Monday, August 16, 2010

Ada Apa Dengan Perempuan III

Seorang perempuan pernah berkata kepada aku tentang naluri perempuannya. Katanya, perempuan itu pelik dan memang sukar difahami bagi yang tak mahu belajar memahaminya. Dia berkata lagi, "Angguk perempuan kadangkala bukan bermakna setuju dan gelengnya pula bukan bermaksud tidak." Jadinya mungkinkah lelaki harus sentiasa belajar tentang perempuan untuk memahami mahkluk 'lemah-lembut' ini? Sudah tentu jawapannya, YA! Tetapi Seorang perempuan juga pernah berkata kepada aku, "Semakin kau mempelajari tentang perempuan, semakin lama dan akrab kau mengenalinya, maka semakin banyak yang kau tidak tahu tentangnya. Kau harus belajar lebih banyak!"

Asal-usul kejadiannya dari tulang rusuk nan bengkok, maka ia akan sentiasa bengkok. Ia tak akan dapat diluruskan, kerana ia akan patah. Lalu ada ungkapan yang berkata bahawa lelaki harus mengikuti 'kebengkokan' perempuan itu untuk meluruskannya. Cumanya, semua orang tahu bahawa perempuan itu antara dugaan terbesar buat lelaki, antara tangungjawab besar lelaki juga. Lelaki boleh ikut 'kebengkokan' perempuan itu selagi dia berasa mampu untuk meluruskannya. Namun, ramai lelaki yang turut bengkok bersama kebengkokan perempuan itu.

Seorang kawan pernah berkata atau lebih sesuai dia merungut-rungut tentang perempuan yang disayanginya. Katanya, "Aku tak faham dengan perangai dia, aku kata A dia balas B, aku kata B dia jawab C..." Sebenarnya, kawan aku ni mungkin hendak menyampaikan bahawa dia semakin tidak serasi dengan pasangannya. Tetapi sebenarnya dia lupa bahawa, tidak sehaluan itu bukan bermakna tidak serasi. Maha Pencipta menciptakan makhluk berpasang-pasangan, dan saling memerlukan, saling memenuhi kekosongan masing-masing.

Jika kita tak pernah berselisih pendapat, mungkin kita boleh melihat bahawa hubungan itu tidak normal. Atau mungkin masing-masing saling 'menyembunyikan' sesuatu walaupun ia tidak berkenan di hatinya. Masing-masing terlalu 'menjaga hati' pasangan. Hal ini mungkin boleh bertahan sehingga suatu masa saja dan sehingga tiba masanya ia akan 'meletup'. Ketika itu semuanya sudah terlambat - nasi sudah menjadi bubur!

3 comments:

izyanty collection on August 16, 2010 at 1:06 PM said...

cam terkena diri sendiri je..part suka berbalah hehe...dia cakap A,balas balik B. Tapi baru best cam2...kalau x bosan hubungan...asyik ikut je xdak benda nak cakap...tapi tol arr laki akan rase xserasi...setuju ngan pendapat u..setiap pasangan dicipta untuk lengkap melengkapi antara satu sm lain...2 pasal kena berbalah gak huhuhu..

Sylangster Pressure on August 16, 2010 at 3:02 PM said...

arghh!! headshot! hehe..adakah kami sudah tidak serasi?? tapi sudah terlambat..its over now

izfanora on August 22, 2010 at 12:21 PM said...

entry tntg wanita yang sgt bermanfaat.. teguran secara halus yang tidak langsung membuat wanita terasa hati namun berfikir 2-3 kali.. terima kasih dgn teguran ikhlas saudara..

 

Designed by #