sangat suka!! :) knapa xde button like?huu
like3!huhu..cnta itu indah jika kite btul2 merasai nkmatnya...=)
menarik2...alamak aku dalam kategori mana nie ek...confuse2 hehehe...xsuka berdating kui3...
entry ni pon best jgk..:))
Post a Comment