Monday, July 26, 2010

lelaki chantek perempuan gagah!


Bissmillahirrahmannirrahim
say hi! hi u all sume, da lame kite tak berjumpe dalam rancangan sembang suratan kebet0lan di tv25:) selepas asik kuarkan entry utk kaum2 hawa jer, harini entry utk kedua2 kaum pulak! so korg2 sume toksah da gado2, hehe untuk u all sume, terimalah!!

kerana kau perempuan aku lelaki

:: Kecantikan Lelaki ::

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.

Lelaki yang cantik…
:: Adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
:: Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran.
:: Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
:: Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada.
:: Adalah lelaki yang baik sangka.
:: Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


:: Kegagahan Wanita ::
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah…
:: Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
:: Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
:: Adalah perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan.
:: Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan

dari kejauhan namun keikhlasan
nazirulhazwanws aka kobEj0rdan~

p/s : hari ini seorg dari sahabatku disahkan menghidapi kanser hati, sama2 kita doakan kesejahteraan beliau. amin~

3 comments:

AiN Z on July 26, 2010 at 7:20 PM said...

saya tidak berotot.. tapi saya prefer diam dari bercakap bila kena kutuk or sakit hati.. tu lah kekuatan saya.. hehhe

fiD on July 26, 2010 at 7:39 PM said...

tu semua sudah pasti, hehehehe

syaidatuL on November 25, 2010 at 3:19 PM said...

kaler kuning ..
adess. taknmpak.

 

Designed by #