Wednesday, July 30, 2014

Yey raya

Hi

Pertamanya,
Selamat hari raya , bagi yang meraikan.
bagi yang tak dapat nak meraikan , takpa. raya haji kan ada.


Alhamdullilah
tahun ni, kurang pulak berita orang putus tangan kena mercun.
mungkin sebab dah ada aplikasi mercun di google dan apple playstore kot


Seterusnya
Banyak sebenarnya perkara-perkara seronok waktu hari raya
Contoh yang paling klise adalah dapat bersama dengan keluarga.
Walaupun sebenarnya nak bersama keluarga tak payah pun nak tunggu raya.
Serius.
Korang just perlu set time di mana-mana waktu hujung minggu dengan abang , adik kakak.
Start enjin. balik.
Tak buang masa  jem kat tol gombak sampai la ke tol bentong.
Takda sepupu sepapat takpa.
Balik raya pun ramai sibuk mengadap semartphone. bukan sibuk bergurau senda


Akhir kata,
Start kerja masa hari raya ketiga pun seronok sebenarnya.
Bos takda.
Officemate pon takda.
Boleh layan movie sampai bengkak mata



Monday, January 6, 2014

Sebelum kawin Vs Selepas kawin

Hai

Seriusly, kalau seseorang itu tau nikmatnya berkahwin, nescaya masa umur 13 tahun lagi mereka dah kahwin. lol


Setelah sebulan berkahwin, ada beberapa perkara yang totally berubah.


1. Pakaian Kerja
Sebelum kawin : pakai tshirt roundneck, tak bersterika, tak tug in, stokin asal boleh (sebelah lain), rambut malas sikat (free style)
Selepas kawin : pakai kemeja, siap je mandi sut lengkap baju dari atas kebawah dah ready, rambut belah tepi.


2. Pakaian Harian
Sebelum kawin : 1 baju tahan seminggu. seluar jeans pakai 2 bulan baru basuh.
Selepas kawin : 1 baju 1 hari, kadang2 setengah hari je pakai. seluar jeans pun kalau boleh tiap2 hari nak dibasuh


3. Balik kerja
Sebelum kawin : kalau balik pukul 7 petang pun takda hal, sampai rumah takada orang pun.
Selepas kawin : baru pukul 4.30 petang dah siap-siap nak balik, sampai rumah bini dah siap tunggu.


4. Handfon , fesbuk
Sebelum kawin : Handfon siap bawak dalam toilet, viber tiap-tiap malam, bukak fesbuk setiap 15 minit untuk tau update-update terkini.
selepas kawin : handfon main tinggal je kat rumah kalau keluar, bateri tinggal 5% pun takda nak rush charge, viber dah uninstalled, fesbuk bukak dalam 3-4 hari sekali.


lain lain : sambung nanti. kalau semua bagitau sekarang, takda benda dah nak ditaip nanti.
sekian


p/s : klise gile buat entry pasal kawin lepas kawin.

Thursday, October 24, 2013

Melayu , sedekah, ikhlas

Melayu islam ni prejudis dia lain macam.
Bila budak mintak sedekah , budak tu dituduh sindiket
Bila orang buta mintak, orang buta dituduh tipu tipu buta
Bila orang kaki kudung mintak, awak kata ada orang kaki kudung masuk olimpik pun
Bla bla bla bla
Jangan kata 10ringgit, seringgit pun tak hulur.alasan? Takut kene tipu

Macam ni,kalau takut kene tipu, dekat cimbclicks, maybank2u pun mungkin, awak boleh sedekah. Pergi ke transfer fund - pilih charity - pilihlah rumah anak yatim, badan badan charity yang lain yang awak suka masukkan amount. Puff. Dah sedekah. Takda tipu punya.

Kalau tu pun awak tak percaya, bukan masalah sindiket. Hati awak tu sebenarnya yang kotor. Serius
Pergi check kt klinik.

Bye

 

Designed by #