Saturday, July 24, 2010

tazkirah@belog : yang paling

Bismillahirrahmanirrahim

hye guyz n gurlz out there, untuk entry kali ni saya nak memberi secebis ilmu yg saya perolehi lama dahulu menerusi sebuah majalah:) di harap perkongsian ni dpt menambah ilmu di dada u all:)

1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia?


2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia?

3. Apa yang paling besar di dunia?

4. Apa yang paling berat di dunia?

5. Apa yang paling ringan di dunia?

6. Apa yang paling tajam di dunia?

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya... pertama, ''Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?''

Murid-muridnya menjawab, ''Orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya.''

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah
'MATI'. Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185).

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. ''Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?''

Murid-muridnya menjawab, ''Negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang.''

Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah
'MASA LALU'. Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. ''Apa yang paling besar di dunia ini?''

Murid-muridnya menjawab, ''Gunung, bumi dan matahari.''

Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah
'NAFSU' (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, ''Apa yang paling berat di dunia ini?''

Ada yang menjawab 'besi dan gajah'. Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghazali. Tetapi yang paling berat adalah
'MEMEGANG AMANAH' (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak dapat memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, ''Apa yang paling ringan di dunia ini?'' Ada yang menjawab 'kapas, angin, debu dan daun-daunan'. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah
'MENINGGALKAN SOLAT'.Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan solat, gara-gara aktiviti kita meninggalkan solat.

Dan pertanyaan keenam adalah, ''Apakah yang paling tajam di dunia ini?''

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, ''Pedang!''

Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah
'LIDAH MANUSIA'.Kerana melalui lidah, manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

ikhlas tp jauh

nazirulhazwanws aka kobEj0rdan~

0 comments:

 

Designed by #